Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup


Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup
Seorang lelaki di Timur Laut Thailand maut selepas rokok elektronik yang digunakan olehnya meletup dalam kejadian di empangan Ban Kut Chim, daerah Mueang, wilayah Nong Bua Lamphu pada 18 Oktober.
Memetik laporan Thaiger, kejadian ini menandakan kematian pertama di negara itu yang dikaitkan dengan peranti rokok elektronik.
Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai sedang memancing ketika kejadian dan telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Pada mulanya polis mengesyaki bahawa kematian itu berkait dengan perlakuan jenayah. Namun, keputusan bedah siasat mendedahkan punca kematian yang jauh lebih mengejutkan iaitu kerana letupan bateri rokok elektronik.
Menurut Polis Bandar Raya Nong Bua Lamphu, pegawai forensik menemui kecederaan parah pada bahagian mulut, muka, dada dan tangan kiri mangsa. Tangan dan mulutnya juga dilihat mempunyai kesan terbakar.
Kecederaan paling teruk ialah di tangan kirinya, di mana daging telah terkoyak dan serpihan logam tertanam di dalamnya.
Kecederaan itu konsisten dengan letupan peranti rokok elektronik terbabit.
Laporan forensik mengesahkan bahawa tiga serpihan logam yang tersangkut di dadanya adalah sebahagian daripada peranti itu yang meletup.
BACA: Ibu Ngeri Tengok Rahang Anak Pecah, Gigi Bersepai Gara-Gara ‘Vape’ Meletup Dalam Mulut Kredit: Thaiger Difahamkan, bateri telah meletup dengan sangat kuat sehingga serpihan itu menembusi paru-paru dan jantungnya, menyebabkan kerosakan dalaman yang membawa maut.
“Tiada kesan peluru, hanya serpihan rokok elektronik itu. Paru-paru dan jantung musnah,” kata pihak polis.
Hasil bedah siasat juga menyimpulkan bahawa mangsa maut serta-merta akibat letupan terbabit.
Walaupun kejadian serupa telah dilaporkan di negara lain, ini merupakan kes pertama yang disahkan di Thailand.
Peranti tersebut dipercayai menggunakan bateri substandard atau mungkin diubah suai. Ia adalah punca yang biasa dikesan dalam insiden global sebelum ini melibatkan rokok elektronik buatan China.
Pihak polis juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa orang ramai untuk berhenti menggunakan rokok elektronik.
“Tragedi ini sepatutnya menjadi peringatan. Bateri e-rokok adalah kecil tetapi boleh membawa maut, ia mampu meletup tanpa amaran.
“Jangan berjudi dengan hidup anda kerana kepulan asap. Kehidupan adalah berharga. Berhenti sekarang untuk diri sendiri dan orang yang anda sayangi,” katanya.
Sumber: Thaiger
The post Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/24/pemancing-maut-selepas-rokok-elektronik-digunakan-meletup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Perempuan Sebelah Bulan Maut Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera

Bayi Perempuan Sebelah Bulan Maut Selepas Kereta Terbabas Dan Merempuh Sekumpulan Lembu Di Simpang Kepayang Bera

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 160 hits
BERA Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong Simpang Kepayang di sini malam tadi Ketua Polis Daerah Bera Superintendan Zulkiflee Nazir berkata ...
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 177 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Lelaki Maut Vape Meletup Ketika Memancing

Lelaki Maut Vape Meletup Ketika Memancing

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 165 hits
KOSMO SEORANG lelaki maut selepas vape meletup ketika sedang memancing Foto Facebook Polis Bandar Nong Bua LamphuBANGKOK Seorang lelaki di Thailand maut selepas rokok elektronik miliknya meletup ketika dia sedang memancing di Ban Kut Chim d...
Bonda Rozita Luah Rasa Pilu Selepas Staf Maut Dihempap Pokok Tumbang

Bonda Rozita Luah Rasa Pilu Selepas Staf Maut Dihempap Pokok Tumbang

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 141 hits
Bonda Rozita Luah Rasa Pilu Selepas Staf Maut Dihempap Pokok Tumbang Negara hari ini dikejutkan dengan berita seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali Hulu ...
Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 190 hits
Suami Menyusul Pergi Selepas Empat Hari Isteri Meninggal Nahas yang berlaku di Machang Kelantan pada 19 Oktober lalu kembali menjadi sorotan apabila suami kepada mangsa wanita yang maut dalam kejadian itu turut meninggal dunia pagi tadi Lap...
Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 252 hits
Views 1 PATTAYA 17 Oktober 2025 Seorang lelaki warga Israel mencetuskan kekecohan di bandar Pattaya selepas didakwa mencuri beberapa sampul derma yang dipercayai milik Tokong Wat Tham Pha Thong di wilayah Phetchabun Kejadian itu berlaku di ...
Polis Mohon Kerjasama Kesan Remaja Dilapor Hilang Selepas Keluar Dari Rumahnya Di Taman Gemilang Bentong Semalam

Polis Mohon Kerjasama Kesan Remaja Dilapor Hilang Selepas Keluar Dari Rumahnya Di Taman Gemilang Bentong Semalam

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 224 hits
BENTONG nbsp Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun Putri Ariyana Fariesya Ariffadilah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Gemilang di sini semalam Menurut laporan kali terakhir gadis itu dilihat pada Ahad sekitar 6 3...
Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

Doa Anak Jadi Nyata Ibu Ayah Bersatu Semula Selepas Empat Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Kisah keluarga ini pernah menyentuh hati ramai apabila seorang anak kecil pada tahun 2021 menzahirkan satu permintaan luar biasa sempena hari lahirnya bukan mainan atau kek tetapi harapan agar ibu dan ayahnya kembali bersama Em...
Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 272 hits
AssalamualaikumGaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan dan Kehancuran Di sebuah tanah sempit bernama Gaza setiap hela nafas adalah perjuangan antara hidup dan mati Selepas berbulan bulan dihujani bom dan kehilangan segalanya gencatan s...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarapan Dua Benua Harini

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna