Jangan Panik Bila Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Besar Sebaik Baiknya Elakkan Makan Mangga Pisang Anggur


Ada segelintir ibu berasa bimbang apabila doktor memaklumkan bayi dalam kandungan bersaiz besar. Khuatir berlaku komplikasi semasa proses kelahiran.
Namun, tahukah anda apakah punca bayi boleh menjadi besar? Dr Azirawaty Mohd Tadzri, Pegawai Perubatan di Klinik My Family, Ampang menjelaskan isu ini.
Makrosomia adalah terminologi untuk bayi yang lahir lebih daripada 4000 gram, tidak kira pada bila usia kandungan dilahirkan. Untuk makluman, sesetengah negara mengambil kira berat bayi yang lebih daripada 4.5 kg. Namun di Malaysia, mana-mana bayi yang dilahirkan lebih daripada 4000 gram atau 4kg, baulah dia tergolong di bawah bayi makrosomik.
Pengesanan bayi dalam kandungan bersaiz besar boleh dilakukan melalui pemeriksaan abdomen pada ibu. Ia dilakukan dengan memeriksa ketinggian rahim (fundal height). Jika bayi bersaiz besar, ukuran itu lebih daripada tiga minggu daripada usia kandungan.
Pertumbuhan bayi yang laju dan besar, boleh dikesan dengan pemeriksaan ultrasound
juga. Dalam pemeriksaan ini, doktor melihat kepada purata berat bayi dengan mengukur lilitan abdomen dan kepala bayi serta panjang tulang femur (paha). Antara lain, bayi yang besar turut boleh dikesan melalui indeks air ketuban. Paras indeks air ketuban di dalam perut yang tinggi boleh dikesan seawal 28 minggu!
Banyak unsur jadi faktor Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan bersaiz besar. Yang paling biasa ialah disebabkan oleh masalah diabetis mellitus yang berlaku sama ada sebelum ibu mengandung atau semasa mengandung.
Apabila ibu menghidap diabetes sama ada sebelum mengandung atau gestational diabetes (GDM), paras gula tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan bayi menghasilkan insulin berlebihan termasuk gula. Jadi, hal ini akan merangsang pertumbuhan lemak bayi yang berlebihan lalu menyebabkan dia mengalami makrosomik.
Faktor genetik si ibu dan si ayah pun diambil kira. Jika seorang ataupun kedua ibu bapa bersaiz besar, maka tidak menjadi sesuatu yang luar biasa untuk bayi yang dikandung itu turut boleh bersaiz besar. Jika ibu bersaiz obes, bayi di dalam kandungan pun boleh bersaiz besar juga.
 
Sekiranya ibu mengalami kenaikan berat badan yang terlalu berlebihan ketika mengandung, ia menambahkan risiko untuk bayi bersaiz besar. Purata kenaikan berat badan yang sihat ialah sekitar 11kg hingga 13kg. Jika lebih daripada itu, maka ia boleh menjadi faktor bayi bersaiz besar.
Umur ibu semasa mengandung yang lanjut iaitu lebih daripada 37 tahun ke atas pun boleh menjadi puncanya. Paling jarang berlaku ialah masalah genetik sindromik seperti Beckwith Wiedemann.
Sehubungan itu, pemakanan yang seimbang dan penuh dengan khasiat dan berwarna-warni seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbeza amat penting untuk kesihatan bayi dan berat bayi yang sihat. Namun begitu, jika ibu lebih banyak mengambil makanan yang tinggi gula dan lemak, hal ini boleh menjadi penyumbang faktor saiz bayi dalam kandungan menjadi lebih besar.
Jangan panik jika bayi besar Bagi mana-mana ibu yang disahkan mempunyai bayi bersaiz besar, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah jangan panik. Jika ia dikesan awal, pemeriksaan lanjutan perlu dituruti. Antaranya ujian langsung ultrasound berkala setiap dua minggu untuk memastikan saiz bayi.
Dalam masa yang sama, diri pun sentiasa kekal aktif. Libatkanlah diri dengan pelbagai jenis aktiviti riadah yang bersesuaian dengan keadaaan semasa. Paling penting, amalkan pemakanan yang sihat.
Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, protein yang sihat dan rendah lemak tepu. Elakkan makan makanan tinggi gula seperti coklat, kek, buah-buahan yang terlalu manis seperti mangga, pisang, anggur dan minuman tidak sihat seperti jus kotak yang sedia ditambah gula dan minuman segera, 3 dalam 1.
Paling penting dan ialah kawal tekanan yang mungkin dialami. Tidak dinafikan ketika hamil, ibu mudah penat dan menjadi stres. Beringatlah bahawa stres adalah tidak baik untuk kandungan.
The post Jangan Panik Bila Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Besar. Sebaik-baiknya Elakkan Makan Mangga, Pisang & Anggur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-panik-bila-doktor-sahkan-bayi-dalam-kandungan-besar-sebaik-baiknya-elakkan-makan-mangga-pisang-anggur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Makan Pisang Boleh Buat Usus Kanak Kanak Tersumbat Tak Dapat Kencing Doktor Ini Jelaskannya

Betul Ke Makan Pisang Boleh Buat Usus Kanak Kanak Tersumbat Tak Dapat Kencing Doktor Ini Jelaskannya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 586 hits
Pisang memang makanan kegemaran si manja Rasa pisang yang lemak manis dan tekstur yang lembut menjadikan ia buah kesukaan anak kecil Tapi betul ke makan pisang boleh menyebabkan susu bayi tersumbat hingga tak boleh buang air kecil Ekoran da...
Bayi Songsang Boleh Dilahirkan Secara Normal Doktor Ini Terangkan Proses Ecv Boleh Membantu

Bayi Songsang Boleh Dilahirkan Secara Normal Doktor Ini Terangkan Proses Ecv Boleh Membantu

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 419 hits
External cephalic version atau ringkasannya ECV adalah prosedur yang dilakukan untuk memusingkan bayi daripada kedudukan songsang atau melintang kepada kedudukan cephalic atau dikenali sebagai kedudukan kepala bayi di bawah Tujuan ECV dilak...
Doktor Bagi Tip Mudah Nak Anak Makan Ubat Tanpa Perlu Paksa Dan Berperang Satu Rumah

Doktor Bagi Tip Mudah Nak Anak Makan Ubat Tanpa Perlu Paksa Dan Berperang Satu Rumah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 599 hits
Bila anak tak sihat ibu bapa terus dalam dilema Bukan apa apabila sebut je kena makan ubat reaksi pertama anak ada yang terus menangis seperti kena pukul tutup mulut rapat dan macam macam drama lagi Kalau tak di bagi bimbang sakit makin mel...
Jangan Panik Kalau Motormu Mogok Tiba Tiba Ini Lo 7 Penyebab Dan Cara Mengatasinya

Jangan Panik Kalau Motormu Mogok Tiba Tiba Ini Lo 7 Penyebab Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 363 hits
Nggak harus paham betul tentang jeroan motor kok Yang paling penting itu satu jangan keburu panik
Dr M Jangan Makan Terlalu Banyak

Dr M Jangan Makan Terlalu Banyak

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 349 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat Perdana Menteri be...
Tak Ada Bukti Ubat Batuk Boleh Legakan Batuk Doktor Sarankan Makan Madu

Tak Ada Bukti Ubat Batuk Boleh Legakan Batuk Doktor Sarankan Makan Madu

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 369 hits
Pantang saja anak batuk mama papa mulalah gelabah nak cari ubat batuk redakan batuk anak Tak salah jadi ibu bapa prihatin Tapi kenalah pandai bezakan batuk jenis macam mana Menurut Dr kena tahu bezakan batuk anak supaya taklah minum ubat ba...
Kerana Makan Pisang Anak Kecil Ini Nyaris Dibedah

Kerana Makan Pisang Anak Kecil Ini Nyaris Dibedah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 397 hits
Selalunya apa yang bermain difikiran kita apabila makan buah pisang adalah ia membantu melawaskan pencernaan Lebih lebih lagi orang yang ada masalah nak membuang pisang selalunya dimakan untuk mengatasi masalah tersebut Namun begitu jika te...
Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 493 hits
Pemantauan ibu kepada pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth Menurut Dr Dharmini Veerakumaran Pakar Perbidanan Sakit Puan Pertubuhan Kesihatan Sedunia m...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today