Dr M Jangan Makan Terlalu Banyak


THE MALAYSIAN TIMES 

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat sedemikian dengan berehat seketika sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.

“Saya syorkan semua pejabat kerajaan mahupun swasta pukul 11 pagi berhenti kerja (seketika) dan membuat senaman…kalau boleh di luar bilik penghawa dingin.

“Saya syorkan semua (kakitangan) keluar selama 15 minit buat senaman dan selepas itu balik kerja semula,” katanya ketika berucap melancarkan Kempen Promosi Hidup Aktif atau WALK (When Active Living Kicks) peringkat kebangsaan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat mengamalkan tiga petua untuk kekal sihat iaitu mengelakkan pengambilan makanan berlebihan, tidak merokok dan menghindarkan pengambilan minuman beralkohol.

Beliau berkata tiada rahsia yang diamalkannya untuk kekal sihat pada usia 93 tahun kecuali sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Cara hidup kita mestilah selesa dan sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita,” katanya.

Dr Mahathir turut berkongsi petua iaitu berhenti sewaktu sedang enak menjamah makanan kerana kecenderungan makan dan minum terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang itu gemuk serta perut buncit.

“Jangan makan terlalu banyak…kalau makanan itu sedap berhenti makan,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah penting untuk mengawal berat badan sebab apabila badan bersaiz kecil, jantung mudah mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan mudah.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk banyakkan berjalan bagi mengelak penyusutan otot ketika sudah berusia.

“Otot kita kalau tak guna lama-kelamaan menjadi kecut dan lemah. Rumah saya ada lif tapi saya pilih naik tangga,” katanya dan menambah dahulu terdapat banyak pekerjaan yang membuatkan badan menjadi sihat tetapi kini banyak masa dihabiskan di pejabat dengan duduk sahaja dari pagi hingga petang.

Sementara itu, Dr Dzulkefly ketika berucap pada majlis itu berkata menurut hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, satu daripada tiga orang dewasa adalah tidak aktif.

“Secara perbandingan, golongan wanita adalah kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki. Di samping itu, rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas juga didapati tidak aktif,” katanya.

Katanya Kempen WALK diperkenalkan bagi memastikan rakyat Malaysia harus berubah untuk aktif melakukan pelbagai aktiviti fizikal selain sebagai pengukuhan ke arah menggerakkan rakyat agar hidup lebih aktif.—Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/dr-m-jangan-makan-terlalu-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Jangan Abaikan Jika Terlalu Banyak Cicak Itulah Petanda Rumah Anda Dalam Bahaya

Mohon Jangan Abaikan Jika Terlalu Banyak Cicak Itulah Petanda Rumah Anda Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 339 hits
Sekadar peringatan Semoga bermanfaat Selalu kita dengar suara cicak pun sebenarnya menjengkelkan jgn seronok bila tgk cicak penuh dlm atau luar rumah ada fakta seram dan menakutkan yg anda WAJIB tahu dan hadam secara halus dan terperinci Se...
Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit Ia Tentang Berkat Atau Tidak Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit Ia Tentang Berkat Atau Tidak Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 716 hits
Sering kali kita melihat rezeki yang tiada keberkatan itu seperti air yang mengalir Petandanya macam macam Antaranya poket bocor perniagaan tak menjadi dan anak yang makin lewa tidak mendengar kata ibu ayah Formula keluarga bahagia yang dir...
Jangan Panik Bila Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Besar Sebaik Baiknya Elakkan Makan Mangga Pisang Anggur

Jangan Panik Bila Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Besar Sebaik Baiknya Elakkan Makan Mangga Pisang Anggur

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 421 hits
Ada segelintir ibu berasa bimbang apabila doktor memaklumkan bayi dalam kandungan bersaiz besar Khuatir berlaku komplikasi semasa proses kelahiran Namun tahukah anda apakah punca bayi boleh menjadi besar Dr Azirawaty Mohd Tadzri Pegawai Per...
Kritik Pemimpin Djoko Santoso Sebut Jangan Ada Istilah Tidak Impor Tak Makan

Kritik Pemimpin Djoko Santoso Sebut Jangan Ada Istilah Tidak Impor Tak Makan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 277 hits
Ketua Tim Kampanye Nasional Prabowo Subianto Sandiaga S Uno Djoko Santoso hadir dalam deklarasi dan dukungan Purnawirawan TNI dan Warakawuri wilayah Malang Raya Djoko datang disambut massa yang memenuhi gedung dan halaman Griya Bina Lawang ...
10 Isyarat Tangan Ini Punya Banyak Makna Jangan Sembarangan Mempraktikannya Pada Orang Asing

10 Isyarat Tangan Ini Punya Banyak Makna Jangan Sembarangan Mempraktikannya Pada Orang Asing

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 394 hits
Ada gestur yang di Indonesia dianggap nyeleneh padahal di negara tertentu dipakai untuk gurauan dengan anak kecil lo
Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit

Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1388 hits
Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit
Makan Muntah Bau Makanan Tak Boleh Jika Alahan Terlalu Teruk Amalkan Tip Ini

Makan Muntah Bau Makanan Tak Boleh Jika Alahan Terlalu Teruk Amalkan Tip Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 477 hits
Biasanya trimester pertama kehamilan bagi sesetengah ibu memang mencabar Ada yang langsung tak boleh makan atau minum bau makanan tak boleh buat kerja berat dan macam macam lagi Alahan ini jika tak diatasi boleh menyebabkan ibu hamil tak be...
Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana

Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 998 hits
Nak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami DurjanaNak Bagi Ke Tak Jangan Sampai Abang Makan Anak Perempuan Kita Sendiri Suami Durjana
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice