Walau Benci Najib Andai Dia Ditahan Sosma Saya Akan Tentang Kata Hanipa


 
Mohamed Hanipa Maidin berkata walaupun beliau benci terhadap kesalahan dilakukan Najib Razak namun dia tidak boleh menerima sebarang bentuk penahanan individu bawah SOSMA. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang wakil pembangkang “berikrar” akan mempertahankan Najib Razak jika bekas Perdana Menteri itu ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata, walaupun beliau benci terhadap kesalahan dilakukan Najib ketika menjadi Perdana Menteri, namun dia tidak boleh menerima sebarang bentuk penahanan individu bawah SOSMA yang disifatkannya sebagai zalim.
“Andai kata YB Pekan (Najib) ditahan bawah SOSMA saya juga menentang sebab kita tak boleh terima, walaupun saya benci betul dengan YB Pekan ini kerana merosakkan negara tetapi kalau beliau kena tahan bawah SOSMA saya orang pertama akan menentang penahanan itu.
“Kita tentang SOSMA bukan bermakna kita sokong keganasan. SOSMA undang-undang zalim, sesiapapun kalau nak tegak undang-undang kena fikir soal keadilan walaupun kepada orang kena tuduh,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan usul dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA lima tahun lagi.
Hanipa berkata demikian ketika menjawab celahan Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang mempersoalkan mengapa individu didapati bersalah masih bebas dan diberi layanan istimewa dengan pasukan polis pengiring sedangkan mereka yang ditahan bawah SOSMA selama 28 hari dikenakan penjara.
“Orang yang masih belum terbukti bersalah ditahan 28 hari tanpa apa-apa perlindungan bawah SOSMA, tetapi orang sudah terbukti bersalah masih bebas berjalan, siap ada polis pengiring lagi,” kata Khalid merujuk kepada hukuman dikenakan ke atas Najib.
Sementara itu, M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) ketika membahaskan usul berkenaan turut menolak SOSMA.
“Mereka yang ditangkap bawah SOSMA ada diseksa dan sebagainya. Saya cintakan negara ini, saya rela mati untuk negara ini, jadi YB menteri janganlah kata kita tak mencintai negara kalau kita tak sokong SOSMA,” katanya.
Terdahulu, ketika membentangkan usul itu Hamzah berkata perlanjutan selama lima tahun lagi mulai 31 Julai depan, membolehkan pihak berkuasa terus menggunakan peruntukan kuasa khas mengikut subseksyen berkenaan.
“Peruntukan Subseksyen 4(5) SOSMA perlu dilanjutkan dan tempoh tahanan 28 hari dikekalkan bagi memberi ruang masa yang cukup kepada polis melengkapkan siasatan kes kesalahan keselamatan bersifat rumit dan kompleks,” katanya.
Hamzah turut menyifatkan pihak tidak menyokong usul itu adalah golongan yang memberi ruang kepada penjenayah atau pengganas bermaharajalela dalam negara. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/walau-benci-najib-andai-dia-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanipa Tahanan Sosma Diperlaku Seperti Binatang

Hanipa Tahanan Sosma Diperlaku Seperti Binatang

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 251 hits
Tahanan SOSMA diperlaku seperti binatang kalau tidak boleh faham maqasid syariah tanya dengan ustaz Pas FAZLI RADZITahanan SOSMA diperlaku seperti binatang tegas Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpina...
Najib Jangan Sembang Saya Tunggu Surat Cinta Anda Kata Chegubard

Najib Jangan Sembang Saya Tunggu Surat Cinta Anda Kata Chegubard

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com March 29 2022 10 33 AMJumaat lalu Chegubard dalam catatan di Facebook mendakwa Najib Razak menipu dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa beliau tidak pernah menyebut Apa lagi Cina mahu PETALING JAYA Pemimpin Bersatu ...
Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 283 hits
Sabar aku menanti Rafizi dedahkan kisah Sapura ni Dulu lagi aku dah dengar macam macam tentang syarikat ini Cuma tak mampu nak buktikan je Kalau betul apa yang aku dengar dulu maka aku tak hairan kenapa Najib menggelabah sangat Rafizi sentu...
Untung Rm9 7 Bilion Najib Seperti Buta Ilmu Kewangan Kata Pua

Untung Rm9 7 Bilion Najib Seperti Buta Ilmu Kewangan Kata Pua

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 191 hits
March 15 2022 Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata tanah Bandar Malaysia dimiliki oleh kerajaan PETALING JAYA Ahli Parlimen Damansara Tony Pua menyelar Najib Razak berhubung dakwaan 1MDB boleh menjana keuntungan RM9 7 bilion sekali gus ...
Vanessa Khong Angkat Bicara Tentang Uang Jajan 2 M Dari Indra Kenz

Vanessa Khong Angkat Bicara Tentang Uang Jajan 2 M Dari Indra Kenz

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 227 hits
Vanessa Khong berikan klarifikasi terkait dirinya yang mendapat uang jajan sebesar 2 Miliar dari Indra Kenz mantannya yang kini ditahan karena kasus investasi bodong
Ini Nasihat Penting Kwsp Tentang Pengeluaran Rm10 000 Untuk Rakyat Malaysia Anda Wajib Tahu

Ini Nasihat Penting Kwsp Tentang Pengeluaran Rm10 000 Untuk Rakyat Malaysia Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 306 hits
Berita baik bagi rakyat Malaysia memandangkan KWSP RM10 000 sudah diluluskan dan akan dibayar dalam masa terdekat anda perlu mempunyai i akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP ada memberi nasihat agar para pemohon mempunyai i akaun b...
Tak Kisah Tentang Harta Benda Hanya Mahu Cinta Sejati Intan Najuwa

Tak Kisah Tentang Harta Benda Hanya Mahu Cinta Sejati Intan Najuwa

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 259 hits
Setiap wanita pasti impikan cinta daripada seorang lelaki termasuklah pelakon Intan Najuwa yang mahukan pasangan yang menerima diri seadanya Menurut Intan dia mahukan pasangannya itu menerima dirinya yang sebenar bukan kerana sebagai selebr...
Curhat Tentang Penuntut Ilmu

Curhat Tentang Penuntut Ilmu

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 246 hits
PENGALAMAN BERTEMU DENGAN PENGAWAS SEKOLAH YA G TIDAK BERAKHLAK
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Siapa Lagi Jika Bukan Kita Yang Menikmati Keindahan Spesis Bunga

Rain Lily Scarlet O Hara

Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport

Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly