Tiada Seorang Pun Miliki Majoriti Macam Mana Mahu Lantik Pm Baharu


AGENDA DAILY
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet pada pengumuman khas pada Jumaat 13 Ogos 2021.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bersedia meletak jawatan Perdana Menteri namun pada masa sama tidak ada seorang pun pemimpin politik yang memperoleh majoriti yang meyakinkan untuk boleh dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.
Malah, Muhyiddin berkata jika beliau meletak jawatan sekarang dan tanpa ada Ahli Parlimen yang boleh menjadi Perdana Menteri, kerajaan tidak dapat dibentuk, sekali gus usaha menangani pandemik Covid-19 dan masalah rakyat akan terganggu.
“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan. Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.
“Apa akan jadi kepada negara kita sekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera? Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual?,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini.
Pada masa sama Perdana Menteri berkata beliau mempunyai pilihan untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.
“Saya mempunyai dua pilihan menurut Perlembagaan Persekutuan. Saya boleh memohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya atau meletak jawatan.
“Pilihan saya yang paling mudah ialah meletak jawatan. Jika saya mengambil keputusan ini, maka selesailah urusan saya dan terserahlah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.
“Menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku boleh melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
“Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan yang terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku,” kata Perdana Menteri dalam Perutusan khas sebentar tadi.
Bagaimanapun beliau menjelaskan sehingga kini tidak ada seorang pun Ahli Parlimen lain yang dapat membuktikan mereka mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Agong melantik Perdana Menteri baharu.
“Sehingga saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.
“Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja yang berhenti menjadi Perdana Menteri. Menurut Perlembagaan Persekutuan, saya hendaklah meletakkan jawatan seluruh anggota Jemaah Menteri. Ini bermakna Kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir negara pada masa ini akan jatuh,” katanya.
Muhyiddin berkata tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting dan jika semua perancangan kerajaan dapat dilakansakan seperti yang dijadualkan, negara akan mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.
“Sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan yang sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya,” katanya.
Justeru, Perdana Menteri berkata beliau telah berunding dengan Jemaah Menteri dan pimpinan parti-parti di dalam kerajaan PN untuk membuat keputusan terbaik demi rakyat dan negara dan sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN bagi meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat. Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/tiada-seorang-pun-miliki-majoriti-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Setuju Muhyiddin Di Lantik Caretaker Pm Sehingga Individu Baharu Di Pilih Kelak

Agong Setuju Muhyiddin Di Lantik Caretaker Pm Sehingga Individu Baharu Di Pilih Kelak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 195 hits
PETALING JAYA Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga individu baharu dilantik ke jawatan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Padu...
Macam Mana Awak Mengorat Sarah Dulu Ib Remy Ishak Imbau Kisah Cinta Shuib Dan Siti Sarah

Macam Mana Awak Mengorat Sarah Dulu Ib Remy Ishak Imbau Kisah Cinta Shuib Dan Siti Sarah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 334 hits
Masih terasa kehilangan Allahyarham Siti Sarah pemergian srikandi Covid 19 ini akan diingati sampai bila bila apatah lagi bertarung nyawa melahirkan anak bongsunya bersama Shuib
Mahiaddin Pergi Agong Berkuasa Lantik Pm Baharu

Mahiaddin Pergi Agong Berkuasa Lantik Pm Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 227 hits
Perletakan jawatan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata sekiranya Mahiaddin meletak jawatan hari ini maka kua...
Termizi Tempelak Muhyiddin Ikut Celah Mana Pn Masih Ada Majoriti

Termizi Tempelak Muhyiddin Ikut Celah Mana Pn Masih Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 162 hits
August 5 2021 Salam maaf nak guna bahasa orang muda sikit Ini yang saya tak boleh nak brain ni kut mana Pak Mahaiddin boleh ada majoriti ni Di Padang Merdeka 2 8 ada 107 MP ikut parti masing masing Mereka ini telah di ketahui umum bukan pen...
Ibu Hamil Simptom Tak Larat Mual Tapi Simptom Covid 19 Pun Sama Macam Mana Nak Bezakan Ini Penjelasan Doktor

Ibu Hamil Simptom Tak Larat Mual Tapi Simptom Covid 19 Pun Sama Macam Mana Nak Bezakan Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 339 hits
Satu dari sepuluh wanita hamil mendapat Covid 19 dan 50 tiada simptom Dan lebih 2 kali ganda bayi terpaksa dikeluarkan lebih awal untuk menyelamatkan kedua dua nyawa ibu dan bayi Hos Pa Ma Dr Maiza Menurut perkongsian Dr Miaza Tusimin Pakar...
Zahid Dicabar Bersumpah Depan 31 Mp Umno Klip Audio Macam Mana

Zahid Dicabar Bersumpah Depan 31 Mp Umno Klip Audio Macam Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 210 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah Seorang pemimpin senior UMNO mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bersumpah ...
Pelajar Ini Tenang Ditvduh Ac4h Jadi Mk K Clique Mana Ada Saya Try Hard Dah Memang Muka Macam Ni

Pelajar Ini Tenang Ditvduh Ac4h Jadi Mk K Clique Mana Ada Saya Try Hard Dah Memang Muka Macam Ni

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 579 hits
SEKADAR menghasilkan video secara suka suka pelajar ini sama sekali tak menyangka namanya akan menjadi perhatian ramai Menurut Mohamad Hilmi Mohd Ishak 22 dia membaca segala komen yang ditinggalkan dan menerimanya dengan hati yang terbuka I...
Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

Lari Macam Mana Pun Muhyiddin Tetap Akan Tersungkur Kata Ahli Parlimen Amanah Pkr

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 285 hits
Nora MahparPETALING JAYA Muhyiddin Yassin tetap akan tersungkur dari jawatan Perdana Menteri dalam masa terdekat ini walaupun beliau menggunakan pelbagai helah untuk terus mengelak daripada sebarang pembuktian bahawa Presiden Bersatu itu su...
Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 240 hits
Kenyataan pemimpin Umno yang manakah betul kini menjadi persoalan di kalangan orang ramai kerana semuanya berbeza antara satu sama lain Ketika Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata 40 ahli Par...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias