Tumpukan Pru 15 Ph Hanya Kurang 6 Ahli Parlimen Untuk Tubuh Kerajaan







Pasca pelantikan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pakatan Harapan (PH) sewajarnya tidak perlu lagi melayan politik picisan pergolakan dalam kerajaan BN-Perikatan Nasional.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kerja utama PH adalah mengukuhkan gabungan dan merancang strategi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang tidak sampai dua tahun daripada sekarang.
"Blok pembangkang, khususnya PH tidak perlu jadi budak nakal di dalam Parlimen ataupun di luar mengganggu dan menggugat tak tentu hala PM yang baru dilantik ini.
"Biarkan Ismail Sabri menguruskan pentadbiran negara. Jika Ismail Sabri menghadapi asakan atau diganyang oleh saingan politiknya dari Bersatu atau lain-lain parti dalam payung besar PN-BN, ambil sikap, itu urusan dalam klik pemerintah sekarang. Kalau cerita penglipur lara di sebut, “ Biarkan si Luncai, terjun dengan labu-labunya.”
"Jadi apa yang PH perlu lakukan sekarang selepas terlepas peluang untuk kembali jadi kerajaan? Jawapannya mudah. Tumpukan segala tenaga dan fikiran kepada PRU ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Hassan, dalam memperkukuh gabungan pembangkang tidak wajar timbul suara-suara yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menurut beliau, pembangkang perlu sedar mereka hanya kekurangan 6 Ahli Parlimen untuk berjaya membentuk kerajaan minggu lalu dan jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperolehi dalam PRU ke 15.
"Dalam hal ini jangan campak Anwar ke bawah bas selepas gagal persaingan PM ke-9. PH amat memerlukannya untuk menjadi komander dalam menghadapi PRU akan datang.
"Lupakanlah segala syor dan cadangan supaya Anwar terlibat dalam kerajaan perpaduan ataupun kerjasama bi-partisan. Kalau PH yang memimpin kerajaan, mungkin idea kerajaan perpaduan atau kerjasama bi-partisan itu masuk akal dan berfaedah. Tetapi kalau PH ibarat melukut di tepi gantang, yang tak dijemput, tak diundang, jangan sampai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
"PH bukan satu jenama yang koyak dan kalah. PH adalah jenama politik untuk masa depan. Harapan hanya kurang 6 undi sokongan untuk mendapatkan majoriti membentuk Kerajaan Persekutuan. Itu tak susah diperolehi di dalam PRU akan datang," katanya.
Mengakui beliau beberapa kali pernah berbeza pendapat dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar dan pernah tidak mengikuti arahan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun katanya beliau tidak sampai ke tahap sanggup meminta Anwar berundur daripada memimpin PH.
"Dalam keadaan sekarang, minta maaf saya cakap, janganlah ada kawan-kawan dalam PH yang suruh Anwar letak jawatan. Saya dengar ada cadangan minta PH pilih pemimpin lain. Mereka berhujah kononnya, Anwar sudah tak diperlukan lagi. Ini semua “nonsense”. Cakap-cakap seperti itu datang dari Deep State, dari musuh yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar Ibrahim terutamanya.
"Anwar sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tututan Kluster Mahkamah dari Umno. Anwar tidak berkompromi. “Rule of law” atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap Anwar. Apa yang Anwar buat itu betul. Dalam keadaan krisis rebut kuasa, Anwar lulus dalam ujian. Dia tidak gila kuasa, tetap mempertahankan idealisme reformasi yang diketuainya lebih 23 tahun lalu, bukannya kilauan jawatan dan keberahian kuasa Perdana Menteri diutamakan. Anwar memilih kepentingan rakyat dan negara pada jangka panjang
"Anwar juga sudah ada di Pejabat PM hari ini kalau dia menanggih sedekah dari GPS di Sarawak dan tunduk terhadap tekanan dengan berjanji jawatan itu dan ini. Anwar tidak tergoda untuk meraih sokongan seperti pengemis politik. Pengerusi PH dan Presiden KEADILAN ini ada maruah, ada integriti. Dia tetap tenang dan tawakal," katanya.
Hassan mengingatkan rakan sekutu mengenai peristiwa terpenjaranya Anwar buat kali kedua akibat fitnah pada 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat ketika itu dengan mudah dihancurkan oleh BN secara memujuk Pas menginggalkan gabungan.
Katanya, akaibat yang samaakan berlaku jika Anwar disingkirkan kali ini
"Usah Anwar cuba dipinggirkan. Bayangkan senario yang pernah terjadi. Selepas PRU-13, Anwar dihumban oleh regim Umno-BN Najib ke penjara. Pakatan Rakyat pecah dan hancur.
"Jangan lupa, orang yang bernama Anwar inilah yang bangun dan muncul kembali dari dalam penjara membina semula perpaduan parti-parti pembangkang sehingga PH berjaya menumbangkan Umno-BN dan Najib dalam PRU Mei 2018 lalu.
"Jadi kepada Anwar, saya berharap supaya tenang dan fokus. Ini tugas sejarah anda untuk memimpin rakyat menghadapi PRU ke-15 akan datang supaya kita dapatkan semula mandat rakyat dan bangunkan sebuah negara moden yang progresif, yang adil dan demokratik.
"Sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat, semua kamu dan agama dengan berasaskan dasar keadilan untuk semua," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/tumpukan-pru-15-ph-hanya-kurang-6-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Gelaran Ahli Parlimen Kerajaan Atau Pembangkang

Tiada Lagi Gelaran Ahli Parlimen Kerajaan Atau Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh Media Mulia WAN AHMAD FAYSHAL WAN AHMAD KAMAL PETALING JAYA Situasi semasa yang begitu getir sehingga mengancam kesihatan dan nyawa orang ramai hanya akan bertambah membarah jika sebuah pertikaian politik baharu sekali lagi menjerumusk...
Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz

Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 246 hits
MALAYSIA NOW Ali Biju berkata tuntutan gabungan PN sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Mahfuz Omar dan Ambiga Sreenevasan Seorang ahli Parlimen Sarawak berkata beliau merasa tidak masuk akal seorang peguam boleh mendukung dua ahli Parl...
Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 389 hits
ADAKAH JET EKSEKUTIF PERDANA MENTERI SUDAH JADI BAS EKSPRESS Shahbudin HusinHari ini adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah pada Sabtu lalu Selepas masuk ke pejabatnya pagi...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 354 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Situasi Politik Ahli Parlimen Pakatan Harapan Perlu Kembali Bersatu

Situasi Politik Ahli Parlimen Pakatan Harapan Perlu Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 252 hits
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyeru kepada semua Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum lalu atas tiket Pakatan Harapan agar kembali bersatu di bawah parti itu agar mandat yang diberikan rakyat dapat dilaksanakan
Esok Hari Penentuan Kerajaan Pas Seru Ahli Solat Hajat

Esok Hari Penentuan Kerajaan Pas Seru Ahli Solat Hajat

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 277 hits
Esok hari Penentuan Kerajaan PAS seru ahli solat hajat Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru ahli PAS mengadakan solat hajat dan bermunajat malam ini memohon doa agar Perikatan Nasional kekal sebagai kerajaan Timbalan Presiden PAS membuat seruan it...
Terkini Ismail Sabri Ahli Ahli Parlimen Bertemu Di Hotel Tandatangan Sd Sumber

Terkini Ismail Sabri Ahli Ahli Parlimen Bertemu Di Hotel Tandatangan Sd Sumber

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 229 hits
August 15 2021 Satu pertemuan sedang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara dipercayai dihadiri beberapa ahli Parlimen dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Ahli Parlimen Bera itu ...
Calon Perdana Menteri Istana Mahu Akuan Sumpah Semua Ahli Parlimen Esok

Calon Perdana Menteri Istana Mahu Akuan Sumpah Semua Ahli Parlimen Esok

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 402 hits
Calon Perdana Menteri Istana mahu Akuan Sumpah semua Ahli Parlimen esok Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya Ahli ahli P...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding