Agong Panggil Ph Menghadap Berkait Kerajaan Baharu


freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-August 16, 2021 8:13 PM
Seorang pemimpin PH berkata, pemimpin PKR, DAP dan Amanah hari ini dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong memanggil mereka untuk menghadap.
GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong sudah memanggil pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk mendengar pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu selepas kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

Seorang daripada pemimpin pembangkang yang enggan dinamakan berkata, pemimpin PH dari PKR, DAP dan Amanah hari ini dimaklumkan mengenai pertemuan itu.

Pemimpin itu berkata, ia mungkin sama dengan temubual yang dilakukan Agong ketika Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan perdana menteri pada Februari 2020.

Pemimpin itu bagaimanapun enggan memberitahu bila mereka dijadualkan menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan perdana menteri dengan Kabinetnya hari ini seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapati beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Mahathir mengejutkan negara dengan meletak jawatan nombor satu itu pada Februari 2020, susulan spekulasi perebutan kuasa membabitkan Bersatu yang diasaskannya, puak PKR yang diketuai Azmin Ali dan beberapa parti pembangkang.

Selepas peletakan jawatan Mahathir, Agong menemubual semua Ahli Parlimen mengenai siapa yang mereka mahu sebagai perdana menteri dan kemudiannya memilih Muhyiddin.

Seorang penganalisis politik meramalkan Timbalan Muhyiddin dalam Kabinet, iaitu Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, mempunyai peluang untuk mengambil alih jawatan itu, manakala veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut dikatakan mempunyai peluang.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga dikatakan berpeluang, tetapi perlu menjalin kerjasama dengan Mahathir dan Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk berbuat demikian.

Seorang lagi penganalisis berkata, perdana menteri berikutnya perlu diuji apabila Parlimen bersidang semula bulan depan melalui undi percaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/agong-panggil-ph-menghadap-berkait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar

Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 242 hits
Annuar Musa menyifatkan tuduhan derhaka dicipta oleh orang yang mahu menjatuhkan kerajaan PETALING JAYA Annuar Musa menolak tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan telah derhaka kepada Yang di Pertuan Agong susulan pengumuman pembatalan Or...
Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong

Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Semua ketua parti yang dipanggil menghadap Yang di Pertuan Agong hari ini bersepakat menghentikan politik lama dan menggagas suatu bentuk politik baharu ketika negara menghadapi Covid 19 kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ditemui pe...
Pemimpin Parti Selesai Menghadap Agong

Pemimpin Parti Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 223 hits
August 17 2021 KUALA LUMPUR Ketua parti daripada Umno Pakatan Harapan PAS dan Pejuang selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Kenderaan membawa Presiden Umno Zahid Hamidi Presiden PKR Anwar Ibrahim Presiden...
Titah Agong Pemangkin Kerajaan Perpaduan Atau Gabungan Perdana

Titah Agong Pemangkin Kerajaan Perpaduan Atau Gabungan Perdana

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 232 hits
August 17 2021 Titah Agong berhubung perpaduan dilihat mampu membawa kepada penubuhan kerajaan stabil dan kuat namun persoalan terus berkisar mengenai siapa paling layak menjadi perdana menteri PETALING JAYA Titah Yang di Pertuan Agong kepa...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 299 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Kerajaan Tiada Majoriti Tidak Boleh Nasihat Agong Dr Aziz Bari

Kerajaan Tiada Majoriti Tidak Boleh Nasihat Agong Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 206 hits
Kerajaan Perikatan Nasional seharusnya menyegerakan sidang khas Parlimen membahaskan usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri Mahiaddin Yassin Menurut pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari sekiranya kerajaan PN telah kehilangan majo...
Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

Pm Baharu Masih Perlu Jalani Proses Undi Percaya Agong

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 391 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri kesembilan yang dilantik perlu segera m...
Kerajaan Sementara Berfungsi Sehingga Pm Baharu Dilantik Ksn

Kerajaan Sementara Berfungsi Sehingga Pm Baharu Dilantik Ksn

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 259 hits
Kerajaan sementara berfungsi sehingga PM baharu dilantik KSNSource https malaysiagazette com 2021 08 17 kerajaan sementara berfungsi sehingga pm baharu dilantik ksn Kerajaan sementara berfungsi sehinggaPM baharu dilantik KSN
Ahli Parlimen Bn Pn Dan Gps Dijadual Menghadap Yang Di Pertuan Agong Hari Ini

Ahli Parlimen Bn Pn Dan Gps Dijadual Menghadap Yang Di Pertuan Agong Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 317 hits
Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak dijadualkan menghadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Khamis Memetik daripada laporan Astro Awani turut dij...
Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

The Influence Of Anime On Global Fashion Trends

Three Mps Seek To Join Proceedings Involving Anwar As Observers

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Amalan Sunnah Hari Arafah

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menata Ulang Jalur Panel Mcb

Barakallah Fii Umrik

Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Empowering Youth Against Radicalisation