Jangan Lagi Bergaduh Rebut Kuasa Fikirkan Nasib Anak Bangsa


Perangi dadah hingga lubang cacing jika mahu anak Melayu selamat
SABAN hari baca berita, bosan dengan percaturan politik Melayu demi mendapat kuasa. Sanggup lakukan apa sahaja, lupa dosa pahala. Kedudukan politik Melayu semakin tenat. Jika sekadar, berebut kuasa sahaja, boleh tahan lagi, bidang lain pun Melayu tenat.
Bilakah Melayu mahu duduk semeja membincangkan masalah Melayu yang sangat tenat seperti dadah? Rata-rata penagihnya adalah Melayu. Dadah bukan seperti COVID-19, boleh dibendung dengan SOP dan vaksin. Dadah bukan lagi wabak, tetapi malapetaka, musibah dan boleh melupuskan sesuatu bangsa.

Mutakhir ini, semakin ramai peniaga tokan-tokan dadah dan pegawai polis yang bersubahat ditangkap. Ada yang lari sehingga tidak dapat dikesan.

Mereka telah menjadi kaya-kaya dengan menjual menyeludup dadah. Negara kita seolah-olah menjadi hub pengedaran dadah peringkat antarabangsa

Tokan-tokan ini adalah gangster-gangster rata-ratanya adalah ultra kiasu. Paling ramai berpengkalan di kawasan ultra kiasu. Kaya raya berniaga dadah. Tidur di atas katil penuh wang. Mendapat gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan sebagainya dengan cara duit. Mudah sangat gelaran ini dibeli. Mudah sangat pula kita memberi.

Dahulu, gelaran dianugerah, atas sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Hari ini tidak lagi, ada duit, semua jadi. Semua boleh dibeli.

Amat malang sekali, kita sanggup jual gelaran itu, hanya kerana duit. Rasuah juga kerana duit. Pendek kata, ibu segala kejahatan, adalah apabila kita mudah dibeli dengan duit.

Negeri-negeri majoriti Melayu menjuarai penagihan dadah, pertama Terengganu, diikuti Kelantan, seterusnya Pahang, Perlis dan lain-lain

24 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemandu lori setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine bernilai RM22 juta, empat tahun lalu. Pemandu lori ini didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 203.9467 kilogram.

Ini bukanlah suatu perkara yang ganjil atau pelik, kerana saban minggu, kita akan terbaca kes tangkapan kastam, kes mahkamah, kes operasi polis dan kes jatuh hukum macam-macam jenis dadah.

Kenapa jadi pemandu lori jika ada harta RM22 juta? Dengan RM22 juta dia boleh kaya seumur hidup bergenerasi? Kenapa dia menjadi pemandu lori? Kenapa pemandu lori tidak ada gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk yang boleh dibeli?

Nampak sangat, pemandu lori Melayu ini adalah mangsa?

Siapa tokan-tokan kalau bukan mereka ada yang ada gelaran Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk yang heboh diperkatakan sekarang.

Cuba imbau baik sejarah lalu, ketika Inggeris menakluk dunia, perniagaan dadah dimiliki oleh kuasa empayar Baginda Queen Victoria.

Dalam kata lain, kota London itu didirikan daripada kekayaan menjual candu dari India ke China. Sebab itu, China kalah dalam Perang Candu. Adakah Melayu juga mahu dilemahkan dengan candu (dadah)?

Perniagaan dadah ini adalah sindiket. Perniagaan gelap yang amat lumayan, selain senjata merbahaya. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perniagaan dadah pada tahun 2003, berjumlah AS$321.6 bilion. Manakala, perniagaan senjata 2018, berjumlah US$420 bilion (Stockholm International Peace Research Institute 2018).

Dalam kata lain, lebih daripada satu peratus ekonomi dunia ini berkait rapat dengan dengan jual beli dadah (World Drugs Report PBB 2005).

Persoalan, perniagaan dadah ini sangat bahaya. Semua orang tahu mengenainya, lebih-lebih lagi pihak berkuasa. Kenapa masih berleluasa?

Saban kali membaca berita, polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’. Tetapi masih bebas? Apa erti semua ini?

Tokan terus hidup mewah dengan berselindung di sebalik perniagaan yang sah. Ya, kita faham, sukar bagi pihak polis mendapatkan maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.

Tetapi, mesti ada cara lain untuk membuktikannya jika kita bersungguh-sungguh. Jika orang yang kita musuhi dengan cepat boleh dibuktikan bersalah. Tentu dadah ini, lagi cepat boleh dibuktikan.

Sudah sampai masanya, pemimpin-pemimpin negara berfikir secara serius soal ini. Janganlah lagi berebut kuasa. Segera bawa tokan dadah ultra kiasu dan pihak berkuasa yang bersubahat dengan segera

Tangkaplah. Kenapa masih dibiarkan berleluasa. Jika tidak ada ISA, masih ada akta lain.

Ingat! Kita selalu terbaca berita Central Intelligence Agency Amerika Syarikat (CIA) menjalankan perniagaan dadah, Amerika Syarikat. Pada masa sama, Presiden AS itu sendirilah yang melancarkan perangi dadah habis-habisan, sedangkan Presiden itu juga adalah Ketua Angkatan Tentera Amerika. CIA juga di bawah kementeriannya.

Segera ambil iktibar. Saya yakin, mereka yang bersubahat pasti tidak akan hidup tenang. Keluarga mereka tidak akan selamat daripada dadah.

Ingat, jika keadaan ini dibiarkan, rosakkan anak bangsa Melayu ini pada masa akan datang. Dadah, ini berjangkit, dan cepat sangat merebak, sama seperti wabak COVID 19. Jika tidak diputuskan segera, pasti malapetaka akan menimpa

COVID 19 masih boleh dibendung dengan vaksin dan SOP yang mesti dipatuhi. Tetapi dadah ini, tidak ada ubat. Ubat dadah adalah dadah sintetik (methadone). Itulah yang kita gunakan bagi mengawal penagih-penagih untuk hidup normal seperti manusia biasa.

Setiap hari dadah sintetik ini perlu diambil, jika tidak penagih dadah bertindak di luar kawalan.

Dalam kata lain, setelah menjadi penagih tegar, memang sukar untuk dipulihkan, melainkan dengan dadah juga. Majoriti adalah kategori ini adalah dalam kalangan anak-anak Melayu.

Kajian saya membuktikan, rata-rata Melayu adalah penagih (tegar). Bangsa lain seperti orang Cina, tergolong dalam kalangan penyalahguna dadah. Orang Cina mengambil dadah bila perlu.

Malang orang Melayu mengambil dadah sehingga menjadi penagih tegar dan penagih sehingga merosakkan sistem badan. Akhirnya terpaksa bergantung seumur hidup dengan dadah. Mati dengan dadah.

Sebab itu, mereka yang berada dalam pengaruh dadah dan penagih, begitu tegar sehingga membunuh ahli keluarga sendiri. Bukan salah penagih tersebut, kerana mereka bertindak di luar sedar, tetapi disebabkan dadah yang telah merosak sistem badan mereka.

Dadah mesti diperangai habis-habisan, sebab dadah musuh nombor satu negara. Pegawai polis dan dalang yang terlibat dalam kalangan orang Melayu mesti segera diambil tindakan sebelum terlambat.

Melayu jangan ‘bunuh’ Melayu. Jangan bersubahat lagi dengan ultra kiasu. Wang tidak boleh dibawa mati. Wang haram membawa ke neraka.

Insaflah wahai Melayu sebelum terlambat.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/jangan-lagi-bergaduh-rebut-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

Paksa Buat Anak Jadi Tak Ikhlas Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Beri Anak Masa

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 367 hits
Mendidik anak kecil berpuasa sememangnya perlu namun berikanlah anak kita masa untuk mereka benar benar bersedia Ada kalanya dek kerana rasa takut anak mula bersetuju untuk berpuasa walhal anak masih belum bersedia Jangan biarkan anak kecil...
Jangan Biar Anak Terperap Dalam Rumah Biar Cergas Lasak Baik Untuk Perkembangan Otaknya

Jangan Biar Anak Terperap Dalam Rumah Biar Cergas Lasak Baik Untuk Perkembangan Otaknya

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 279 hits
Pendedahan cahaya matahari dan aktiviti luar sememangnya diakui dapat membentuk perkembangan minda yang baik buat anak anak kecil kita yang sedang membesar Bukan hanya kemahirannya diasah dari pelbagai segi bahkan juga imun tubuhnya juga me...
Mak Ayah Jangan Kecewa Bila Anak Tiada Rezeki Jadi Orang Asrama

Mak Ayah Jangan Kecewa Bila Anak Tiada Rezeki Jadi Orang Asrama

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 271 hits
Menjadi impian mak ayah nak tengok anak anak cemerlang dalam pelajaran belajar di sekolah asrama terbaik untuk mereka Namun tak semua anak direzekikan untuk jejak sekolah berasrama penuh
Anak Tak Boleh Menyusu Badan Sebab Memang Tak Ada Rezeki Jangan Down Dulu Amalkan Doa Ini

Anak Tak Boleh Menyusu Badan Sebab Memang Tak Ada Rezeki Jangan Down Dulu Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 626 hits
Setiap ibu yang sedang hamil pasti memasang impian untuk menyusukan bayinya secara ekslusif apabila dilahirkan Banyak ilmu penyusuan akan dipelajari serta ibu ibu ini tidak segan bertanyakan pengalaman orang lain yang menyusukan anak Namun ...
Setiap Ibu Ada Limitasi Termarah Tu Biasa Cuma Jangan Biar Anak Sedih Tanpa Dipujuk

Setiap Ibu Ada Limitasi Termarah Tu Biasa Cuma Jangan Biar Anak Sedih Tanpa Dipujuk

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 327 hits
Stres seorang isteri bergelar ibu bukan boleh dibuat main main Bila dah sampai tahap burnout ia bukan sekadar stres biasa Namun menurut pakar psikologi keadaan ini perlu diberi perhatian yang wajar kerana boleh memberi kesan kepada kesihata...
Luahan Bapa Marah Anak Harus Berpada Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

Luahan Bapa Marah Anak Harus Berpada Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 313 hits
Menjadi lumrah ibu bapa menyesal marah anak kerana tak dapat mengawal emosi ketika itu Inilah yang diluahkan oleh seorang bapa yang menyesal marah anak sulungnya Anda pernah tak menyesal marah anak Bila kali terakhir anda marah anak dan kem...
4 Jenis Tantrum Pada Anak Dan Cara Mengatasinya Jangan Keburu Dimarahi Ya

4 Jenis Tantrum Pada Anak Dan Cara Mengatasinya Jangan Keburu Dimarahi Ya

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 222 hits
Tantrum wajar terjadi pada anak karena ia masih sulit mengungkapkan perasaannya Lebih baik ketahui dulu yuk jenis jenisnya
Jangan Leka Perkembangan Anak Periksa Carta Milestone Selalu Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat

Jangan Leka Perkembangan Anak Periksa Carta Milestone Selalu Barulah Boleh Kesan Jika Anak Lambat

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 236 hits
Setiap anak anak punya perkembangan dirinya sendiri ada yang lambat tetapi ada juga yang cepat dalam segala segi Maka perhatikanlah setiap gerak geri perkembangan anak Periksa perkembangannya melalui carta milestone yang boleh dirujuk di in...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa