Lebih Seorang Anak Kena Berlaku Adil Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu


Ingat lagi waktu awal-awal kahwin. Bahagianya rasa bersama pasangan. Hidup berdua, hanya kita dimanja. Hanya mata kita yang ditenung. Hanya pipi kita yang dikucup. Hanya badan kita yang didakap.
Kemudian…
Bayangkan kebahagian itu bertahan hanya setahun dua. Tiba-tiba si dia meluahkan keinginan nak pasang lagi satu.
Allah hancurnya hati. Nak dihalang, dia mampu. Dalam terpaksa, kita cuba redho berkongsi kasih.
Satu hari, bila berjalan bertiga, tiba-tiba datang seorang manusia.
“Masya Allah. Kiutnya bini baru ko ni bang.” Katanya.
Kita yang duduk ditepi, bagai tak wujud aje. Yang suami dan madu, tersengih-sengih bangga.

Aduhai hati nan duka lara.
Tiba satu hari yang lainnya, kita nampak bini kedua pakai baju kita. Cuma baju tu dah tak muat di badan kita. Baju tu pernah jadi baju kegemaran kita. Hangin pulak rasa. Bila diluah pada pasangan, jawapannya buat kita bertambah terluka.
“Awak kan dah besar. Saiz dah XL. Madu kau kecik lagi baru XS. Jangan nak berkira. Baju tu lagi sesuai bagi kat madu kamu.”
Sob sob….
Makin hari, perhatian si suami makin banyak beralih ke bini kedua. Sedang kita terkial-kial nak pakai komputer baru, bini kedua dah tunjuk skil dia. Kita baru nak belajar potong sayur, bini dah siap masak lauk kedua.
Argh!! Losernya rasa!
Tiba di satu hari, bila suami nak outstation, dia pesan kita suruh jaga bini kedua.
Agaknya apa perasaan kita?
Perasan tak kita?
Sebenarnya apa yang kita rasa tu, mungkin itu jugalah apa yang anak pertama rasa. Saat kita menambah ‘teman’ untuk dia bermain, dia lihat teman itu sebagai saingannya. Lepas tu, bila sorang mula tunjuk bersaing, takkan la sorang lagi nak biar diri dibuli.
Maka berlakulah battle setiap hari. Dari sekecil-kecil perkara, semua boleh jadi penyebab.
Dari saat mereka celik mata, matlamat mereka hanya untuk melihat adik/ abang/ kakak mereka sengsara. Kadang-kadang, sebab potion susu terlebih 1mm dari abang je, perang berlarutan sampai ke malam.

Waktu kecik dulu, nilah perasaan yang saya lalui. Bila tengok saya tunjuk jeles kat adik, lagi seronok orang keliling nak menyakat. Kita yang sengsara, orang dok seronok ketawa.
Parents… please don’t let this happen. Tahan sikit rasa seronok nak menyakat. Sebab ramai saya jumpa kat luar sana yang bermusuh sesama adik beradik sampai dewasa.
Saya dah pernah lalui, dan takut sangat jadi kat anak-anak sendiri. Macam-macam usaha yang saya buat untuk bagi anak kami ni bersatu hati. Antaranya:
1. Jadi teladan yang baik.
Kita laki bini elak gaduh depan anak. Selain ia mencalar emosi anak, perbuatan kita akan beri idea kepada mereka bagaimana nak bergaduh.
2. Rasulullah sebagai contoh.
“Ingat tak mama cerita. Rasulullah dulu buat baik dengan semua. Walaupun dengan orang yang pernah buli dia. Sampai orang buli tu pun jadi sayang kat dia.”
3. Pujuk.
Bila sorang menangis, minta sorang lagi untuk pujuk. Itu yang saya buat. Kadang-kadang saya yang buat si abang nangis, saya surah adiknya pujuk.
4. Hadiah.
Ajar beri hadiah kat adik beradik. Hadiah sesimple kapal terbang kertas pun cukup.
5. Bincang.
Setiap kali berebut, komfem mama yang terlebih kepala pusing. Tak adil kan!
Jadi, kita bagi can diorang adik beradik yang merasa pening. Kita minta mereka bincang. Sementara tu, TV akan ditutup sehingga persetujuan bersama dicapai. Begitu juga dengan mainan. Nak main, kena bincang elok-elok.
Kadang-kadang mereka tak ada idea nak bincang, kita mak ayahlah yang beri idea.
Contohnya, “Boleh Ammar nak mainan Aqlan. Tapi Ammar pilih mana mainan yang nak bagi Aqlan pinjam dulu.”
Gitu.
6. Puji.
Memuji bila mereka sedang baik. Dan tak ambil peduli bila mereka berebut.

7. Attachment.
Buat aktiviti bersama-sama. Contohnya, saya galakkan mereka saling menyuap makan, saling peluk dan cium, saling berterima kasih dan meminta maaf.
8. Jadi tukang sorak.
Bila sorang lagi sedang usahakan sesuatu, ajak sorang lagi untuk bersorak bagi semangat.
9. Bantu anak suarakan isi hati.
Ini suami saya punya trik. Contohnya, kalau Aqlan menangis sebab nak mainan dari Ammar, tapi Ammar tak bagi, suami akan jadi tukang cakap masing-masing. Lebih kurang macam pihak tengahlah juga.
Bila cakap kat Aqlan,
“Aqlan teringin nak main mainan Ammar ke? Kejap ayah bagitau Ammar.”.
Bila cakap dengan Ammar,
“Ammar, Aqlan nak pinjam tu. Sebenarnya Ammar bagi kan? Tapi Ammar nak Aqlan mintak elok-elok, kan?”
Biasanya, anak akan tiba-tiba setuju jadi baik, walaupun asalnya tengah marah-marah. Anak ni, kalau mereka rasa ada orang yang faham mereka, hati mereka dah terubat dah.
Penting untuk kita validate perasaan anak, walaupun mereka sedang marah. Biar mereka luah rasa marah. Tugas kita bukan untuk selesaikan. Tapi cukup untuk pasang telinga.
Cuma ingatkan mereka, nak marah boleh, cuma jangan bagi orang sakit atau harta benda rosak.
Pening memang pening. Tapi itulah nature adik beradik. Tak gaduh tak sah! Kita pun dulu macam tu kan!! Yang penting, muafakat bila dah besar.
Sumber: Penulis The Pro Parenting – Wawa Shauqi
The post Lebih Seorang Anak, Kena Berlaku Adil. Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lebih-seorang-anak-kena-berlaku-adil-jangan-bandingkan-sebab-nanti-anak-cemburu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lebih Seorang Tetap Kena Cantik Biar Suami Jatuh Cinta Setiap Kali Pandang

Anak Lebih Seorang Tetap Kena Cantik Biar Suami Jatuh Cinta Setiap Kali Pandang

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 400 hits
Rumah tangga yang dibina pasti ada pasang surutnya Setakat bergaduh sikit itu biasa Cuma bagaimana pasangan itu mengendalikannya bergantung pada satu sama lain Buang rasa ego ringankan tulang membantu isteri sentiasa menjalankan tanggungjaw...
Malu Punya Anak Hubungan Dengan Suami Orang Seorang Janda Di Tasik Bunuh Bayinya

Malu Punya Anak Hubungan Dengan Suami Orang Seorang Janda Di Tasik Bunuh Bayinya

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 345 hits
Kepala Satuan Reserse dan Kriminal Polres Tasikmalaya AKP Siswo Tarigan mengatakan perbuatan dilakukan AM terungkap saat warga curiga dengan tumpukan tanah di samping rumah pelaku Dari tumpukan tanah itu tercium aroma tak sedap hingga membu...
Penuh Emosi Lakonan Amyra Amp Amar Dalam Cemburu Seorang Perempuan Dipuji

Penuh Emosi Lakonan Amyra Amp Amar Dalam Cemburu Seorang Perempuan Dipuji

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 1597 hits
Sejak kebelakangan ini drama berjudul Cemburu Seorang Perempuan yang disiarkan pada 29 Oktober lalu menjadi tumpuan peminat cerita tempatan Ini kerana lakonan hebat yang dijayakan oleh barisan pelakon seperti Amyra Rosli Amar Baharin dan Em...
Awas Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Dalam Posisi Ini

Awas Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Dalam Posisi Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 263 hits
Kita biasanya sering melihat anak anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan melipatkan kaki ke belakang dan seolah olah membentuk abjad W ketika mereka bermain atau duduk di lantai Jika anak kecil yang berumur bawah dua tahun duduk sepe...
Tiap Hari Nak Ziarah Kubur Bapa Demi Doa Sayang Seorang Anak Oku Buat Ayah Yang Telah Tiada

Tiap Hari Nak Ziarah Kubur Bapa Demi Doa Sayang Seorang Anak Oku Buat Ayah Yang Telah Tiada

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 504 hits
Kecacatan yang dialami oleh seorang anak kecil berumur 3 tahun tidak menghalang dirinya untuk menziarahi pusara arwah ayah tersayang yang telah meninggal dunia Disember tahun lalu Lebih memilukan setiap kali berada di pusara ayahnya itu Moh...
Anak Tak Dengar Cakap Ibu Buat Buat Merajuk Nanti Dia Faham Kenapa Benda Tu Salah

Anak Tak Dengar Cakap Ibu Buat Buat Merajuk Nanti Dia Faham Kenapa Benda Tu Salah

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 320 hits
Cara setiap ibu mendidik anak anak berbeza Ada yang menggunakan pendekatan tegas dan ada juga yang lebih suka berlembut dengan anak anak Pendekatan yang ibu lakukan sebenarnya mengikut personaliti anak mereka sendiri Biasanya ibu mengambil ...
Saran Pan Buat Faldo Maldini Jangan Pindah Mulu Nanti Gak Enak Di Psi Pindah Lagi

Saran Pan Buat Faldo Maldini Jangan Pindah Mulu Nanti Gak Enak Di Psi Pindah Lagi

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 136 hits
PAN menghormati keputusan Faldo untuk pindah ke PSI PAN tidak ada masalah dengan pindahan tersebut Yandri mengucapkan selamat kepada Faldo dengan posisi Ketua DPW PSI Sumbar
Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 471 hits
Anak kerap demam batuk dan selsema terutama pada hujung tahun dimana cuaca tidak menentu Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak anak Kadang kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit Doktor telah berko...
Jangan Undi Kerana Marah Nanti Rugi Dr M Seru Pengundi Tg Piai

Jangan Undi Kerana Marah Nanti Rugi Dr M Seru Pengundi Tg Piai

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 305 hits
November 14 2019 12 03 AMPengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bersama pimpinan PH bergambar berlatarkan lautan merah di ceramah perdana di Kukup Laut malam tadi KUKUP Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berpesan kepada pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization