Darurat Dan Polemik Kewajarannya



SELEPAS pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama
dua minggu bermula 13 Januari, negara dikejutkan dengan pengisytiharan darurat
oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada keesokannya, atas nasihat Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sudah pastinya ia mencetuskan polemik dan perdebatan hangat dalam kalangan
ahli politik, pengamal undang-undang, para ilmuwan, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) hinggalah kepada rakyat marhaen.
Dalam perutusannya, Muhyiddin menyatakan bahawa tujuan utama darurat adalah
untuk membendung wabak Covid-19 yang telah mengalami peningkatan kes secara
mendadak selama beberapa bulan yang lalu.
Namun begitu, penguatkuasaan PKP kali pertama pada Mac hingga Mei tahun lalu
dilihat sudah cukup berkesan membendung wabak Covid-19 tanpa perlu melalui
darurat.
Tambahan pula, kesan utama darurat ini adalah tergantungnya sidang Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri serta semua bentuk pilihan raya sehingga keadaan Covid-
19 terkawal atau pulih.
Persoalannya, mengapa sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu
digantung? Saya masih belum ada jawapan yang tuntas dan kukuh mengapa kedua-
dua sidang ini perlu digantung.
Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menjadi medan penting untuk
wakil rakyat membuat keputusan hasil perbincangan dan perbahasan berkaitan apa sahaja masalah berkaitan kepentingan rakyat dan negara, lebih-lebih lagi dalam menangani wabak Covid-19.
Jika ini tidak berlaku, dibimbangi ia mungkin menjadi tiket bagi sesebuah kerajaan untuk menyalah guna kuasa pemerintahan tanpa semak dan imbang, termasuklah kemungkinan mengelakkan risiko pilihan raya mengejut atau kejatuhan kerajaan sedia ada yang dikatakan sudah kehilangan majoriti.
Saya berpandangan, krisis pandemik Covid-19 dapat dikawal cukup dengan
pelaksanaan PKP tanpa darurat. Dengan darurat, mungkin wabak dapat dibendung.
Namun bagaimana pula dengan kesan kepada ekonomi?
Dalam keadaan ekonomi negara sedang dipulih, penguatkuasaan darurat
dibimbangi boleh memberikan kesan ekonomi yang lebih buruk berbandig PKP; pelabur lari, pelaburan menurun, peluang pekerjaan menurun, pengangguran meningkat dan pelbagai kesan yang lain.
Rakyat sedang menilai segala tindak-tanduk kerajaan akan kewajaran pelaksanaan darurat ini. Pada saat kritikal ini, keutamaan perlu diletakkan kepada kepentingan negara serta mengetepikan segala komplot politik untuk merampas kuasa.
Utamakanlah kepentingan negara, bukan kepentingan parti. Utamakanlah kebajikan
rakyat, bukan ‘kebajikan’ kroni.
Utamakanlah memerangi Covid-19, bukan
memerangi musuh politik. Utamakanlah memulihkan ekonomi, bukan ‘memulihkan’
kuasa. MG
Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti
Pertubuhan IKRAM Malaysia

The post Darurat dan polemik kewajarannya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/14/darurat-dan-polemik-kewajarannya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=darurat-dan-polemik-kewajarannya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Secepat Mungkin Dan Darurat Covid 19

Pru 15 Secepat Mungkin Dan Darurat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 360 hits
Sebenarnya UMNO telah bagi satu kenyataan yang sangat jelas tentang tempoh PRU 15 dan di putar belit oleh sesetengah portal MKT UMNO minta PRU15 secepat yang mungkin TAPI tertakluk kepada keadaan Covid 19 Maksudnya tiada PRU 15 jika kes cov...
Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 433 hits
Malah AKAN diheret ke mahkamah atas keabsahan status PM nya bukan mempertikai darurat perkenan Tuanku Perjalanan politik AKAN lebih meletihkan Pengumuman PKP SEBENARnya sudah cukup untuk merehatkan politik dan umno atau Mana Saja parti AKAN...
Bacaan Meter Elektrik Tnb Diteruskan Seperti Biasa Sepanjang Pkp Dan Darurat Tiada Pemotongan Ketika Pkp

Bacaan Meter Elektrik Tnb Diteruskan Seperti Biasa Sepanjang Pkp Dan Darurat Tiada Pemotongan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 320 hits
Bermula hari ini sebanyak enam buah negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sekaligus mengimplementasi kembali sejumlah perkara seperti PKP asal Mac 2020 lepas Apa pun kini menyentuh mengenainya pihak Tenaga Nasional mengatakan baca...
Darurat Muhyiddin Untungkan Grand Coalition Ph

Darurat Muhyiddin Untungkan Grand Coalition Ph

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 239 hits
malaysiadateline comPengisytiharan proklamasi darurat yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilihat bakal menambah mata kepada Pakatan Harapan dalam usaha mereka menggerakkan Grand Coalition atau gabungan besar ber...
Pembangkang Seperti Anjing Menyalak Bukit Persoal Darurat

Pembangkang Seperti Anjing Menyalak Bukit Persoal Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 440 hits
ismaweb netTidak faham bahasa rakyat menyampah ahli politik mabuk kuasaBANGI 29 Jamadilawal 1442H Rabu Tindakan pembangkang menolak rasional serta alasan pengisytiharan darurat bagi menyelamatkan Malaysia daripada wabak COVID 19 seperti anj...
Darurat Kuasa Tiada Batasan Kerajaan Boleh Langgar Sekatan Dalam Perlembagaan

Darurat Kuasa Tiada Batasan Kerajaan Boleh Langgar Sekatan Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 291 hits
malaysiadateline comPakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari bimbang proklamasi darurat sehingga Ogos ini akan memberikan kuasa mutlak tanpa batasan kepada kerajaan Perikatan Nasional yang hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja Tegas...
Intipati Proklamasi Darurat Covid 19

Intipati Proklamasi Darurat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 249 hits
by1Media my January 13 2021KUALA LUMPUR 12 Jan Berikut adalah intipati Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk memerangi wabak COVID 19 dan pengumuman sus...
Tidak Perlu Tunggu Darurat Berakhir Anwar Tiada Halangan Menghadap Agong

Tidak Perlu Tunggu Darurat Berakhir Anwar Tiada Halangan Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 423 hits
malaysiadateline comAMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti Presidennya Mohamad Sabu b...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party