Jangan Itu Macam Lah Yb


Kali ini giliran saya pula untuk rasa tidak puas hati.Pada artikel semalam, saya kata peguam Najib Razak punya sebab dan alasan sendiri apabila mendakwa penolakan permohonan tahanan rumah oleh mahkamah konon telah mengurangkan kuasa raja-raja. Ini saya kata kerana peguam secara am akan guna pelbagai cara dan taktik untuk menang kes.
Lantas, kata saya semalam, Umno janganlah terbawa-bawa dengan tuduhan seperti itu. Sepatutnya saya sambung dengan berkata orang luar pun jangan terbawa-bawa. Tetapi ada politikus memilih untuk masuk campur dan guna aspek raja-raja. Beliau ialah Saifuddin Abdullah, orang Bersatu dan Ahli Parlimen Indera Mahkota — orang Pahang lah katakan.
Menurut Malaysiakini, Saifuddin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin berhubung isu titah adendum.
Saya tiada masalah dengan tidak puas hati atau puas hati kerana itu hak masing-masing, lagi pun secara am, apabila sang politikus bercakap mereka juga ada sebab dan alasan sendiri, seperti peguam. Seperti peguam, politikus juga guna pelbagai cara dan taktik untuk ‘menang’ — in their case mereka mahu score political points untuk dapat political mileage.
Saifuddin mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu, iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, “telah diperlakukan secara tidak wajar”. Kata beliau menerusi kenyataan media, “sebagai rakyat Pahang saya berasa terhina kerana titah Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) diperlakukan sedemikian”.
Agak panjang beliau berhujah. Kesimpulannya Saifuddin mendakwa semasa pengampunan Anwar Ibrahim dahulu mahkamah persekutuan memutuskan titah pengampunan Agong adalah non-justiciable. Tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Tetapi dakwa beliau dalam kes Najib, hakim menyatakan Agong terikat dengan keputusan lembaga pengampunan, “di mana di sini boleh difahami Seri Paduka tidak lagi boleh menjalankan kuasa prerogatif baginda”.
Menurut Saifuddin, tafsiran tersebut memberi implikasi besar terhadap kedudukan dan prerogatif raja berperlembagaan (bunyi macam seirama dengan peguam Najib) sehingga “menimbulkan rasa tersinggung di kalangan rakyat”.
Kali ini giliran saya pula untuk rasa tidak puas hati. Pertama, kerana kes Anwar dengan Najib berbeza keadaan. Kedua, Saifuddin telah atau cuba mengheret raja-raja ke dalam kancah polemik. Ketiga, beliau melantik dirinya sebagai wakil atau jurucakap seluruh rakyat apabila mendakwa rakyat rasa tersinggung (adakah setiap rakyat?).
He should have just stuck to his earlier statement — “sebagai rakyat Pahang saya berasa terhina” yakni bercakap bagi pihak dirinya sendiri.
Semalam, yakni 23 Disember, alasan penghakiman Hakim Alice Loke dalam menolak permohonan Najib untuk dikenakan tahanan rumah dikeluarkan. Hakim memutuskan bahawa titah Agong ketika itu yang memberikan tahanan rumah kepada Najib tidak sah kerana tidak mematuhi keperluan perlembagaan bahawa Agong harus berunding mengenai keputusan pengampunan dengan Lembaga Pengampunan.
Pada pemahaman saya, Agong tidak terjejas. Kuasa dan prerogatif baginda tetap ada dalam sidang lembaga pengampunan.
Najib mendapati hukuman penjara dan denda yang dikenakan ke atasnya dikurangkan kerana ia dibentangkan dalam mesyuarat. Titah adendum mengenai tahanan rumah dibentangkan di luar mesyuarat, lantas tiada perundingan. Soal Agong tidak boleh guna kuasa prerogatif dan sebagainya tidak timbul.
Beralih kepada satu hantaran di media sosial oleh bekas timbalan pendakwa raya, Liyana Marzuki, tiga hari lalu. Beliau mengingatkan kita bahawa Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, bukan raja mutlak. Justeru, kuasa Agong tertakluk pada Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Malah perkara ini ditekankan oleh Sultan Abdullah sendiri.
Menurut Liyana, “Ini yang Al-Sultan Abdullah cuba sampaikan Februari lalu. Bagi mereka yang nak faham isu. Baginda minta kita hormati undang-undang.”
Pada hemat saya, titah Sultan Pahang yang bekas pendakwa raya huraikan itu mesti dihayati dan dituruti oleh semua. Ertinya setiap rakyat, apa lagi mereka yang mengaku rakyat Pahang. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/12/jangan-itu-macam-lah-yb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Yang Punya Tanggungjawab Bukan Macam Kerajaan Negeri Walaun Jahanam

Kerajaan Negeri Yang Punya Tanggungjawab Bukan Macam Kerajaan Negeri Walaun Jahanam

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 98 hits
Ustaz Al Asri Sarawak pinjamkan 1b pada Kerajaan pusat untuk biayai pusat kanser di Sarawak sebagai langkah mempercepatkan projek yg diperlukan rakyat negeri itu Selama ini pesakit kanser Sarawak terpaksa terbang ke Semenanjung untuk rawata...
Hiburan Macam Makan Bab Makan Piza Jofliam Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

Hiburan Macam Makan Bab Makan Piza Jofliam Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 161 hits
Penyanyi popular menjadi sasaran kecaman netizen selepas berkongsi foto piza milik usahawan kontroversi Jofliam menerusi Instagram baru baru ini Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah 33 memuat naik momen menerima piza berk...
Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 173 hits
Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar Jawapan ringkas Oven rumah boleh menghasilkan roti seperti kedai jika haba diurus dengan betul Perbezaan utama bukan pada jenama oven tetapi pada kestabilan suhu cara simpan haba...
Ulasan Logik Rafizi Vs Ketua Pemuda Umno Bukan Macam Si Ketua Pemuda Umno Tu

Ulasan Logik Rafizi Vs Ketua Pemuda Umno Bukan Macam Si Ketua Pemuda Umno Tu

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 97 hits
INI MINDA KETUA PEMUDA UMNO TARAF TU SAJA PEMIKIRAN DIA MANA UMNO NAK MENANG IQ 76SDM RENDAHMISKIN LITERASI 90 RAKYAT SEMUA DIA TAK PUNYA OTAK CAKAP TAK ADA ISI
Apa Itu Ai Bot Kripto Dan Bagaimana Ia Jana Income Pasif

Apa Itu Ai Bot Kripto Dan Bagaimana Ia Jana Income Pasif

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 140 hits
Apa Itu AI Bot Kripto Dan Bagaimana Ia Jana Income Pasif Dalam dunia kripto satu perkara yang sering buat orang The post appeared first on
Apa Itu Onsa Pelaksanaannya

Apa Itu Onsa Pelaksanaannya

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 126 hits
ONSA atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 ialah rangka undang undang baharu yang digubal untuk melindungi pengguna di ruang digital dan berkuatkuasa mulai Januari 2026 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ONSA 2025 sila layari portal r...
Rafizi Ingatkan Akmal Nasir Jawatan Menteri Itu Satu Jerat

Rafizi Ingatkan Akmal Nasir Jawatan Menteri Itu Satu Jerat

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 101 hits
Rafizi RamliTahniah kepada semua yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Jemaah Menteri minggu ini terutamanya kepada ahli Parlimen Johor Baharu Akmal Nasrullah Mohd Nasirdan ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed ...
Apa Itu Cryptocurrency Panduan Mudah Untuk Orang Malaysia

Apa Itu Cryptocurrency Panduan Mudah Untuk Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 128 hits
Apa Itu Cryptocurrency Panduan Mudah Untuk Orang Malaysia Sejak beberapa tahun kebelakangan ini perkataan cryptocurrency atau kripto makin kerap kita The post appeared first on
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis