Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas




PETALING JAYA: Pemimpin Umno dan PAS mengambil sikap terbuka terhadap kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin Yasssin untuk menjadi perdana menteri pada masa ini.
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, kenyataan Khairy itu lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.
Mohamed Khalid Nordin.Katanya, ukuran sama ada seseorang itu layak atau tidak layak tidak boleh dibuat melalui ujuran biasa kerana ia tidak akan memberi gambaran sebenar.
“Pandangan peribadi dia (Khairy). Ini zaman ‘age of disruption’, zaman luar kebiasaan. Kalau ikut ukuran biasa, mungkin tak nampak,” katanya kepada FMT.
Bagi ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii, penilaian kewibawaan seseorang sebagai perdana menteri adalah sesuatu yang subjektif.
Beliau memberi contoh kewibawaan Ahmad Zahid Hamidi yang menolak jawatan menteri sebelum namanya dibersihkan di mahkamah tidak bermakna presiden Umno itu tidak layak.
“Kewibawaan seseorang itu adalah subjektif. Perdana menteri dalam mana-mana sistem demokrasi dipilih oleh rakyat. Ada yang dipilih mengikut jumlah kerusi dimenangi oleh sesebuah parti.
“Ia pandangan peribadi Khairy berdasarkan pengamatan beliau dan bersifat sementara. Sekali air bah sekali pantai berubah.
“Zahid berjiwa besar untuk tidak menerima jawatan Kabinet kerana kes di mahkamah. Ini tidak bermakna beliau tidak layak memegang jawatan.
“Malah ia adalah sikap yang sepatutnya dicontohi semua pemimpin Melayu. Berjiwa besar dan meletakan parti sebagai keutamaan,” katanya.
Razlan bagaimanapun menasihatkan ahli Umno supaya menjarakkan diri daripada mencetuskan kontroversi sesama sendiri, sebaliknya memberikan tumpuan kepada usaha membantu rakyat.
Razlan Rafii.“Ahli Umno sepatutnya menjauhkan diri daripada kontroversi sesama sendiri. Fikirkan kerja politik untuk rakyat, buat kerja untuk menambat hati rakyat, bukan menjadi popular dengan mengkritik.
“Rakyat sengsara semasa pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH), takkan kita yang baru ambil kuasa ini tak habis-habis cerita soal politik,” katanya.
“Jangan ikut perangai PH, antara sebab mereka jatuh adalah percubaan untuk menamakan perdana menteri walaupun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi perdana menteri.
“Sudah pastilah penyokong Mahathir marah dan akhirnya terjadilah pertukaran kerajaan. Kerana apa? Kerana heboh PKR dan DAP serta Amanah taksub kepada Anwar (Ibrahim) yang akhirnya menimbulkan konflik dalam PH. Janganlah kita ikut perangai ini.
“Sekarang perdana menteri adalah Muhyddin Yassin, tak perlulah fikirkan siapa penganti. Esok lusa kalau menang besar, bincanglah elok-elok” katanya.
Katanya, rakyat ketika ini sudah menunjukkan rasa selesa dan menyukai pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN, PAS, PPBM, GPS dan parti Sabah dan Sarawak.
“Rakyat sudah suka dengan kerajaan dan mereka yakin dengan semua parti di dalamnya. Tak payahlah wujudkan polemik pengganti (perdana menteri) dan sebagainya.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin juga menganggap kenyataan Khairy bersifat peribadi dengan berkata, jawatan perdana menteri tidak perlu dijadikan polemik panjang.
Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin.Katanya, permilihan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersetujui oleh PAS, Umno dan PPBM dan semua pihak harus memberi fokus kepada kepada kemenangan besar PN dalam pilihan raya akan datang.
“Itu pandangan peribadi Khairy, beliau tidak terlibat dalam perbincangan Muafakat Nasional (MN) dan sebagainya.
“Polemik perdana menteri ini tidak perlu panjang. Ia telah dipersetujui dalam mesyuarat pimpinan PAS Umno dan PPBM. Kita fokus dulu PRU ke-15, bagi menang dulu,”katanya.
Khairy sebelum ini berkata, pada masa ini tidak ada pemimpin yang lebih berwibawa selain Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri, sama ada dari Umno, PAS atau PPBM.
“Selagi kita mendukung kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dukung adalah Muhyiddin, soal PRU akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.
“Kalau kita tengok daripada segi (penerimaan) rakyat, dapatan badan penyelidikan, itulah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” katanya seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Umno dalam PRU ke-15 nanti.
Pada 2 September, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center mendapati kadar penerimaan terhadap kepimpinan Muhyiddin berada pada tahap 69%.
Tinjauan juga mendapati PN lebih diterima umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN.
Julai lalu Umno dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri jika pilihan raya umum diadakan secara mengejut.
Setiausaha bersama sekretariat Muafakat Nasional Annuar Musa berkata, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama kedua-dua parti itu sebelum itu.
Beliau berkata, Muhyiddin yang juga presiden PPBM mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar itu.
#Sumber :  FMT  

MR :    Jangan Ikut PH itu kunci yang terbaik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/jangan-ikut-ph-polemik-kedudukan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Lembik Jangan Mimpi Menang Mudah Pada Pru 15 Kata Pemerhati

Umno Pas Lembik Jangan Mimpi Menang Mudah Pada Pru 15 Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 691 hits
UMNO dan PAS berkemungkinan tidak akan menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke 15 setelah melihat sikap lembik parti berkenaan dalam menangani beberapa isu negara kebelakangan ini Pemerhati politik Mohd Luttfi Abd Khalid tidak yakin kerajaan...
Dewan Ulamak Pas Bersyukur Dapat Bantu Rampas Mandat Rakyat

Dewan Ulamak Pas Bersyukur Dapat Bantu Rampas Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 274 hits
Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari us Nik Zawawi di muktamar kat tv tadi Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan Jual nama Allah Maha suci Allah tidak akan menghalalkan...
Saya Lebih Selesa Bersama Umno Dan Pas Daripada Anwar Kata Azmin

Saya Lebih Selesa Bersama Umno Dan Pas Daripada Anwar Kata Azmin

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 379 hits
Selepas berdekad bersama sama Presiden PKR Anwar Ibrahim bekas timbalan presiden parti itu Azmin Ali berkata dia kini lebih selesa bekerjasama dengan Umno dan PAS Dia yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sepe...
Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 334 hits
Tanpa sebarang kerusi diperuntukkan kepada PAS pemuda parti itu tetap mengajak pengundi Sabah memperbaiki kegagalan kerajaan kerajaan sebelum ini dan bersatu demi negeri berkenaan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata sebagai meny...
Dulu Kata Husam Fitnah Pas Bersama Umno Sekarang Siapa Fitnah

Dulu Kata Husam Fitnah Pas Bersama Umno Sekarang Siapa Fitnah

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 357 hits
Sejak tahun 2015 ramai bekas pimpinan Pas yang disebut sebagai G18 khususnya Dato Husam Musa telah difitnah dituduh menfitnah Pas Apakah fitnah yang difitnah terhadap Dato Husam itu Haji Hadi akan kandar Pas bersama UMNO itulah yang dikatak...
Kapirkan Lagi Umno Pas Kata Semua Ahlinya Di Dun Slim Akan Sokong Bn

Kapirkan Lagi Umno Pas Kata Semua Ahlinya Di Dun Slim Akan Sokong Bn

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 273 hits
PAS Perak menafikan ada penyokong veteran parti itu berasa tidak gembira dengan kerjasama yang dijalin dengan Umno ketika ini Antara pemimpin yang menyatakan hal itu ialah Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar Kata Razman mengikut ramalannya ora...
Free Malaysia Today Cuba Hasut Pas Supaya Bergaduh Dengan Umno Bersatu

Free Malaysia Today Cuba Hasut Pas Supaya Bergaduh Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 442 hits
PAS patut sedar bagaimana ia dilayan dalam PNTak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah 1 Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang m...
Prn Sabah Umno Akan Ditolak Rakyat Km Penuh Kontroversi

Prn Sabah Umno Akan Ditolak Rakyat Km Penuh Kontroversi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 399 hits
Umno telah mengumumkan senarai calonnya untuk PRN Sabah Jelas dari senarai calonnya tiada nama besar dan berkarisma untuk dilantik menjadi Ketua Menteri Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin yang sekarang ini penuh dengan kontroversi Tidak adak...
Jangan Gelak Pejuang Sasar Menang 35 Kerusi Parlimen Dalam Pru15 Kata Dr M

Jangan Gelak Pejuang Sasar Menang 35 Kerusi Parlimen Dalam Pru15 Kata Dr M

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 288 hits
PUTRAJAYA Parti Pejuang Tanah Air menyasarkan memenangi 36 kerusi pada pilihan raya umum ke 15 kata pengasasnya Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata walaupun jumlah itu tidak cukup untuk parti itu membentuk kerajaan ia akan membolehkan Pejuan...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025