Saya Lebih Selesa Bersama Umno Dan Pas Daripada Anwar Kata Azmin

Selepas  berdekad bersama-sama Presiden PKR Anwar Ibrahim, bekas timbalan  presiden parti itu Azmin Ali berkata dia kini lebih selesa bekerjasama  dengan Umno dan PAS.
Dia yang merupakan Menteri Perdagangan  Antarabangsa dan Industri berkata, seperti rakyat Malaysia lain, dia  juga bosan diheret ke tengah-tengah perseteruan Anwar dan bekas perdana  menteri Dr Mahathir Mohamad.
"Soalan yang sering ditanya kepada  saya, apakah saudara selesa duduk dengan Pas dan Umno? Saya jawab mudah  saja,`saya lebih yakin duduk di sebelah Pas dan Umno daripada duduk  dengan Anwar Ibrahim.
"Saya bukan kenal dia satu hari (atau) dua  hari, berpuluh tahun (saya kenal), sudah-sudahlah," katanya ketika  berucap di Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara Kedah di Alor  Setar, seperti dipetik Astro Awani.
Katanya,  perkara itu membuatkannya keluar PKR dan menyokong penubuhan kerajaan  Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin, yang  menurutnya sebuah kerajaan stabil yang berupaya memenuhi kehendak  rakyat.
"Rakyat menderita di bawah, rakyat susah di bawah,  hari-hari dia (Anwar) tanya bila aku nak jadi perdana menteri. Yang si  Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata tunggulah bagilah aku enam bulan  lagi, (Anwar) tak (setuju), (minta) tetapkan tarikh.
"Tuan-tuan,  20 tahun kami bincang siapa nak jadi perdana menteri, cukuplah tak ada  kerja lain," katanya lagi yang turut berpandangan bahawa Anwar dan  Mahathir perlu berehat daripada politik.
Azmin bersama para  pengikut dan anggota Parlimen yang menyokongnya menyertai Bersatu secara  rasmi pada bulan lalu, menjadikan jumlah kerusi Parlimen yang dipegang  parti itu kepada 31.
Muhyiddin juga mengemukakan usul penubuhan  sayap baru dalam Bersatu untuk membolehkan ahli sekutu bukan Melayu  memegang jawatan dalam parti.
MR :  Anwar cuba singkirkan sahabat baiknya..   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/saya-lebih-selesa-bersama-umno-dan-pas.html