Jangan Iktiraf Uec Silibus Butakan Jati Diri Anak Watan
Athirah Huda Zalhe 
 		 			Pastikan kerajaan tidak tunduk tuntutan pihak minoriti 		  			 			BANGI – Rakyat benar-benar mahu tahu pendirian kerajaan pimpinan Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob berhubung status Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) –  selepas terdapat khabar angin mendakwa sijil berkenaan berkemungkinan  akan diiktiraf. 
Ini kerana, sekiranya benar – tindakan ini boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap pendidikan negara. 
Rakyat tidak  mahu pemimpin negara hilang jati diri dan bacul sehingga tunduk dengan  tuntutan golongan minoriti, hanya semata-mata mahu kekal berkuasa.  
Ingatlah  bukan hanya tanah tergadai, bahkan sikap ‘tunduk’ kerajaan juga boleh  menggadaikan bahasa Melayu, maruah serta kuasa ekonomi dan politik.
Demikian  tegas Ketua Biro Integriti dan Undang-Undang BERJASA, Hajah Widad Asnawi  sebagai mengulas desas-desus rancangan kerajaan meluluskan Sijil  Peperiksaan Bersepadu (UEC).
“Sanggupkah  pendidikan anak watan Malaysia tergadai dengan Perjanjian Keyakinan dan  Perbekalan (CSA) di antara kerajaan dan pembangkang yang isi tuntutannya  adalah pengiktirafan terhadap UEC.
“Pengiktirafan  pemimpin kerajaan terhadap UEC adalah satu pengkhianatan dan  pelanggaran kepada Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari  ini.
Atas dasar  itu, beliau menggesa masyarakat supaya bangkit menentang sebarang  pengiktirafan sijil berkenaan, yang jelas silibusnya ‘buta’ jati diri  anak watan negara.
Sebelum ini,  portal media tempatan, Samudera.my yang memetik sumber dalaman  melaporkan bahawa UEC – yang selama ini menjadi subjek kontroversi –  bakal diluluskan kerajaan.
Kelulusan yang diberikan tersebut adalah bersyarat seperti wajib lulus Bahasa Melayu dan subjek Sejarah.
Tindakan ini  menurut sumber ialah berikutan tuntutan pihak tertentu dari pembangkang  yang mengenakan beberapa syarat ketat untuk memberikan sokongan CSA  kepada pihak kerajaan pada 14 September 2021.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/jangan-iktiraf-uec-silibus-butakan-jati.html