Jangan Guna Aplikasi Faceapp Kata Mufti Wp


Umat Islam dilarang menggunakan aplikasi yang menukar gambar wajah seseorang seperti FaceApp kerana beberapa sebab, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah.

Menjelaskan hal itu hari ini, beliau berkata aplikasi berkenaan mempunyai unsur "penipuan" selain boleh menjatuhkan maruah serta mengundang fitnah.

"Larangan tersebut kerana terdapat unsur penipuan terhadap wajah yang bukan asli, mengelirukan identiti sebenar dan mengaibkan individu tersebut, sekali gus boleh menjatuhkan maruah dan ancaman fitnah," kata hantaran terbaru dimuat naik pada laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Menurut penjelasan dalam siri Irsyad al-Fatwa itu lagi, masyarakat perlu bijak memilih sebarang aplikasi teknologi untuk perkara-perkara yang bermanfaat dan FaceApp ternyata hanya sia-sia dan lebih mengundang mudarat kepada agama.

"Justeru, kami menegaskan agar umat Islam tidak menggunakan aplikasi tersebut apatah lagi menyebar luas foto wajah yang diubah suai mahupun menukar gambar wajah kepada berlainan jantina," katanya.

Terdahulu Luqman ditanya pandangannya mengenai FaceApp yang membolehkan imej muka seseorang diubah kepada tua atau muda, dan berlainan jantina.

Kata Luqman penggunaan FaceApp seolah-olah menggalakkan perbuatan mengubah ciptaan Allah walaupun bukan secara hakikat fizikal.

Justeru, katanya, larangan dibuat bagi membendung kecenderungan seseorang mengubah ciptaan Allah secara hakikat berdasarkan kaedah sadd al-zariah (menutup pintu kerosakan).

"Fungsi aplikasi tersebut yang mampu menukar foto wajah kepada berlainan jantina boleh mengelirukan identiti sebenar. Bahkan foto gambar tersebut mengaibkan diri sendiri sekali gus boleh menjatuhkan maruah.

"Adapun mengubah kepada wajah tua mahupun muda turut dilarang kerana mempunyai unsur penipuan terhadap fitrah kejadian asal serta memperdayakan manusia terhadap wajah yang tidak menunjukkan keaslian.

"Bahkan, meramal wajah tua adalah perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana manusia tidak dapat mengetahui kejadian pada masa akan datang," katanya.

Untuk rekod aplikasi FaceApp itu dibangunkan syarikat Wireless Lab yang berpangkalan di Russia.

Ia menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah suai wajah seseorang secara digital.


MR :  Banyak perkara yang meng'largho'kan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/jangan-guna-aplikasi-faceapp-kata-mufti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Guna Syarikat As Bina Aplikasi Mysejahtera Selamatkah Data

Kerajaan Guna Syarikat As Bina Aplikasi Mysejahtera Selamatkah Data

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 463 hits
Kerajaan Malaysia digesa mengesahkan sama ada mereka menggunakan kepakaran syarikat asing dalam membangunkan aplikasi MySejahtera dan beberapa aplikasi lain berkaitan pemerintah NEF hari ini menyuarakan pendapat mereka serta mendesak agar k...
Jangan Kegagalan Capai Kata Sepakat Hal Penting Buat Rakyat Muak

Jangan Kegagalan Capai Kata Sepakat Hal Penting Buat Rakyat Muak

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 352 hits
AHLI Parlimen Parit Buntar dari Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berharap kegagalan Pakatan Harapan dalam mencapai sepakat dalam hal penting akan menjadikan rakyat muak dan bosan Jelas bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu rakyat...
Lelaki Guna Faceapp Ubah Wajah Jadi Wanita Untuk Prank Ibu Tapi Respon Ibu Ini Win Habis

Lelaki Guna Faceapp Ubah Wajah Jadi Wanita Untuk Prank Ibu Tapi Respon Ibu Ini Win Habis

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 480 hits
Ada juga warganet yang mengakui respon ibu Hafiz itu sebijik respon yang akan diberi ibu masing masing small Cover image via Twitter 977Hafiz span span small Aplikasi FaceApp sekali lagi menjadi trend dalam kalangan warganet dengan filter b...
Tiada Alasan Walaupun Main Main Pu Syed Jelas Aplikasi Faceapp Haram

Tiada Alasan Walaupun Main Main Pu Syed Jelas Aplikasi Faceapp Haram

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 351 hits
Sebelum ini timbulnya kontroversi mengenai Lathi Challenge yang melakukan solekan seperti hantu dan kali ini pula sebuah aplikasi yang dikenali sebagai FaceApp menjadi tular di kalangan pengguna media sosial FaceApp adalah sebuah aplikasi y...
Saya Tidak Tahu Apa Kepentingan Bermain Aplikasi Ini Pensyarah Kanan Upsi Nasihat Jauhi Faceapp

Saya Tidak Tahu Apa Kepentingan Bermain Aplikasi Ini Pensyarah Kanan Upsi Nasihat Jauhi Faceapp

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 629 hits
Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Rozaimi Ramle meminta orang ramai berhenti dari terus menggunakan aplikasi menukar gambar bagi mengubah wajah jantina Face App yang semakin banyak digunakan oleh netizen di media sosial ...
Jangan Dibuang Pensel Yang Pendek Bagi Anak 2 3 Tahun Guna Bagus Untuk Rangsangan

Jangan Dibuang Pensel Yang Pendek Bagi Anak 2 3 Tahun Guna Bagus Untuk Rangsangan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 416 hits
Jangan dibuang pensel yang dah pendek Kalau ada anak kecil simpan dulu elok elok Nampak macam dah tak apa apa fungsi pun tapi bila anda tahu kebaikannya memang tak rugi Menerusi perkongsian Puan ada banyak manfaat untuk anak anak kecil teru...
Semangat Dalam Ph Jangan Dirungkai Kata Anwar

Semangat Dalam Ph Jangan Dirungkai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 330 hits
Kita harus kembali kepada landasan perjuangan demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan malam ini Beliau berkata demikian sebagai gesaan kepada rakan rakan di dalam Pakatan Harap...
Calonkan Shafie Pm Jangan Ingat Orang Sabah S Wak Bodoh Kata Pemimpin Gps

Calonkan Shafie Pm Jangan Ingat Orang Sabah S Wak Bodoh Kata Pemimpin Gps

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 345 hits
Penduduk Sabah dan Sarawak tidak akan diperbodohkan dengan candangan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH dan sekutunya kata Presiden Parti Rakyat Sarawak James Masing Cadangan menamakan Shafie presiden Warisan dan ketua menteri Sa...
Cara Kuatkan Line Signal Telefon Guna Aplikasi Ini

Cara Kuatkan Line Signal Telefon Guna Aplikasi Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1054 hits
Cara kuatkan line telefon Antara situasi buruk yang berlaku kepada pengguna telefon ialah mengalami kehilangan signal line Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi pengguna telefon dan perkara ini selalu terjadi kepada sesiapa yang mempu...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan