Jangan Ganggu Sabah Kami Lawan Balik Shafie



Perlawanan terbuka politik Sabah akan bermula tidak lama lagi susulan pembebasan bekas Ketua Menteri Musa Aman daripada tuduhan penggubahan wang haram.
Apatah lagi, Ketua Menteri Shafie Apdal telah memberi amaran kepada pihak kerajaan Perikatan Nasional agar tidak mengganggu gugat keutuhan kerajaan negeri dengan membeli wakil rakyat atau akan menghadapi perlawanan nekad.
Shafie yang kelihatan marah semalam, berkata beliau tidak tunduk dalam menghadapi “rancangan besar” PN untuk meyakinkan ahli Parlimen dan Adun negeri itu supaya meninggalkan gabungan kerajaan negeri terdiri daripada Warisan-DAP-PKR-Upko dan menyertainya.
Presiden Warisan itu turut mendakwa, seorang ahli Parlimen beliau, iaitu Mohammadin Ketapi (Silam) dihubungi oleh bekas menteri pusat, Anifah Aman 3 kali supaya meninggalkan partinya.
Anifah kini berusaha menggabungkan parti tempatan ke dalam parti Gagasan Rakyat Sabah yang bakal didaftarkan dalam masa terdekat.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan ahli Parlimen dan Adun Sabah berkait ketidaktentuan politik itu, Shafie berkata, Mohammadin yang kini berada di Kuala Lumpur, menolak pelawaan tersebut.
“Tetapi kita tahu, sebaik sahaja kita “tidak”, maka akan bermulalah intimidasi politik,” katanya dipetik.
Shafie juga mempersoalkan siasatan pengubahan wang ke atas naib presiden Warisan Peter Anthony, yang juga menteri pembangunan infrastruktur negeri, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.
“Kenapa sekarang? Tidak semudah itu, kami akan lawan balik. Ini negeri dan negara kita, kita ada hak.
“Jangan cuba dan tekan kami. Kita ada persidangan Parlimen (Julai ini) dan saya mahu ingatkan semua bahawa saya tidak akan berdiam diri.
“Ingat pilihan raya lepas apabila mereka mengintimidasi kita? Saya bercakap di Parlimen. Biar semua rakyat Malaysia dengar – apakah ini kerajaan yang kita mahu? Apakah ini caranya kita mentadbir negara. Ini sangat tidak patut.
“Jangan ganggu negeri Sabah, jangan ganggu rakyat Sabah. Bila kamu ganggu, kami akan lawan balik,” katanya.
Pada masa sama, Adun Senallang itu mengulangi rasa terkejut beliau berhubung masa siasatan kes Anthony dijalankan dengan pembebasan bekas ketua menteri Musa Aman daripada 46 pertuduhan pengubahan wang dan rasuah.
“Bagaimana penyiasatan kes Jabatan Air Sabah di mana berjuta-juta wang ditemui?”
Mengenai mesyuarat hari ini, Shafie berkata, kebanyakan daripada 47 wakil rakyat, termasuk 4 Adun dilantik, yang hadir mengikrarkan kesetiaan kepada pentadbiran negeri dengan memberi keutamaan pada pembangunan Sabah.
Selai Mohammadin, turut tidak hadir ialah ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman, Adun Upko James Ratib (Sugut), Limus Jury (Kuala Penyu) dan wakil DAP Calvin Chong (Elopura).
Menurut Shafie, Mohammadin tidak hadir kerana beliau berpindah rumah di Kuala Lumpur, sementara yang lain meminta maaf kerana mempunyai urusan penting lain, walaupun semua mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Shafie berharap SPRM tidak berat sebelah dalam siasatannya, sebaliknya mengambil langkah untuk meneliti “usaha” untuk menarik wakilnya supaya berpaling arah.
“Bagaimana anda boleh merasuah orang lain dengan jawatan dan suapan lain? Ini tidak harus berlaku,” katanya dengan mendakwa ahli Parlimen lain daripada gabungan kerajaan negeri juga turut dihubungi.
“Saya tidak menjanjikan (presiden Upko) Wilfred Madius Tangau atau Ewon Benedick jawatan sebelum (mereka beralih sokongan daripada Barisan Nasional kepada Warisan) walaupun saya melantik mereka sebagai menteri selepas itu.”
Katanya, beliau tidak menjanjikan ganjaran kepada Adun lain yang menyertai Warisan dari parti lain.
Justeru katanya, semua pemimpin masih bersama beliau, termasuk 8 ahli Parlimen Warisan, 3 DAP, 2 PKR dan seorang dari Upko, telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang pemimpin sedia ada.
“Kita ada nilai dan maruah kita sendiri.
“Kita bersatu. Inilah masanya rakyat Sabah berdiri teguh dan tidak digunakan sebagai alat,” katanya.
Katanya, beliau memberitahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa mereka tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pentadbiran di Putrajaya berdasarkan hubungan antara kerajaan.
“Tetapi dari segi politik, anda urus parti anda, saya urus parti saya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28211

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Jangan Ganggu Demokrasi

Tun M Jangan Ganggu Demokrasi

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 395 hits
Tolonglah Tun jangan beri nyawa kepada PH Jangan kerana nyawa Tun pun kita tidak tahu sampai bila Allah SWT beri masa untuk terus berdenyut BANGI 14 Syawal 1441H Sabtu Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin rasa terasing dan cuma mahukan perhatian...
Sabah Benar Semua Perjalanan Masuk Dari Semenanjung Sarawak Labuan Shafie Apdal

Sabah Benar Semua Perjalanan Masuk Dari Semenanjung Sarawak Labuan Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 451 hits
Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan semua perjalanan masuk dari Semenanjung Sarawak dan Labuan ke negeri ini sama ada melalui jalan darat udara mahupun laut Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kebenaran masuk...
Jangan Mati Sebelum 15hb Nanti Jkm Tuntut Balik Bantuan

Jangan Mati Sebelum 15hb Nanti Jkm Tuntut Balik Bantuan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 389 hits
MALAYSIA DATELINE Jabatan Kebajikan Masyarakat menuntut keluarga arwah Ramlah Rejab memulangkan semula wang bantuan RM350 yang dibayar pada 7 Jun 2020 Arwah Ramlah seorang ibu dan warga tua meninggal dunia pada 1 Jun 2020 sejurus bantuan bu...
Jangan Hanya Siasat Ppbm Siasat Juga Shafie Apdal Kata Jeffrey Kitingan

Jangan Hanya Siasat Ppbm Siasat Juga Shafie Apdal Kata Jeffrey Kitingan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 422 hits
Pemimpin pembangkang Sabah Jeffrey Kitingan menggesa pemimpin Pakatan Harapan supaya tidak mengamalkan dwistandard dengan mendesak siasatan dibuat ke atas parti kerajaan di peringkat persekutuan iaitu PPBM Beliau berkata gabungan politik pe...
Shafie Says He Is Ready To Fight Any Bid To Topple His Sabah Govt

Shafie Says He Is Ready To Fight Any Bid To Topple His Sabah Govt

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 383 hits
KOTA KINABALU Parti Warisan Sabah president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal is ready to take on any attempt to topple his government He warned his opponents not to create chaos at the expense of public order and peace Don t turn the state upsi...
Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

Anwar Jangan Berpaling Bersama Tun Mahathir Lawan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 397 hits
Biarpun tersebar spekulasi mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak lagi mahu meneruskan rundingan membentuk kerajaan Pakatan Harapan 2 0 dengan Tun Mahathir dan didakwa ingin mencari sekutu baharu namun pemimpin DAP tetap menyeru agar per...
Sakit Sangat Sangat Bila Jahitan Luka Bersalin Terbuka Balik Tapi Jangan Panik Lakukan Perkara Ini

Sakit Sangat Sangat Bila Jahitan Luka Bersalin Terbuka Balik Tapi Jangan Panik Lakukan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 545 hits
Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka Adakah ia berbahaya Prosedur episiotomi Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan p...
Use State Powers To Repatriate Illegals Kitingan Tells Sabah

Use State Powers To Repatriate Illegals Kitingan Tells Sabah

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 287 hits
Sabah STAR president Jeffrey Kitingan says state authorities do not have to wait for Putrajaya to deport undocumented migrants KOTA KINABALU The Sabah chief minister has the power to repatriate illegal immigrants without Putrajaya having to...
Kerajaan Sabah Alu Alukan Rakyat Malaysia Datang Menginap Hotel

Kerajaan Sabah Alu Alukan Rakyat Malaysia Datang Menginap Hotel

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 439 hits
Semoga bermanfaat buat semua Sabah benarkan semua perjalanan masuk dari Semenanjung Mohd Shafie berkata kerajaan negeri juga mengalu alukan semua rakyat Malaysia yang datang ke Sabah untuk menginap di hotel negeri ini yang telah beroperasi ...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit