Jangan Fikir Semua Baju Adalah Baju Nak Kemas Beg Balik Kampung Tak Mudah Mak Mak Je Faham


Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk pulang ke kampung beraya tahun ini sememangnya satu perkara yang cukup menggembirakan semua. Mana tidaknya, setelah dua tahun tidak beraya, inilah masanya untuk beraya sakan.
Aktiviti kemas beg balik kampung menjadi momen yang ditunggu-tunggu semua. Namun jangan diganggu isteri yang berkobar-kobar hendak berkemas. Hilang fokus boleh buat isteri hilang mood nak berkemas dengan baik. Lengkap, teratur dan rapi. Yang ini suami kena tahu. Jangan ganggu!
Bab kemas beg, jangan bagi tekanan banyak benda kat kepala nak kena bawa hahaha kredit pada tukang taip kelakor ni. Jangan kau pertikai apa bini kau buat.
Jangan ingat kemas beg tu senang. Lagi-lagi anak dah berderet-deret. Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik. Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.

Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.
Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar.

Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.
Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.
Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.
Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh! Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm. Fuh…tu je.
Tu je? Belummmmmm…Kuih raya, kerepek raya, kek lapis, kek coklat, serunding dan dodol.
Ha…mandi cemane mandi. Sabun mak, sabun anak, sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya. Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh…ada lagi! Barang mekaaappppp. Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak, deodoran aih semualah. Ketip kuku pun dia bawak, Cotton bud dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu.

Charger handphone..charger charger. Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan…dan. Dia siap ada plan kontigensi. Bawak panadol, minyak angin, blood pressure meter, home thermometer, mopiko, tiger balm. Kot anak demam lah, takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada, benang, gunting. Kot tertetas jahitan kat ketiak ke, tercabut butang baju raya anak ke. Haaaaa……Ok.
Ada dah semua. Fuhh…legaa. Ok zip beg!
Suami kerjanya apa? Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap pape. Angkat, susun dan senyum.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Fazzlan Via Izyan Izdihar Shaarani
The post “Jangan Fikir Semua Baju Adalah BAJU” Nak Kemas Beg Balik Kampung Tak Mudah, Mak-Mak Je Faham! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-fikir-semua-baju-adalah-baju-nak-kemas-beg-balik-kampung-tak-mudah-mak-mak-je-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 198 hits
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya KPK Indonesia JAKARTA Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kurang dua minggu lagi Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia memberi peringatan kepada pegawai pegawa...
Nampak Kemas Beg Tu Simple Tapi Mencabar Buat Isteri Suami Jangan Pertikai

Nampak Kemas Beg Tu Simple Tapi Mencabar Buat Isteri Suami Jangan Pertikai

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 223 hits
Suami jangan pertikai kalau isteri mengemas beg pakaian sama ada ketika nak pulang ke kampung atau pergi bercuti Nampak je simple tapi hakikatnya bukan mudah ye Jangan ingat kemas beg tu senang Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je tapi i...
Nak Balik Raya Bawa Anak Kecil Kena Ikut Tip Ini Baru Mak Ayah Tak Pening Kepala

Nak Balik Raya Bawa Anak Kecil Kena Ikut Tip Ini Baru Mak Ayah Tak Pening Kepala

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 236 hits
Ibu adik pening duduk dalam kereta lama lama rasa macam kepala berpusing Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan Ya ia memang kedengaran menyusahkan Te...
Fikir Banyak Kali Tu Tu Lambat Dedah Nak Lompat

Fikir Banyak Kali Tu Tu Lambat Dedah Nak Lompat

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 269 hits
Aktivis bidas ahli Parlimen lambat dedah tawaran berpaling tadah April 18 2022 P Prabakaran dan Rusnah Aluai baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat mengenai tawaran yang diterima untuk berpaling tadah daripada parti mereka PETALING JAYA Dua...
Unable To Balik Kampung Foreign Workers Pine For Families

Unable To Balik Kampung Foreign Workers Pine For Families

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 178 hits
Many foreign workers who are unable to return home spend Hari Raya with their friends in Kuala Lumpur including at the KLCC Park KUALA LUMPUR Celebrating with the family is one of the joys of Hari Raya but for many foreigners working in Mal...
Buasir Otak Tv Akhirnya Dapat Balik Kampung Beraya

Buasir Otak Tv Akhirnya Dapat Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 272 hits
Setiap kali bila akhirnya dapat juga balik kampung untuk beraya di hari raya Jom tonton animasi ini
Balik Kampung Tapi Tidur Hotel Homestay Ini Pesanan Ustazah

Balik Kampung Tapi Tidur Hotel Homestay Ini Pesanan Ustazah

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 174 hits
Apabila tiba musim raya isu tidur di homestay atau hotel akan jadi trending Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif sama ada daripada ibu ayah adik beradik atau saudara mara Maka ada yang mencemuh p...
Kembali Bergelar Isteri Syura Beralah Balik Raya Kampung Suami Bimbang Tak Dapat Tandingi Air Tangan Ibu Mentua

Kembali Bergelar Isteri Syura Beralah Balik Raya Kampung Suami Bimbang Tak Dapat Tandingi Air Tangan Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 404 hits
SAMBUTAN Aidilfitri kali ini sedikit berbeza buat penyanyi Syura apabila dia kembali kembali bergelar isteri Walaupun pernah melalui momen itu pada perkahwinan terdahulu Syura 36 mengakui bimbang juadah dan masakannya tidak menepati citaras...
Tips Buat Menantu Lelaki Apabila Balik Beraya Di Kampung

Tips Buat Menantu Lelaki Apabila Balik Beraya Di Kampung

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 293 hits
Tadi kat fb Abam Kie terjumpa posting lama seorang brader ni share tips apa yang menantu lelaki boleh prepare kalau balik raya belah rumah mertua Nice gila Yang muda muda kena belajar ni 1 Pastikan kau boleh masak at least satu resipi masak...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans