Balik Kampung Tapi Tidur Hotel Homestay Ini Pesanan Ustazah


Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara. Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang.

Cerita disebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya. Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung. Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.

Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri. Firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
(Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa.
Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dll, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati. Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Firman Allah SWT:
وَاِنْ جَاهَدٰكَ عَلٰٓى اَنْ تُشْرِكَ بِيْ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِى الدُّنْيَا مَعْرُوْفًا ۖ وَّاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ اَنَابَ اِلَيَّۚ ثُمَّ اِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَاُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.
Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَجْهُهَا وَكَفَّاهَا وَإِنَّمَا لَمْ يَكُونَا عَوْرَةً؛ لِأَنَّ الْحَاجَةَ تَدْعُو إلَى إبْرَازِهِمَا وَإِنَّمَا حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِمَا: لِأَنَّهُمَا مَظِنَّةُ الْفِتْنَةِ
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya.
Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.”
(Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah. Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Firman Allah SWT:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Ulama terdahulu pernah mengingatkan:
مَنْ حَفِظَ بَصَرَهُ نَوَّرَ اللّٰهُ بَصِيْرَتَهُ وَقَلْبَهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.”
(Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)

DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 😊🤲🏻🌹
Kredit: Asma’ binti Harun
 

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Balik Kampung Tapi Tidur Hotel/Homestay, Ini Pesanan Ustazah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/balik-kampung-tapi-tidur-hotel-homestay-ini-pesanan-ustazah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spritzer Ecopark Upcycles Bottles To Celebrate Hari Raya Balik Kampung Bersama With Visitors

Spritzer Ecopark Upcycles Bottles To Celebrate Hari Raya Balik Kampung Bersama With Visitors

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 293 hits
Welcomes Visitors During Hari Raya Festive Season It s time to visit the EcoPark in Taiping Perak and see the exciting Hari Raya Balik Kampung Bersama upcycling decorations from 19 April to 31 May 2022 with free admission The EcoPark has up...
Brighten Your Long Balik Kampung Trip With Galaxy Buds2

Brighten Your Long Balik Kampung Trip With Galaxy Buds2

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 198 hits
Balik kampung Oh oh oh balik kampung Are you excited to travel back to your hometown again for Hari Raya On this upcoming exciting Eid we will once again experience the Raya exodus to hometowns Whether you make your way back by plane train ...
Jangan Fikir Semua Baju Adalah Baju Nak Kemas Beg Balik Kampung Tak Mudah Mak Mak Je Faham

Jangan Fikir Semua Baju Adalah Baju Nak Kemas Beg Balik Kampung Tak Mudah Mak Mak Je Faham

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 204 hits
Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk pulang ke kampung beraya tahun ini sememangnya satu perkara yang cukup menggembirakan semua Mana tidaknya setelah dua tahun tidak beraya inilah masanya untuk beraya sakan Aktiviti kemas beg balik...
Hiburan Bawa Kucing Balik Beraya Ini Tips Elak Huru Hara Dalam Kereta Sepanjang Perjalanan Balik Kampung

Hiburan Bawa Kucing Balik Beraya Ini Tips Elak Huru Hara Dalam Kereta Sepanjang Perjalanan Balik Kampung

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 215 hits
Bagi anda di luar sana yang memiliki haiwan peliharaan pastinya sedikit pening untuk meninggalkan cik bulus di rumah jika perlu berjalan jauh atau lama Kadang kadang tu ada yang pasrah dengan membawa haiwan peliharaan seperti kucing untuk b...
27 Puasa Balik Kampung Ooo Balik Kampung

27 Puasa Balik Kampung Ooo Balik Kampung

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum wbtMAKA bermulalah episod balik kampung sempena Aidilfitri 1443H Dah dua tahun tak balik kampung kan Haihhh pentipu sangat ko Sk dah dua tahun tak balik Iolah dah dua tahun tak balik kampung beraya sebab tak boleh merentas n...
Kj Pesan Buat Rtk Dahulu Sebelum Balik Kampung

Kj Pesan Buat Rtk Dahulu Sebelum Balik Kampung

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 157 hits
PETALING JAYA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan orang ramai untuk melakukan ujian pantas antigen kendiri sebelum pulang ke kampung Khairy Jamaluddin dalam hantaran di Twitternya berkata orang ramai juga diminta untu...
Beberapa Perkara Yang Parents Boleh Buat Bila Travel Balik Kampung Dengan Anak Kecil

Beberapa Perkara Yang Parents Boleh Buat Bila Travel Balik Kampung Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 310 hits
Bila ada anak kecil memang kena buat persiapan yang teliti sebelum bertolak menuju ke destinasi Tak susah pun travel dengan anak kecil kalau semua keperluan terjaga Sebelum pulang ke kampung jom baca perkongsian ini Semoga bermanfaat buat s...
Majikan Tidak Lulus Cuti Balik Kampung Dibunuh Pekerja

Majikan Tidak Lulus Cuti Balik Kampung Dibunuh Pekerja

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 145 hits
Majikan tidak lulus cuti balik kampung dibunuh pekerja DUBAI Seorang pekerja di Dubai Emiriyah Arab Bersatu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh majikan kerana menolak permohonan cutinya lapor laman berit...
Tip Balik Kampung Musim Raya Laluan Alternatif Pulang Ke Kampung Dari Kuala Lumpur Ke Kelantan

Tip Balik Kampung Musim Raya Laluan Alternatif Pulang Ke Kampung Dari Kuala Lumpur Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 273 hits
TIP BALIK KAMPUNG MUSIM RAYA LALUAN ALTERNATIF PULANG KE KAMPUNG DARI KUALA LUMPUR KE KELANTAN Info Trip perjalanan dari pelbagai destinasi ke Kelantan musim raya disebab nak mengelak dari menggunakan jalan jammed dengan menggunakan Jalan A...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias