Jangan Dek Kuasa Bangsa Binasa Agama Jadi Mangsa


PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH 

SUDAH-sudahlah bangsa Melayu, jangan kerana kuasa, agama, bangsa, negara binasa. Bersatulah membina negara ini daripada perancangan jahat Ultra Kiasu. Saya ini Cina (Islam), letih dah asyik berpesan kepada bangsa yang bukan bangsaku, tetapi dia seagama denganku. Dilema sungguh hidup ini apabila tidak ada pilihan.

Saya cukup bimbang dengan pergolakan sesama bangsa, antara Umno dan BERSATU di negeri Johor dan juga tidak mustahil sudah pun merebak ke negeri-negeri lain.

Tidak mustahil juga merebak ke pusat, kerana penghasut-penghasut begitu ramai. Ultra Kiasu ketawa gembira, bertepuk tangan, terus menyerang dan melancarkan psywar dan psyop bagi melemahkan kita, menggugat kita, dan mempengaruhi kita.

Jika keadaan ini berlaku, tidak dapat dibendung, mungkin inilah hayat Kerajaan yang paling singkat, setelah diambil daripada Ultra Kiasu. Kenapa saudara semua tidak mahu ambil iktibar sejarah, sedangkan Allah sentiasa mengingatkan. Kerana kuasa, bangsa binasa, kerana kuasa, agama jadi mangsa.

Berfikirlah untuk agama, bangsa dan negara. Jangan sampai negara ini jatuh sekali lagi kepada Ultra Kiasu. Cukuplah dengan apa yang telah dialami selama 22 bulan yang lalu. Ultra Kiasu ini sedang menunggu detik-detik manis untuk kembali jika saudaraku terus lemah dan bertelingkah. Percayalah, dunia ini, kuasa yang ada, harta yang menimbun, hanya sementara, tidak boleh bawa mati. Sampai masa, tinggallah ia di dunia.

Apa yang kekal di dunia yang sementara apabila kita telah tiada? Yang kekal apabila kita meninggalkan dunia ini adalah, agama, anak bangsa dan negara yang akan diwarisi oleh cucu-cicit kita. Sanggup saudara semua tinggalkan kepada Ultra Kiasu yang sebelum ini telah merobek-robek segala yang ada, apabila mereka bertakhta? Insaflah saudaraku.

Sepatutnya hari ini saudara semua, bekerja sehabis mungkin, sekuat mungkin untuk memutuskan COVID-19. Pastikan negara ini terus selamat dan sejahtera. Selain itu, banteras habis-habisan pendatang tanpa izin yang tidak kembali ke negara asal. Kita semakin risau, hari demi hari ada sahaja tangkapan demi tangkapan melibatkan pendatang tanpa yang ingin menetap negara ini bagi tujuan tertentu, terutama yang datang daripada China dan India dalam bilangan yang ramai.

Semalam sahaja, belum lagi kes sebelum ini, dilaporkan seramai 44 warga China ditangkap polis kerana terlibat dalam perjudian dalam talian. Ini tidak termasuk ratusan ribu yang telah diberikan kad pengenalan oleh Ultra Kiasu dahulu.

Saya tidak pernah hirau dengan pendatang Rohingya, Bangladesh, Nepal yang berada di negara ini meskipun pendatang tanpa izin, kerana mereka ini mudah sahaja untuk dikenali, dengan rupa bentuk fizikal, warna kulit dan beberapa ciri yang lain.

Tetapi bagaimana dengan pendatang Cina daripada China, dan India daripada negara India yang bukan warganegara, datang ke sini atas tiket pelancong, kemudian tidak balik-balik ke negara asal mereka. Mereka ini terlalu sukar untuk dikenali dan dijejaki kerana rupa paras dan bentuk sebiji sama seperti rakyat warganegara kita, Cina dan India di sini. Inilah yang paling membimbangkan.

Kita tidak tahu di mana mereka? kenapa kita tidak ambil kisah? Apatah lagi untuk masuk ke rumah-rumah ibadat mereka bagi tujuan pemeriksaan. Apa yang mereka lakukan hari ini? Apa perancangan di sebalik? Berapa ramai sebenarnya pendatang daripada India dan China yang tinggal di negara ini setelah tamat tempoh? Berapa ramai yang telah diberikan kad pengenalan oleh Ultra Kiasu? Sedarlah saudaraku.

Bulan puasa ini adalah bulan penyatuan, seluruh umat Islam berpuasa, tanpa berkecuali. Senangkan untuk menyatukan umat Islam kerana ibadatnya hanya ada satu tidak ada dua. Persoalannya, kenapa sukar sangat menyatukan umat Islam? Jawapannya, kita terlalu mengejar kuasa, pangkat, dan takhta. Saudara masih tidak lagi berubah. Insaflah sebelum nasi menjadi bubur.  – HARAKAHDAILY

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/jangan-dek-kuasa-bangsa-binasa-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sentimen Bangsa Agama Produk Jualan Umno Pas

Sentimen Bangsa Agama Produk Jualan Umno Pas

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 458 hits
Tulah Melayu tak habis2 dengan tamak dan irihati f bkHarga minyak jatuh ke negatif Habis lah Rileks harga minyak mentah sedunia memang jatuh teruk tapi yang jatuh 306 jadi 37 63 setong tu cuma harga bagi West Texas Intermediate keluaran US ...
Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

Usul Undi Tidak Percaya Tun M Jangan Obses Kuasa Pemerhati Politik

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 314 hits
Pemerhati politik menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak terlalu obses terhadap kuasa semata mata sehingga sanggup membelakangkan keutamaan yang perlu diberi tumpuan pada waktu ini iaitu menangai wabak Covid 19 Pensyarah Kanan Univ...
Pendatang Rohingya Jangan Bercakap Setelah Hilangnya Kuasa

Pendatang Rohingya Jangan Bercakap Setelah Hilangnya Kuasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 286 hits
ISU semasa yang melibatkan pelarian Rohingya perlu dilihat dengan cara yang menyeluruh bukan secara serpihan Dunia pernah menghadapi isu Palestin Kashmir Bosnia dan lain lain bukan sahaja isu Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa ya...
Jangan Benci Pada Rohingya Yang Jadi Mangsa Kezaliman Dr Mahathir

Jangan Benci Pada Rohingya Yang Jadi Mangsa Kezaliman Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 29 April Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata beliau sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohing...
Contoh Surat Kuasa Pengambilan Bpkb Motor Adira Finance

Contoh Surat Kuasa Pengambilan Bpkb Motor Adira Finance

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 1730 hits
Namun terkadang kita tidak memiliki waktu untuk mengambilnya Contoh surat kuasa pengambilan bpkb sudah menjadi kewajiban dan keharusan jika dokumen bpkb motor atau mobil yang sudah jadi untuk diambil Apa Saja Syarat Ambil Bpkb Motor Di Adir...
Mustang Cobra Jet Elektrik Dengan1400 Kuasa Kuda Ini Boleh Membuat Dominic Toretto Ternganga

Mustang Cobra Jet Elektrik Dengan1400 Kuasa Kuda Ini Boleh Membuat Dominic Toretto Ternganga

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 222 hits
Ford Mustang ialah kenderaan unik di dalam dunia automotif Amerika Syarikat Mustang kerap dijadikan kereta kegunaan hero seperti di dalam filem Bullit dan Gone in 60 Seconds Sejak awal pengeluarannya pada tahun 1964 Mustang menggunakan enji...
Ma Perbaiki Hukuman Eks Jaksa Chuck Suryosumpeno Ini Tanggapan Kuasa Hukum

Ma Perbaiki Hukuman Eks Jaksa Chuck Suryosumpeno Ini Tanggapan Kuasa Hukum

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 172 hits
Seperti diketahui pada 5 November 2018 lalu jaksa Chuck Suryosumpeno ditetapkan sebagai tersangka terkait dugaan tindak pidana korupsi penyelesaian barang rampasan dan barang eksekusi
Tak Ada Kuasa Selamatkan Rohingya Ada Kuasa Buat Dekk

Tak Ada Kuasa Selamatkan Rohingya Ada Kuasa Buat Dekk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 429 hits
Kredit Ipohmali Sebelum ada kuasa bukan main hebat dok menjerit kat Stadium Titiwangsa sampaikan Najib dok berkepit dengan Haji Hadi hat Ulama PAS ngan wanita UMNO terpaksa berhimpit punya nak tunjuk ramai sampaikan UMNO ngan PAS berkongsi ...
Contoh Surat Kuasa Cetak Rekening Koran Bank Bjb

Contoh Surat Kuasa Cetak Rekening Koran Bank Bjb

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 3733 hits
Rame ajah karena total ada 6 orang y Inilah pembahasan lengkap terkait contoh surat kuasa pengambilan rekening koran di bank Uang Di Rekening Bank Tiba Tiba Hilang Ini 7 Cara 13 Contoh Surat Kuasa Yang Baik Dan Benar Untuk Berbagai Contoh S...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri