Pendatang Rohingya Jangan Bercakap Setelah Hilangnya Kuasa



ISU semasa yang melibatkan pelarian Rohingya perlu dilihat dengan cara yang menyeluruh, bukan secara serpihan.

Dunia pernah menghadapi isu Palestin, Kashmir, Bosnia dan lain-lain, bukan sahaja isu Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa yang tidak ditangani secara konsisten.

Keadaan begitu berlaku apabila ia tidak dipandang dari sudut hak beragama, hak berperikemanusiaan dan hak berpolitik yang tidak boleh dilihat dari aspek pelarian semata-mata.

Dahulunya isu Palestin yang tidak selesai sehingga hari ini, walaupun puncanya sangat zalim apabila tanah air dirampas daripada penduduk asal bagi menubuhkan negara haram Yahudi yang sudah hilang dalam lipatan sejarah.

Namun, kuasa-kuasa besar dunia yang dipengaruhi politik Zionis bertindak menjelmakannya semula bagi melaksanakan agenda impian Zionis yang sangat zalim.

Tindakan tersebut telah mencetuskan krisis pelarian yang berlarutan dan belum selesai, di samping meneruskan kezaliman berlesen daripada PBB terhadap rakyat Palestin sehingga kini.

Isu Kashmir juga terus berlarutan tanpa mempedulikan kepada Resolusi PBB supaya diadakan referendum bagi menuntut hak majoriti rakyat, tetapi dinafikan dengan keras dan kejam tanpa dipedulikan, kemungkinan kerana mereka penganut Islam.

Isu Bosnia pula terpaksa diselesaikan apabila menghadapi kekalahan, kerana keberanian rakyatnya yang berjuang, tetapi dibelenggu dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh perjanjian yang menetapkan dasar sekular bagi menghalang kebangkitan politik Islam di Eropah.

Arakan adalah wilayah kaum muslimin Rohingya sejak beberapa abad yang lalu menjadi penduduk asal menganut Islam. Hak beragama adalah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, tetapi dinafikan kepada mereka, termasuklah hak berpolitik di bumi tempat mereka dilahirkan dan berpijak.

Islam mengajar penganutnya melindungi mangsa kezaliman tanpa batas agama, bangsa dan warna kulit, sebelum wujudnya piagam antarabangsa.

Berdasarkan realiti tersebut, sepatutnya masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan sahaja kelakuan kerajaan Myanmar yang menyekat hak beragama dan berpolitik kepada rakyatnya sendiri di tanah air.

Langkah sebenar adalah menghalang penghapusan etnik dan tindakan memaksa rakyat Rohingya kerana faktor agama dan kaum, bukannya menghalalkan tindakan Myanmar dengan membuka pintu untuk terus dihalau dan dijadikan pelarian secara terbuka seolah-olah memudahkan tindakan yang salah itu.

Menerima pendatang adalah tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan negara Malaysia sahaja.

Dalam masa yang sama, perlu diambil tindakan supaya penduduk Rohingya kembali semula ke tanah air asal mereka, bukannya tindakan terbuka yang kekal menjadi pelarian tanpa tempoh dan sempadan, seperti memberikan kemudahan supaya terus dihalau atau melarikan diri tanpa tindakan yang sebenarnya dan Malaysia dijadikan transit, seterusnya menyerahkan tanah air kepada rejim yang zalim itu.

Pernah tindakan keras politik dilakukan, seperti misi ketenteraan dihantar dalam menangani krisis di Bosnia, Iraq, Syria dan Afghanistan. Mengapa tidak dilakukan perkara sama terhadap Myanmar yang lebih kejam terhadap rakyat sendiri?

PAS bersama BN dalam menangani isu pelarian Rohingya, walaupun pada ketika itu PAS berada di petak pembangkang dan BN ada suara tersendiri di atas prinsip agama dan kemanusiaan.

Ini tidak sama seperti PH yang hanya kedengaran suara Tun Mahathir keseorangan di mimbar PBB, tetapi PH lebih sibuk menghadapi krisis dalamannya kerana menanti Tun Mahathir meletakkan jawatan.

Kita perlu membuat perhitungan secara bijak, kerana di kalangan Rohingya ada yang benar-benar berjuang, maka wajib disokong perjuangan mereka untuk menuntut hak kemanusiaan, kerakyatan dan beragama.

Ada juga kumpulan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku, hanya sekadar mahu menyelamatkan diri sahaja. Bahkan ada juga yang mencari kesempatan sehingga menimbulkan masalah sosial dan keselamatan kepada negara penerima.

Di samping itu, ada negara yang bertindak untuk dirinya sahaja tanpa mempunyai perikemanusiaan, lalu bertindak tidak berperikemanusiaan pula.

Di sini Islam menetapkan Feqah Aulawiyat dan Feqah Muwazanat yang bertindak mengikut perhitungan agama, kemanusiaan dan politik yang tetap mengambil kira hak yang patut diperjuangkan oleh mereka dan mudarat yang mendatang terhadap negara yang perlu diatasi dan dicegah sebelum ia berlaku.

Maka mencegah mudarat yang lebih besar hendaklah diutamakan daripada menghadapi pendatang yang mencari kesempatan, bukan kerana perjuangan menuntut hak mereka sahaja tanpa perhitungan terhadap diri sendiri.

Semua pihak telah mengambil langkah awal sebelum ini lagi, sehingga melibatkan NGO Malaysia yang bertali arus pergi ke sempadan membawa bantuan.

Maka langkah terkini yang diambil oleh pihak keselamatan menyampaikan bantuan bekalan sepatutnya, di samping menghalang bahtera pelarian masuk ke dalam negara dalam suasana seluruh dunia diserang bencana wabak COVID-19 adalah perkara yang sewajarnya.

Tindakan itu mengambil kira aspek kemanusiaan dengan menghulurkan bekalan, dan menghalang dengan bersopan kerana maslahat menjaga keselamatan negara.

Khususnya dalam keadaan luar biasa yang sangat mencabar di waktu berlakunya wabak, apabila kawasan daerah sehinggalah kampung dalam negara sendiri pun dikawal sempadan bagi mencegah wabak yang lebih besar bahaya, tanpa mengira agama dan bangsa.

Semua pihak sepatutnya tidak lupa, bahawa dalam keadaan biasa masyarakat di negara ini seringkali menerima pelarian dan pendatang sejak dahulu lagi, bermula zaman penjajahan sehinggalah selepas kemerdekaan, kerana sifat Islam yang berperikemanusiaan tersemai di dalam dirinya.

Sebenarnya Islam lebih mendahului seribu tahun daripada apa yang dikatakan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1945-1948 dan Konvensyen Geneva 1951, tetapi percakapan mereka tidak serupa bikin.

Al-Quran menegaskan firman Allah:

﴿وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ٦﴾

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh keamanan. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” (Surah al-Taubah: 6)

Inilah konsep Islam terhadap pelarian tanpa mengira agama dan bangsa. Semua pihak yang hanya pandai mengkritik sepatutnya menyuluh diri sendiri terlebih dahulu dan mengkaji sejarah di tempat asal mereka, bagaimana cara bertindak terhadap pelarian dan apakah layanan mereka terhadap pendatang.

Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa, laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai-derai, sedangkan ekornya berlumuran tahi.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/pendatang-rohingya-jangan-bercakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Keterlaluan Membenci Rohingya Sampai Hilang Adab Dan Tatasusila

Jangan Keterlaluan Membenci Rohingya Sampai Hilang Adab Dan Tatasusila

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 450 hits
Menolak kehadiran baru Rohingya itu benar Negara tidak boleh menanggung risiko keselamatan dan kesihatan yang mungkin wujud hasil lambakan pelarianTetapi keterlaluan membenci Rohingya macam orang bodoh tak pernah puasa itu lebih besar salah...
Tak Ada Kuasa Selamatkan Rohingya Ada Kuasa Buat Dekk

Tak Ada Kuasa Selamatkan Rohingya Ada Kuasa Buat Dekk

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 429 hits
Kredit Ipohmali Sebelum ada kuasa bukan main hebat dok menjerit kat Stadium Titiwangsa sampaikan Najib dok berkepit dengan Haji Hadi hat Ulama PAS ngan wanita UMNO terpaksa berhimpit punya nak tunjuk ramai sampaikan UMNO ngan PAS berkongsi ...
Jangan Benci Pada Rohingya Yang Jadi Mangsa Kezaliman Dr Mahathir

Jangan Benci Pada Rohingya Yang Jadi Mangsa Kezaliman Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR 29 April Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata beliau sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohing...
Kalau Tak Mampu Pertahan Jangan Sesekali Kita Kecam Etnik Rohingya

Kalau Tak Mampu Pertahan Jangan Sesekali Kita Kecam Etnik Rohingya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 272 hits
MERAK Jalanan yakin kita semua mesti pernah dengar kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga Maksudnya hanya kerana salah seorang atau kejahatan sesuatu yang kecil habis sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nam...
Pendatang Haram China Dan India Sama Banyak Dengan Rohingya

Pendatang Haram China Dan India Sama Banyak Dengan Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 722 hits
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79...
Isu Rohingya Jangan Sombong Malaysiaku

Isu Rohingya Jangan Sombong Malaysiaku

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 383 hits
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ Dua hari lepas saya menulis pendek untuk bangsa Rohingya yang berada di Malaysia sebagai pelarian yang dihalau ditindas dan dibunuh di negara sendiri Myanmar Hujan dan udara sejuk awal Ramadan nampaknya gagal memada...
Tubuh Rci Siasat Pendatang China Rohingya

Tubuh Rci Siasat Pendatang China Rohingya

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 288 hits
Datuk Dr Ali Ibrahim Gambar THE STAR ONLINEPENDATANG asing yang masuk ke negara ini seperti tidak putus putus menunjukkan Malaysia mempunyai sifat kemanusiaan terutama terhadap pelarian Rohingya Namun keadaan itu adalah amat membimbangkan l...
Halang Pendatang Rohingya Masuk Malaysia Pegawai Tudm Dinaikkan Pangkat

Halang Pendatang Rohingya Masuk Malaysia Pegawai Tudm Dinaikkan Pangkat

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 425 hits
Juruterbang pesawat C 130H Tentera Udara Diraja Malaysia yang berjaya mengesan bot pendatang tanpa izin Rohingya di perairan Langkawi pada minggu lepas antara enam pegawai kanan dinaikkan pangkat semalam Menurut Portal Rasmi TUDM Mejar Faiz...
Jangan Dek Kuasa Bangsa Binasa Agama Jadi Mangsa

Jangan Dek Kuasa Bangsa Binasa Agama Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 277 hits
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH SUDAH sudahlah bangsa Melayu jangan kerana kuasa agama bangsa negara binasa Bersatulah membina negara ini daripada perancangan jahat Ultra Kiasu Saya ini Cina letih dah asyik berpesan kepada bangsa yang buk...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp