Jangan Degil Cuba Masuk Seberang Perai Utara Tanpa Kebenaran




Sumber Sinar Harian Mohd Iskandar Othman 
KEPALA BATAS - Polis memberi amaran kepada orang ramai agar jangan berdegil dengan cuba memasuki daerah Seberang Perai Utara (SPU) tanpa surat kebenaran atau bakal dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, peringatan itu ditujukan terutamanya kepada mereka yang berhasrat untuk pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha pada Selasa ini.
Menurutnya, dalam keadaan kes Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, orang ramai seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk larangan untuk pulang ke kampung.
"Bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan melalukan pergerakan rentas daerah dan negeri, semua anggota yang bertugas akan melakukan pemeriksaan lebih teliti di enam sekatan jalan raya (SJR) untuk masuk ke daerah ini.
"Jangan cuba berikan pelbagai alasan yang tidak munasabah hanya untuk kepentingan diri dan kita akan pastikan mereka tidak akan lolos melalui beberapa lorong tikus termasuk menempatkan tiga SJR bergerak selain tiga pasukan lagi yang akan membuat pemeriksaan rawak di lokasi tertentu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Noorzainy berkata, beliau juga telah mengarahkan semua ketua polis balai untuk lebih teliti dalam pengeluaran surat rentas negeri atau daerah yang dipohon dan hanya memberi kebenaran kepada mereka untuk hal kecemasan, kematian, perubatan serta janji temu vaksin.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Noorzainy berkata, sebanyak 24 pasukan 'task force' akan digerakkan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti kunjung mengunjungi dan rumah terbuka semasa hari raya Aidiladha.
"Sekiranya ada lagi yang masih ingkar dan mengabaikan SOP mungkin usaha kita selama ini memerangi pandemik ini akan menjadi sia-sia.
"Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita seharusnya memainkan peranan bersama dalam memerangi wabak ini dan bukan pentingkan diri hingga boleh mengundang bahaya kepada orang lain," katanya.
Ditanya mengenai aliran trafik di daerah ini, beliau berkata, keadaan seperti biasa dan tiada pertambahan kenderaan yang keluar dan masuk setakat ini. - Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/07/jangan-degil-cuba-masuk-seberang-perai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5806 Tabung Haji Jemaah Menteri Jangan Cuba Memandai Mandai Ppim Samudera My 19 07 2021

5806 Tabung Haji Jemaah Menteri Jangan Cuba Memandai Mandai Ppim Samudera My 19 07 2021

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 366 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat terkejut dengan keputusan Jemaah Menteri yang melepaskan pengurusan Tabung Haji di bawah Bank Negara Malaysia Tabung Haji bukanlah sebuah institusi kewangan Islam biasa dan tidak layak untuk diletakkan...
Kenderaan Masuk Kelantan Dari Arah Utara Bertambah

Kenderaan Masuk Kelantan Dari Arah Utara Bertambah

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 339 hits
Kemasukan kenderaan di Kelantan dari arah utara menerusi Jalan Gerik Jeli bertambah lima peratus sejak semalam Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata pertambahan kenderaan masuk ke negeri ini ...
Hiburan Jangan Taksub Dan Cuba Jadi Hakim Pu Syed Bersuara Isu Caprice Nadir Dan Ebit Lew

Hiburan Jangan Taksub Dan Cuba Jadi Hakim Pu Syed Bersuara Isu Caprice Nadir Dan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 454 hits
Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini mengenai kes membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew Nadir penyanyi rap Caprice serta pendakwah Firdaus Wong mengenai isu bantuan kemanusiaan di Gaza Palestin BACA AdvertisementTerpanggil untuk ...
Isu Tabung Haji Jangan Cuba Rampas Kuasa Parlimen

Isu Tabung Haji Jangan Cuba Rampas Kuasa Parlimen

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 357 hits
Bergegar sebentar tanah air susulan isu Tabung Haji baru baru ini sehingga menenggelamkan sedikit borak borak pasal pandemik Soalnya di mana titik permulaan polemik babitkan institusi Islam yang unggul itu sampai terpaksa ditubuhkan Suruhan...
Kesukaran Masuk Gaza Oic Digesa Main Peranan

Kesukaran Masuk Gaza Oic Digesa Main Peranan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 427 hits
SHAH ALAM Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia menyeru agar kerajaan menggunakan saluran Pertubuhan Kerjasama Islam bagi membantu semua pertubuhan bukan kerajaan dari negara Islam untuk masuk ke Gaza Menurut Presiden Mapim Mohd Azmi...
Had 80 Mp Masuk Dewan Elak Speaker Disingkir

Had 80 Mp Masuk Dewan Elak Speaker Disingkir

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 437 hits
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 26 Julai ini tidak wajar dihadkan kehadiran 80 Ahli Parlimen sahaja sedangkan kesemua anggota dewan telah pun menerima 2 dos vaksin Covid 19 Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata peratu...
Peraturan 80 Orang Ahli Parlimen Masuk Dewan Waktu Sebelum Divaksin Tak Relevan

Peraturan 80 Orang Ahli Parlimen Masuk Dewan Waktu Sebelum Divaksin Tak Relevan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 375 hits
Perkara mudah jangan disulitkan Jika agamawan pun bercakaran sesama sendiri saling melondeh satu sama lain Orang awam memerhati Kita mahu Allah sayang waktu yg sama Kita mahu sesama manusia saling meyayangi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada ...
Hampir Masuk Dewan Dah Pandai Buat Hal La Pulak Covid Nih

Hampir Masuk Dewan Dah Pandai Buat Hal La Pulak Covid Nih

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 428 hits
COVID 19 Tiga Ahli Parlimen positif empat lagi disahkan kontak rapatFirdaus AzilJulai 24 2021 19 27 MYTUjian yang dijalankan pada hari yang sama turut mendapati 35 petugas Parlimen positif COVID 19 dan kini sedang menjalani kuarantin Gambar...
Sumbangan Ustaz Ebit Lew Berjaya Masuk Ke Gaza Nadir

Sumbangan Ustaz Ebit Lew Berjaya Masuk Ke Gaza Nadir

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 504 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman memaklumkan sumbangan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang dibeli di Kaherah Mesir berjaya memasuki Gaza Palestin pada hari pertama Aidiladha Dalam laman Telegram...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Round Bazaar Sempena Konvokesyen Di Ukm Bangi Selangor


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord

5s Bukan Sekadar Kemas Tapi Menenangkan Jiwa

46works Turns The Fantic Caballero Scrambler 700 Into A Sporty Caf Racer

Discover Bali S Most Rewarding Real Estate Investments