Had 80 Mp Masuk Dewan Elak Speaker Disingkir



Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 26 Julai ini tidak wajar dihadkan kehadiran 80 Ahli Parlimen sahaja sedangkan kesemua anggota dewan telah pun menerima 2 dos vaksin Covid 19.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata peraturan tersebut tidak wajar dilaksanakan pada sesi kali ini.
Katanya, pada sidang tahun lalu Pakatan Harapan menyokong peraturan itu kerana tidak banyak isu mendesak yang perlu dibangkitkan, terutama terkait Covid 19, penderitaan rakyat, kematian dan sebagainya yang telah pun ditegur secara spesifik dalam kenyataan Majlis Raja raja Melayu pada Jun lalu.
“Beberapa bulan lalu keadaan tak kritikal seperti sekarang. Waktu ini kita nampak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja menetapkan (dalam kenyataan yang dikeluarkan), perkara 6, 7, 8 itu, satu rujukan (mengadakan sidang Parlimen) yang tidak boleh kita kompromi. Sebagai contoh membincangkan isu Covid dengan semaksimum mungkin dan menyesaikan masalah dalam dewan.
“Kalau tengok perkara 6 dan 7 itu, persoalan keabsahan kerajaan yang mewajibkan kehadiran semua anggota (ditekankan). Jelas dalam peruntukan Perlembagaan Perkara 150, kita tidak boleh berkompromi dari segi menghadirkan diri untuk meluluskan Ordinan Darurat.
“Keabsahan kerajaan pula telah dititahkan dengan ungkapan ‘untuk mendapatkan kerajaan yang stabil’.
“Selepas perkara 8, Majlis Raja-raja bertitah agar segera mengadakan persidangan Parlimen di bawah peraturan 11 yang jelas di bawah 11.2 dan 3 kuasa Speaker untuk panggil sidang.
“Tetapi kita sekarang bincang pasal mesyuarat khas, bukan sidang Parlimen. Maka kita lihat (dalam jadual mesyuarat) hanya ada pembentangan menteri. Syok sendiri, bercakap. Sedangkan rakyat makin banyak kena Covid, banyak yang meninggal,” katanya dalam forum maya Borak Dahsyat: “Kerajaan Gagal, Parlimen Diperalat?”, malam tadi.
Menyentuh hujah mengatakan bahawa semua Ahli Parlimen boleh masuk sekiranya pengundian dijalankan Abdullah membidas hujah tersebut.
Katanya, menghadkan hanya 80 orang lebih kepada taktik untuk menghalang sebarang usul menukar Speaker dan sebagainya daripada dilakukan, yang hanya boleh dibuat dengan korum penuh dewan.
“Memang bila mengundi semua boleh masuk, bila bahas 80 orang saja masuk. Apa punya sistem hampeh, menjelikkan.
“Had 80 orang ni yang saya nampak supaya tidak ada usul dibuat untuk menukar Speaker sebagai contoh. Anggota pula ditetapkan 51% milik kerajaan dan 49% pembangkang, mana boleh (pembangkang) menang
“Jangan lupa tuanku juga menitahkan diadakan persidangan penuh. Oleh itu, kita tidak boleh menyekat bilangan kerana hak Ahli Parlimen berada dalam posisinya.
“Dua minggu sekali kita buat ujian saringan Covid. Dalam dewan pun cukup SOP. Maka tidak relevan 80 orang. Sekarang banyak isu. Pesakit Covid ratusan ribu, 7,000 meninggal dan banyak rakyat bunuh diri. Maka perlu dibenarkan Ahli Parlimen menyuarakan keresahan rakyat di kawasan masing-masing.
“Itu tanggungjawab Ahli Parlimen. Kenapa takut sangat. Bacul,” sinisnya.
Selain itu, Abdullah juga menyarakan agar Parlimen mengadakan sesi bahas seperti biasa. Perbahasan katanya penting sebagai semakan dan memperbaiki sesuatu usul sebelum diundi.
“Debat, perlu ada. Beli vaksin belanja berbilion maka perginya? Jumlah (populasi) yang divaksin baru lebih sikit 10%. Kita nak tanya sebab orang mati hari-hari, positif Covid.
“Kita nak jadi apa? Tak kan kita biarkan sahaja kealpaan dan keborokan berterusan? Rakyat makin lama hidup susah akhirnya mencuri serta negara huru hara. Mahu sampai ke tahap itu kah?
“Sebab itu perbahasan perlu diadakan. Kita negara Raja Berpelembagaan. Agong dah beri titah, tidak boleh kita nafikan titah yang jelas dan terang untuk mengadakan persidangan Parlimen.
“Persidangan, bukan mesyuarat khas. Kalau Speaker tak mahu dengar titah Majlis Raja-raja maka tolong letak jawatan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32627

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Speaker Denies Rejecting Bid By Four Umno Mps To Sit With Independents

Dewan Rakyat Speaker Denies Rejecting Bid By Four Umno Mps To Sit With Independents

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 227 hits
Speaker Datuk Azhar Azizan Harun issued a statement this evening staunchly denying the allegation He claimed no such application had been made as suggested by the report Bernama picKUALA LUMPUR July 27 Dewan Rakyat Speaker Datuk Azhar Aziza...
Peraturan 80 Orang Ahli Parlimen Masuk Dewan Waktu Sebelum Divaksin Tak Relevan

Peraturan 80 Orang Ahli Parlimen Masuk Dewan Waktu Sebelum Divaksin Tak Relevan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 315 hits
Perkara mudah jangan disulitkan Jika agamawan pun bercakaran sesama sendiri saling melondeh satu sama lain Orang awam memerhati Kita mahu Allah sayang waktu yg sama Kita mahu sesama manusia saling meyayangi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada ...
Speaker Denies Getting More Requests Of Seat Changes In Dewan Rakyat

Speaker Denies Getting More Requests Of Seat Changes In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 277 hits
Speaker denies getting more requests of seat changes in Dewan RakyatSource https www thestar com my news nation 2021 07 27 speaker denies getting more requests of seat changes in dewan rakyat Speaker denies getting more requests seat change
Hampir Masuk Dewan Dah Pandai Buat Hal La Pulak Covid Nih

Hampir Masuk Dewan Dah Pandai Buat Hal La Pulak Covid Nih

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 382 hits
COVID 19 Tiga Ahli Parlimen positif empat lagi disahkan kontak rapatFirdaus AzilJulai 24 2021 19 27 MYTUjian yang dijalankan pada hari yang sama turut mendapati 35 petugas Parlimen positif COVID 19 dan kini sedang menjalani kuarantin Gambar...
Pm Secara Rasmi Maklumkan Speaker Dewan Untuk Sidang 26 Julai

Pm Secara Rasmi Maklumkan Speaker Dewan Untuk Sidang 26 Julai

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 320 hits
Ahli ahli Parlimen akan dimaklumkan selepas ini tarikh sidang Dewan Rakyat Persidangan Parlimen ditangguh sejak perintah darurat diisytiharkan Gambar Bernama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara rasmi menghantar notis kepada Speaker Dewa...
Dewan Rakyat Speaker July 26 29 Is Special Sitting As Emergency Still In Effect Regular Session From Sept 6

Dewan Rakyat Speaker July 26 29 Is Special Sitting As Emergency Still In Effect Regular Session From Sept 6

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 271 hits
The five day Dewan Rakyat sitting starting next Monday is a special sitting before the official session begins in September Speaker Datuk Azhar Azizan Harun announced Azhar issued two statements today In the first he said the special sittin...
Speaker Salah Guna Kuasa Pn Sangat Terdesak Elak Sebarang Undian

Speaker Salah Guna Kuasa Pn Sangat Terdesak Elak Sebarang Undian

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 515 hits
ARIF ATANJawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hanyalah satu alat pihak Eksekutif demi melaksanakan agenda mereka Jawatankuasa itu berpendapat tindakan Azhar menolak usul di...
Speaker Dewan Rakyat Disekolahkan Oleh Bekas Speaker

Speaker Dewan Rakyat Disekolahkan Oleh Bekas Speaker

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 267 hits
Anda speaker untuk semua dan perlu adil Azhar diberitahuRobin AugustinBekas speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof memberitahu Azhar Azizan Harun tugasnya bukan untuk melindungi mana mana menteri atau memberikan jawapan kepada menteri ...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram