Jangan Cemas Kalau Iphone Hilang Ini Cara Nak Dapatkan Semula Telefon Korang
Kes kehilangan telefon bimbit ini acapkali didengari dan berlaku saban hari ini. Situasi kehilangan ini sangat mendebarkan individu yang mengalaminya.
Hal ini kerana pelbagai maklumat serta nombor telefon yang disimpan oleh si pemilik. Terdapat juga kenangan serta memori yang tersimpan dalam telefon pintar kini disamping harganya yang mahal.
Menerusi laman Facebook Ummu Ahmad, beliau telah berkongsi detik-detik mencemaskan apabila beliau tertinggal telefon pintar miliknya di sebuah tandas awam di panggung wayang.
Tindakan segera pekerja panggung wayang yang membantu dia menjejak telefon bimbitnya itu berhasil apabila dia berjaya menemukan semula telefonnya.
Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah, individu yang mengabil telefonnya hanya berada di belakangnya sahaja.
Pekerja panggung wayang yang bertungkus-lumus bantu mencari telefon
Terima kasih yang tidak terhingga buat adik Insyhirah, staf gsc alamanda yang bantu saya menjadi ajen ali tadi sampai dapat balik hp saya. Next week kita tgk ajen ali pulak yer. Ni gambar adik insyirah staf gsc yang sangat berdedikasi tadi. Gambar kakak yang simpan hp saya tadi sampai bawa keluar dari gsc walaupun movie dia tengok tak habis lagi tu saya simpan dalam memori saya saja.
Telefon bimbit tertinggal di tandas
Hari nie saya bawa anak-anak tengok cerita frozen 2 di gsc alamanda. Tengah syok layan frozen, seorang anak nak ke toilet. Bawa pergi toilet, maknya pun tumpang sekaki. Letak hp kat atas tempat letak barang di sebelah flush dalam toilet sebab takut dalam poket nanti terjatuh pula. Dah tolong anak pakaikan semula seluar dia kami masuk semula dalam bilik tayangan frozen. Masa nak duduk baru teringat hp tertinggal kat dalam toilet tadi. Pesan dekat anak-anak mak nak ke toilet balik. Bila sampai ke toilet, toilet yang saya pakai tadi ada orang. Elok orang tu keluar, saya terus tanya ada ternampak tak hp tertinggal kat belakang tu. rupanya staf gsc.
Terus menuju ke lokasi yang diberitahu dalam telefon
Dia kata tak ada, saya terus dah gelabah hp hilang dah. Adik tu tanya saya kak pakai hp apa?. Saya kata iphone. Dia keluarkan hp dia juga iphone. Akak pandai pakai trace iphone tak?, tanya dia. Aa boleh, jawab saya. Saya masukkan iphone id dan password, terus keluar location hp saya masih dalam alamanda. Berlaku adegan kami mengejar hp saya yang telah dibawa lari. Kata adik tu, kita kena cepat akak sebelum dia keluar dari alamanda. Direction dalam find my iphone menunjukkan hp tu berenti di mc donald alamanda.
Telefon menjerit-jerit dalam beg kakak di belakang
Dah macam dalam cerita hindustan kami dua orang berlari naik eskalator, mengelak orang ke kiri ke kanan, sampai la kami sampai betul-betul depan lokasi yang ditunjukkan. Saya pun tekan button beeping my iphone. Rupanya kakak yang berdiri di belakang saya yang menyimpan hp saya tu. muka kakak tu dah berubah bila iphone saya duk menjerit-jerit dari dalam handbeg dia. Saya pun send mesej melalui aplikasi find my iphone tu mengatakan hp ini hilang. Sila hubungi number 011-xxxxxxx. Automatik hp tu dah disable masa tu kecuali boleh col ke number yang saya masukkan tadi. Saya pun pergi ke kakak tu dan minta hp saya. Alhamdulillah rezeki hp saya masih nak balik ke saya. Alhamdulillah syukur banyak-banyak.
Sumber : Facebook
The post Jangan Cemas Kalau iPhone Hilang, Ini Cara Nak Dapatkan Semula Telefon Korang appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/26/jangan-cemas-kalau-iphone-hilang-ini-cara-nak-dapatkan-semula-telefon-korang/