Jangan Guna 2 Warna Ini Pada Sarung Bantal Dan Katil Korang Kalau Nak Elak Tidur Dengan Pepijat



Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug. Pepijat membuatkan katil anda jadi tak selesa dan boleh menggangu tidur anda. Kalau yang jenis penggeli, sekali dia nampak memang dia tak akan tidur lagi di katil tu

Namun, korang tahu tak pepijat ini sebenarnya memilih untuk ‘berumah’ di katil, selimut atau bantal yang dia suka. Bukan sebab masalah kebersihan sahaja

Menurut kajian terbaru oleh Journal of Medical Entomology, pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal, selimut dan sebagainya yang bewarna MERAH DAN HITAM. Kajian yang sama turut menjelaskan yang pepijat tidak gemar untuk menyelinap di bawah fabrik yang bewarna hijau, kuning dan putih

Para pengkaji yang membuat kajian telah melakukan eksperimen untuk membuktikan teori mereka. Mereka telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna. Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu ini diletakkan pinggan kecil di mana para pengkaji telah meletakkan pepijat di tengah-tengah pinggan dan tunggu selama 10 minit-untuk melihat khemah warna apa pepijat ini akan pilih sebagai tempat persembunyian

Hasilnya? Terbukti khemah kecil bewarna merah menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain. Khemah bewarna hitam juga tidak kurang hebatnya. Pengkaji turut menjelaskan terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi seperti jantina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang digunapakai dalam kajian mereka memilih untuk bersembunyi di khemah bewarna merah dan hitam

Penulis jurnal tersebut, Corraine McNeill berkata, “Dulu, kami ingat pepijat akan duduk di tempat yang bewarna merah kerana ia menyamai warna darah yang menjadi sumber makanan mereka. Tetapi, kami silap. Mereka suka warna merah kerana ia hampir menyamai warna badan mereka dan mereka mahu berada di samping ‘kawan-kawan’ yang lain


Oh, nak hisap darah manusia ajak kawan-kawan ya? How nice

Okay, sekarang anda sudah tahu apa warna yang pepijat suka. Cepat pergi tukar hiasan dalam bilik tidur anda yang bewarna merah dan hitam itu!Kos rawat pepijat agak mahal.Bukan semua orang mampu dapatkan perkhidmatan dari syarikat pest control profesional untuk hapuskan masalah pepijat dari rumahnya. Kos rawat pepijat untuk rumah yang kena serang bergantung pada jenis rawatan yang digunakan

Kalau guna bahan kimia beracun untuk bunuh pepijat, kosnya adalah dalam lingkungan RM350 ke RM450. Bergantung kepada tahap masalah kat rumah yang diserang

Kalau guna cara terbaik dan berkesan menggunakan Wap Haba untuk membunuh pepijat, kosnya adalah dalam lingkungan RM650 ke RM750 untuk dua kali rawatan wap haba

Tapi kalau rumah dah teruk diserang pepijat sampai naik ke dinding rumah, tak payah nak panggil mana-mana syarikat pest control pro atau tidak pro. Biasanya rumah sebegitu keadaannya adalah seperti tongkang pecah baru kena landa ribut. Kotor dan berterabur tidak ada ciri-ciri orang yang sukakan kebersihan dan pengurusan rumah yang baik

Adalah lebih baik bersihkan rumah terlebih dahulu, kemas supaya nampak tersusun dan bersih. Buang segala barang dan peralatan dan perabut yang tidak digunakan. Bila dah buat kesemua itu, baru panggil syarikat pest control. Rumah orang pengotor memang layak jadi sarang pepijat

9 Cara Hapus Pepijat Tanpa Guna Racun
Memandangkan kos rawatan pepijat agak tinggi, maka sudah tentu bagi yang kurang kemampuan perlu buat sendiri aktiviti menghapuskan pepijat

Tambahan pula kos sara hidup sekarang amat mencabar. Dengan GST, dengan harga barang naik tak turun-turun. Dengan harga petrol yang tak tentu hala sekarang dan berbagai masalah lagi, duit jadi semakin kecil nilainya. Sedangkan gaji ditahap yang sama dah bertahun tahun, menambahkan lagi cabaran kos sara hidup

Jadi anda perlu belajar buat sendiri semampu mungkin apa saja yang boleh menjimatkan kos keluarkan duit.Dalam bab kawalan pepijat ini, saya berikan panduan berguna bagaimana nak hapuskan pepijat dari rumah anda tanpa perlu menggunakan racun

#1. Buat pemeriksaan dan periksa lagi
Ini perkara asas dalam apa saja aktiviti kawalan serangga yang memberikan masalah pada anda di rumah. Nak tahu macam mana cara nak buat pemeriksaan pepijat, sila pergi baca artikel ini. Pastikan anda sediakan lampu suluh yang terang untuk periksa kewujudan pepijat

Kalau anda mata jenis rabun, elok sediakan juga kanta pembesar. Sebab pepijat dan terutamanya telur pepijat tu agak kecil untuk mata kasar biasa anda

Aktiviti periksa pepijat elok buat dengan terperinci. Buat banyak kali tak apa kalau memang dah tahu rumah ada maslaah pepijat. Ini diperlukan untuk ketahui semua lokasi di mana adanya pusat pembiakan pepijat di rumah anda

#2. Kutip dan buang satu persatu
Ini cara asas paling mudah. Sebaik saja jumpa pepijat tu, terus kutip dan masukkan dalam beg plastik. Kalau nak lepaskan geram, boleh terus penyet sampai mampus pepijat tu. Kalau ada perasaan geli dan tak suka dengan baunya yang semerbak busuk, gunakan kertas atau plastik bergam. Boleh juga guna selotape

Macam mana kalau ada banyak sangat

Mudah saja, pasang vakum dan terus sedut masuk ke dalam pencuci vakum. Biar dia berkumpul dalam vakum itu dan kemudian boleh bunuh pepijat secara beramai-ramai (berekor-ekor) sekali gus. Nak bagi puas lagi tuang air panas menggelegak

#3. Kumpul dan basuh dengan air panas
Ambil kesemua bahan kain atau apa saja yang boleh dibasuh kat katil dan sekitar katil serta perabut, masukkan ke dalam mesin pembasuh dan basuh kesemuanya dengan air panas melebihi 70 darjah celcius. Bukan saja pepijat dewasa, anak pepijat sekali dengan telur pepijat akan mampus dengan air panas

#4. Bekukan jika tak boleh basuh
Macam mana pulak jika benda yang tidak boleh dibasuh

Jangan risau, ada lagi cara lain. Kumpulkan kesemua benda yang tidak boleh dibasuh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Mungkin anda perlukan peti sejuk yang besar jika banyak sangat barang. Tahap sejuk yang membeku juga boleh bunuh pepijat

#5. Cuci vakum dengan teliti
Gunakan penyedut sampah vakum yang kuat. Vakum kesemua tempat di katil dan perabut anda. Sedut dengan kuat di kesemua celahan dan retakan yang ada. Jika boleh buka perabut, buka satu persatu dan vakum mana saja celahan yang ada

Selepas dah selesai vakum, segera bawa keluar dari rumah kandungan vakum tersebut. Buka dan buang di luar rumah. Macam saya katakan tadi, elok juga curahkan dengan air panas kandungan yang ada pepijat di dalamnya tadi. Biar semuanya mampus tak hidup lagi

Aktiviti vakum ini perlu dibuat sekerap mungkin. Kalau boleh buat setiap hari sampai puas hati kesemua pepijat berserta dengan telurnya dan disedut masuk ke dalam beg vakum anda tu

#6. Boleh cuba guna pati minyak wangi
Pati minyak wangi seperti pati minyak pokok teh, pati minyak pokok cedar atau pati minyak orange boleh membunuh pepijat jika mereka tersentuh dengannya. Campur dengan air dan masukkan ke dalam alat penyembur dan boleh spray merata tempat yang ada pepijat

#7. Gunakan DE (Diatomaceous Earth)
Dapatkan DE ini dari kedai atau boleh beli secara online melalui link pada button yang saya letakkan kat bawah ini

Bila dah beli serbuk DE itu, anda boleh mula taburkan di tempat-tempat yang ada pepijat. Ingat ! saya dah pesan suruh periksa kat mana ada pepijat tadi pada langkah pertama kat atas. Jadi taburkan serbuk itu di semua tempat tersebut

Amaran ! sila pakai dusk mask atau penutup hidung dan mulut ketika tabur serbuk tadi

Bila dah selesai tabur biarkan kat situ. Nanti malam sebelum nak tidur, sila vakum habis licin kesemua bahan yang telah ditabur tadi baru boleh guna tempat tidur tersebut.Atau kalau malas, Jangan tidur lagi kat situ. Nati bila rajin dah vakum baru tidur semula kat tempat tersebut

#8. Kosongkan bahan tak guna sekitar katil
Pepijat lagi suka kalau tempat anda berselerak. Jadi kalau tak mahu pepijat bersuka ria, sila kemaskan kesemua barang yang berterabur kat sekitar bilik tidur. Lagi lapang lagi bagus. Lagi kurang kewujudan pepijat

Kumpulkan kesemua benda tak berguna atau tidak digunakan itu dan buang terus supaya bilik tidur anda lapang macam bilik tidur hotel

#9. Cegah sebelum parah
Ini paling penting sekali. Elok buat benda ni dahulu supaya tak pening kepala nanti. Macam ayat tadi, cegah sebelum parah. Elakkan terus kewujudan pepijat atau kurangkan ke tahap yang paling minimum.Beli pembalut tilam anti pepijat dan balut kesemua tilam anda. Tekan link kat bawah kalau nak beli
Kat mana saja ada rekahan dan celahan, isikan dan tampalkan supaya pepijat tak boleh jadikan pot mereka kat situ.Beli beg bugs trap, atau dalam Bahasa Melayunya perangkap pepijat. Pasangkan pada kesemua kaki dan perabut kat rumah anda. Tekan link kat bawah kalau nak beli
Selamat mencuba ! memang ler susah kalau nak buat sendiri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/jangan-guna-2-warna-ini-pada-sarung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolonglah Jangan Tangkap Spesis Ini Ramai Tak Tahu Ini Sebab Korang Perlu Elak Tangkap Ikan Parrot

Tolonglah Jangan Tangkap Spesis Ini Ramai Tak Tahu Ini Sebab Korang Perlu Elak Tangkap Ikan Parrot

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1019 hits
Ramai yang tidak menyangka bahawa kebanyakan spesis ikan mengalami hidupan terancam sama ada ikan di laut mahupun ikan di sungai Malah jika disebut nama ikan tersebut kemungkinan orang ramai tidak pernah tahu kewujudannya Melalui satu hanta...
Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 497 hits
Selain nasi roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya Belum sempat di makan roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya Jangan buang...
Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant Bayi Boleh Maut Secara Mengejut

Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant Bayi Boleh Maut Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 414 hits
Bukan mudah untuk lelapkan mata rasa tak selesa Suami di sebalah kemain sedap tidur siap pakej berdengkur Sakit pula hati kan Tetapi begitulah lumrahnya ibu mengandung kesukaran tidur pada penghujung kehamilan itu adalah sesuatu yang normal...
Jangan Guna Masjid Untuk Kempen Prk Tg Piai Kata Mujahid

Jangan Guna Masjid Untuk Kempen Prk Tg Piai Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 393 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata masjid adalah tempat ibadat dan tempat bagi semua penyokong parti KUALA LUMPUR Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai diingatkan supaya tidak menjadikan ...
Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan Guna 2 Bahan Saja

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan Guna 2 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 566 hits
Bosan dengan resipi finger food yang selalu dicuba pada anak apa kata kali ini mama cuba pula resipi yang seakan nugget ayam ini pada anak kecil kita Bukan nugget ayam tetapi Jejari Keledek yang dihasilkan mengikut bentuk jari dan comel Ben...
Tak Reti Nak Respek Saya Nak Berhenti Guna Nama Waris

Tak Reti Nak Respek Saya Nak Berhenti Guna Nama Waris

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 243 hits
Rasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat penyanyi rap Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias membuat keputusan untuk berhenti menggunakan nama komersialnya itu The post appeared first on
Dalam Setiap Inci Rezeki Saya Ada Rezeki Untuk Isteri Juga Tak Susah Nak Gembirakan Isteri Serahkan Kad Bank Korang Jer

Dalam Setiap Inci Rezeki Saya Ada Rezeki Untuk Isteri Juga Tak Susah Nak Gembirakan Isteri Serahkan Kad Bank Korang Jer

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 309 hits
Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik Samalah dengan kad debit I ni jika digunakan berlebihan pasti akan mendatangkan kemudaratan kata saya sambil berseloroh Tersengih sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watso...
Nak Menjadi Lelaki Berjaya Jangan Kedekut Dengan Anak Isteri

Nak Menjadi Lelaki Berjaya Jangan Kedekut Dengan Anak Isteri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 835 hits
Lelaki kalau nak berjaya tak boleh kedekut dengan orang sekeliling Terutamanya dengan anak bini sendiri Apa yang Tuhan bagi tu bukan milik kita 100 Dalam tu ada milik orang miskin sanak saudara dan mungkin juga hakmilik anak yatim Tak musta...
Nak Ubah Hidup Korang Kena Baca Ni

Nak Ubah Hidup Korang Kena Baca Ni

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 508 hits
Nak Ubah Hidup Korang Kena Baca Ni Macam mana nak jadikan bisnes korang berjaya Macam mana nak capai impian dalam hidup Macam mana nak atasi segala masalah kewangan dan hutang piutang keliling pinggang Pernah tak korang terdetik soalan soal...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation