Jangan Bodohkan Rakyat Nafi Kaitan Kawasan Balak Tetapi Di Lokasi Bersepah Kayu Balak




BENTONG - Keenganan pihak berkuasa mengaitkan kawasan pembalakan sebagai salah satu daripada punca banjir lumpur dasyat di kawasan ini pada 19 Disember lalu, mungkin akan menyebabkan rakyat, terutamanya mangsa terlibat hilang kepercayaan kepada kerajaan.
Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli yang ditemui ketika beliau hadir ke program 'Baca Sajak Banjir Balak Kepala Air' di Kampung Baru Sungai Perdak dekat sini petang semalam.

\https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271766996_680155286698384_3319882830172968562_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=_6q7Uo0WHycAX_jQ18Z&tn=HOsi7jjRuy0g7alR&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT_q-VJ-iYy4T_1cX4dV5EJpu3BSnsjzcy5kF33TdaP9MA&oe=61E8A66B
Menurut Shukri, semua pihak boleh menerima adanya aliran puing dan debris flow di kawasan terbabit. 
Namun katanya dalam masa yang sama pihak berkuasa juga perlu akui pembangunan tanah yang tidak terancang seperti pembinaan penempatan, pertanian dan pembalakan juga adalah faktor yang menyebabkan malapetaka dasyat itu.
Baru-baru ini, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wang Ismail dan rombongannya telah meninjau kawasan sekitar Hutan Simpang Lentang dengan menaiki  dua buah helikopter. 
"Seperti biasa, kenyataan yang dibuat tetap menafikan kaitan pembalakan. Inilah yang membuatkan rakyat tertanya-tanya.
"Jika tiada pembalakan, bagaimana begitu banyak kayu-kayu balak dilihat bergelimpangan di sana sini. Antaranya di kawasan bersebelahan Stesen Timbang JPJ Karak, Kampung Baru Sungai Perdak dan Sungai Telemong.
https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271741248_680275306686382_7545840312889787495_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=MXyYtZrtaokAX_VqvmG&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT8VLVI4Yd3c7OAPzN8A34sGiahOb2YT0k5NM6bTclBFhw&oe=61E8C5A6
"Siapa yang potong, gergaji balak dengan chainsaw? Adakah ia dilakukan oleh puing kepala air? Inilah yang memusykilkan sebenarnya," katanya.
Malah dakwa beliau, ada beberapa perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat dengan penafian ini iaitu tiada seorang pun aktivis, NGO dan pemerhati bebas turut bersama menaiki helikopter meninjau kawasan.
"Sekurang-kurangnya, bila ada pihak yang berkecuali barulah hasil tinjauan tidak diragui. Semua yang sertai ialah mereka yang memang menyokong kerajaan sebenarnya. Bagaiman kita boleh mendapat maklumat yang tepat. Mana mungkin mereka akan mengaku bila sudah 'berak diatas jalan'. 
"Malah, suruhanjaya bebas masih belum ditubuhkan untuk menyiasat tragedi ini. Kertas putih juga belum disediakan bagi menunjukkan ketelusan dan boleh diterima rakyat," tambah beliau lagi.
"Turut dipersoalkan kelewatan pihak berkenaan membuat kenyataan rasmi menimbulkan kemusykilan. Selepas seminggu lebih baru ada kenyataan daripada kerajaan. Sedangkan dalam kes sebelum ini, begitu pantas kenyataan penafian dibuat oleh  mereka.
"Sepatunya sehari selepas kejadian, pihak berkenaan terus turun melawat kawasan. Naik helikopter apa masalah?. 
"Bertemu dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian ini untuk menghulurkan sumbangan dan sebagainya. Ini soal ada kes kematian, bukan kes biasa. Sepatutnya mereka lebih cakna isu sebegini, bukan ambil sikap berdiam diri.
"Namun, masing-masing senyap tanpa berkata apa-apa. Seolah-olah mencari idea untuk membuat skrip agar nadanya sama iaitu nafi kaitan kawasan pembalakan antara punca banjir lumpur  dasyat itu," dakwanya.
Tambah Shukri lagi, sehari selepas penafian dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tiba-tiba mereka keluarkan notis di lokasi menggesa tuan punya kayu balak membuat tuntutan kayu balak mereka sebelum atau pada 11 Januari 2020.

https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271845886_680275193353060_7765739438271586475_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=Em1xwQxaDckAX_STdTo&tn=HOsi7jjRuy0g7alR&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT8pABjsKB-9M4P9eZxHTrUJbjxWcdfzlKMX8vVSDDll8w&oe=61E9C27A
https://scontent.fkul3-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271731013_680275226686390_5105763042983680410_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=8QLAKuaFA4QAX-QOYbL&_nc_ht=scontent.fkul3-3.fna&oh=00_AT-rtZcVRtl3HaLrcZvKallBR_U1tCiGRMS7kVD6suasNQ&oe=61E88E00
https://scontent.fkul3-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271740545_680275260019720_8267374317126040384_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=DFEoouIlZrkAX8P8_hq&_nc_ht=scontent.fkul3-2.fna&oh=00_AT9VVnIF03zCzoNHD5Hi4zRGK_BFCyoOE_lQYnfkhOYDlQ&oe=61E9A2ED
"Notis tersebut ditampal di lokasi bersebelahan Stesen Timbang JPJ Karak, Jambatan Sungai Telemong dan di Sungai Perdak. 
"Namun, difahamkan kenyataan berkaitan notis ini telah dibuang oleh admin JPNP, mungkin kerana ia menjatuhkan imej apabila jabatan terbabit sendiri mendedah dan mengesahkan kayu-kayu yang hanyut itu adalah kayu balak," katanya.
Justeru dakwa Shukri, kenapa mereka masih mahu menafikan dan cuba menyembunyikan sesuatu. Sedangkan imej setelit jelas menunjukkan ada pembangunan tanah di lokasi yang berkenaan termasuk hulu Sungai Kerau, Sungai Perdak dan Sungai Telemong. Perkara ini juga ada dilaporkan oleh media arus perdana.

https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271652710_679325846781328_2580017768901562564_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=oMY3ZP70AsoAX8ypsem&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT-2pdJqAu7qyqxdBOWhAO3DbLR-htm5kZNFFnPtD7_sog&oe=61E8EB96
"Jangan fikir rakyat ini bodoh dan bangang, tidak kenal sisa balak kayu biasa dan kayu-kayu balak hanyut. Ini zaman teknologi maklumat di hujung jari, bukan zaman TV hitam putih.
"Walau pun tidak boleh gunakan helikopter atau sampai ke lokasi dengan kebenaran, namun teknologi Dron dan Google Earth berjaya mengesan begitu banyak kawasan hutan yang telah digondolkan.
"Jangan hanya fokus kawasan Hutan Simpan Lentang sahaja, kawasan sekitarnya termasuk di Hutan Simpan Lakum dan sekitarnya juga harus diberi perhatian. 

https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271738554_678133906900522_3726109454066955393_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=M4765QPWhQYAX-BVW32&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT8Kd_k50N0DSNVDE4PVOsfTC31MhzHp08QtzkIeUhdlng&oe=61EA0FCE
https://scontent.fkul3-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271724960_678133953567184_2048076903339268781_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=frg8zyYH4P0AX_PF-oj&_nc_ht=scontent.fkul3-3.fna&oh=00_AT8bdYrIwMFC9aFZlniuzv23q4m2CzLl1_ykSEi62sW7lA&oe=61E9AAE3
https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271664251_678133993567180_153354149138808045_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=uzwjVrzvoPkAX9gwL94&tn=HOsi7jjRuy0g7alR&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=00_AT_l4jUImVkeIMhHvLMb8bumTbrNhplZaa1U20cBpzM0fg&oe=61E90E2A
"Kerana aliran air berlumpur dari kawasan tadahan hujan yang dimusnahkan masuk ke Sungai Semantan dan menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang dasyat di kawasan Lanchang dan Mentakab sebenarnya," tambah beliau.
Sebenarnya ada banyak lagi persoalan yang dikemukakan. Sila baca dan tengok gambar serta video berkenaan di blog peribadi beliau https://cucumatkilau.blogspot.com/. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/jangan-bodohkan-rakyat-nafi-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meminta orang ramai dan netizen menghentikan cakap cakap dan tohmahan berkenaan punca banjir di Bentong akibat daripada aktiviti pembalakan Menurutnya tinjauan udara yang ...
Notis Tuntutan Kayu Balak Dikeluarkan Namun Masih Cakap Tiada Pembalakan

Notis Tuntutan Kayu Balak Dikeluarkan Namun Masih Cakap Tiada Pembalakan

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 174 hits
Notis Tuntutan Kayu Balak Dikeluarkan Namun Masih Cakap Tiada Pembalakan Pemaparan notis berkenaan kayu balak yang tidak dituntut yang hanyut semasa banjir di Bentong Pahang bulan lalu adalah sebahagian daripada prosedur pembersihan kata Ja...
Dedahkan Syarikat Balak Rakyat Ambil Tindakan Undang Undang

Dedahkan Syarikat Balak Rakyat Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 120 hits
Kerajaan digesa mendedahkan nama nama syarikat pembalakan yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan banjir balak dan merosakkan banyak perkampungan di Pahang Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pendedahan itu wajar ...
Aktivis Persoalkan Kenapa Jabatan Perhutanan Lulus Konsesi Balak Di Dalam Kawasan Sungai

Aktivis Persoalkan Kenapa Jabatan Perhutanan Lulus Konsesi Balak Di Dalam Kawasan Sungai

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 134 hits
TEMERLOH Aktivis alam sekitar Khaidir Ahmad mempersoalkan tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang meluluskan konsesi pembalakan di kawasan sungai Menulis di posting terbaharu facebooknya Khaidir mengulas isu berkenaan yang disiarkan dalam...
Gambaran Penebangan Luas Hutan Demi Kayu Balak

Gambaran Penebangan Luas Hutan Demi Kayu Balak

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 120 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFNi lagi besar dalam Google maps pun belum ada Kena naik kapal terbang dari TGG SZB baru nampak size mega dia Ikut sumber saiz 8 094 hektar Round pushpin Ladang Tembeling di pinggir Taman Negara Tengok gambar 1 2 11 dan 12 ...
Gadis Nafi Kejar Kekasih Sehingga Langgar Lampu Isyarat Dan Myvi

Gadis Nafi Kejar Kekasih Sehingga Langgar Lampu Isyarat Dan Myvi

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 193 hits
Semalam viral satu video yang di rakam menggunakan dashcam kereta seorang pilik myvi di mana seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang melanggar kereta myvi sehingga menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke atas ke...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ