Jangan Biarkan Syaitan Kencing Di Telinga Buruk Padahnya



Jangan Biarkan Syaitan Kencing di Telinga, Buruk Padahnya
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya, “Diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai pagi.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang itu telah dikencingi syaitan pada telinganya.” HR Muslim
Aduh…! kena kencing di telinga. Tidak boleh dibayangkan bagaimana kalau benar-benar kena kencing di telinga, sedangkan termasuk air sedikit ketika mandi pun sudah mengundang ketidakselesaan.
Kencing di situ bukan bermaksud kena tipu seperti istilah orang sekarang kena kencing tetapi ia adalah air kencing. Bukan air kencing biasa sebaliknya milik syaitan yang direjam.
Syaitan pun memang kita tidak nampak apalagi air kencingnya, sah tidak kelihatan langsung.
Mengapa Rasulullah s.a.w. menyebut air kencing syaitan dan di telinga pula ketika subuh? Bagi Pensyarah Jabatan al-Quran dan as-Sunah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Suriani Sudi, ada banyak perbahasan ulama tentang kencing syaitan.
Ada ulama mengatakan dikencingi syaitan adalah memang benar-benar dikencingi kerana ia juga boleh makan, minum maka tidak mustahil juga boleh kencing dan berak.
Misalnya, al-Qurthubi mengatakan tidak salah untuk mentafsirkan dikencingi syaitan sebagai air kencing kerana memang telah terbukti syaitan makan, minum dan berkahwin. Malah tidak ada larangan untuk mengatakan bahawa syaitan pun kencing.
Namun ada juga ulama yang mengatakan bahawa ia hanya sebagai kiasan atau perumpamaan saja. Orang Arab mengumpamakan air kencing itu sebagai satu perkara yang tidak baik kepada diri serta membawa keburukan. Ia bukanlah perkara hakiki.
Hanya Perumpamaan
Tambahnya, ia juga dikatakan sebagai perumpamaan iaitu syaitan menutup telinga orang sedang tidur sehingga tidak terjaga dan tidak dapat mendengar azan atau zikir yang dibaca.
Dengan erti kata lain, ia bagaikan satu penghinaan syaitan terhadap orang yang lena diulit mimpi ketika subuh menjelma. Dikatakan juga, ia perumpamaan bahawa syaitan telah menguasainya hingga menjadikannya semacam bilik tempat untuk membuang air. Di mana biasanya tempat yang diabaikan dibuat tempat untuk kencing.
Selain itu, Suriani juga tidak menafikan bahawa ia boleh diertikan sebagai syaitan menutup telinga orang tidur agar menjadi liat untuk bangun solat Subuh.
Mengisi telinga orang yang tidur dengan kebatilan hingga telinganya tersumbat dan tidak dapat mendengar sebarang peringatan.
“Kiasan itu juga boleh membawa maksud syaitan melakukan perbuatan keji semasa seseorang tidur. Tambah-tambah lagilah jika tidurnya tidak didahului dengan menyebut nama Allah.
Namun tidur yang disertai dengan zikir kepada Allah dan niat untuk bangun mengerjakan solat Subuh dapat melindungi dari perbuatan keji syaitan.
Mengapa Telinga?
“Manakala ath-Thayyibi memberikan penjelasan mengapa telinga yang menjadi sasaran syaitan sedangkan yang tidur adalah mata.
Dalam hal ini, telinga adalah pintu masuk termudah bagi syaitan dan pantas menghantar hasutannya hingga ke urat nadi yang akhirnya menyebabkan kemalasan di seluruh tubuh.
Disebut air kencing di situ kerana air lebih mudah masuk ke dalam rongga-rongga dan cepat bertindak balas di urat-urat dan akhirnya menyebabkan kemalasan seluruh anggota badan,” ulasnya.
Baginya, dikatakan telinga kerana yang mengejutkan kita semasa tidur adalah telinga bukannya mata. Syaitan akan tutup telinga kita supaya tidak boleh mendengar azan Subuh yang mengejutkan untuk bangun bersolat.
Ia akan lebih melalaikan manusia apabila syaitan menutup telinga. Semisalnya, anak menangis ketika kita tidur atau bunyi bising yang mengganggu, perkara pertama memberi kejutan adalah telinga.
Allah sudah menjadikan telinga itu sebagai anggota paling peka walaupun ketika tidur yang akan bertindak pantas dan bukannya mata. Sebab itulah syaitan kencing di telinga bukannya pada mata atau anggota badan yang lain.
Apabila telinga tertutup maka kita akan menjadi tidak sensitif pada apa yang didengar terutamanya seruan azan.
Mengapa kita tidak boleh sentiasa diberak dan dikencingi syaitan? Jika sering dikencingi syaitan adakah mungkin akan menjadikan hati keras, gelap dan degil?
Suriani mengiakan pertanyaan itu. Katanya, sebab itulah Nabi mengajarkan kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah dan selalu meminta perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.
Semua itu tujuannya adalah untuk menjaga manusia daripada gangguan syaitan. Untuk menjaga kesucian, Allah ajarkan juga adab ketika memasuki tempat kotor seperti tandas dimulai dengan doa.
Kena jaga adab supaya terselamat daripada kotoran hakiki dan maknawi kerana tempat itu adalah rumah syaitan. Memang benar kita tidak boleh mengelak untuk berkunjung ke situ tetapi dengan ada adab ia seakan perisai.
Memanglah secara fizikalnya tidak akan kelihatan bahawa syaitan itu kencing namun ia memberi kesan dalaman yang bersangkut dengan hati. Sukar mendapat kebaikan, keras hati kerana meninggalkan perkara sunah yang kecil-kecil.
Yang mencantikkan lagi Islam itu adalah perkara adab yang kecil-kecil itu.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w. “Apabila orang azan syaitan itu lari sambil terkentut-kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu; setelah azan selesai, syaitan itu kembali pula, dan lari lagi tatkala ia mendengar suara iqamat, kemudian ia kembali lagi, dan ketika itu terlintaslah dalam hati orang yang sembahyang pelbagai soal kerana syaitan itu membisikkan kepadanya, ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal yang tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang, sehingga orang itu ragu-ragu berapa rakaat yang telah sudah.
Rasulullah s.a.w. berkata, “Apabila di antara kamu ragu-ragu berapa rakaat yang telah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk.”
Jangan Biarkan Syaitan Kencing di Telinga, Buruk Padahnya
Baca Artikel Menarik :
Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana? Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’ Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa? Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak Layari Laman Facebook MYKMU
Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

The post Jangan Biarkan Syaitan Kencing di Telinga, Buruk Padahnya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/21/jangan-biarkan-syaitan-kencing-di-telinga-buruk-padahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syaitan Kencing Dalam Telinga Orang Yang Tidur Waktu Subuh Hingga Terbit Matahari

Syaitan Kencing Dalam Telinga Orang Yang Tidur Waktu Subuh Hingga Terbit Matahari

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 314 hits
Barang siapa yang bila bangkit daripada tidurnya berwuduk dengan memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya Sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidungnya Ulama membahas bagaimana syaitan bermalam dalam lubang hidung manusia...
Sakit Kepala Sebelah Kiri Ada Bahaya Tersembunyi Jangan Biarkan

Sakit Kepala Sebelah Kiri Ada Bahaya Tersembunyi Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 219 hits
Sakit Kepala Sebelah Kiri Ada Bahaya Tersembunyi Jangan Biarkan Aku pernah kena tapi jarang la walaupun ada beberapa punca yang boleh menyebabkannya Paling banyak terasa masa zaman sekolah dulu la Bila baa artikel ni baru aku tahu kenapa Pe...
Jangan Ada Buruk Sangka Terhadap Saya Zahid

Jangan Ada Buruk Sangka Terhadap Saya Zahid

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 194 hits
agendaily com12 10 2021Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar tiada sangkaan buruk dilemparkan terhadapnya ekoran memiliki akaun luar pesisir Walaupun mempunyai akaun luar pesisir Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu belia...
Bayi Kerap Batuk Ini Puncanya Yang Ibu Ayah Perlu Tahu Jangan Biarkan Lebih Dari 3 Minggu

Bayi Kerap Batuk Ini Puncanya Yang Ibu Ayah Perlu Tahu Jangan Biarkan Lebih Dari 3 Minggu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 273 hits
Apabila baby batuk berkahak pastinya ibu ayah akan berasa susah hati Jom ketahui punca serta kaedah untuk mencegahnya agar masalah anak batuk dapat diatasi Apabila anak batuk Batuk adalah refleks sukarela yang membantu anak membersihkan sal...
Datang Banting Jangan Lupa Singgah Pizza Kayu Api Kampung Sawah

Datang Banting Jangan Lupa Singgah Pizza Kayu Api Kampung Sawah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 444 hits
Salam to all readers Datang Banting Jangan Lupa Singgah Pizza Kayu Api Kampung Sawah Alhamdulillah tadi petang PM kita dah umumkan rentas negeri Penantian yang dinanti nantikan seluruh rakyat Malaysia So malam ini dah ada yang start enjin k...
Jangan Timbul Rasa Diri Ini Hebat Benci Pada Orang Jahil

Jangan Timbul Rasa Diri Ini Hebat Benci Pada Orang Jahil

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 923 hits
Kita ustaz kena serban dengan baju dengan kain atas kepala bahu Naik motosikal lihat orang Yang terbaik Rasulullah Rasulullah jumpa orang senyum Alim ulama paling besar Rasulullah Afdal daripada para malaikat Tak perlu lawan dengan kitab ap...
Demokrat Ingatkan Pemerintah Jangan Sampai Proyek Kereta Cepat Berakhir Mangkrak

Demokrat Ingatkan Pemerintah Jangan Sampai Proyek Kereta Cepat Berakhir Mangkrak

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 156 hits
Ibas juga menuturkan fiskal negara tidak bisa terlalu banyak hanya untuk penyertaan modal negara terus menerus
Gerakan Mahu Guling Presiden Pas Jangan Nak Mulakan Kerja Mengarut

Gerakan Mahu Guling Presiden Pas Jangan Nak Mulakan Kerja Mengarut

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 221 hits
FAZLI RADZIAhli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik menafikan wujudnya gerakan yang mahu menggulingkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti heboh diperkatakan Mengulas penyebaran audio berkaitan gerakan itu Mokhtar yang j...
Video 5 Tahun Jaga Jodoh Orang Pemuda Nangis Datang Majlis Kahwin Bekas Kekasih Dah Pesan Jangan Datang

Video 5 Tahun Jaga Jodoh Orang Pemuda Nangis Datang Majlis Kahwin Bekas Kekasih Dah Pesan Jangan Datang

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 429 hits
Tak dinafikan bukan semua orang boleh melupakan kisah silam dalam hidup masing masing misalnya bekas kekasih Menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih bukanlah suatu yang mudah lebih lebih lagi buat mereka yang masih belum move on Baru ba...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun