Sambut Birthday Cara Pkp Ibu Ini Kongsi Resipi Carrot Cake Untuk Anak 1 Tahun
Memandangkan rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh PKP sekarang, banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau dibuat di rumah sahaja. Seperti ibu muda ini, Sya Qiela, memberitahu yang mereka sekeluarga terpaksa menyambut hari jadi anaknya Emiir Yusuff di rumah sahaja.
Memandangkan ini adalah hari jadi anaknya yang pertama, Sya menyediakan kek istimewa untuk Emiir. Untuk anda yang mahu membuat kek lobak merah, bolehlah ikut resipi ini.
Artikel Menarik: [Anak Makan Ikan Tak Tercekik, Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah]
Bakar Kek Istimewa Untuk Anak
Alhamdulillah hari nie genap dah setahun anak ibu & papa..Semoga Emiir Yusuff dikurniakan kesihatan y baik,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu..Finally tercapai jgak hajat ibu nak baking cake utk Emiir..Sempat jgak ibu siapkan carrot cake & decoration fruits cake untuk anak ibu walaupun last minit plan..
Ibu pun dh bley tdoq lena dh sebab berjaya buat semua tu sendiri utk emiir..
First celebration birthday Emiir Yusuff turn 1..
1⃣
Carrot cake with cream cheese & mixed fruit cake..Bersemangat ibu buat untuk emiir tau..Cake pun xmuak bila makan,nice ja..
#emiiryusuffturn1 #emiiryusuffanakibu #nosalt #nosugar #nocoloring #healthycake
P/s:
Penggunaan madu untuk baby setahun keatas..
Resepi Carrot Cake
3 biji telur
135gm puree kurma (nak manis bley tambah)
1 Cawan minyak jagung (minyak apa pun
)
280gm carrot or 1btg carrot saiz besar (sagat)
Carot dicampurkan dulu dengan sedikit tepung. Gaul-gaul dengan sedikit tepung) ketepikan..
250gm selfraising flour
Cara-caranya
:
Pukul telur hingga kembang,kemudian masukkan puree kurma,pukul lagi hingga sebati.
Bila dah sebati masukkan pula minyak,carrot y disagat tadi & tepung sedikit demi sedikit.
Kacau-kacau manja hingga sebati & masukkan dalam loyang..Untuk Emiir ibu masukkan dalam loyang 1.
Bakar selama 20-25minit,ikut kesesuaian oven mummy-mummy ye..Siap..Sejukkan dulu sebelum deco..
Untuk topping
250gm cream cheese tatura
50gm unsalted butter
Madu (ikut mummy nak manis mcm mana,ibu xda sukatan..Tuang agak-agak ja)
Cara-caranya:
Putar cream cheese bersama unsalted sampai betul-betul kembang,kemudian masukkan madu..
Okey siap..Dah bley deco ats kek..Selamat mencuba ye mummy-mummy.
Artikel Menarik: [Buat sendiri Apam Balik, Tak Perlu Perap. Lembut Gebu & Penuh Inti, Ibu Ini Kongsikan Resipinya!]
Selain kek lobak merah ini, Sya juga menyediakan kek istimewa yang diukir dari buah-buahan. Buah yang digunakan adalah tembikai, beri biru, mangga dan kiwi. Menarik sungguh idea ibu ini dan yang pastinya sihat untuk anak yang masih kecil!
Happy birthday Emiir Yusuff!
The post Sambut Birthday Cara PKP, Ibu Ini Kongsi Resipi Carrot Cake Untuk Anak 1 Tahun! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sambut-birthday-cara-pkp-ibu-ini-kongsi-resipi-carrot-cake-untuk-anak-1-tahun/