Jangan Balik Kampung Ketika Ini Bertanggungjawab Kah Kita
kredit Public Health Malaysia
Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Malam ini Naim hendak nasihat kepada semua orang di luar sana. Jika kita berada di red zone di nasihatkan tidak pulang ke kampung halaman masing-masing kerana kita takut wabak ini lebih cepat merebak dengan sikap tidak bertanggungjawab.
Kerana baru-baru ini negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah melaksana PKPB selama dua minggu ini membuat orang ramai panik dengan situasi ini dan rasa mereka berada di penjara ke? Jangan kita buat perangai tidak cerdik tatkala kita pulang ke kampung halaman kita sudah melanggar arahan daripada kerajaan supaya stay at home di kawasan anda tinggal. Kita tidak tahu siapa yang membawa wabak ini. Jika kita pulang ke kampung halaman dan waktu yang sama kita wabak ini ia akan merebak kepada ibu bapa kita.
ini menjadi kes yang tragis , kerana warga emas adalah sasaran mudah oleh wabak Covid-19 ini, kerana wabak ini senang menyerang warga emas yang mana ada penyakit kronik seperti contohnya Darah Tinggi, Kencing Manis dan banyak lagi . Oleh itu, jangan kita lakukan perkara yang tidak waras pada waktu ini.Bukan kah kita biasa menghadapi pendemik ini pada awal bulan MAC tempoh hari stay at home bersama keluarga tercinta.
Kerna ada hadis daripada Baginda Nabi Muhammad dan serta firman Allah di dalam Quran marhumnya :-
a. Dari Abdul Rahman bin 'Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda "Jika kamu mendengar penyakit wabak melanda di suatu kawasan, janganlah masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di kawasan tersebut, janganlah kamu keluar dari situ." [Riwayat al-Bukhari, no. 5728. Sahih]
b. Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."[Surah al-Baqarah, ayat 216]
c. Allah berfirman: "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan-kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan-kemudahan"
[Surah al-Insyirah, ayat 5-6]
Di samping itu, banyakkan berdoa kepada Allah semoga wabak ini segera di angkat oleh Allah. Kerana kita beriman kepada Qada dan Qadar kerna wabak ini datang dari Allah dan ia akan kembali kepada Allah jua. Kita sedang maklum setiap orang terkesan dengan wabak ini dan kehidupan seharian kita berubah kepada 360 darjah.
Sebelum ini tidak terfikir untuk keluar rumah untuk pakai pelitup hidung dan muka ( masak ) dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun tatkala pulang rumah dan pakaian yang di pakai akan terus di rendam dengan sabun pencuci. Inilah norma baharu. Jika solat di surau dan masjid ada jarak antara 1 meter dan ia sentiasa di ingati oleh pegawai-pegawai masjid. Masuk satu-satu kedai check suhu dan scan MySejahtera sebagai check-in . Inilah norma baharu kita akan hadap pada tahun -tahun mendatang. Naim pernah terdengar di televisyen mengatakan kita kena bersedia untuk hidup dengan covid-19 bersama. Ini kes sangat berat dan di uji terlalu berat.
Akan tetapi , ada hikmah yang Allah hendak berikan kepada kita semua. Allah akan menguji satu-satu hambaNya setakat mana kemampuanya. Terus bersabar dan panjatkan doa untuk ke redhanNya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/10/jangan-balik-kampung-ketika-ini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)