Jangan Tolak Movement Politik Ketika Pandemik



Dr Mujahid Yusof Rawa
Politik dan Pandemik sukar dibuat pemisahan jelas antara keduanya walaupun wujud garis pemisah yang samar-samar. Kesamaran ini tanpa kejelasan antara hubungan keduanya boleh menjebakkan kita ke dalam kancah ‘mempolitikkan pandemik’ di mana tindakan sebegini akan memburukkan keadaan negara yang sedang mengalami krisis kesihatan awam Covid 19.Namun apa yang perlu dikenalpasti dalam garisan nipis pemisahan antara Politik dan Pandemik ialah dengan memahami perkara-perkara prinsip dalam kerangka sebuah pemerintahan dan demokrasi yang secara langsung atau tidak akan memberi kesan kepada cara sebuah kerajaan menangani sesuatu krisis pandemik.Kejelasan memahami akan elak kita daripada terjerumus dalam mempolitikkan pandemik di mana pada dasarnya adalah satu bentuk eksploitasi yang perlu ditolak oleh semua pihak. Dengan kata lain tajuk artikel ini pada awal-awal lagi menolak pemikiran ‘pandemik yang dipolitikkan’ tetapi cuba membawa pemikiran untuk menjelaskan prinsip pemerintahan dan demokrasi yang terkait dengan cara kerajaan mengurus krisis pandemik dengan cara lebih efektif.Prinsip demokrasi yang dimaksudkan ialah pembentukan sebuah kerajaan yang perlu mendapat MANDAT RAKYAT. Ini sangat penting kerana mandat rakyat itu sendiri adalah satu sokongan kepercayaan bagi sebuah kerajaan yang berfungsi. Akibat mengabaikan prinsip mandat rakyat, situasi hubungan pemerintah dan rakyat akan terjejas di mana ‘defisit kepercayaan’ tidak dapat dielakkan lagi. Apabila kepercayaan tiada, sukar untuk kerajaan mengatasi krisis kerana segala perutusan dan pengarahannya tidak lagi berwibawa di mata rakyat untuk dipatuhi. Dengan kata lain pihak eksekutif (para kabinet) sebagai salah satu dari tiga cabang pemerintahan telah hilang simbol kepercayaan rakyat kepadanya sekaligus segala perutusan diremeh dan diperlekehkan. Kerajaan ini berpotensi menjadi sebuah kerajaan mandul yang tiada keupayaan menangani krisis yang berlaku (dysfunctional government).Kedua, ialah cabang pemerintahan dari legaslatif yang tidak mempunyai majoriti yang kukuh akan menyebabkan ia menjadi kerajaan demokratik secara majoriti rapuh dan terumbang-ambing. Bila ini berlaku tekanan untuk mengekalkan majoriti mendorong parti pemerintah mengamalkan ‘horse trading’ membeli dan menawarkan wakil-wakil rakyat jawatan, lantas menjadikan yb-yb sebagai barangan komoditi yang didagangkan. Solidariti dewan rakyat tidak terbentuk untuk fokus menangani pandemik tetapi menjadi medan mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan habuan-habuan yang ditawarkan! Ahli Parlimen sewajarnya berfungsi tanpa syarat kerana ia diwakilkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan negara bukan dirinya!Prinsip demokrasi pemerintahan yang bertujuan membentuk kerajaan yang stabil, kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat adalah ramuan asas kepada kejayaan menguruskan krisis pandemik yang dilalui. Motivasi rakyat, pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat kepada ‘government of the day’ sangat memerlukan kewajaran ini untuk membentuk kesepaduan menangani krisis. Membicarakan prinsip demokrasi pemerintahan ini bukan mempolitikkan pandemik tetapi ia mengukuhkan keberkesanan menangani pandemik sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar berfungsi.Simptom atau tanda-tanda kerajaan menjadi ‘mandul’ menangani krisis ialah apabila anggota kabinet sendiri tidak sensitif kepada peraturan-peraturan yang dibuatnya. Dalam suasana krisis pandemik, perlaksanaan piawaian peraturan atau SOP adalah segala-segalanya kerana itulah sahaja benteng yang ada antara kita dan potensi sebaran penyakit. Keupayaan kita mendatarkan keluk sebaran dari meningkat hanyalah dengan menyekat melalui pematuhan SOP. Pelanggaran demi pelanggaran pihak eksekutif tanpa pematuhan adalah tanda sebuah kerajaan yang lemah. Rakyat mengulas hal ini dengan caranya tersendiri adalah sebenarnya merujuk kepada tanda kepada sebuah kemandulan dari cabang penting pemerintahan ie. eksekutif!Memburukkan keadaan ialah apabila terbentuk persepsi bahawa perlaksanaan undang-undang dan penguatkuasaannya bersikap memilih bulu atau double standard! Sehingga timbul persepsi ‘menteri langgar terlepas, rakyat marhaen langgar diberkas! Sikap elitis pemerintah melalui tindak-tanduk mereka tidak membantu untuk selesaikan krisis, apatah lagi kebongkakkan pak menteri dan penyokongnya membuat alasan-alasan bodoh atas pelanggaran SOP.Politik dalam kerangka prinsip demokrasi sebuah pemerintahan ada kaitan dengan cara dan gaya kerajaan menangani pandemik dan ia juga terkait rapat dengan motivasi rakyat untuk bersepadu dan mendokong segala keputusan melalui parlimen yang kukuh dan fokus kepada penyelesaian.Berpandukan kepada asas-asas penulisan di atas, jangan kita menolak apa sahaja yang namanya ‘politik’ dalam suasana pandemik hari ini kerana dengan berbuat demikian kita menutup ruang untuk pihak tertentu menangani pandemik dengan lebih efektif. Kita menolak dipolitikkan tetapi jangan menolak peluang untuk menangani krisis dengan lebih berkesan melalui proses politik!Sebab itu apabila ditanya kepada saya, wajarkah DSAI buat kenyataan pada 22hb Sept bahawa beliau ada majoriti kukuh, meyakinkan dan selesa…, sedangkan negara sedang melalui krisis pandemik? Saya menegaskan dengan jawapan ringkas…Ya! apa salahnya dalam kerangka prinsip demokrasi berparlimen untuk lebih berkesan menangani pandemik covid yang gagal ditangani oleh kerajaan PN hari ini!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30052

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sombong Tolak Pas Tanpa Undi Pas Grs Mungkin Gagal Tawan Sabah

Jangan Sombong Tolak Pas Tanpa Undi Pas Grs Mungkin Gagal Tawan Sabah

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 350 hits
Seperti yang diramalkan kekuatan GRS dan Warisan Plus adalah seimbang Oleh itu kemenangan seseorang calon bergantung kepada faktor penambah yang mempengaruhi kepada sokongan tersebut Misalnya di beberapa DUN jika kita lihat jumlah undi yang...
Hiburan Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan Bront Palarae Amerul Affendi Sindir Ahli Politik

Hiburan Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan Bront Palarae Amerul Affendi Sindir Ahli Politik

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 314 hits
Tampil memuat naik sebuah tweet mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku dalam negara yang berdepan dengan pandemik COVID 19 nama pelakon popular Bront Palarae jadi perhatian netizen Menurut Bront ahli politik tidak sepatutnya menjadi ...
Apm Kedah Siap Sedia Hadapi Bencana Ketika Pandemik Covid 19

Apm Kedah Siap Sedia Hadapi Bencana Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 257 hits
ALOR SETAR Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang risiko bencana termasuk hujan lebat dan kejadian banjir ketika musim peralihan monsun dengan mengambil kira situasi semasa penularan wabak COVID 19 Pe...
Jangan Marah Ahli Politik Kes Covid 19 Naik Ketara Kata Mb Perak

Jangan Marah Ahli Politik Kes Covid 19 Naik Ketara Kata Mb Perak

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 281 hits
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Integriti Negeri bertemakan Integriti Governan dan Anti Rasuah di Pusat Konvensyen Casuarina hari ini IPOH Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu meminta ...
Jangan Balik Kampung Ketika Ini Bertanggungjawab Kah Kita

Jangan Balik Kampung Ketika Ini Bertanggungjawab Kah Kita

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 342 hits
kredit Public Health MalaysiaAssalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat sahabat semua Malam ini Naim hendak nasihat kepada semua orang di luar sana Jika kita berada di red zone di nasihatkan tidak pulang ke kampung halaman masing masi...
Kemunafikan Politik Cukuplah Bagi Ph Jangan Diwarisi

Kemunafikan Politik Cukuplah Bagi Ph Jangan Diwarisi

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 249 hits
Perbincangan GRS mengenai siapa yang lebih layak memimpin kerajaan negeri Sabah sepatutnya sudah berakhir sebaik sahaja Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke 16 di hadapan Yang di Pertua Negeri Tun Juh...
Pru 15 Pemimpin Politik Jangan Lupa Tanggungjawab

Pru 15 Pemimpin Politik Jangan Lupa Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM Pilihan Raya Umum ke 15 sudah pasti terpaksa dilaksanakan sekiranya pertikaian antara pemimpin politik dan perebutan kuasa yang berlaku ketika ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya P...
Hormati Menteri Agama Dalam Agama Bukan Politik

Hormati Menteri Agama Dalam Agama Bukan Politik

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 241 hits
Herjunot Ali Saya amat hormati Dr Zulkifli al Bakri Apabila beliau menerima tawaran menjadi Menteri dalam kerajaan PN saya sedih Pun begitu ia tidak melunturkan hormat saya kepada beliau Beliau ke Sabah semasa PRN baru baru ini dan sewajarn...
Belum Jadi Pm Anwar Menyusahkan Rakyat Dengan Provokasi Politik Pengumuman Murahan

Belum Jadi Pm Anwar Menyusahkan Rakyat Dengan Provokasi Politik Pengumuman Murahan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 432 hits
Apakah bakal seorang PM dipersenda dan dipandang remeh sebegitu rupa kerana salah strategi Pengumuman dan hasil pengumuman mesti menunjukkan kebijaksanaan kewibawaan dan gaya keyakinan untuk naik di sebuah kerusi yang penting dan utama Ni m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids