Jangan Bagi Anak Makan Sayur Buah Yang Tak Dibasuh Boleh Sebabkan Masalah Cacing


Apabila terlihat anak sering menggaru punggung, itu tanda ada masalah cacing. Jom ketahui apakah jenis cacing dalam perut bersama cara rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan.

Cacing dalam perut anak
Sebelum mengetahui jenis cacing dalam perut yang berisiko menjangkiti anak, kita fahami serba sedikit mengenai jangkitan cacing ini. Jangkitan ini boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia, tetapi lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak.
Cacing yang berada di dalam perut ini wujud pada saluran gastrousus – dinding usus. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan tinggi dan jangkitan biasa terjadi apabila:
Sistem imun badan lemah Makan daging mentah Penjagaan kebersihan diri lemah Minum air tercemar Mengapa jangkitan cacing berbahaya?
Cacing dalam usus ini bersifat parasit – bermakna ia mengambil makan daripada hos, iaitu anak anda.
Kesannya boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, menjejaskan tumbesaran dan membawa kepada masalah lain seperti anemia, hilang selera makan, lemah, loya, sakit perut berulang, cirit-birit dan muntah.
Jangkitan tersebut juga boleh menyebabkan masalah kognitif pada kanak-kanak.
Jenis cacing dalam perut
Berikut 5 jenis cacing yang boleh menjangkiti anak anda.
Cacing benang
Threadworm atau turut dikenali sebagai cacing jarum (pinworm), merupakan jangkitan paling biasa untuk terjadi. Ia berwarna putih, nipis dengan kepanjangan antara 8-13 mm.
Jangkitan cacing ini mudah merebak kerana ia mempunyai telur mikroskopik dan berkembang di dalam tubuh anak.
Antara simptom asas jangkitan cacing jarum ini adalah:
Kegatalan Kerengsaan, kegelisahan, insomnia Loya dan sekali-sekali mengalami sakit perut Cacing rambu
Jangkitan cacing rambu atau whipworm ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak atau individu tinggal di kawasan dengan tahap kebersihan yang rendah.
Di samping itu, mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas atau lembap juga berisiko untuk dijangkiti.
Simptom jangkitan ini berbeza daripada ringan hingga teruk, seperti:
Muntah Sakit kepala Ketidakupayaan mengawal pengeluaran najis Cirit-birit berdarah Penurunan berat badan
Cacing pita
Tapeworm atau cacing pita biasanya hidup dalam usus haiwan. Ia terjadi apabila haiwan meminum atau meragut rumput yang dicemari dengan parasit ini. Jangkitan menular kepada manusia yang memakan daging haiwan dijangkiti yang tidak masak sepenuhnya.
Antara gejala yang boleh terjadi:
Loya Lemah Sakit perut Kekurangan vitamin dan mineral Hilang selera atau rasa lapar secara tiba-tiba Cacing pipih
Fluke atau cacing pipih ini boleh mempunyai kepanjangan sehingga 4 inci. Jika terkena jangkitan cacing pipih, simptom yang boleh terjadi adalah anak akan demam, keadaan lemah dan tidak selesa serta kegatalan.
Cacing gelang
Jangkitan cacing gelang atau roundworm berlaku apabila cacing yang hidup dalam tanah tercemar oleh najis masuk ke dalam tubuh melalui mulut. Cacing ini boleh menjadi panjang sehingga 13 inci. Cacing gelang betina boleh bertelur sekitar 200,000 telur setiap hari.
Antara simptom yang boleh dialami adalah:
Cacing keluar daripada mulut atau hidung Kegagalan untuk membesar atau kehilangan berat mendadak Nafas berdehit Demam Fahami simptomnya
Berikut adalah antara simptom biasa apabila seseorang dijangkiti cacing, seperti:
Penurunan berat badan Kembung perut/perut berangin Sakit perut Cirit-birit, muntah dan loya Kerap makan Demam dan batuk kering Berdehit Anemia Rasa sakit ketika kencing Punca jangkitan cacing
Terdapat beberapa sebab yang boleh meningkatkan risiko jangkitan cacing terutamanya kepada kanak-kanak:
Minum atau mengambil makanan yang tercemar Tahap kebersihan diri rendah Menyentuh permukaan yang dijangkiti kuman seperti di taman permainan atau telur parasit dalam tanah Menyentuh haiwan peliharaan yang dijangkiti Tidak mencuci tangan dengan betul Makan daging yang kurang masak Kaedah rawatan
Tidak mengira jenis cacing apa yang berada dalam perut, rawatan yang diberikan adalah sama:
Pesakit perlu memberikan sampel najis kepada makmal untuk memeriksa sama ada ia mengandungi telur cacing
Doktor biasanya akan memberikan ubat untuk mengeluarkan cacing daripada perut. Tempoh pengambilan ubat adalah antara 1-3 hari. Ahli keluarga juga perlu menerima rawatan
Langkah pencegahan
Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah penyebaran cacing dan jangkitan daripada berulang:
Didik anak untuk basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas, bermain di luar rumah atau dengan haiwan peliharaan dan sebelum makan Memotong kuku dengan kerap Galakkan anak untuk tidak menggaru punggung atau menghisap jari Rawat setiap ahli keluarga dengan ubat antiparasit jika ada individu dalam keluarga terkena jangkitan cacing Jika anak atau ahli keluarga mengalami jangkitan, kerapkan basuh pakaian, sarung katil dengan air sabun panas setiap hari selama beberapa hari selepas rawatan Jangan makan buah atau sayuran tidak dibasuh atau daging kurang masak Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan anak yang membimbangkan anda, berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Jangan Bagi Anak Makan Sayur & Buah Yang Tak Dibasuh, Boleh Sebabkan Masalah Cacing! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-bagi-anak-makan-sayur-buah-yang-tak-dibasuh-boleh-sebabkan-masalah-cacing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bantu Anak Redakan Sembelit Selain Makan Sayur Buah Buat Konsisten Jadi

Cara Bantu Anak Redakan Sembelit Selain Makan Sayur Buah Buat Konsisten Jadi

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 181 hits
Susah hati lihat anak kecil menahan sakit untuk membuang air besar Sampai merah muka dan ada yang fobia hingga menangis sebab takut sakit Bagi ibu yang dalam situasi ini ada cara untuk merawat sembelit anak tanpa bergantung pada ubat semata...
Pastikan Anak Anak Dapat Makan 5 Jenis Warna Buah Ini Dalam Seminggu Setiap Warna Ada Manfaat

Pastikan Anak Anak Dapat Makan 5 Jenis Warna Buah Ini Dalam Seminggu Setiap Warna Ada Manfaat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 228 hits
Setiap jenis warna pada buah ada kandungan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk tubuh badan mereka Allah dah ciptakan begitu rugi betul kalau kita tak ambil khasiat yang ada Pastikan anak anak kita dapat makan 5 jenis warna buah dalam sem...
Jadikan Buah Naga Favourite Anak Banyak Khasiat Boleh Kuatkan Imuniti

Jadikan Buah Naga Favourite Anak Banyak Khasiat Boleh Kuatkan Imuniti

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 157 hits
Buah naga atau dragon fruit antara buah buahan eksotik yang digemari semua lapisan masyarakat Dengan kulit warnanya pink merah isi lembut dan biji biji halus yang boleh dimakan Ada isinya yang berwarna putih ada juga yang isinya kemerahan a...
Anak Buah Kawan Mak Kena Monkey Pox Tapi Tak Keluar Berita Kkm Nafi Dakwaan Penyakit Cacar Monyet Merebak Di Malaysia

Anak Buah Kawan Mak Kena Monkey Pox Tapi Tak Keluar Berita Kkm Nafi Dakwaan Penyakit Cacar Monyet Merebak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 185 hits
Tular di media sosial gambar seorang kanak kanak didakwa dijangkit penyakit cacar monyet di lokasi yang tidak dinyatakan Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut berkata kanak kanak itu merupakan anak buah kepada rakan ibunya Malah...
Kecut Otak Anak Kalau Kita Bagi Makan Minum Tinggi Gula Selalu Doktor Kongsi Bahaya Gula

Kecut Otak Anak Kalau Kita Bagi Makan Minum Tinggi Gula Selalu Doktor Kongsi Bahaya Gula

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 194 hits
Pengambilan gula dalam minuman mahupun makanan akan memudaratkan kesihatan diri Sebab itu ramai doktor serta pakar nutrisi menasihati agar kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan Gula yang berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik p...
Jangan Menangis Jangan Mengada Ngada Selami Jiwa Anak Perempuan Elakkan Buat Perkara Ni

Jangan Menangis Jangan Mengada Ngada Selami Jiwa Anak Perempuan Elakkan Buat Perkara Ni

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 202 hits
Anak perempuan sememangnya cukup manja namun amat sensitif dalam banyak perkara Jangan endahkan emosi mereka tapi belajarlah untuk mendekati anak perempuan kita Pesanan kepada bapa khususnya ambil tahu emosi anak kita Ada waktunya dalam men...
Terpaksa Makan Cepat Sambil Pegang Anak Ayda Jebat Kongsi Momen Jadi Ibu Bangga Raikan Hari Ibu

Terpaksa Makan Cepat Sambil Pegang Anak Ayda Jebat Kongsi Momen Jadi Ibu Bangga Raikan Hari Ibu

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 213 hits
Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam membawa erti paling bermakna buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang baru pertama kali meraikan sambutan itu Menerusi Instagram pelantun lagu Pencuri Hati itu meluahkan rasa syukur yang tidak terhin...
Step By Step Buat Cakoi Yang Lembut Gebu Sedap Makan Dengan Kaya Atau Boleh Cicah Kopi

Step By Step Buat Cakoi Yang Lembut Gebu Sedap Makan Dengan Kaya Atau Boleh Cicah Kopi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 477 hits
Apa menu minum petang hari ini Kalau belum ada apa kata anda cuba buat Cakoi Cara penyediaanya sangatlah muda Cakoi ini bukan sahaja sesuai untuk minum petang sarapan pagi pun boleh Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh ini Cakoi tet...
Sampai Diri Sendiri Tak Terjaga Maryam Dikritik Tak Pandai Jaga Anak Sebab Bagi Makan Frozen Food

Sampai Diri Sendiri Tak Terjaga Maryam Dikritik Tak Pandai Jaga Anak Sebab Bagi Makan Frozen Food

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 195 hits
Baru baru ini pasangan selebriti media sosial iaitu Maryam dan Ryzal DurianKimchi telah memuat naik satu hantaran video di laman Facebook milik mereka Menerusi hantaran video Maryam dilihat sedang gigih menyediakan makanan untuk anak mereka...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes