Jangan Ambil Mudah Penjagaan Kuku


Hi korang..

Hari ni SA nak share dengan korang tentang pentingnya penjagaan kuku.Kuku sering kali diabaikan penjagaan kebersihannya, bahkan kuku tersebut dibiarkan menjadi panjang serta tajam. Membersihkan kuku hakikatnya adalah untuk menjaga kesihatan tubuh. Kenapa? Kerana kuku adalah antara bahagian yang terdapat pada tubuh badan kita yang sering kita gunakan. Bahagian kuku lah yang sangat terdedah dengan kuman dan bakteria..Sebab itu penjagaan kuku tangan dan kaki adalah sangat- sangat penting dan jangan diambil mudah..



Penjagaan kuku mungkin dianggap tidak sepenting wajah. Bagi sesetengah wanita, memadai memotong kuku seminggu sekali untuk menjaga kebersihan diri. Selebihnya, wanita selalu beranggapan mereka tidak mempunyai banyak pilihan, terutama bagi yang beragama Islam

Sebenarnya penjagaan kuku tidak hanya terhad kepada memotong, tetapi merangkumi rawatan membuang kutikel, membersih, melembap dan membentuk bahagian tepi dengan baik bagi mengelak risiko cagu

Semua rawatan ini boleh dibuat di spa kecantikan, melakukan sendiri di rumah atau menggunakan khidmat juruterapi bergerak yang sedia datang ke mana-mana premis bersesuaian mengikut permintaan anda

Begitupun, ketahui juga sama ada anda bebas daripada sebarang masalah kuku. Ini penting kerana jika anda mempunyai masalah kuku rosak, ia perlu dirawat menggunakan ubat atau krim tertentu terlebih dahulu sebelum diteruskan dengan sebarang terapi penjagaan

Jangan mengambil mudah sebarang perubahan pada warna, rupa dan bentuk kuku kerana ia mungkin petanda atau simptom kepada penyakit serius seperti anemia, masalah jantung, psoriasis, kegagalan hati, diabetes atau tidak mustahil juga anda kekurangan zat

Memandangkan kadar pertumbuhan kuku setiap individu itu berbeza, adalah penting untuk kita semua mengutamakan penjagaan kuku mengikut keperluan tubuh masing-masing. Berikut sebahagian kaedah penjagaan mudah yang boleh dijadikan panduan

1. Diet sihat
Terdapat banyak makanan berkhasiat yang boleh menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epal

2. Menggigit kuku
Tabiat menggigit bukan saja merosakkan bentuk kuku, malah menunjukkan anda seorang yang pengotor! Bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes, tabiat menggigit kuku boleh menyebabkan jangkitan. Jadi, elakkan berbuat demikian untuk tujuan kebersihan dan menjaga imej anda sebagai wanita

3. Mencungkil objek
Sesetengah orang sengaja menyimpan kuku panjang untuk memudahkan mereka membuka atau mencungkil objek keras. Jangan rosakkan kuku dengan membuka penutup tin atau sebarang penutup! Tindakan ini boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah

4. Vitamin
Sebagaimana bahagian tubuh yang lain, kuku juga memerlukan vitamin untuk sihat. Amalkan pengambilan vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku. Selain itu, anda mungkin boleh mempertimbangkan pembelian vitamin khas untuk kuku yang hanya perlu dioles terus setiap hari

5. Losyen pelembap
Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau kuku. Bagi mereka yang tidak sempat untuk mencapai losen setiap kali bersiap, anda boleh membawa tiub kecil dalam beg tangan atau simpan di laci meja pejabat. Gunakan setiap kali selepas mencuci tangan

6. Pertumbuhan kuku
Pengambilan kalsium dan zink dapat membantu pertumbuhan kuku dan menjadikannya lebih kuat dan sihat. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan dan mengeringkan kuku

7. Pengetip dan gunting
Pilih peralatan yang tajam untuk mendapatkan bentuk kuku yang lebih kemas. Amalkan memotong kuku selepas mandi atau merendamnya seketika dalam air suam. Jangan koyak lebihan kuku kerana ia mungkin mencederakan anda

8. Merias kuku
Jadikan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali. Merias kuku tidak bermakna anda harus mewarna dengan cat atau mengoles pengilat. Memadai dengan membersihkan kutikel lembut yang menutupi bentuk kuku dan memperkemas bahagian tepi supaya indah dipandang


Perlu diketahui bahawa terdapat juga jenis kuku yang rosak dan perlu dirawat segera. Keadaan ini kerap berlaku dan sering dipandang remeh berikutan kurangnya kesedaran terhadap jenis penyakit dan simptom yang dihidapi

1. Kuku kekuningan
Antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Dalam keadaan jangkitan yang teruk, lapisan kuku mungkin tertarik, kuku semakin menebal, pecah dan hancur

Dalam sesetengah kes, kuku kuning disebabkan masalah kesihatan serius seperti penyakit berkaitan kelenjar tiroid yang teruk atau psoriasis

2. Kuku kebiruan
Keadaan kuku sebegini menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia. Rujuk doktor untuk lebih kepastian

3. Kuku berkedut atau seakan berombak
Keadaan ini selalu dikaitkan dengan tanda awal psoriasis atau radang sendi

4. Kuku retak atau merekah
Keadaan ini kerap dikaitkan dengan masalah tiroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman

5. Garis hitam bawah kuku
Keadaan ini perlu diperiksa doktor bertauliah kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma iaitu sejenis kanser kulit berbahaya. Untuk itu jom sama- sama kita jaga dan utamakan kebersihan kuku tangan dan kaki kita..Elakkan dari Bakteria..dan elakkan dari apa sahaja gejala penyakit..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2020/02/jangan-ambil-mudah-penjagaan-kuku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ladies Jangan Ambil Mudah Jika Period Cycle Tak Teratur Anda Mungkin Ada Penyakit Ini

Ladies Jangan Ambil Mudah Jika Period Cycle Tak Teratur Anda Mungkin Ada Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 401 hits
Penyakit ini merupakan Polycystic Ovarian Syndrome small Cover image via The Health Orange small Satu kitaran haid selalunya memakan masa selama 28 hari ada yang lebih atau kurang sedikit bergantung kepada tubuh badan seseorang Hari pertama...
Isu Vaksin Kesannya Kepada Kanak Kanak Mak Ayah Jangan Ambil Mudah

Isu Vaksin Kesannya Kepada Kanak Kanak Mak Ayah Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 414 hits
Membesarkan bayi dan kanak kanak hari ini bukan lagi perkara mudah Banyak cabaran dan ujian terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit Tidak kira sama ada di Malaysia atau luar negara ancaman ...
Pemimpin Islam Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Anwar

Pemimpin Islam Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Anwar

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 275 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati pemimpin Islam di negara ini tidak sewenangnya menjatuhkan hukum kepada seseorang hanya kerana tidak sealiran dalam politik Tegas Anwar lebih lebih lagi sekiranya ia dilakukan dengan tidak di...
Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 405 hits
Sepanjang enam bulan usia Si Manja mereka hanya diberikan susu ibu atau susu formula sebagai makanan Menjangkau bulan keenam Si Manja sudah mula bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama mereka Sebagai ibu anda harus peka dengan selera S...
9 Cara Agar Tidak Mudah Lupa

9 Cara Agar Tidak Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 385 hits
Lupa atau pikun adalah salah satu kondisi otak yang memiliki kerja ekstra keras untuk menyimpan mengendalikan maupun mengingat memori yang telah tersimpan Adapun gejala umum yang biasanya menyertai antara lain mengulangi cerita atau pertany...
Butuh Pinjaman Dana Tunai Yang Aman Dan Mudah Ini Solusinya

Butuh Pinjaman Dana Tunai Yang Aman Dan Mudah Ini Solusinya

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 301 hits
Kebutuhan akan uang selalu ada di setiap kehidupan manusia Karena itu seseorang harus memiliki pekerjaan atau usaha sebagai sumber penghasilannya Namun bagaimana jika penghasilan yang dimiliki belum cukup untuk memenuhi kebutuhan hidup yang...
Ingin Tidur Nyeyak Saat Hidung Mampet Ini Tips Mudah Untuk Kamu Terapkan

Ingin Tidur Nyeyak Saat Hidung Mampet Ini Tips Mudah Untuk Kamu Terapkan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 267 hits
Dalam kondisi ini kamu bakal terpaksa untuk bernapas melalui mulut Sayangnya hal ini bisa membuat bibir menjadi kering dan tenggorokan terasa tak nyaman
Mudah Dan Sehat Ini 8 Makanan Yang Mampu Tingkatkan Imunitas Tubuh

Mudah Dan Sehat Ini 8 Makanan Yang Mampu Tingkatkan Imunitas Tubuh

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 248 hits
Mengonsumsi makanan tertentu dapat meningkatkan sistem imun pada tubuh Kandungan makanan yang penting tersebut yaitu seperti Zn Se Fe Cu Vitamin A C E dan Vitamin B6 serta asam folat memiliki pengaruh penting terhadap pengatur respon imun
Petua Atasi Gusi Bengkak Paling Mudah

Petua Atasi Gusi Bengkak Paling Mudah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 352 hits
Petua atasi gusi bengkak ini saya dapat dari ibu saya semasa kecil dahulu Mudah je nak kurangkan bengkak gusi bernanah dengan syarat gusi bengkak tersebut bukan lah di sebabkan penyakit atau kemalangan atau apa apa yang serius Petua atasi g...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025