Isu Vaksin Kesannya Kepada Kanak Kanak Mak Ayah Jangan Ambil Mudah


Membesarkan bayi dan kanak-kanak hari ini bukan lagi perkara mudah. Banyak cabaran dan ujian terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit.
Tidak kira sama ada di Malaysia atau luar negara, ancaman penyakit berjangkit selalu berlaku kepada bayi dan kanak-kanak berikutan sistem imun mereka yang masih rendah berbanding orang dewasa.
Bagaimanapun, pengetahuan, sikap peka dan bersedia ibu bapa dalam menghadapi ancaman penyakit tetap menjadi penentu utama kesejahteraan anak pada masa depan.

Apa yang penting, usah sesekali mengambil mudah jika anak mengalami demam, selesema, sakit perut mahupun batuk. Ia mungkin petanda awal bagi penyakit yang lebih serius atau memerlukan rawatan segera. Bersama Dr. Senthil Kumaran, Pakar Pediatrik, Hospital Pantai Laguna Merbok, Kedah mengulas lanjut tentang isu vaksin ini.
Apa Itu Vaksin? Menurut Dr. Senthil Kumaran, vaksin ialah virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulen (bahaya) dengan kaedah tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut manakala kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa. Biasanya kesannya amat ringan dan tidak membahayakan.
Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan. Kepentingan imunisasi vaksin ini juga dapat membantu imuniti kelompok yang menyediakan pertahanan sekumpulan individu daripada diserang penyakit, yang mana tujuh daripada 10 kanak-kanak yang mengambil vaksin boleh membantu tiga individu yang tidak mengambilnya.
Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO.
Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.
Vaksin Mandatori atau vaksin wajib untuk kanak-kanak di Malaysia Jelasnya lagi pengambilan vaksin adalah wajib untuk kanak-kanak di Malaysia. Ia adalah sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan yang serius.
Vaksin untuk kanak-kanak yang masih tiada dalam jadual imunisasi KKM ialah:
– Cacar air.
– Jangkitan meningokokal.
– Rotavirus.
– Influenza.
Vaksin untuk kanak-kanak yang melancong ke luar negara atau mempunyai risiko untuk dijangkiti:
– Hepatitis A.
– Demam kepialu.

Kenapa Perlu Vaksin Anak Sejak Bayi? Perlunya vaksin kepada kanak-kanak sejak usia bayi kerana mereka mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsangan sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.
Dengan mengvaksinkan anak, boleh dikatakan perlindungan yang diberikan terhadap sesuatu penyakit adalah 90 ke 100 peratus. Disebabkan perlindungan secara total inilah yang ingin diberikan kesedaran kepada ibu bapa agar jangan kurangkan atau elakkan pengambilan vaksin untuk anak-anak kerana punca tidak divaksinkan ini akan membuka potensi kepada jangkitan lain kepada kanak-kanak lain, misalnya di taska atau nurseri.
Tindakbalas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak menghasilkan tindakbalas imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil. Hasilnya, individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang memerlukan dos tambahan untuk membantu menguatkan imuniti terhadap penyakit tertentu. Perlindungan yang diperolehi dari vaksin adalah lebih baik dari tiada perlindungan langsung.
Penularan penyakit akibat tidak divaksin Smallpox (cacar air) telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun 1980. Smallpox (cacar air) adalah penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada mangsa-mangsa yang dijangkiti.
Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.
Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.
Vaksin dapat bantu kurangkan risiko penyakit Memang benar daya lawan penyakit yang diperoleh secara semulajadi adalah lebih baik dari pada imunisasi, tetapi jika masalah penyakit yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak menjadi lebih serius, dan jika dengan adanya pengambilan vaksin, pasti kesan vaksin itu akan mengurangkan risiko yang akan berlaku disebabkan masalah penyakit itu.
Maka itu ada sesetengah pemberian vaksin diberikan lebih dari sekali kerana ia perlu diberikan untuk membantu mencegah sesuatu jangkitan atau penyakit merebak atau menjadi lebih serius. Sebagai contoh vaksin influenza atau vaksin pnemokokal.
 Ada vaksin yang membantu mencegah masalah penyakit sehingga 10-20tahun dan ada vaksin yang boleh memberikan perlindungan untuk seumur hidup.

Terlalu banyak vaksin, tidak memudaratkan sistem daya tahan penyakit anak Biasanya badan akan dapat menerima vaksin yang telah diberikan. Melainkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah penyakit yang serius seperti jangkitan HIV atau sebagainya yang memerlukan pantauan dari doctor untuk setiap pengambilan vaksin. Selain dari masalah ini, kesemua kanak-kanak yang sihat pasti dapat menerima pengambilan vaksin.
Turut mengulas tentang kesan sampingan terhadap sesuatu imunisasi, menurut Dr Senthil, tidak semua kanak-kanak akan mengalami kesan sampingan dari pengambilan vaksin. Namun kebanyakan kesan sampingan ini adalah ringan dan sembuh dengan segera. Adalah sukar untuk menjangka siapa yang akan mengalami kesan sampingan ringan dan yang berkemungkinan mengalami kesan sampingan yang lebih serius kesan dari pengambilan vaksin. Lazimnya kesan sampingan serius amat jarang berlaku.
Saranan tambahan dari doktor :
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku. Tanggapan iini adalah  tidak benar kerana imunisasi adalah penting untuk memastikan anak anda sihat. Masih lagi terdapat penyakit berjangkit yang berbahaya di Malaysia.
Mungkin ibu bapa antivaksin ini menganggap boleh melindungi anak mereka daripada penyakit berjangkit dengan menjauh atau mengasingkan anak mereka daripada kanak-kanak lain. Kaedah ini tidak berkesan kerana masih ada kanak-kanak yang dijaga oleh ibu sendiri, dikawal ketat dan tidak dibawa ke tempat ramai orang masih mendapat jangkitan penyakit berbahaya.
Bagi pendapat saya, tidak mungkin kita dapat melindungi anak sepenuhnya kerana kita sebagai ibu bapa masih perlu bekerja dan bergaul dengan masyarakat baik rakan sekerja mahupun pelanggan. Apabila balik ke rumah, kita akan membawa pelbagai bakteria atau virus dan memindahkan mikro organisma itu kepada anak tanpa disedari. Tangan, pakaian, dalam kenderaan, pelbagai kotoran dan bakteria yang sentiasa ada dan sudah tentu di udara lagi lah kita tak dapat melihat jangkitang-jangkitan lain yang lebih serius.
Malangnya, sesetengah mereka tidak sedar ia hanya membahayakan kesihatan anak mereka dan orang lain. Semua kanak-kanak perlu divaksin tetapi mengakui keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan ibu bapa.
 
 
The post Isu Vaksin & Kesannya Kepada Kanak-Kanak, Mak Ayah Jangan Ambil Mudah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isu-vaksin-kesannya-kepada-kanak-kanak-mak-ayah-jangan-ambil-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ladies Jangan Ambil Mudah Jika Period Cycle Tak Teratur Anda Mungkin Ada Penyakit Ini

Ladies Jangan Ambil Mudah Jika Period Cycle Tak Teratur Anda Mungkin Ada Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 400 hits
Penyakit ini merupakan Polycystic Ovarian Syndrome small Cover image via The Health Orange small Satu kitaran haid selalunya memakan masa selama 28 hari ada yang lebih atau kurang sedikit bergantung kepada tubuh badan seseorang Hari pertama...
Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

Nak Latih Anak Suka Air Masak Mak Ayah Pun Sama Sama Kena Berebut Minum

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 570 hits
Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak Ibu ayah harus melatih anak anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat Tidak dinafikan anak anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap sedap Ada beberapa kaedah yang bole...
Kanak Kanak Memang Mudah Kena Sakit Doktor Cadang Beberapa Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

Kanak Kanak Memang Mudah Kena Sakit Doktor Cadang Beberapa Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 532 hits
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak anak yang masih kecil selain mengambil langkah langkah pencegahan seperti yang di...
Anak Sulung Perempuan Kesayangan Mak Ayah Kakak Yang Baik Boleh Diharap

Anak Sulung Perempuan Kesayangan Mak Ayah Kakak Yang Baik Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 499 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik adiknya apabila sudah besar Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan adakah adik adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang p...
Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 404 hits
Sepanjang enam bulan usia Si Manja mereka hanya diberikan susu ibu atau susu formula sebagai makanan Menjangkau bulan keenam Si Manja sudah mula bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama mereka Sebagai ibu anda harus peka dengan selera S...
Rindu Tapi Ayah Tak Keluar Pun Video Kanak Kanak Ini Lawat Kubur Ayah Bikin Sebak

Rindu Tapi Ayah Tak Keluar Pun Video Kanak Kanak Ini Lawat Kubur Ayah Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 379 hits
Rindu yang tak berpenghujung small Cover image via Twitter Anne mokhtar small Impian setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak mereka membesar di depan mata a href https images says com uploads story source source image 762408 b763 jpg rel ...
Mak Ayah Hanya Luka Kecil Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm Tercampak Akibat Kemalangan

Mak Ayah Hanya Luka Kecil Kepala Budak Diriba Ibu Terbelah 15cm Tercampak Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 1024 hits
Kemalangan berlaku tanpa diundang Banyak kes kemalangan yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh kesalahan pengguna jalan raya sendiri Namun begitu pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan lagkah langkah...
Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 282 hits
Data dari Kementerian kesihatan menunjukkan peninkatan kes influenza 2019 Kes kes di hospital swasta seluruh negara juga menunjukkan lebih ramai lagi kes influenza Menurut Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail Consultant Paediatrician Paediatric Ca...
Anak Acuan Mak Ayah Isi Tangki Emosi Dengan Benda Baik Untuk Si Kecil Tiru Jadi Baik Sampai Besar

Anak Acuan Mak Ayah Isi Tangki Emosi Dengan Benda Baik Untuk Si Kecil Tiru Jadi Baik Sampai Besar

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 293 hits
Dalam membesarkan anak anak memang perasaan amarah senang mendatangi ibu dan ayah Kadang benda kecil pun boleh buat kita senang melenting Bila fikir balik padahal tak perlu pun marah marah malah boleh diselesaikan tanpa menjerit atau marah ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game