Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate Marketing


Kebanyakkan dari kita sudah sedia maklum mengenai konsep pendapatan pasif.
Ia merujuk kepada sejenis pendapatan yang bakal kita perolehi dimasa akan datang, untuk kerja-kerja yang pernah kita lakukan sebelumnya. Apa yang menariknya mengenai pendapatan pasif ini ialah, kita masih lagi dapat menikmati pendapatan tersebut secara berterusan walaupun kita sudah tak lagi melakukan pekerjaan tersebut.
 
Boleh ataupun tidak kalau kita nak hasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate?
Saya jawab, sudah tentu, BOLEH.
 
Maka terhasillah artikel ini.

 
Saya dapati, menerusi affiliate marketing, kita juga mampu untuk mencipta pendapatan pasif kita sendiri. Saya bukan hanya cakap kosong, sebaliknya saya akan buktikan melalui artikel ini. Jadi, kalau anda betul-betul minat nak tahu bagaimana caranya, silakan baca sampai habis ya.
 
Pernah tak anda dengar tentang affiliate marketing sebelum ini?
Konsep affiliate marketing ini bukanlah satu perkara baru di negara kita. Namun saya tak nafikan, masih ada diluar sana yang tak begitu familiar dengan istilah ini.
 
Jika anda merupakan salah seorang yang belum betul-betul faham dan masih ada perkara yang anda nak tahu mengenai affiliate marketing, saya ingin mengajak anda untuk baca perkongsian saya sebelum ini.
Baca disini: Apa itu affiliate marketing?
 
Posting yang saya kongsikan diatas, saya sediakan khusus untuk mereka yang masih agak baru dengan konsep affiliate marketing ini. Saya kongsikan pengenalan kepada semua yang anda perlu tahu mengenai program affiliate. Tak ada simpan-simpan punya. Kalau anda sudi luangkan sedikit masa untuk baca, In Shaa Allah pengetahuan anda mengenai program ini dan cara nak buat duit akan jadi lebih baik.
 
Dalam posting ini, kita akan pergi lebih dalam lagi dan akan melihat dari sudut yang berbeza. Matlamat saya menulis posting ini adalah untuk memberikan anda sedikit idea, bagaimana menjadikan program affiliate sebagai salah satu kaedah untuk anda menjana pendapatan pasif.
 
Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang kaedah menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan pasif, kali ini kita lihat pula kaedah bagaimana menghasilkan pendapatan pasif menerusi program affiliate. Kalau anda dah sedia nak ikuti perkongsian ini, sila teruskan pembacaan.

 
Apa sebenarnya tugasan kita sebagai seorang ejen affiliate yang profesional? Pada asasnya sebagai seorang ejen affiliate, peranan dan tugas kita adalah untuk membuat pengesyoran (recommendation) kepada pengikut, atau audience kita untuk membuat pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan. Lazimnya, produk atau perkhidmatan yang kita syorkan ini dimiliki oleh penjual lain, yang merupakan seorang individu ataupun sebuah syarikat.
 
Bagi yang pernah ada pengalaman menyertai mana-mana program affiliate, pernah tak anda lalui situasi dibawah ini.
Anda telah pun membuat kerja-kerja recommendation, dah kongsikan link affiliate di banyak tempat, tapi masih tak nampak sebarang komisen.
 
Mesti timbul persoalan, kan…

Adakah program afffiliate ni betul-betul boleh bantu anda untuk hasilkan pendapatan?
Atau sebenarnya program affiliate ini hanya satu penipuan semata-mata?
 
Actually, program affiliate ini, jika dijalankan dengan kaedah dan strategi yang betul, ia bukan semata-mata dapat memberikan pendapatan untuk anda. Malahan, ia boleh memberikan pendapatan pasif secara berterusan untuk anda.
 
Tapi kalau anda masih tak berjaya dapat sebarang hasil melalui program ini, boleh jadi sebab ada beberapa perkara yang anda masih belum betul-betul faham mengenai strategi buat duit dengan affiliate marketing ini.
 
Apabila kita berhasrat untuk buat duit dengan program affiliate ini, kita kena faham satu perkara. Dalam program affiliate ini, tak cukup sekadar kita membuat recommendation kepada golongan yang kita sasarkan. Mereka perlu melakukan satu tindakan yang spesifik, barulah kita layak untuk menerima bayaran.
 
Ha… apa benda pula tindakan spesifik yang saya maksudkan tu?
Mereka perlu tekan klik pada pautan atau link affiliate anda dan seterusnya mereka perlu lakukan pembelian menggunakan peranti atau gadget yang sama dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 
Terdapat beberapa keadaan yang akan menyebabkan anda kehilangan komisen affiliate anda. Saya akan berikan anda beberapa contoh situasi dibawah.
 
(1) Anda membuat recommendation dan prospek terus beli dilaman web
Prospek ini setelah dia membaca artikel atau menonton video yang anda hasilkan, dia terus pergi ke laman web jualan. Sebagai contoh, anda bercerita mengenai jam tangan jenama G-Shock yang boleh dibeli dengan harga yang murah di laman web Shopee.
 
Lalu prospek anda pun buka apps Shopee dan terus buat carian tanpa dia menekan klik pada link affiliate anda. Dalam keadaan ini, anda tak akan terima sebarang bayaran, walaupun pada awalnya anda yang membuat recommendation.

Puncanya apa?
Puncanya ialah prospek tersebut tidak menekan klik pada link affiliate anda.
 
(2) Prospek menekan klik pada link affiliate anda namun menggunakan peranti berbeza ketika buat pembayaran
Masa mula-mula dia tahu tentang produk yang anda promosikan, dia mungkin menggunakan komputer. Kemudian, dia tekan link affiliate anda untuk melihat laman jualan tapi dia tak teruskan buat bayaran.
 
Kemudian selang beberapa jam, dia buka semula laman jualan dan kali ini dia menggunakan peranti yang berbeza, contohnya dia menggunakan tablet lalu dia pun buat bayaran. Dalam keadaan ini, anda juga tak berjaya membuat sebarang komisen.
 
(3) Bakal pelanggan menekan klik pada link affiliate anda tetapi membuat pembelian selepas cookies expired
Program affiliate ini bergantung kepada cookies untuk tujuan tracking siapa yang berjaya hasilkan jualan. Ada sesetengah program yang menetapkan tempoh cookies ini hanya valid selama 24 jam, 7 hari ataupun mungkin 30 hari sahaja. Jika bakal pelanggan membuat bayaran setelah cookies tersebut sudah tak valid, anda juga akan kehilangan komisen tersebut.
 
Lazimnya saya akan cuba elakkan program affiliate yang menetapkan tempoh cookies yang sangat pendek, seperti 24 jam sahaja. Saya rasa ianya kurang berbaloi memandangkan tak semua prospek yang saya bakal cari nanti akan terus buat pembelian dalam tempoh 24 jam.
 
(4) Bakal pelanggan ada menekan link affiliate ejen lain setelah klik pada link anda
Situasi ini boleh berlaku jika ada banyak ejen affiliate yang mempromosikan produk dari penjual yang sama. Mula-mula bakal pelanggan itu tadi memang sudah menekan klik pada link anda. Tapi mungkin dia tak perasan, sebab ada banyak sangat posting yang dia baca, dia ada tertekan klik pada link affiliate ejen lain.
 
Kesannya? Link affiliate anda akan di overide dengan link affiliate ejen yang baru. Kebanyakkan sistem affiliate beroperasi sedemikian rupa. Link affiliate terakhir yang diklik, itulah yang akan mendapat komisen.
 
Ya, program affiliate ini tak sempurna. Ada pelbagai sebab kenapa komisen anda boleh hilang dan menyebabkan anda rasa seperti agak mustahil untuk buat duit melalui cara ini.
 
Atas sebab-sebab yang saya kongsikan ini jugalah, saya kurang setuju kalau ada pihak yang mengatakan
“…buat duit dengan affiliate ni senang jer. Cuma perlu share link sebanyak-banyaknya…”
 
Statement tersebut ada betulnya, tapi ianya kurang tepat. Pada saya, ianya terlalu over-simplified. Walaupun program affiliate ini ada kelemahannya, namun In Shaa Allah saya akan kongsikan beberapa perkara yang dapat membantu anda menghasilkan jualan dan seterusnya dapat meraih komisen.
 
Satu lagi, kalau boleh saya nak anda tinggalkan strategi share link affiliate banyak-banyak di merata tempat, sebabnya kaedah tersebut bukan sahaja memenatkan, malahan keberkesanannya juga agak kurang. Gaya pemasaran seperti itu, lebih mirip seorang spammer yang suka meninggalkan link dimerata tempat.
 
Ada yang letak link dekat group whatsapp, dekat FB group orang lain, dekat fanpage orang lain yang popular. Tindakan seumpama ini hanya menimbulkan rasa kurang senang kepada pemilik platform. Bukan itu sahaja, cara tersebut juga tak akan membantu anda menghasilkan pendapatan pasif.
 
Berapa pendapatan yang boleh diperolehi melalui program affiliate Berapa banyak income yang anda nak hasilkan dari program affiliate?
Jawapannya terpulang kepada anda dan berapa banyak anda sanggup berikan komitmen.
 
Setakat yang saya tahu, tiada sebarang had dari segi pendapatan yang anda boleh hasilkan melalui program affiliate. Orang putih kata, the sky is the limit.
 
Walaubagaimanapun, saya ingin sebutkan disini, pendapatan dari program affiliate ini dipengaruhi oleh banyak faktor. Dibawah ini pula adalah sebahagian daripada faktor yang akan mempengaruhi pendapatan yang bakal anda hasilkan melalui program seumpama ini.
 
(1) Berapa banyak trafik yang melayari laman web atau blog anda
Anda mungkin anda menggunakan platform laman web peribadi atau blog bagi tujuan membuat kerja-kerja pemasaran.
Baca juga: Pendapatan pasif dari blog
 
Andai kata anda akan menggunakan blog, anda perlu pastikan laman blog anda mempunyai trafik yang cukup banyak. Pada peringkat permulaan, mungkin saya boleh syorkan untuk anda dapatkan sekurang-kurangnya 1,000 trafik dalam sehari.
 
Jika blog yang anda bina tak mempunyai trafik yang banyak, mungkin kurang dari 100 views dalam sehari, lazimnya memang agak sukar untuk dapat jualan.
 
Begitu juga situasinya kalau anda bakal menggunakan platform youtube. Formula yang sama turut terpakai disini. Anda masih tetap perlukan views atau pelawat yang banyak, barulah potensi pendapatan anda akan lebih tinggi.
 
(2) Adakah skil penulisan copywriting anda bagus atau tidak
Bila anda dah dapat banyak trafik, janganlah pula anda sia-siakan trafik tersebut dengan menghasilkan konten yang ala kadar. Anda perlu ada sedikit pengetahuan mengenai teknik penulisan copywriting.
Baca juga: Formula Copywriting untuk hasilkan jualan di internet
 
Teknik penulisan yang baik penting bagi memastikan pembaca ataupun audience anda yakin dengan recommendation yang anda berikan. Kalau mereka belum yakin dengan produk yang anda promosikan sekalipun, setidak-tidaknya mereka akan klik pada pautan yang anda sertakan.
 
(3) Struktur komisen yang ditawarkan
Ada program affiliate yang memberikan komisen yang rendah. Biasanya program affiliate e-commerce seperti Shopee, Lazada, PG Mall dan sebagainya memberikan peratus komisen yang berbeza-beza mengikut produk. Ada produk yang memberikan anda komisen sekitar 1% atau kurang dari itu untuk jualan yang kita hasilkan.
 
Saya pernah terfikir juga, kenapa mereka berikan komisen yang sangat rendah kepada para ejen. Misalnya komisen untuk program affiliate Shopee adalah seperti dibawah.

Jadual diatas saya ambil dari platform Involve Asia. Jika anda menyertai program affiliate Shopee melalui affiliate network Involve Asia, jadual diatas ini adalah struktur komisen yang bakal anda perolehi.
Baca juga: Program affiliate Shopee – Cara join beserta bukti pendapatan
 
NC merujuk kepada New Customer (Pelanggan baru)
EC merujuk kepada Existing Customer (Pelanggan sedia ada)
 
Merujuk kepada jadual diatas, sekiranya anda berjaya dapatkan jualan untuk produk dalam kategori Cameras & Drones, dan pelanggan tersebut pernah menjadi pelanggan Shopee sebelum ini, komisen yang anda akan perolehi untuk setiap jualan yang terhasil adalah sebanyak 0.47% sahaja.
Contoh Pengiraan untuk pelanggan sedia ada (EC)
Jika harga produk RM100
Komisen anda ialah 0.47%
Jumlah yang anda perolehi adalah RM0.47 atau 47 sen sahaja.
 
Tapi, kalau pelanggan tersebut adalah pelanggan baru yang tak pernah langsung beli apa-apa produk dari Shopee, komisen yang ditawarkan kepada anda ialah sebanyak 4.20%
Contoh pengiraan untuk pelanggan baru (NC)
Jika harga produk RM100
Komisen anda ialah 4.2%
Jumlah yang anda perolehi adalah RM4.20 sahaja
 
Sekali imbas, nampak seolah-olah tak berbaloi kan, dengan struktur komisen sebegitu rendah?
Tapi bila difikirkan semula, saya berpendapat ada sebab kenapa struktur komisen sedemikian rupa ditawarkan kepada para ejen affiliate. Apa yang saya nampak ialah sebagai ejen affiliate, kita sebenarnya menanggung risiko yang sangat minima berbanding penjual produk dan juga pihak penyedia platform itu sendiri.
 
Peranan kita sebagai ejen affiliate adalah memastikan ada trafik yang masuk ke laman jualan melalui link affiliate kita. Jika ada yang membuat pembelian, komisen untuk kita akan direkodkan.
 
Ada lagi perkara lain yang anda perlu ketahui sebagai ejen affiliate, iaitu
i. Anda tak perlu keluarkan sebarang modal untuk mula menjual produk
ii. Anda tak perlu melayan pertanyaan dari bakal pelanggan
iii. Anda tak perlu uruskan bab penghantaran produk
iv. Anda tak perlu berikan customer support kepada pembeli
v. Anda tak perlu berikan refund kepada pelanggan yang tak berpuas hati
vi. Anda tak perlu berikan sebarang jaminan atau waranti kepada pelanggan
 
Bagaimana kalau barang yang kita promosikan diblog atau di channel Youtube kita tak laku?
Itu juga tak menjadi masalah besar buat kita. Jika barang yang kita promosikan itu tak laku, kita boleh tukar link produk kepada produk lain yang nampak lebih menarik.
 
Maka disini, tak hairanlah kalau ejen affiliate menerima bayaran yang paling rendah. Justeru, untuk hasilkan income yang banyak, kita perlu pastikan kita mampu untuk dapatkan trafik yang banyak.
 
(4) Jenis produk yang anda promosikan
Untuk pengetahuan anda, jenis produk yang anda promosikan nanti juga akan memberi pengaruh kepada pendapatan yang bakal anda hasilkan. Lazimnya, produk digital memberikan komisen yang lebih besar berbanding produk fizikal.
 
Anda boleh buat berbandingan, komisen jualan untuk produk jenis e-book (digital) dengan buku fizikal.
 
Ada satu platform yang menjual pelbagai jenis produk digital dalam bentuk ebook. Platform tersebut adalah Klikjer.

Setiap jualan ebook yang anda berjaya hasilkan, anda akan dibayar komisen sebanyak 50%.
Kalau harga ebook ialah RM100, bermakna komisen anda adalah sebanyak RM50.
Anda pernah jumpa buku yang berharga RM100, yang menawarkan komisen sebanyak RM50 jika anda berjaya jual? Well… mungkin ada, tapi ia jarang-jarang berlaku.
 
Jana pendapatan pasif melalui program affiliate Sekarang kita beralih kepada satu topik yang lebih spesifik. Kita nak bincangkan, bagaimana cara untuk hasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate. 
 
Untuk menghasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate marketing, ada kriteria tertentu yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Sudah tentu, ianya tak semudah share link affiliate sebanyak-banyaknya dan mengharapkan akan ada orang yang akan tekan klik pada link tersebut lalu membuat pembelian.
 
Saya tak nafikan, dengan cara itu pun boleh berlaku jualan, tapi anda mungkin terpaksa selalu share link. Anda kena bekerja secara aktif setiap masa, dan ini tak memenuhi kriteria untuk menjana pendapatan pasif.
 
Jenis komisen yang wujud dalam program affiliate yang anda perlu tahu Tahukah anda, program affiliate yang berbeza, menawarkan struktur komisen yang berbeza juga? Struktur komisen ini bergantung kepada pihak pengendali program. Mereka lebih arif mengenai model bisnes yang mereka lakukan, dan bentuk komisen yang bagaimana yang mereka ingin berikan kepada ejen.
 
Struktur komisen ini juga perlulah cukup menarik, supaya dapat menarik lebih ramai orang untuk menjadi ejen affiliate mereka. Mari kita lihat bentuk-bentuk komisen yang ada dalam program affiliate.
 
(1) Komisen berdasarkan berapa banyak jumlah klik
Anda dibayar mengikut jumlah klik yang anda perolehi pada link affiliate anda. Lagi banyak jumlah klik yang anda terima pada link affiliate anda, maka lagi tinggi pendapatan yang bakal anda perolehi.
 
Program seperti ini hampir menyamai program pengiklanan jenis Pay Per Click (PPC) atau Cost Per Click (CPC). Cuma bezanya kalau dalam program pengiklanan, kita selaku penyiar iklan (publisher) tak dibenarkan menyuruh pembaca kita untuk klik pada iklan. Pihak penganjur hanya akan membayar bagi setiap klik yang terhasil secara natural.
 
Iaitu klik yang terhasil disebabkan pembaca memang berminat nak tahu kandungan iklan, bukannya disebabkan disuruh oleh publisher. Baiklah, itu kalau program pengiklanan. Tapi yang saya nak ceritakan disini adalah program affiliate.
 
Setakat yang saya tahu, ada satu program yang membayar ejen mengikut jumlah klik yang berjaya ejen tersebut perolehi. Program yang saya maksudkan adalah program affiliate 1Promoter.

Program ini akan bayar anda setiap kali link affiliate anda di klik oleh pengguna internet, tanpa mengambil kira sama ada individu tersebut membuat pembelian ataupun tidak.
 
Saya juga ada menyertai program ini, dan ini merupakan pendapatan terkumpul yang saya telah hasilkan.

Setiap klik yang terhasil, anda akan dibayar sekitar RM0.05 atau 5 sen.
 
Kalau anda nak komisen yang banyak, kenalah dapatkan lagi banyak klik.
Program ini boleh disertai melalui pautan ini.
 
(2) Komisen berdasarkan suatu tindakan spesifik yang dilakukan oleh pelanggan
Komisen ini kita panggil juga dengan nama Pay Per Lead. Kita akan dibayar setiap kali ada pelanggan baru yang mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada ahli.
 
Salah satu syarikat yang membayar komisen seperti ini adalah Involve Asia.

Anda boleh ke laman web ini untuk menjadi member di Involve Asia.
 
Setiap orang yang mendaftar sebagai member Involve Asia melalui link affiliate anda, anda akan dibayar sebanyak RM2.00
 
(3) Komisen berdasarkan jualan yang dihasilkan
Ini merupakan struktur komisen biasa yang ditawarkan dalam kebanyakkan program affiliate. Anda akan dapat komisen mengikut peratusan tertentu, apabila anda berjaya hasilkan jualan. Ada jualan, ada komisen. As simple as that.
 
(4) Komisen yang berulang-ulang
Komisen jenis berulang-ulang atau recurring commission ini kita boleh lihat dalam program affiliate yang menjual servis berasaskan konsep langganan (subscription).
 
Selagi mana pelanggan masih lagi melanggan servis tersebut, selagi itu kita akan dapat komisen dari pelanggan tersebut. Biasanya yang menawarkan komisen seperti ini adalah syarikat software, syarikat telco, dan sebagainya.
 
Anda hanya perlu buat jualan sekali sahaja kepada seorang pelanggan, dan jika pelanggan tersebut terus melanggan produk syarikat, anda akan terus menerus mendapat komisen daripada duit langganan tersebut. Bukankah ini sudah jelas menunjukkan yang anda sudah memiliki pendapatan pasif?
 
(5) Komisen sepanjang hayat
Juga dikenali dengan nama life time commision. Menariknya dengan program affiliate yang menawarkan struktur komisen seperti ini adalah, kita akan dapat komisen berulang kali dari pelanggan yang sama yang kita perkenalkan sepanjang hayat dia menjadi pelanggan kepada syarikat.
 
Sebagai contoh, anda memperkenalkan Azimah kepada syarikat A. Selepas dia mengenali syarikat A, dia pun menjadi pelanggan syarikat dan membeli produk dari syarikat tersebut setiap bulan.
 
Setiap kali Azimah berbelanja, anda akan dapat sedikit komisen. Kalau dia menjadi pelanggan syarikat selama 20 tahun, bermakna selama 20 tahun itu jugalah anda akan dapat komisen dari setiap pembelian yang Azimah lakukan. Wow… betul-betul passive income, kan?
 
Persoalannya, wujudkah program affiliate sedemikian rupa?
Jawapannya sudah tentulah ada. Sebab itu saya masukkan dalam perbincangan disini.
 
Program affiliate yang menawarkan life time commision seperti ini, yang saya tahu adalah program PG Mall.

Anda boleh ke laman web ini untuk daftar sebagai member secara percuma. Setiap member yang berdaftar secara automatik akan dilantik juga menjadi ejen affiliate.
 
Istimewanya dalam program PG Mall ini, ejen affiliate diangkat sebagai seorang business partner. Kita dianggap sebagai business partner memandangkan kita akan berbelanja di platform tersebut (memberi profit kepada syarikat) dan pada masa yang sama, kita juga akan mengajak orang lain untuk berbelanja diplatform yang sama (mendapatkan pelanggan baru untuk syarikat).
 
Konsep ini sangat inovatif dan tak banyak syarikat yang menghargai peranan ejen affiliate hingga ke tahap ini. Saya berpendapat, program PG Mall ini sangat bagus dan mudah-mudahan ia akan berkekalan lama dan diterima baik.
Baca juga: Panduan buat duit dengan PG Mall
 
(6) Komisen berperingkat
Nama lain bagi komisen jenis berperingkat ini ialah tier-commision. Setakat ini, tak banyak program affiliate yang menawarkan komisen berperingkat. Walaubagaimanapun, komisen seperti ini memang ada ditawarkan.
 
Dalam program affiliate yang menawarkan tier commision ini, kita boleh merekrut sub-affiliate.
Setiap kali affiliate yang kita rekrut itu nanti berjaya hasilkan jualan, kita akan dapat komisen dari hasil jualan yang dia hasilkan juga. Biasanya tak berapa banyak, mungkin dalam 5%.

Salah satu platform yang menawarkan komisen affiliate tier-commission adalah klikjer. Anda boleh sertai menerusi pautan ini. Kalau anda perasan, konsep tier komisen ini saling tak tumpah seperti program multi level marketing.
 
Tapi anda tak perlu risau, program affiliate bukanlah multi level marketing (MLM) dan terdapat perbezaan yang banyak antara program affiliate dengan MLM.
Baca juga: Affiliate Marketing VS Network Marketing – Mana satu patut anda pilih?
 
Komisen dari platform jualan e-commerce Apabila bercakap mengenai komisen dari platform jualan e-commerce ini, saya merujuk kepada laman jualan seperti
i. Lazada
ii. Shopee
iii. PG Mall
iv. Bookcafe
 
Saya ada sentuh sedikit sebelum ini, yang komisen yang mereka tawarkan selalunya tak begitu tinggi. Sekali pandang, nampak seperti program ini tak begitu berbaloi untuk dipromosikan. Apa tidaknya, kalau komisen cuma 0.47%, siapa yang nak? Bila nak jadi kaya kalau macam tu bayarannya, kan?
 
Besar kemungkinan, kita memang tak akan menjadi kaya melalui program affiliate. Ya, kita boleh buat duit, kita boleh hasilkan pendapatan pasif menerusi program affiliate, tapi kalau nak jadi kaya raya, saya kira itu memerlukan skill yang luar biasa.
 
Walaupun struktur komisen dari program affiliate e-commerce ini tidak begitu besar, namun saya harap anda tak memandang rendah terhadap program yang mereka tawarkan. Mari kita lihat antara kelebihan yang ada pada program mereka, yang mungkin tak terdapat pada platform lain.
 
i. Mereka ada beratus atau mungkin beribu-ribu produk
Anda boleh cuba buka laman web Lazada, Shopee ataupun mungkin PG Mall. Saya yakin, anda mesti tak larat nak kira satu per satu, berapa banyak produk yang mereka jual. Rasanya tak mustahil kalau platform mereka ada beratus ribu produk.
 
Apabila anda mempromosikan produk di platform e-commerce, anda pasti tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan.
 
ii. Mereka kerap menjalankan promosi dan penurunan harga (diskaun)
Promosi diskaun dan juga promosi penghantaran percuma adalah antara promosi yang ditunggu-tunggu oleh pelanggan. Kalau promosi sempena hari perayaan juga sering dinantikan oleh pelanggan. Sewaktu promosi ini dijalankan, peluang untuk kita hasilkan pendapatan juga menjadi lebih cerah.
 
iii. Ada banyak penjual yang menjual produk yang sama
Bila ada banyak penjual yang menjual produk yang sama, harga akan jadi lebih kompetitif. Mereka akan berlumba-lumba menawarkan harga yang terbaik untuk pelanggan. Oleh itu, pelanggan akan lebih seronok untuk membuat pembelian.
 
Kelebihan buat kita sebagai ejen affiliate pula, tak kiralah pelanggan tersebut membeli dari penjual yang mana satu, kita tetap akan dapat komisen.
 
Bukan itu sahaja, andai kata anda mempromosikan jam tangan jenama G-Shock, tapi pelanggan beli pampers untuk bayi, anda masih lagi akan dapat komisen dari pembelian pampers tersebut.
 
iv. Boleh dikatakan semua jenis produk boleh dibeli
Kebanyakkan produk yang dijual dipasaraya, kini boleh dibeli secara online melalui platform Shopee, Lazada ataupun PG Mall. Kadang-kadang pelanggan hanya pergi ke pasaraya untuk melihat produk terlebih dahulu.
 
Bila dia dah puas hati dengan produk yang bakal dibeli, dia akan cari model yang sama di internet. Biasanya, kalau beli online boleh dapat harga yang lebih murah.
 
v. Adakalanya mereka menyediakan latihan percuma
Ada platform yang menawarkan program latihan percuma yang anda boleh sertai. Mereka sanggup untuk melabur untuk memastikan anda mampu untuk hasilkan jualan yang banyak, memandangkan apabila anda berjaya buat banyak duit, pihak syarikat juga akan mampu hasilkan keuntungan yang banyak juga.
 
Sudah tentu, program affiliate yang platform e-commerce ini kendalikan tidaklah sempurna. Ia ada kekurangannya, seperti yang saya sudah sebutkan sebelum ini, iaitu
i. Struktur komisen yang rendah
Boleh jadi komisen setiap jualan serendah 0.47% sahaja
 
ii. Terdapat perbezaan komisen yang ketara antara pelanggan baru dengan pelanggan sedia ada
Platform e-commerce yang dibincangkan disini memberikan reward yang lebih tinggi jika anda berjaya mendapatakan pelanggan baru untuk mereka. Tapi kalau pelanggan yang membuat pembelian itu adalah pelanggan sedia ada, komisen yang ditawarkan agak rendah.
 
Adakah kita perlu ada blog untuk buat duit dengan affiliate marketing? Tak semestinya.
 
In fact, kalau anda tak nak gunakan blog sekalipun, anda masih boleh menjana pendapatan melalui program affiliate. Suka untuk saya highlight disini, blogging bukanlah satu-satunya cara yang ada untuk buat duit dengan program affiliate.
 
Saya sendiri ada kenal dengan beberapa orang ejen affiliate yang mampu hasilkan komisen affiliate yang berkali ganda lagi banyak dari yang saya hasilkan dan mereka tak menggunakan blog dalam aktiviti pemasaran yang mereka lakukan.
 
Kaedah pemasaran tanpa menggunakan blog Boleh jadi atas sebab-sebab tertentu, anda memang tak akan bina dan bangunkan blog anda sendiri. Adakah ini bermakna anda tak akan berjaya buat duit dengan affiliate marketing?
 
Sudah tentulah tak semestinya. Diluar sana masih ada strategi pemasaran lain yang anda boleh gunakan. Tak semestinya hanya kena guna blog. Saya banyak bercerita mengenai strategi blogging sebabnya itu strategi yang saya sendiri gunakan.
 
Bercakap mengenai platform pemasaran, sebenarnya diluar sana anda masih lagi boleh bangunkan platform lain selain blog. Ini antaranya
i. Channel Youtube
ii. FB Fanpage
iii. FB Group
iv. Mailing list
v. Group Whatsapp atau Group Telegram
 
Oleh sebab perbincangan kita disini adalah mengenai kaedah untuk menjadikan program affiliate dapat memberikan pendapatan pasif, maka sudah tentu antara kerja yang perlu kita lakukan adalah membangunkan platform pemasaran kita sendiri.
 
Anda patut memiliki platform pemasaran anda sendiri, yang mana platform tersebut mestilah dapat diakses dengan mudah oleh golongan yang kita sasarkan (audience anda). Mereka ini perlukan satu sebab, kenapa perlu follow anda, dengar cakap anda, berinteraksi dengan konten yang anda hasilkan dan ikut setiap saranan yang anda berikan kepada mereka, termasuklah membuat pembelian.
 
Anggaplah platform yang bakal anda bina ini sebagai satu alat untuk tujuan pemasaran.
 
Andai kata anda masih kurang jelas, apa pentingnya membina platform pemasaran anda sendiri, biar saya berikan beberapa sebab. Antaranya
i. Membantu anda untuk menambahkan follower
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, anda perlu berikan sebab kenapa orang ramai perlu mengikuti anda. Bermakna anda perlu tunjukkan apa yang anda mahir dan bagaimana bakal follower anda dapat memperolehi manfaat dengan mengikuti setiap perkongsian dari anda.
 
Untuk itu, anda perlu ada satu platform yang boleh diakses oleh bakal follower anda.
 
ii. Memudahkan akses mudah kepada orang ramai untuk mengenali diri anda
Selagi anda masih belum pernah beritahu kepada orang ramai apa yang anda tahu, selagi itu mereka tak tahu dan tak kenal siapa anda.
 
Sebaliknya, apabila anda sudah mula menghasilkan konten, berkongsi perkara-perkara yang menarik yang berkaitan dengan bidang anda, dari situ barulah akan ada orang yang akan mengikuti anda.
 
Percayalah, anda tak akan mampu untuk melayan pertanyaan setiap orang satu per satu. Tapi, ia jadi mudah untuk anda berinteraksi dengan sejumlah orang yang ramai, apabila anda mempunyai platform anda sendiri.
 
Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan orang mempunyai pertanyaan dan soalan yang sama. Setiap persoalan ini, (yang sama dan kebanyakkannya berulang) cukup mudah dijawab dengan hanya menghasilkan sebuah konten dalam bentuk video ataupun artikel.
 
Satu lagi perkara baik yang bakal anda perolehi setelah anda mempunyai platform anda sendiri, anda akan mula mendapat prospek atau bakal pelanggan secara organik. Terutama sekali kalau anda bangunkan platform tersebut dalam bentuk blog ataupun channel Youtube. Prospek akan datang dengan sendirinya (secara organik) tanpa anda perlu susah payah membuat kerja pemasaran.
 
iii. Memudahkan anda menghasilkan konten yang related dan relevan dengan niche anda
Apabila anda mempunyai platform anda sendiri, ia menjadi lebih mudah untuk anda menghasilkan konten mengikut selera dan acuan anda sendiri, tanpa perlu rasa bimbang konten anda akan dihapuskan (di delete) oleh pemilik asal platform.
 
Kadang-kadang saya perhatikan ada pelawat blog saya yang menulis konten yang agak baik diruangan komen blog saya. Walaupun konten tersebut agak baik, namun saya tahu, niat asalnya adalah untuk mengiklankan sesuatu. Oleh sebab blog ini adalah blog saya, maka saya akan delete sahaja konten tersebut.
 
Kalau serius nak kongsikan buah fikiran, nak kongsi pendapat dan pada masa yang sama nak promosikan produk atau servis tertentu, bangunkan platform anda sendiri. Waktu itu, tak ada siapa yang akan kacau dan pertikaikan konten yang anda hasilkan.
 
iv. Anda bakal dilihat sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang
Bagaimana cara untuk kelihatan pakar, tanpa perlu beritahu kepada orang ramai, yang “saya adalah pakar dalam bidang sekian sekian..?” 
 
Saya masih ingat lagi, dulu ada seorang so called sifu marketing pernah ajar, kalau nak orang pandang tinggi kepada kita, kita kena perkenalkan diri mengikut format macam ni.
“Hai nama saya Sabree, kepakaran saya adalah bla bla bla…” 
 
Tak berapa lama lepas tu, saya perasan ramai yang ikut template seperti itu. Saya syak, mungkin dia salah seorang daripada pelajar so called sifu tersebut agaknya. Tak apalah, kalau rasa apa yang sifu tersebut ajar sesuai dengan jiwa, maka ikutilah.
 
Saya tak suka apa yang diajar, jadi saya tak ikutlah apa yang dia ajar. (Ya, saya pun pernah beli ebook so called sifu marketing tersebut sebab saya ingatkan dia memang betul-betul bagus).
 
Dalam hal ini, saya berbeza pendapat dengan sifu tadi. Kalau nak tunjukkan kepakaran anda, cukup dengan anda berkongsi ilmu, membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh bakal pelanggan anda, dan hasilkan konten yang berguna untuk mereka.
 
Tak perlu nak masuk bakul angkat sendiri, sebab dibimbangi, akan ada bakal pelanggan yang rasa tertipu. Anda kata anda pakar, tapi bila diuji sedikit, banyak pula benda yang anda tak tahu.
 
Ini yang jadi masalah bila anda sebenarnya hanyalah seorang salesman (jurujual) tapi mengaku pakar. Anda cuma pandai menjual, tapi bukannya pakar dalam bidang tersebut.
 
Tips untuk meningkatkan pendapatan anda dalam program affiliate Sebelum saya mengakhiri perbincangan kita tentang topik menghasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate ini, saya kira ada baiknya untuk saya sertakan juga beberapa tips yang anda patut tahu untuk meningkatkan lagi pendapatan anda.
 
Tips affiliate marketing yang saya kongsikan disini adalah merupakan perkara yang saya sendiri lakukan, bagi tujuan menghasilkan pendapatan dalam program ini. Tanpa membuang lebih banyak masa, ini antara perkara yang anda perlu tahu.
 
(1) Pilih produk untuk dipromosikan dengan bijaksana
Pada peringkat permulaan cuba elakkan untuk join semua program affiliate yang anda tahu. Sebaliknya anda fokus kepada satu atau dua program sahaja. Itupun sudah memadai.
 
Apa yang penting adalah kualiti bukannya kuantiti. Anda join satu program dan seterusnya anda buat kerja pemasaran dengan sebaik mungkin, itu lebih bagus berbanding anda join banyak program affiliate tapi ada antara program tersebut yang anda tak sempat nak promosikan.
 
Apabila anda sudah mula menjana pendapatan yang stabil dari program affiliate, barulah mula rancang untuk join program affiliate yang lain pula.
 
Lebih baik untuk anda fokus pada satu niche, kemudian anda hasilkan banyak konten yang related dan relevan dengan niche tersebut. Dengan ini, peluang anda untuk hasilkan komisen akan jadi lebih cerah, berbanding anda campur-campur produk.
 
(2) Hasilkan konten yang bermanfaat kepada audience
Konten adalah senjata ejen affiliate yang profesional.

Ada masanya kita perlu lupakan sejenak hasrat kita untuk buat jualan dan untuk buat komisen dari audience kita. Sebaliknya kita lebih fokuskan untuk hasilkan konten yang terbaik yang dapat memberi manfaat kepada golongan yang kita sasarkan.
 
Berikan keutamaan kepada audience kita berbanding nak buat duit untuk diri sendiri.
Kita gunakan formula 80% – 20% atau 90% – 10%.
Dimana 80% dan 90% itu merujuk kepada menghasilkan konten yang bermanfaat, manakala 20% dan 10% itu merujuk kepada usaha pemasaran.
 
Sebaik-baiknya anda belajar juga, bagaimana cara untuk menghasilkan ayat pemasaran yang dapat blend in dengan konten artikel. Dengan ini, pembaca yang membaca konten anda tak akan perasan yang dia sebenarnya sedang membaca ayat-ayat iklan. Iklan yang bagus adalah iklan yang tak nampak macam iklan. Namun ia masih dapat menarik minat golongan sasaran untuk teruskan membaca dan akhirnya mereka membuat pembelian.
 
(3) Optimasikan konten anda
Apabila anda menggunakan kaedah “content marketing” dalam kerja-kerja pemasaran anda, seperti menghasilkan artikel untuk disiarkan dalam blog, atau mencipta video untuk diterbitkan di platform Youtube, maka anda perlu tahu cara bagaimana untuk mengoptimasikan konten tersebut.
 
Untuk penerangan yang lebih mendalam, sila baca mengenai topik Search Engine Optimization atau ringkasnya SEO.
 
Perkara ini penting untuk dilakukan kerana diluar sana masih ramai yang tak tahu mengenai kewujudan kita dan konten-konten yang kita pernah hasilkan sebelum ini.
 
Mereka (target audience) mencari sesuatu maklumat atau video berdasarkan kata kunci tertentu.
Sebagai contoh, individu yang berminat nak mula belajar tentang bisnes homestay, dia tak akan terus buka laman blog saya. Sebaliknya, dia akan pergi ke Google dan akan mula menaip kata kunci yang mungkin relevan dengan apa yang dia nak tahu pada waktu tersebut.
 
Apa kata kunci yang mungkin dia akan cari di Google? Antaranya
i. Cara buat bisnes homestay
ii. Bisnes homestay ni bagus ke?
iii. Panduan bisnes homestay
iv. Cara buat promosi bisnes homestay
 
… dan lain-lain yang berkaitan. Baiklah, katakanlah dia taip kata kunci “cara buat bisnes homestay” di enjin carian Google, agak-agak apa laman web yang dia akan jumpa nanti?
 
Bila saya buat carian sebentar tadi, ini laman web yang saya temui yang menyediakan maklumat yang dia mahukan.

Ya, salah satunya adalah laman blog saya. Kenapa blog saya antara laman web yang muncul? Jawapannya adalah disebabkan saya telah optimasikan blog saya dengan teknik Search Engine Optimization.
 
Anda juga patut lakukan hal yang sama. Dengan ini barulah akan ada banyak prospek dan bakal pelanggan yang sebelum ini tak pernah kenal siapa anda akan mula sedar tentang kewujudan anda.
 
Kalau anda bakal menggunakan video Youtube, konsep yang sama perlu digunapakai. Anda juga perlu optimasikan video Youtube yang anda terbitkan, bagi memudahkan penonton menemui video anda.
 
(4) Gunakan video dalam pemasaran jika diperlukan
Ada sesetengah produk yang sangat bagus dipromosikan menerusi penggunaan video. Walaupun anda mungkin tak berapa mahir dalam kerja-kerja penghasilan video, namun adakalanya anda perlu juga masukkan video dalam material pemasaran anda.
 
Kalau anda agak pemalu untuk rakam diri anda, mungkin anda pernah lihat di Youtube, video jenis unboxing. Konsep video unboxing ini, dia akan tunjukkan secara step by step, proses membuka bungkusan dari parcel, kotak hinggalah akhirnya kita boleh lihat kandungan dalam kotak dan melihat produk sebenar.
 
Penggunaan video seperti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan bakal pelanggan untuk membuat pembelian. Melihat video unboxing ini seolah-olah seperti dia melihat sendiri produk yang dia nak beli.
 
Atas sebab ini juga ada sesetengah produk yang sangat laku apabila dijual secara sesi live.
 
(5) Pastikan anda monitor progress dan performance kempen pemasaran anda
Last but not least, jangan lupa untuk selalu lihat progres kerja-kerja pemasaran yang kita telah lakukan.
 
Kita ingin lihat perkara-perkara seperti
i. Berapa banyak klik pada link affiliate kita
Kalau tak banyak klik, bermakna tak ramai orang yang jumpa iklan atau konten kita. Ini bermakna anda perlu tambahkan lagi konten.
 
ii. Berapa banyak trafik yang masuk ke laman web pemasaran kita
Jika trafik tak banyak, ini juga menandakan prospek kita banyak yang tak tahu mengenai kewujudan laman web kita. Oleh itu, kita kena gandakan lagi usaha pemasaran.
 
iii. Berapa banyak sales yang kita berjaya hasilkan
Kita bandingkan dengan jumlah klik yang kita perolehi pada link affiliate kita. Dari 100 klik yang kita berjaya perolehi, berapa banyak yang bertukar kepada jualan?
 
iv. Jika kita menggunakan platform blog, apa keyword yang sering dicari oleh pelawat blog kita?
Ini berkaitan dengan teknik search engine optimization (SEO). Blog kita perlu mendapat ranking yang baik untuk keyword yang kita sasarkan, barulah jualan akan mudah terhasil.
 
Kerja-kerja monitor ini mungkin agak membosankan, tapi percayalah yang ianya penting untuk dilakukan. Dengan melihat kepada data-data yang terhasil daripada kerja promosi yang kita lakukan sebelum ini, kita akan mudah merancang apa tindakan seterusnya dan pada bahagian yang mana satu yang kita perlu perbaiki.
 
Kesimpulan Setelah anda ikuti perbincangan mengenai topik menjana pendapatan pasif melalui program affiliate marketing ini, apa agaknya yang bakal anda lakukan selepas ini ya?
 
Adakah anda akan cuba praktikkan beberapa tips yang saya kongsikan dan akan mula cuba buat duit dengan affiliate marketing?
Atau adakah anda akan anggap seperti tak ada apa-apa yang berlaku dan abaikan sahaja setiap maklumat yang saya kongsikan disini?
 
Well, sama ada anda nak berbuat sesuatu ataupun tak nak buat apa-apa, itu semua terpulang kepada anda. Saya hanya dapat kongsikan serba sedikit pengetahuan yang ada pada saya. Selebihnya anda yang perlu buat keputusan.
 
Sekiranya anda ingin menjadikan program affiliate ini sebagai salah satu kaedah untuk anda menjana pendapatan pasif, saya pasti anda sudah sedia maklum, bahawa anda perlu bekerja keras (work hard) dan bekerja dengan lebih bijak (work smart) untuk satu tempoh masa.
 
Nanti apabila semuanya sudah sedia dan teratur, platform yang anda bangunkan bagi tujuan pemasaran juga sudah mula mempunyai organic traffic, kebiasaannya pada masa tersebut anda sudah mula menjana pendapatan pasif.
 
Saya berani katakan, dengan berlalunya masa, kerja anda akan semakin kurang. Anda sudah tak perlu nak work hard seperti mana anda baru bermula dulu, sebabnya konten-konten yang anda pernah hasilkan sebelum ini sudah mempunyai pelawat yang datang secara organik.
 
Apapun, semuanya terserah kepada anda. Sama ada nak take action atau nak ignore sahaja.
Lagipun, kalau anda take action dan anda berjaya hasilkan extra income let say dalam RM300 – RM1,000++ sebulan dari program affiliate, bukankah ianya satu perkara yang baik untuk anda?
 
 
The post Jana pendapatan pasif melalui program affiliate marketing appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/terhad-program-affiliate-yang-beri-pendapatan-pasif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Dan Keuntungan Sertai Dan Kongsi Link Program Affiliate Marketing

Kelebihan Dan Keuntungan Sertai Dan Kongsi Link Program Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 250 hits
Mungkin anda pernah terlihat kebanyakan di media sosial contohnya Facebook Twitter Instagram dan lain lain sering mengongsikan pautan atau link untuk anda Kelebihan Sertai Program Affiliate MarketingApa yang mereka dapat dari berkongsi link...
Pendapatan Pasif Dari Aktiviti Blogging

Pendapatan Pasif Dari Aktiviti Blogging

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 237 hits
Apa kaitan antara pendapatan pasif dengan blogging Sekali imbas nampak macam tak ada kaitan kan Tapi tahukah anda yang sebenarnya melalui aktiviti blogging anda sebenarnya boleh menghasilkan pendapatan pasif anda sendiri Cara ini mungkin ta...
Sepekan Jadi Pj Gubernur Dki Heru Budi Dinilai Fokus Tangani Program Atasi Banjir

Sepekan Jadi Pj Gubernur Dki Heru Budi Dinilai Fokus Tangani Program Atasi Banjir

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 171 hits
Heru menggantikan posisi Anies Baswedan dan Ahmad Riza Patria yang sudah masuk purnatugas
Pemerintah Didorong Gunakan Nuklir Kejar Program Transisi Energi

Pemerintah Didorong Gunakan Nuklir Kejar Program Transisi Energi

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 115 hits
Badan Riset dan Inovasi Nasional menilai pemanfaatan energi baru terbarukan untuk mencapai target penurunan net zero emission masih tergolong lemah Penggunaan tenaga nuklir lantas didorong untuk mengejar program transisi energi
Program Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang

Program Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 176 hits
Program Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang Sukacita dimaklumkan bahawa Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia bakal menganjurkan Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia Untuk makluman peserta akan ...
Punya Beragam Program Pemberdayaan Bri Angkat Potensi Ekonomi Di Wilayah 3t

Punya Beragam Program Pemberdayaan Bri Angkat Potensi Ekonomi Di Wilayah 3t

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 149 hits
Masyarakat Kupang Nusa Tenggara Timur semakin merasakan manfaat peran PT Bank Rakyat Indonesia Tbk sebagai agent of development
Permohonan Program Agropreneur Muda Mafi 2022

Permohonan Program Agropreneur Muda Mafi 2022

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 304 hits
PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MAFI 2022 telah mewujudkan satu program bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda APA ITU PROGRAM AGROPRENEUR MUDA Pro...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities