Pendapatan Pasif Dari Aktiviti Blogging


Apa kaitan antara pendapatan pasif dengan blogging?
 
Sekali imbas, nampak macam tak ada kaitan kan. Tapi tahukah anda, yang sebenarnya melalui aktiviti blogging, anda sebenarnya boleh menghasilkan pendapatan pasif anda sendiri.
(dan aktiviti blogging ini tidaklah sesukar seperti yang disangkakan…)
 
Cara ini mungkin tak begitu popular, kalau nak dibandingkan dengan lain-lain kaedah menjana pendapatan pasif yang ada diluar sana. Sebelum bercerita panjang, apa kata kita lihat terlebih dahulu, apakah kaedah menjana pendapatan pasif yang popular yang ada.

Antaranya adalah seperti
i. Pendapatan yang terhasil daripada sewaan hartanah
ii. Komisen dari perniagaan Network Marketing
iii. Royalti dari jualan karya dan hasil seni
iv. Komisen dari jualan takaful atau insurans
v. Pendapatan dari sebarang bisnes yang tak memerlukan penglibatan aktif dari anda
vi. Pendapatan dalam bentuk dividen, interest atau keuntungan dari pelaburan yang anda lakukan
 
Seronok kan, bila kita mempunyai pendapatan pasif kita sendiri. Tapi sebelum tu, apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pasif?

 
Saya ada temui beberapa definisi bagi pendapatan pasif. Dalam banyak-banyak definisi yang saya jumpa tu, saya kira ada baiknya saya kongsikan yang saya jumpa di laman web wikipedia.
 
Definisi pendapatan pasif dari wikipedia Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diterima secara berkala tetap, dengan sedikit usaha yang diperlukan untuk mengekalkannya. Ia berkait rapat dengan konsep “Pendapatan belum diperolehi.”
 
 
Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja-kerja yang telah anda lakukan sebelumnya, namun pendapatan ini anda akan terus dapat walaupun anda telah berhenti melakukan kerja-kerja tersebut.
 
Persoalannya, adakah anda sudah memiliki pendapatan pasif anda sendiri? Jika sudah ada, Alhamdulillah.
 
Jika anda masih belum mencipta pendapatan pasif anda sendiri, boleh saya tahu apa sebabnya? Anda tak mahu ke memiliki pendapatan yang boleh berjalan dengan sendiri tanpa memerlukan penglibatan aktif dari anda? Atau dalam kata lainnya, walaupun anda sedang tidur, sumber tersebut masih tetap akan memberikan pendapatan kepada anda.
 
Baiklah, kalau anda sudah sedia nak ikuti perkongsian saya ini, apa kata anda teruskan pembacaan. Saya akan kongsikan beberapa perkara yang saya tahu, mengenai cara menghasilkan pendapatan pasif melalui blog.
 
Bagaimana cara hasilkan pendapatan pasif melalui blog? Oleh kerana topik perbincangan kali ini adalah tentang cara buat pendapatan pasif melalui blog, jadi saya tak akan bincangkan lain-lain kaedah yang terdapat diluar sana. In Shaa Allah jika ada kesempatan, mungkin saya akan tulis mengenai kaedah selain blogging bagi tujuan menjana pendapatan pasif dilain masa.
 
Kali ini kita fokus pada topik blogging sahaja dulu ya.

Perkara pertama yang perlu dilakukan sudah tentulah untuk membina blog anda terlebih dahulu. Memandangkan saya telah beberapa kali menulis tentang topik membina blog, jadi saya tak akan cerita secara terperinci dalam posting ini.
 
Saya syorkan anda baca artikel-artikel yang pernah saya tulis sebelum ini.
 
Pemilihan platform untuk  tujuan blogging Ada dua pilihan yang tersedia untuk anda. Anda boleh pilih sama ada nak bina blog menggunakan platform percuma ataupun platform berbayar.
 
Platform percuma
Untuk platform percuma ada dua platform yang anda boleh pertimbangkan. Pertama adalah platform blogspot yang disediakan oleh Google ataupun pilihan kedua anda menggunakan wordpress.com
 
Bagi tujuan untuk buat duit online, saya lebih menyarankan anda menggunakan platform berbayar berbanding platform percuma.
 
Platform berbayar
Jika anda merancang untuk memulakan projek blogging dan anda betul-betul serius dengan projek tersebut, sudah tentu saya syorkan anda untuk bermula dengan platform berbayar.
 
Platform ini saya katakan ia sebagai platform berbayar disebabkan anda perlu menyewa nama domain dan hosting. Bagi tujuan mendapatkan domain dan hosting, saya boleh syorkan syarikat hosting netKL.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya juga merupakan pengguna dan pelanggan bagi syarikat ini. Tahun ini merupakan tahun yang ke tiga belas saya menjadi pelanggan bagi syarikat mereka.
 
Saya pernah juga mencuba syarikat lain, namun akhirnya saya rasa kurang berpuas hati dan terpaksa hubungi pihak NetKL bagi tujuan pemindahan hosting dari syarikat hosting lain kepada NetKL. Oleh sebab saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka sediakan, maka bolehlah saya syorkan pembaca blog ini untuk menggunakan perkhidmatan dari NetKL.
 
Anda tak perlu risau mengenai kos permulaan yang anda perlu laburkan untuk memulakan projek blogging ini. Jika anda betul-betul serius, dan sanggup berikan komitmen untuk menjayakan projek ini, saya amat yakin yang anda pasti akan berjaya dapat pulangan yang lebih banyak berbanding nilai yang anda perlu keluarkan pada peringkat awal bagi tujuan melanggan domain dan hosting.
 
Sekiranya anda terus komited menghasilkan konten baru untuk blog anda, sampai satu tahap anda sudah tak perlu risau mengenai duit untuk renew domain dan hosting, sebabnya pendapatan dari blog anda itu nanti boleh digunakan bagi tujuan membayar kos domain dan hosting.
 
Pada waktu ini, blog anda sudah boleh self sustain tanpa perlu ada bantuan kewangan dari luar. Dalam kata lain, anda sudah tak perlu keluarkan duit poket anda sendiri bagi tujuan membayar kos-kos yang berkaitan untuk maintain sebuah blog.
 
Walaubagaimanapun, jika anda
i. Sekadar nak mencuba
ii. Tak mampu untuk berikan komitmen untuk menghasilkan konten
iii. Tak mempunyai jadual penulisan
iv. Tidak memiliki perancangan yang jelas
 
Dalam keadaan ini, anda memang perlu risau. Sebenarnya bila kita buat apa pekerjaan sekali pun, jika ianya tak dibuat dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh, lazimnya hasil yang bakal diperolehi pasti tak begitu memuaskan.
 
Teruskan pembacaan sebab dalam posting ini saya akan kongsikan juga apa perkara yang perlu anda lakukan untuk mula menjana pendapatan melalui blog.
 
Apa yang perlu dimuatkan dalam blog? Pada asasnya, anda perlu memiliki blog anda sendiri untuk mula menulis sebarang topik yang menarik pada diri anda.
 
Ada sesetengah orang yang suka menulis tentang pengalaman yang pernah dia lalui. Sebagai contoh
i. Pengalaman bercuti
ii. Pengalaman belajar
iii. Pengalaman kerja
iv. Pengalaman menggunakan sesuatu produk
v. Pengalaman menjalankan sesebuah perniagaan
vi. Pengalaman kena tipu atau kena scam
 
Tiada istilah betul atau salah pada pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Yang ada hanyalah pengajaran dan pengalaman yang dilalui.
 
Pengalaman ini adalah sesuatu peristiwa yang dilalui pada masa yang lalu. Pengalaman peribadi yang anda pernah lalui mungkin berguna kepada orang lain yang bakal menjalani kehidupan yang lebih kurang sama seperti anda.
 
Sebagai contoh, seorang guru senior yang sudah berkhidmat berpuluh tahun pasti mempunyai banyak pengalaman yang boleh di kongsikan kepada seseorang yang bakal menjadi guru.
 
Sebaliknya jika anda memilih untuk tidak berkongsi pengalaman anda kepada sesiapa, maka tak ada siapa yang akan tahu perkara tersebut.
 
Pengalaman tersebut tak dapat diturunkan kepada generasi yang baru, dan akhirnya ia akan hilang ditelan zaman. Anda sendiri mungkin akan terlupa mengenai pengalaman berharga yang pernah anda lalui pada masa lalu jika anda tak pernah mencatitnya dimana-mana.
 
Cuba bayangkan kalau pengalaman tersebut berkaitan dengan satu kesilapan yang anda telah lakukan. Ia mungkin sesuatu yang selalu diulang oleh orang baru. Disebabkan perbuatan anda yang memilih untuk berdiam diri akhirnya kesilapan tersebut terus di ulang-ulang oleh generasi baru. Sedangkan sebagai orang lama dalam industri anda mempunyai peluang untuk mengelakkan daripada kesilapan yang sama terus berulang.
 
Menghasilkan jadual penulisan Sebagai seorang penulis blog, anda juga merupakan seorang content creator. Anda perlu mempunyai jadual penulisan yang jelas. Anda perlu memiliki target, berapa banyak artikel yang anda perlu terbitkan dalam satu-satu masa.
 
Contohnya, dalam seminggu anda perlu terbitkan sekurang-kurangnya 2 buah artikel. Ini bermakna dalam sebulan anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 8 buah artikel.
 
Pada peringkat awal, lazimnya anda akan rasa sangat bersemangat dan tak mustahil untuk anda mampu menerbitkan 8 buah artikel dalam masa seminggu sahaja.
 
Saya masih ingat lagi, waktu saya mula-mula baru nak belajar buat duit dengan blogging dulu, saya mampu untuk hasilkan dan terbitkan sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari.
 
Anda juga mungkin boleh lakukan hal yang sama, jika anda betul-betul bersedia untuk luangkan masa.
 
Menulis artikel untuk blog ini saling tak tumpah seperti kita menanam benih. Kita ibaratan setiap artikel itu adalah sebutir benih. Apabila anda siap menulis sebuah artikel dan publish artikel tersebut, ibaratnya anda sudah pun menanam satu benih.
 
Adakah hari ini tanam benih, hari ini juga sudah boleh dapat hasilnya?

Biasanya adalah tak mungkin. Benih tersebut perlukan masa untuk bercambah dan tumbuh menjadi pokok yang sihat untuk membuahkan hasil.
 
Namun, bergantung juga kepada apa jenis benih yang anda tanam. Ada pokok yang memerlukan masa yang cepat untuk tumbuh lalu mengeluarkan hasilnya.
 
Saya teringat sayur taugeh. Ia berasal dari biji kacang hijau. Ia mengambil masa lebih kurang 48 jam untuk bercambah menjadi taugeh dan sedia untuk di makan ataupun dijual.
 
Begitulah juga apa yang saya lihat dengan kerjaya penulisan blog ini.
 
Katakanlah anda mula menulis dan menyiarkan artikel pada waktu pagi. Kemudian anda mula melakukan kerja pemasaran dan tak mustahil dalam masa kurang satu hari anda sudah boleh mendapatkan hasilnya.
 
Walaubagaimanapun, saya syorkan anda untuk membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu. Blog yang bagaimanakah yang anda ingin bina?
 
Pada mulanya blog yang saya bina adalah blog peribadi. Saya tulis hal-hal yang saya rasa saya minat dan yang saya tahu. Kemudian blog saya mula berkembang hingga lah ia menjadi seperti mana ia sekarang.
 
Satu masa dulu saya pernah suka dengan topik buat duit online. Saya juga banyak membaca blog orang lain, sama ada blog tempatan mahupun blog luar negara yang bercerita mengenai topik buat duit online.
 
Lama-kelamaan, saya mula menulis topik yang sama. Sudah tentu saya tulis mengikut cara saya sendiri dan kefahaman saya.
 
Selain topik buat duit online, saya juga meminati topik seperti
i. Kerjaya
ii. Pengurusan perniagaan
iii. Kewangan
iv. Pelaburan
iv. Percutian
 
Sebab itu kalau anda lihat pada arkib blog ini, saya memang ada menulis topik-topik tersebut dalam blog saya.
 
Ada sesetengah topik yang kita perlu mengambil langkah berhati-hati apabila nak tulis. Sebagai contoh, topik mengenai kewangan, pelaburan, kesihatan dan juga perundangan.
 
Anda perlu mempunyai lesen khas apabila ingin memberikan nasihat berkaitan dengan topik tersebut. Tapi kalau anda sekadar menulis secara umum, maka ia tidak ada masalah.
 
Apa pun, sila ambil pendekatan berhati-hati apabila menulis supaya anda tak melanggar garis panduan dan undang-undang negara kita.
 
Tips memilih topik untuk blog Blog yang bakal anda bina kelak perlu mempunyai satu topik perbincangan yang jelas. Kita tak mahu anda mencampur adukkan pelbagai topik dalam satu blog, hinggakan pembaca tak jelas, apakah sebenarnya topik yang anda ingin fokuskan dalam blog anda.
 
(1) Pilih satu topik yang luas dan ada banyak perkara yang boleh ditulis mengenainya
Apabila anda menulis topik seperti ini, anda pasti tak akan kehabisan idea untuk menulis artikel baru. Setiap hari pasti akan ada perkara baru yang anda boleh tulis yang berkaitan dengan topik pilihan anda.
 
(2) Pilih topik yang boleh dikaitkan dengan topik lain
Ini juga merupakan satu strategi yang baik untuk anda pilih. Topik anda boleh dikaitkan dengan perkara lain, dan ini bagus untuk perkembangan laman blog yang bakal anda bina.
 
Kalau anda menulis topik tentang kewangan, anda boleh kaitkan dengan lain-lain topik seperti pelaburan, insurans, takaful, saham, unit trust dan banyak lagi.
 
(3) Pilih satu topik yang anda minat dan anda suka baca
Saya yakin setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Bila kita menulis sesuatu topik yang kita memang minat, lazimnya idea penulisan akan muncul dengan banyak.
 
(4) Pilih topik yang ada banyak orang cari
Bagaimana cara untuk kita tahu sama ada sesuatu topik itu ada banyak orang yang cari ataupun tidak? Jawapannya boleh diperolehi melalui laman web Google Keyword Planner ataupun Ubersuggest.
 
Laman web yang saya sebutkan itu tadi akan memberikan kita data, berapa banyak jumlah carian bagi kata kunci (keyword tertentu) dalam satu-satu masa.
 
(5) Pilih topik yang ada banyak orang tanya soalan
Cuba join mana-mana group di Facebook yang berkaitan dengan niche atau topik yang menarik perhatian anda. Cuba lihat bagaimana ahli dalam group tersebut berinteraksi antara satu sama lain. Adakah mereka banyak bertanya soalan, dan adakah soalan tersebut kebanyakkan sama sahaja?
 
Saya ada sertai beberapa group berkaitan dengan pelaburan, dan saya dapati ahli dalam group memang selalu bertanya soalan. Ini sebabnya saya juga ada rasa tertarik untuk menulis topik mengenai pelaburan.
 
(6) Pilih topik yang sentiasa evergreen
Topik yang sentiasa evergreen ini adalah topik yang berkaitan dengan kehidupan.
 
Satu hari nanti, apabila anda sudah mula aktif dalam kerja-kerja penulisan blog, anda mungkin akan temui beberapa individu yang mendakwa bahawa blogging sudah tak berapa relevan.
Alasannya?
Zaman sekarang ini orang lebih suka untuk menonton video, sama ada video di Youtube ataupun di Tiktok, FB Reels dan juga di instagram.
Baca juga: Adakah blogging sudah tak relevan?
 
Persoalan sama ada blog masih relevan ataupun tidak, ia bergantung kepada individu tersebut. Apakah agaknya penanda aras yang digunakan bagi menentukan sama ada sesebuah platform itu masih relevan ataupun tidak?
 
Boleh jadi ada beberapa sebab kenapa individu tersebut berpendapat sedemikian.
i. Blogging memang bukan untuk dia
ii. Dia kurang berjaya dalam menghasilkan pendapatan melalui blog
iii. Mereka sebenarnya lebih kepada seorang pengguna dan bukannya pencipta kandungan (content creator)
 
Sumber pendapatan blog Sekarang mari kita bercerita mengenai dari mana sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh seorang penulis blog.
 
Lazimnya terdapat 2 cara untuk seorang penulis blog menjana pendapatan.
(1) Menerusi program pengiklanan Jika anda jenis yang tak suka nak pening-pening kepala memikirkan tentang masa depan anda sebagai penulis blog, tak suka nak stress apabila tak berjaya hasilkan sebarang jualan, maka kaedah ini cukup sesuai untuk anda.
 
Ada beberapa program pengiklanan yang bagus untuk anda sertai, antaranya
i. Google Adsense
ii. Bidvertiser
iii. Innity
iv. Mediavine
 
Anda hanya perlu fokus untuk hasilkan konten terkini dan tulis perkara-perkara yang anda sukakan tanpa perlu risau mengenai keperluan untuk membuat jualan.
 
Walaubagaimanapun, untuk betul-betul berjaya hasilkan pendapatan yang lumayan, anda perlu mempunyai strategi yang betul dalam mendapatkan trafik yang banyak untuk masuk ke blog anda. Formulanya mudah sahaja. Lagi besar trafik, lagi tinggi pendapatan yang bakal diperolehi melalui program pengiklanan.
 
Setiap pertambahan trafik biasanya akan dapat meningkatkan pendapatan anda melalui program pengiklanan. Namun, peningkatan dari segi trafik tersebut mungkin langsung tak memberi sebarang impak atau menghasilkan jualan untuk produk affiliate yang anda promosikan diblog anda.
 
Sebabnya kejayaan untuk buat duit melalui affiliate marketing sangat dipengaruhi oleh kemampuan anda dalam menghasilkan copywriting yang baik, yang mampu meyakinkan pembaca untuk melakukan tindakan.
 
(2) Melalui jualan produk ataupun servis Bila kita mempunyai blog kita sendiri, kita sebenarnya mempunyai pilihan yang sangat banyak untuk membuat jualan. Pada masa ini, kita bebas sama ada nak buat jualan melalui konsep
 
2.1 Affiliate Marketing
Pada pendapat saya, buat jualan melalui program affiliate lebih mudah memandangkan peranan kita hanyalah memastikan link produk diletakkan dalam artikel yang kita siarkan. Jika anda perasan, saya juga ada meletakkan beberapa link affiliate dalam menulis artikel ini.
 
Jika ada pembaca yang menekan klik pada link tersebut lalu membuat pembelian, saya akan menerima bayaran komisen.
 
2.2 Network Marketing
Program network marketing juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk buat duit. Kita bercerita mengenai peluang buat duit, tentang produk yang dikeluarkan oleh syarikat, tentang pelan pemasaran dan sebagainya. Jika ada pembaca yang minat nak menyertai, kita dapat manfaat.
 
Jika tak ada sesiapa yang berminat nak join, kita masih lagi dapat bina konten yang menyumbangkan trafik untuk masuk ke blog kita. Trafik ini masih lagi dapat menyumbangkan pendapatan melalui program pengiklanan.
 
Nak tahu program network marketing yang saya syorkan?
Baca disini: Buat duit dengan PG Mall
 
2.3 Dropship
Ada juga penulis blog yang menyertai program dropship dan menerima tempahan melalui artikel blog yang dihasilkan.
 
2.4 Jual servis penulisan
Oleh kerana kerja sebagai seorang blogger itu sendiri melibatkan kerja penulisan, maka servis yang paling sesuai untuk dijual adalah servis penulisan. Walaubagaimanapun, servis penulisan disini merujuk kepada
i. Penulisan artikel review
ii. Penulisan advertorial
iii. Khidmat ghostwriting
Baca juga: Nak buat duit dengan menulis? Ini antara perkara PENTING yang anda perlu tahu
 
2.5 Jual ebook ataupun buku
Apa kata anda mula menyusun artikel-artikel lama yang pernah anda terbitkan sebelum ini dan terbitkan ia semula menjadi sebuah buku. Jika anda kurang selesa untuk menjadikan artikel lama anda sebagai sebuah buku, boleh pertimbangkan untuk jadikan dalam bentuk ebook.
 
Apabila artikel anda disusun semula lalu dijadikan sebuah buku (atau ebook) ia sebenarnya dapat memudahkan pembaca anda untuk membuat pembacaan.
 
Akhirnya semuanya terpulang kepada anda untuk memilih mana satu kaedah penjanaan pendapatan (monetization) yang paling anda sukai.
 
Pendapatan aktif vs pendapatan pasif dari blog Tahukah anda, dengan memiliki blog, anda juga berupaya untuk menghasilkan dua jenis pendapatan. Ya, sama ada anda ingin hasilkan pendapatan aktif mahupun pendapatan pasif.
 
Sebelum ini saya ada sentuh sedikit mengenai sumber pendapatan yang boleh dihasilkan oleh pemilik blog. Kali ini, mari kita kelaskan pendapatan tersebut mengikut kategori pendapatan pasif ataupun pendapatan aktif.
 
Pendapatan pasif dari blog
Sumber utama pendapatan pasif untuk blogger adalah menerusi program pengiklanan. Anda hanya perlu masukkan kod iklan dalam blog anda, dan seterusnya iklan tersebut akan disiarkan secara automatik.
 
Anda tak perlu nak ubah kedudukan iklan, tambah grafik pada iklan dan sebagainya. Iklan-iklan ini akan muncul secara automatik dan selagi mana blog anda mempunyai trafik, selagi itu pendapatan dari program pengiklanan ini akan berjalan dengan sendirinya.
 
Sumber kedua adalah menerusi program affiliate, namun ianya bersyarat. Program affiliate ini juga boleh menjadi penyumbang kepada pendapatan pasif, sekiranya ia menepati beberapa kriteria. Iaitu
i. Artikel yang anda siarkan sentiasa ada pembaca
ii. Ada pembaca yang tekan klik pada link affiliate yang disiarkan dalam artikel lalu membuat pembelian
 
Pendapatan aktif dari blog
Seperti yang anda sedia maklum, pendapatan aktif ini merujuk kepada pendapatan yang terhasil melalui penglibatan anda secara aktif dalam menyiapkan sesuatu kerja. Jika anda melakukan kerja tersebut, maka anda akan terima bayarannya.
 
Pendapatan seperti ini datangnya dari kerja-kerja seperti
i. Menulis artikel review atau advertorial
ii. Membuat jualan produk atau servis
 
Kadang-kadang kita tak plan pun nak tawarkan servis penulisan review atau advertorial. Tapi ada orang yang berminat nak dapatkan perkhidmatan tersebut dari kita. Hal ini biasanya akan berlaku apabila blog kita sudah cukup matang dan telahpun dikenali.
 
Apabila ada orang sudi untuk dapatkan khidmat penulisan dari kita, itu tandanya mereka acknowledge cara penulisan kita, dan mereka yakin bahawa penulisan yang kita lakukan dapat membantu mereka mendapat jualan.
 
Kalau anda rasa anda mampu untuk penuhi permintaan tersebut, ambillah job tersebut. Jika rasa tak mampu, tolak sahaja dengan cara yang baik.
 
Cabaran membina pendapatan pasif melalui aktiviti blogging Satu ketika dulu saya pernah rasa sangat obses dengan konsep pendapatan pasif ini. Saya rasa konsep ini sangat menarik dan kalau boleh saya nak cuba wujudkan pendapatan pasif saya sendiri.
 
Semua ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh buku yang saya baca. Waktu tu, saya merupakan peminat Robert T Kiyosaki, dan kata dia, untuk bersara dan mencapai status kebebasan kewangan, kita perlu memiliki pendapatan pasif yang lebih banyak berbanding liabiliti.
 
Ingat betul-betul formula ini.
“Pendapatan pasif yang kita miliki perlulah lebih besar (atau lebih banyak) berbanding liabiliti”
 

Apabila kita sudah mencapai tahap tersebut, barulah kita boleh bersara pada usia muda dan mula menikmati kehidupan kita, mengikut acuan yang kita mahukan. Pada waktu ini, kita sudah tak perlu lagi risau tentang masalah duit.
 
Namun demikian, untuk menghasilkan pendapatan pasif kita sendiri, ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Pada masa yang sama, sesetengah pendapatan pasif memerlukan kos permulaan yang tinggi untuk kita memulakannya.
 
Sebagai contoh, kalau kita nak wujudkan pendapatan pasif melalui kutipan duit sewa. Kalau nak buat duit dengan cara ini, sudah tentu kita memerlukan modal yang besar untuk memiliki hartanah kediaman tersebut terlebih dahulu. Kalau nak beli sebuah unit kediaman, ia memerlukan kos yang sangat tinggi.
 
Memang betul, ada cara untuk memulakan bisnes rumah sewa dengan modal yang lebih rendah. Cara tersebut adalah dengan menjalankan bisnes ini melalui kaedah sublet.
Baca juga: Buat untung dengan rumah sewa
 
Sublet ini adalah kaedah sewa atas sewa. Melalui kaedah sublet ini, kita bermula dengan mencari rumah untuk disewa terlebih. Bila kita dah jumpa rumah sewa, kita buat perjanjian dengan tuan rumah untuk kita sewakan semula rumah tersebut kepada penyewa yang baru.
 
Selepas saya mempertimbangkan pelbagai perkara, akhirnya saya pilih untuk wujudkan passive income ini melalui kerja-kerja penulisan blog. Maka wujudlah blog yang anda sedang baca sekarang ini. Sebenarnya, saya juga mempunyai beberapa blog yang lain.
 
Saya memilih blogging sebagai kaedah untuk jana pendapatan pasif.
Adakah sebab blogging itu lebih senang?  
 
Sudah tentulah jawapan saya ialah, ya. Pada saya, blogging ini mudah untuk dilakukan. Lagipun, saya suka membaca dan saya juga suka menulis. Jadi saya tak rasa yang blogging ini terlalu susah. Namun demikian bagi mereka yang langsung tak minat membaca dan menulis, mereka pasti akan rasa blogging ini sangat menyusahkan.
 
Cabaran dalam bidang penulisan blog ini juga sebenarnya ada beberapa lagi. Antaranya ialah
i. Masalah kehabisan idea
Masalah tak ada idea nak tulis apa ini berlaku kepada semua orang. Ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor pemilihan topik blog yang tak begitu meluas. Tak banyak perkara yang boleh dibincangkan dalam topik tersebut, dan setelah anda menulis untuk satu tempoh masa yang agak lama, anda akan kehabisan idea.
 
Untuk masalah seperti ini, cuba cari topik lain yang berkaitan dengan topik utama blog anda.
Baca juga: Masalah writers’ block dalam kalangan penulis
 
ii. Tertarik dan tergoda dengan perkara lain
Biasanya kita akan mudah tertarik dengan perkara lain, apabila benda yang kita usahakan masih belum membuahkan hasil, kemudian tiba-tiba ada perkara baru yang muncul dan kelihatan seperti perkara tersebut lebih mudah untuk hasilkan pendapatan.
 
Setiap benda baru yang muncul, nampak seperti lagi mudah untuk buat duit. Anda juga mungkin pernah terdengar, orang kata
“Guna FB lagi senang nak buat duit…”
“Sekarang zaman video, orang dah tak baca artikel, lagi senang kalau nak buat duit dekat Tiktok, Youtube, dan sebagainya…”
 
Saya tak berniat nak menidakkan pendapat tersebut, sebaliknya saya berpendapat ia mungkin betul bagi individu yang berpendapat sedemikian. Saya pernah cuba untuk buat video dengan niat nak jadi youtuber dan juga blogger. Selepas saya mencuba, saya dapati kerja-kerja membuat video tak kena dengan jiwa saya, dan saya merasakan ianya lebih susah berbanding menulis artikel.
 
Proses untuk menghasilkan video, termasuk membuat rakaman, membuat editing, merakam semula dan sebagainya terasa berkali ganda lebih lama berbanding masa untuk saya menghasilkan penulisan. Lalu saya buat kesimpulan, lebih baik saya stay dalam bidang penulisan sahaja.
 
Tapi tak bermakna anda juga akan rasa hal yang sama.
 
Orang yang lebih selesa merakam video, akan merasakan membuat video lebih senang.
Orang yang lebih selesa menulis, akan merasakan menulis itu lebih mudah untuk buat duit.
 
Sampai bila kita nak argue perkara yang subjektif dan bergantung kepada kesesuaian dan keserasian individu tersebut?
 
iii. Hilang fokus dan minat
Ini juga boleh berlaku kepada mereka yang sudah agak lama menulis blog. Sampai satu tahap, kita akan mula rasa jemu dengan kerja-kerja penulisan dan rasa hilang minat nak teruskan menulis lagi.
 
Tapi adakah ini bermakna dia perlu berhenti menulis? Pada pendapat saya, dia tak sepatutnya berhenti menulis. Apa yang dia perlu lakukan ialah, bercuti dari kerja-kerja penulisan. Ambillah cuti selama mana yang anda perlukan, dan nanti apabila semangat anda kembali pulih, sambung semula kerja-kerja penulisan yang pernah ditinggalkan sebelum ini.
 
Apa susah?
 
iv. Terlalu mudah untuk masuk dalam bidang ini
Last but not least, nak jadi penulis blog sangat mudah. Sesiapa sahaja boleh masuk dalam bidang ini. Tiada sebarang interview, tiada halangan dan tiada sekatan. Ini secara tak langsung menjadikan persaingan dalam bidang ini agak kompetitif.
 
Kadang-kadang tu, kita boleh lihat untuk topik yang sama, sampai beratus-ratus orang blogger tulis hal yang sama! Akhirnya kita merebut perhatian pembaca yang sama, dan pastinya sebagai pembaca mereka hanya akan baca blog yang betul-betul bagus sahaja.
 
Tak mustahil, satu hari nanti, blogger dah tak boleh menulis secara ala kadar. Dia perlu menulis dengan sehabis baik, dan perlu pastikan pembaca akan benar-benar rasa puas hati dengan konten yang dihasilkan.
 
Macam mana kita nak tahu sama ada pembaca itu puas hati ataupun tidak dengan konten yang kita hasilkan?
Jawapannya ialah, selepas pembaca tersebut baca artikel kita, dia merasakan sudah tak ada keperluan untuk baca blog orang lain pula. Bagi dia, blog yang kita hasilkan sudah cukup lengkap.
 
Jadi, dah faham sekarang kenapa saya banyak tulis artikel panjang-panjang sekarang ni?
 
Risiko blogging Adakah aktiviti blogging boleh memberikan sebarang risiko kepada anda? Saya berpendapat, ianya memang boleh.
 
Apabila anda mula menjadi penulis blog, dan anda menghasilkan banyak konten-konten yang bermanfaat dalam blog anda, sampai satu masa, anda akan mula jadi popular. Pada waktu ini, anda mungkin akan jadi sasaran scammer. Antara perkara yang boleh berlaku kepada anda adalah ada orang yang akan menyamar menjadi diri anda.
 
Selain itu, jika anda tak berhati-hati dan selalu sangat bercerita hal peribadi, anda juga boleh menjadi sasaran hackers. Mereka akan cuba untuk log in ke akaun anda menggunakan maklumat-maklumat yang anda pernah kongsikan dalam blog anda. Tempat tinggal anda juga boleh menjadi sasaran individu yang mungkin berniat tak baik.
 
Itulah sebabnya jika boleh kita jangan berkongsi terlalu banyak maklumat dan hal-hal peribadi. Ia ada potensi untuk disalahgunakan individu yang berniat jahat.
 
Salah faham mengenai pendapatan pasif dari blog Sebelum saya tutup perbincangan mengenai pendapatan pasif menerusi kaedah blogging ini, saya kira ada baiknya saya sentuh juga mengenai salah faham (atau misconception) yang selalu timbul mengenai kaedah ini.
 
i. Buat pendapatan pasif melalui blog senang untuk dilakukan Betul ke buat duit dengan blog ini kerja senang?
 
Biar saya cerita apa yang senang tentang blogging terlebih dahulu. Pada asasnya ada beberapa perkara yang memang senang untuk dilakukan bila berkaitan dengan proses pembinaan dan pembangunan sesebuah blog, antaranya
i. Senang untuk pasang (install) sebuah blog
Baca juga: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted
 
ii. Senang untuk update artikel terkini
Sesetengah penulis blog dia tulis apa-apa sahaja yang terlintas difikiran. Disitulah dia akan luahkan perasaan, bergosip, mencatat diari dan sebagainya. Hanya perlu tekan new artikel, tulis-tulis kemudian publish. Itu sahaja.
 
Ada juga blogger yang amalkan kaedah copy – edit – paste dalam penulisan yang dilakukan. Biasanya dia akan ambil cerita dari sumber seperti portal berita, media sosial dan sebagainya. Kemudian dia akan edit serba sedikit ayat asal tanpa mengubah cerita asal, lalu dia publish di blog miliknya.
 
“Kalau blogging ini betul-betul senang, kenapa tak ramai orang sanggup untuk melakukannya?”
Pernah tak persoalan ini terlintas difikiran anda?
 
Apa bukti tak ramai orang yang berjaya buat duit dengan blog?
Cuba anda lihat dalam keluarga anda sendiri. Dalam kalangan ahli keluarga anda, berapa ramai yang menjana pendapatan dengan blog? Kemudian lihat pula dalam kalangan kenalan anda, berapa ramai yang ada blog yang memberikan income secara konsisten?
 
Boleh jadi pelbagai reaksi akan dapat anda lihat, misalnya
“Dulu pernah ada blog, tapi sekarang dah lama tak log in…”
 
“Blog ni masa zaman-zaman sebelum ada Facebook bolehlah, sekarang dah ada FB mana ada masa nak main blog dah…”
Blog saya dah wujud sejak dari zaman media sosial belum betul-betul popular. Waktu tu masih ramai orang takut-takut nak daftar akaun Facebook sebab bimbang ini semua agenda Yahudi dan macam-macam lagi alasan.
 
Sejak dari waktu tu lagi, blog yang saya ada sudah memberikan pendapatan kepada saya. Apabila laman media sosial mula menjadi popular, adakah saya patut tinggalkan blog sedangkan blog adalah sumber pendapatan saya?
 
Orang yang senang-senang tinggalkan blog dan beralih ke platform yang baru ini biasanya dia termasuk dalam kategori mereka yang have nothing to lose. Nak stay dengan aktiviti blogging, ia tak membuahkan sebarang hasil, sebaliknya bila aktif di media sosial, mereka boleh dapat income yang lebih besar.
 
Saya pula kurang selesa untuk aktifkan diri di media sosial, dan lebih selesa menulis di blog. Jadi akhirnya, terpulang kepada pilihan masing-masing.
 
Berbalik kepada point yang asal. Ya, untuk memiliki sebuah blog memang mudah. Tapi, apabila matlamat kita adalah untuk menjana pendapatan dan jadikan blog sebagai mesin untuk buat duit, ia tak semudah yang disangkakan.
 
Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian.
Kaedah, teknik dan skil penulisan.
Kita perlu tahu apa sebenarnya yang dimahukan oleh pembaca. Kita tulis apa yang memang pembaca mahukan, bukannya sekadar menulis untuk memuaskan ego diri sendiri.
 
ii. Anda hanya perlu buat kerja sekali sahaja dan income akan dapat sampai bila-bila Konsep pendapatan pasif adalah kita buat kerja sekali sahaja, dan selepas itu kita akan dapat pendapatan yang berterusan. Kita perlu sedar dengan satu hakikat bahawa tak ada satu pun benda atas dunia ini yang akan kekal sampai bila-bila, melainkan Allah SWT.
 
Kalau dalam konteks blogging ini, memang betul kita hanya perlu menulis sesebuah artikel tersebut sekali sahaja. Selagi mana artikel tersebut masih lagi dibaca, selagi itu pendapatan yang bakal kita perolehi akan terus masuk.
 
Tapi anda juga perlu tahu, sampai satu masa akan ada artikel anda yang sudah tak lagi dibaca. Pada waktu ini, anda perlu lakukan proses upgrade artikel lama, bagi memastikan artikel lama yang pernah anda terbitkan sebelum ini masih lagi dibaca.
 
iii. Blog anda akan sentiasa ada pembaca Bagaimana cara untuk kita tahu sama ada blog kita tu ada pembaca ataupun tidak?
Jawapannya adalah dengan merujuk kepada statistik trafik blog kita. Trafik yang masuk ke dalam blog kita itu adalah mewakili pembaca yang merupakan orang sebenar. Walaubagaimanapun, angka yang ditunjukkan mungkin kurang tepat sebabnya bilangan yang ditunjukkan itu termasuk juga robot, dan program komputer yang mengakses blog kita.
 
Adakah betul blog yang kita bina akan sentiasa ada pembaca?
Untuk mendapatkan jawapannya, anda perlu sentiasa monitor statistik pelawat blog anda. Dari situ anda boleh lihat sama ada blog anda sentiasa ada pembaca atau tidak. Boleh jadi anda akan dapati sebenarnya pelawat yang mengunjungi blog anda tak begitu konsisten dan ada masa-masa tertentu, bilangan pelawat sangat ramai dan ada masa tertentu, pelawat yang mengunjungi blog anda sangat sedikit.
 
iv. Pembaca akan datang dengan sendirinya untuk baca blog anda Benda ini betul tapi ia mungkin tak akan berlaku kepada semua penulis blog. Sebaliknya, ianya hanya akan berlaku kepada blogger yang mempunyai kriteria berikut
(1) Blogger yang mempunyai ramai subscriber
Setiap artikel yang disiarkan akan dihantar terus kepada subscriber. Mereka ini ibarat melanggan update dari anda. Cuba bayangkan kalau blog anda mempunyai 100, 000 orang subscriber. Setiap kali anda menghasilkan posting baru, kesemua 100 ribu orang ini akan dapat update dari anda tanpa anda susah payah nak mengiklankan dan mempromosikan blog anda.
 
(2) Blogger yang berstatus selebriti
Ini merujuk kepada blogger yang memang sudah terkenal, mempunyai pengikut yang ramai dan sangat dihormati. Individu seperti ini kalau tak promosikan blog yang ditulis juga tak ada masalah, sebabnya pembaca setia akan datang dengan sendirinya.
 
(3) Blogger yang faham dan menggunakan teknik Search Engine Optimization
Blogger dalam kategori ini lazimnya mensasarkan pembaca yang datangnya dari laman enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Biasanya mereka menulis sesebuah artikel dengan mengambil kira data-data yang diberikan oleh laman web seperti Google Keyword Planner, Ubersuggest, SEMRush dan sebagainya.
 
Laman web seperti yang saya sebutkan ini memberikan data yang dapat membantu kita untuk menentukan artikel yang bagaimana yang sebenarnya dicari oleh pembaca.
 
v. Blogging adalah satu sistem yang boleh menepati ciri “set and forget” Ini juga tak berapa betul.
 
Sebenarnya dari masa ke masa, kita perlu buat semakan bagaimana prestasi artikel yang pernah kita siarkan sebelum ini. Dalam banyak-banyak artikel yang kita pernah siarkan, mungkin ada antaranya yang dah tak perform dan sudah tak menjadi pilihan pembaca baru.
 
Biasanya ini berlaku disebabkan konten yang kita hasilkan sebelum ini terlalu sedikit, kurang membantu ataupun kebanyakkan poin yang kita masukkan dalam artikel tersebut sudah tak relevan. Dalam keadaan ini, kita perlu kemaskini artikel lama tersebut menjadikan ianya lebih relevan dengan keadaan semasa.
 
Kalau dalam contoh saya sendiri, sebelum ini saya banyak menulis mengenai program buat duit Tone Excel. Pada waktu itu, artikel mengenai Tone Excel adalah antara artikel yang paling kerap menerima pelawat. Tapi apa jadi pada hari ini?
 
Hari ini program tersebut telahpun digantikan dengan program Tone Wow. Secara tak langsung membuatkan semua artikel saya mengenai Tone Excel sudah tak lagi relevan.
 
Jadi kalau nak kata blogging ini ibarat set and forget itu kurang tepat.
 
vi. Ada blog confirm ada income Adakah semua orang yang ada blog, pasti akan berjaya buat duit dengan blog miliknya? Jawapannya adalah tak semestinya. Pertama sekali, anda perlu tahu, dari mana datangnya sumber pendapatan tersebut. Itulah sebabnya saya ada sentuh topik mengenai sumber pendapatan dari blog.
 
Jika seseorang itu mempunyai blog, tapi dia sendiri tak pernah sertai mana-mana program pengiklanan seperti Google Adsense, dan dia juga tak pernah sertai program affiliate, sudah tentulah dia tak akan berjaya hasilkan sebarang income, biarpun dia sudah menulis blog selama berpuluh tahun.
 
Kesimpulan Pada ketika ini, mungkin anda boleh tanyakan soalan kepada diri anda sendiri. Jika anda benar-benar serius ingin memiliki pendapatan pasif anda sendiri, adakah anda betul-betul bersedia untuk bina pendapatan pasif melalui blog? 
 
Semua orang boleh bina blog sendiri, namun bukan semua orang mampu untuk hasilkan pendapatan dengan blognya. Individu seperti saya hanya mampu memberikan anda tips, teknik dan sedikit guidance untuk membantu anda buat duit melalui blog, namun pada akhirnya semua terpulang kepada usaha anda sendiri.
 
Anda perlu jelas dengan kemahuan anda sendiri. Jika anda sememangnya seorang individu yang gemar menulis, suka berkongsi cerita, suka menghasilkan konten untuk dibaca oleh orang lain, perjalanan anda membina blog yang boleh menghasilkan pendapatan pasif pasti akan jadi satu perjalanan yang menyeronokkan.
 
Peduli apa kalau orang-orang yang kita kenal tak minat nak baca blog kita.
Peduli apa kalau ada orang yang kecam dan kritik penulisan kita.
 
Apa yang penting kita sendiri jelas dan faham apa yang kita cuba capai dalam hidup kita. Lagipun, kebanyakkan orang membaca sesebuah blog berdasarkan kepada apa kata kunci yang dia cari di Google. Selagi mana kita jelas, siapa pembaca dan audience blog kita, selagi itu kita tak perlu terlalu risau dengan perkara remeh-temeh yang ditimbulkan oleh sesetengah orang.
 
Kita buat kerja kita dan kita fokus untuk capai impian kita.
 
Sudah tentu, sepanjang perjalanan tersebut akan timbul bermacam gangguan dan godaan. Akan muncul individu yang mengatakan, “hey buat benda ini lebih baik…”
 
Tapi sampai bila anda nak melompat-lompat dari satu projek ke projek yang lain, sedangkan tak ada satu pun projek yang anda betul-betul buat dengan serius sampai berjaya.
 
Akhir kata, saya ucapkan semoga berjaya buat anda yang ingin memulakan langkah dalam membina pendapatan pasif melalui blog.
 
 
 
The post Pendapatan pasif dari aktiviti blogging appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/pendapatan-pasif-blog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate Marketing

Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 184 hits
Kebanyakkan dari kita sudah sedia maklum mengenai konsep pendapatan pasif Ia merujuk kepada sejenis pendapatan yang bakal kita perolehi dimasa akan datang untuk kerja kerja yang pernah kita lakukan sebelumnya Apa yang menariknya mengenai pe...
Chaewon Hyunjin Le Sserafim Terbabit Dalam Kemalangan Kecil Aktiviti Kumpulan Dibatalkan

Chaewon Hyunjin Le Sserafim Terbabit Dalam Kemalangan Kecil Aktiviti Kumpulan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 98 hits
Ahli LE SSERAFIM terbabit dalam kemalangan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru dikhabarkan bahawa dua ahli LE SSERAFIM terbabit dalam satu kemalangan kecil Perkara itu disahkan sendiri oleh agensi mereka Source Music namun kedua dua ahli tersebut tid...
Aktiviti Forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Ppim 20 10 2022

Aktiviti Forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Ppim 20 10 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 208 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan Aku Tersalah Langkah anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi
Lelaki Mengaku Cicit Nabi Pernah Buat 6 Kesalahan Termasuk Aktiviti Penipuan Duit

Lelaki Mengaku Cicit Nabi Pernah Buat 6 Kesalahan Termasuk Aktiviti Penipuan Duit

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 147 hits
Siapa sebenarnya lelaki mengaku cicit Nabi Hasil siasatan rupanya pernah buat 6 kesalahan termasuk aktiviti penipuan duitAYHAN FERHATRamai yang tertanya tanya siapa sebenarnya lelaki yang mengaku cicit Nabi Muhammad SAW bagaimanapun hasil s...
Pengalaman Bercuti Di Krabi Aktiviti Elephant Trekking

Pengalaman Bercuti Di Krabi Aktiviti Elephant Trekking

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 210 hits
Aktivit petang hari pertama dekat Krabi kitaorang pergi buat Elephant Trekking ambik pakej dengan hotel jer sebab masa sampai Krabi awal pagi tu malas nak ronda ronda cari agen lain untuk aktiviti Elephant Trekking ni kitaotang dapat harga ...
Alaska Tutup Aktiviti Tangkap Ketam Salji Di Laut Bering

Alaska Tutup Aktiviti Tangkap Ketam Salji Di Laut Bering

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 163 hits
Alaska tutup aktiviti tangkap ketam salji di Laut Bering Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Oct 2022 10 30PM
Jom Ubah Tempat Membeli Dapat Cashback Kumpul Point Tebus Jadi Income Pasif

Jom Ubah Tempat Membeli Dapat Cashback Kumpul Point Tebus Jadi Income Pasif

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 194 hits
2 ONLINEJOM BUAT KIRA2SEBULAN ANDA BERBELANJA UNTUK BARANG2 ni katakan RM500 setiap bulanRM500 x 12 bulan RM6000RM6000 anda SHOPPING secara purata setahu n KALAU 5 tahun dah berapa 5 x 6000 RM30 000RM30 000 anda nye duit dah HANGUS anda tak...
Rakyat B40 Amp Asnaf Digalak Tanam Nanas Untuk Tambah Pendapatan Timb Menteri Pertanian

Rakyat B40 Amp Asnaf Digalak Tanam Nanas Untuk Tambah Pendapatan Timb Menteri Pertanian

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 169 hits
Kerajaan menggalakkan golongan B40 dan asnaf negara menceburi bidang pertanian iaitu dengan menanam nanas sama ada secara individu atau berkumpulan bagi menjana pendapatan nbsp Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik...
Tips Bernas Menjana Pendapatan Bagi Pemain Forex Baru

Tips Bernas Menjana Pendapatan Bagi Pemain Forex Baru

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 216 hits
Dagangan forex bukanlah sesuatu yang sebegitu sukar secara asasnya Tetapi jika anda masih lagi dalam proses mengambil langkah langkah bayi dalam mempelajari selok belok dagangan pertukaran asing penjanaan untung hasil dagangan forex anda pa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot