Permohonan Program Agropreneur Muda Mafi 2022


PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA  MAFI 2022

 
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah mewujudkan satu program bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda.
 
APA ITU PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 
Program ini diwujudkan melalui perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.
Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Antara objektif program ini diwujudkan adalah untuk:
Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai salah sebuah industri yang berdaya maju. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),
Antara 4 sektor utama di dalam Program Agropreneur Muda ini iaitu:
Tanaman Perikanan Ternakan Industri Asas Tani Bagi tahun 2020, permohonan bagi Program Agropreneur Muda dibuka dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1: 1 – 31 Januari 2020 Fasa 2: 1 – 31 Mei 2020 (dilanjutkan sehingga 15 Jun 2020) Fasa 3:1 – 30 September 2020  
KADAR BANTUAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA
Bantuan dan inisiatif kepada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah sehingga RM20,000,
 
KATEGORI PROGRAM
Projek Permulaan Belum memulakan projek.
Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
Projek Pengembangan Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
 
JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 3 jenis bantuan yang ditawarkan melalui Program Agropreneur Muda ini iaitu:
 
Geran Agropreneur Muda (GAM)
GAM ialah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan.
Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksima RM20,000.00 setiap individu dan ianya tidak perlu dibayar balik.
Matlamat pemberian geran ini ialah dapat memberi impak dalam jangka masa panjang dari aspek perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
Senarai pakej GAM ini boleh dilihat DISINI
 
PAKEJ PEMBIAYAAN
Pakej Pembiayaan diberikan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
Had maksimum pembiayaan telah ditetapkan melalui agensi pembiayaan seperti:
(i) Agrobank: Pembiayaan sehingga RM50,000 hingga RM200,000 bagi setiap projek.
(ii) TEKUN Nasional: Pembiayaan sehingga RM 50,000 bagi setiap projek.
 
KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL DAN LATIHAN
Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian akan dilaksanakan melalui program-program yang dijalankan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh MOA berkaitan dengan projek yang dijalankan.
 
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat bagi melayakkan para pemohon dalam menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis. Pemohon yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh jabatan/agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA. Pemohon memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada. Terdapat syarat tambahan bagi permohonan GAM iaitu pemohon yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MOA adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Setiap pemohon layak menerima GAM sekali seumur hidup sahaja.
Bagi Pakej Pembiayan pula, terdapat syarat tambahan permohonan Pakej Pembiayaan iaitu:
Projek sedia ada telah melebihi tempoh setahun beroperasi. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran. Mendapat sokongan teknikal daripada jabatan/agensi pembimbing dan agensi pembiayaan.  
CARA UNTUK MEMOHON
Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan).  
Carta alir permohonan GAM boleh dilihat DISINI manakala carta alir permohonan Pakej Pembiayaan boleh dilihat DISINI
 
MUAT TURUN BORANG  AGROPRENEUR MUDA ONLINE
Sila muat turun Borang
 
PROSEDUR KELULUSAN ATAU PENOLAKAN
Terdapat beberapa prosedur untuk permohonan ini sama ada diluluskan atau ditolak iaitu:
Permohonan GAM berserta dokumen-dokumen yang lengkap dari Jabatan/Agensi Ibu Pejabat akan dikemukakan kepada pihak UAM, MOA untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran & Pembiayaan Program Agropreneur Muda dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Agropreneur Muda. Dokumen Tawaran Kelulusan berserta Surat Aku Janji serta Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui Jabatan/Agensi. Bagi permohonan Pakej Pembiayaan, dokumen-dokumen yang lengkap daripada TEKUN/Agrobank Peringkat Cawangan akan dikemukakan kepada pihak TEKUN/Agrobank Peringkat Ibu Pejabat untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Agensi Pembiaya. Hanya peserta yang lulus sahaja akan dihubungi dan diberi Surat Kelulusan melalui jabatan/agensi pembimbing yang berkaitan.  
PELAKSANAAN GAM DAN PAKEJ PEMBIAYAAN
Setelah permohonan pemohon diluluskan, berikut merupakan pelaksanaan bagi GAM:
Surat Aku Janji – Borang UAM 2/18 dan Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan – Borang UAM 06/17 (pin. 1/18) hendaklah dikembalikan dalam tempoh sah laku berserta tiga sebutharga yang lengkap (SSM/MOF) yang disahkan oleh Jabatan/Agensi Daerah/Negeri. Bagi syarikat yang mengenakan cukai, Surat Pendaftaran SST perlu dilampirkan bersama dan disahkan oleh jabatan/agensi yang terlibat. Selepas itu, Jabatan/Agensi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada pemohon GAM yang akan diselaraskan oleh jabatan/agensi Ibu Pejabat masing-masing. Bagi perolehan GAM, peruntukan akan disalurkan kepada pembekal secara terus berkaitan projek yang diluluskan melalui agensi pembayar iaitu Agrobank. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala sedia ada yang telah diatur oleh jabatan/agensi sepanjang tahun. Bagi pembiayaan pula, beberapa langkah pelaksanaan Pakej Pembiayaan akan dilakukan seperti berikut:
Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan mestilah disokong berdasarkan dokumen yang sah. Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan terus disalurkan ke akaun pemohon bagi pembiayaan di bawah TEKUN. Manakala bagi pembiayaan di bawah Agrobank, bayaran bagi pembekalan akan disalurkan ke akaun pembekal. Pembiayaan semula melalui TEKUN atau Pembiayaan Tambahan melalui Agrobank adalah dibenarkan untuk kali kedua hanya untuk satu projek yang sama dengan syarat bayaran pembiayaan terdahulu mempunyai rekod bayaran yang baik bagi tempoh dua belas bulan. Tempoh penangguhan bayaran (Grace Period) diberikan bagi projek sehingga dua belas bulan dari tarikh pertama pengeluraan berjaya dilakukan. Pelaksanaan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dan Agrobank.  
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Bagi yang berminat dan ingin mengajukan pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kementerian melalui:
Laman web : www.moa.gov.my
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/
Twitter : @agroyouthmoa
Instagram : @agroyouthmoa
The post PERMOHONAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA  MAFI 2022 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/agropreneur-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Pengumuman Calon Muda I 29 Oktober 2022

Langsung Pengumuman Calon Muda I 29 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 169 hits
Pengarah Pilihan Raya MUDA Amira Aisya berbesar hati untuk mengumumkan calon bagi menghadapi PRU15 di Pejabat Parti MUDA Kebangsaan MalaysiaMemilih Undi100peratus SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation...
Terkini Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 Permohonan Dibuka Sehingga 31 Oktober 2022

Terkini Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 Permohonan Dibuka Sehingga 31 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 234 hits
Terkini Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 Permohonan Dibuka Sehingga 31 Oktober 2022 Maklumat terbaru berkenaan jawatan kosong di Malaysia Baru sahaja dibuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di bawah Suruhanjaya Pe...
Dua Kafilah Muda Banyuwangi Raih Juara Mtq Nasional 2022

Dua Kafilah Muda Banyuwangi Raih Juara Mtq Nasional 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 110 hits
Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani mengaku bangga dengan prestasi yang diraih oleh anak anak muda Banyuwangi ini Ipuk pun salut atas upaya dan kerja keras mereka yang berhasil membanggakan Jawa Timur khususnya Banyuwangi
Terkini Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2022 Peluang Terbaik Kepada Graduan Permohonan Kini Dibuka

Terkini Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2022 Peluang Terbaik Kepada Graduan Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 134 hits
Terkini Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2022 Peluang Terbaik Kepada Graduan Permohonan Kini Dibuka Peluang kerjaya dibuka kepada rakyat Malaysia permohonan boleh dibuat dengan kadar segera sebelum tarikh tutup Jawatan kosong di Maybank bagi...
Geran Agropreneur Muda Jenis Bantuan Syarat Syarat Cara Memohon

Geran Agropreneur Muda Jenis Bantuan Syarat Syarat Cara Memohon

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 356 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke 11 ini diwujudkan bagi membantu ser...
Bayaran Masuk Teksi E Panggilan Di Klia2 Tangguh Free Malaysia Today 23 10 2022

Bayaran Masuk Teksi E Panggilan Di Klia2 Tangguh Free Malaysia Today 23 10 2022

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 170 hits
PETALING JAYA Bayaran masuk RM2 dikenakan terhadap pemandu teksi dan e panggilan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 yang membangkitkan kebimbangan pengembara udara ditangguhkan Caj itu ditangguhkan sehingga perbincangan antara ...
Suarez Bakal Menggigit Di Piala Dunia 2022

Suarez Bakal Menggigit Di Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 142 hits
Bintang Uruguay Luis Suarez dijangka beraksi pada Piala Dunia 2022 Foto ihsan Marca LONDON Ramai mungkin tidak lupa bekas penyerang Liverpool Luis Suarez yang sering mencetus kontroversi dengan menggigit pemain lawan di tengah padang Menyer...
The Colours Of Life Malam Titian Kasih Npqel Ambilan 2022

The Colours Of Life Malam Titian Kasih Npqel Ambilan 2022

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 188 hits
The Colours of Life Malam Titian Kasih NPQEL Ambilan 2022 Meriah baq ang malam Titian Kasih ni Majlis di Kota Seriemas Golf Country Club OK juga la Macam biasa Pakat posing dulu Selepas ucapan dari pengarah majlis penyerahan sijil pengharga...
Sasar 10 Pasar Tradisional Dan Ratusan Umkm Prs 2022 Siap Digelar Di Kota Makassar

Sasar 10 Pasar Tradisional Dan Ratusan Umkm Prs 2022 Siap Digelar Di Kota Makassar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 107 hits
Dilaksanakannya Pesta Rakyat Simpedes 2022 ini bertujuan untuk mengedukasi digitalisasi finansial pada pawai internal dan peningkatan literasi keuangan dengan pemberdayaan UMKM dengan memberikan layanan keuangan
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Pasukan Perlukan Masa Untuk Dapatkan Kecergasan Maksimum Datuk Ong Kim Swee

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord