Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun


Pelajar Hafizah Raih 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun
Memiliki keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan sememangnya menjadi impian setiap murid dan juga ibu bapa.
Bagi murid, kejayaan akademik merupakan usaha gigih mereka sepanjang tempoh pembelajaran, malah ia juga membuka peluang yang lebih luas untuk melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.
Manakala bagi ibu bapa, pencapaian anak-anak yang membanggakan merupakan satu ganjaran yang berharga hasil daripada sokongan, dorongan serta pengorbanan yang telah dicurahkan sejak awal.
Di sebalik senyuman kegembiraan dan laungan syukur ketika menerima keputusan yang cemerlang, terselit beribu kisah pengorbanan, penat lelah, air mata dan doa yang tidak pernah putus.
Ucapan dari pelajar Hafizah ini buat ramai kagum Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan seorang hafizah yang bukan sahaja dikenali sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji, malah turut mencatatkan kejayaan gemilang dengan memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun @tahfizmadinatulhuffaz di TikTok, kelihatan pelajar cemerlang tersebut, Aina Afiqah binti Sahipol Nizam sedang berdiri di sisi bapanya ketika menyampaikan ucapan penuh rasa syukur.
“Saya peroleh anugerah ‘Tokoh Sahsiah Pelajar’ dan saya rasa sangat gembira serta bersyukur. Kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru, saya amat berterima kasih,” katanya.
Lebih mengagumkan lagi, pelajar ini turut menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Jepun, sekali gus menarik perhatian ramai.
Kejutan tidak berhenti di situ, kerana sewaktu Aina Afiqah menyerahkan mikrofon kepada bapanya, orang ramai terpukau dengan kebolehan beliau yang turut fasih bertutur dalam Bahasa Jepun.
Video berdurasi 43 saat itu memaparkan riak wajah si ayah yang jelas terpancar dengan kegembiraan serta rasa bangga apabila menyaksikan kejayaan anaknya.
“Saya sangat gembira kerana dikurniakan anak perempuan yang sangat cemerlang,” ujar beliau.
Video tersebut memberi inspirasi kepada orang ramai Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Aina Afiqah.
Ramai yang menyifatkan kejayaannya sebagai satu inspirasi buat generasi muda, khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar.
BACA: Polis Jumpa Mayat Reput Dalam Tesla Milik Penyanyi Terkenal @tahfizmadinatulhuffaz 10A Hafizah Tokoh Sahsiah Cakap Jepun Macam checklist superhero Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024
♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz – MATIS Madinatul Huffaz

Sumber: @tahfizmadinatulhuffaz via TikTok
The post Pelajar Hafizah Raih 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/11/pelajar-hafizah-raih-10a-spm-tokoh-sahsiah-terpuji-beri-ucapan-dalam-bahasa-jepun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Pelajar Jepun Menangis Tolak Pendatang Asing Jadi Tular Kebimbangan Identiti Semakin Memuncak

Ucapan Pelajar Jepun Menangis Tolak Pendatang Asing Jadi Tular Kebimbangan Identiti Semakin Memuncak

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4287 hits
TOKYO Sebuah video ucapan seorang pelajar sekolah menengah di Jepun menjadi tular di media sosial selepas beliau menangis teresak esak ketika menyuarakan bantahan terhadap kemasukan pendatang asing ke negara itu Pelajar Menangis Ketika Beru...
Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3929 hits
ISKANDAR SHAH MOHAMEDKekecohan yang berlaku pada PAT kelapan Bersatu malam ini FOTO SYAKIR RADIN KOSMO SHAH ALAM Suasana Perhimpunan Agung Tahunan kelapan Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal di sini kecoh apabila berlaku insiden provokas...
Dah Lama Saya Jadi Ketua Keluarga Janna Nick Titip Ucapan Menyayat Hati Bakal Berhijrah Ke London

Dah Lama Saya Jadi Ketua Keluarga Janna Nick Titip Ucapan Menyayat Hati Bakal Berhijrah Ke London

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1774 hits
Hantaran pelakon Janna Nick baru baru ini menyentuh hati warganet apabila berkongsi detik detik bersama keluarga sebelum berpindah ke luar negara buat sementara waktu Menerusi perkongsian di TikTok Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Mune...
Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3457 hits
Etuza screen shot gambar Fattah Amin dan Amera semasa live menyatakan hasrat nak bernikahpada 14 09 2025 Semoga mereka bahagia till Jannah Aamiin Pagi hari ini 15 09 2025 Kemas kinikan blog lagi dengan kesempatan masa yang Allah kurniakan J...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Ucapan Hari Malaysia

Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Ucapan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3483 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru semua rakyat memperkukuhkan semangat muhibah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini