Bkkm Pulau Pinang Serbu Kilang Fucuk Di Sebelah Kandang Khinzir


fazleensafinaMakanan dihurung lalat, najis tikus dan bangkai kucing ditemui di dalam kawasan kilang NIBONG TEBAL  – Serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang memproses fucuk yang disyaki beroperasi dalam persekitaran yang kotor membongkar kewujudan tiga lagi kilang memproses bahan sama dalam situasi serupa, di perkarangan bersebelahan bekas kandang khinzir di Sungai Bakap, Sungai Jawi di sini hari ini.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk itu mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah pekerja tidak memakai sarung tangan ketika memproses makanan, berseluar pendek, makanan dihurung lalat, anjing berkeliaran di kawasan memproses makanan, selain turut ditemukan najis tikus serta bangkai kucing di dalam kawasan kilang.
“Kesemua kilang ini beroperasi tanpa lesen pihak berkuasa tempatan. Ada yang telah beroperasi selama 40 tahun manakala yang paling baharu telah beroperasi selama lapan tahun. Tempat ini pernah beroperasi untuk ternakan khinzir dan keadaan ini amat mendukacitakan kerana persekitaran amat kotor dan kita tidak tahu sama ada tempat itu telah dibersihkan atau disanitasi dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan selama tiga minggu dengan sangkaan hanya sebuah kilang beroperasi di situ.
Mohd Wazir berkata, susulan pemeriksaan itu, pihaknya mengeluarkan empat notis kompaun terhadap kesemua kilang terbabit dengan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM8,500 berserta amaran keras supaya mereka menambah baik aspek kebersihan.
Difahamkan, tiada arahan henti operasi dikeluarkan memandangkan pelanggaran aspek kebersihan oleh premis terbabit masih di bawah tahap yang membolehkan pihak berwajib berbuat demikian.
Bagaimanapun, Mohd Wazir meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan kesemua premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.
Difahamkan, kilang terbabit membekalkan fucuk ke kedai runcit di sekitar negeri ini dan juga Kedah. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/bkkm-pulau-pinang-serbu-kilang-fucuk-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Fucuk Sebelah Bekas Kandang Babi Di Sungai Bakap Diserbu

Kilang Fucuk Sebelah Bekas Kandang Babi Di Sungai Bakap Diserbu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 446 hits
182 total views 182 views today Serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang memproses fucuk yang disyaki beroperasi dalam persekitaran yang kotor membongkar kewujudan tiga lagi kilang memproses bahan sama dalam situasi serupa di perkaranga...
Video Bual Bicara Sastera Melayu Pulau Pinang Di Permatang Zaman Dan Perubahan Bicara Proff Mohammad Haji Salleh

Video Bual Bicara Sastera Melayu Pulau Pinang Di Permatang Zaman Dan Perubahan Bicara Proff Mohammad Haji Salleh

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 324 hits
By 14 Feb 2021 Fisheries under threat in Penang ANIL NETTOPeluncuran buku Melaya Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Penang Institute Pembicara Prof Muhammad Salleh Sasterawan NegaraIzzuddin Ramli penyelidik program kajian sejarah dan serantau...
Mengapa Projek Diteruskan Semasa Kes Dibicarakan Ngo Pulau Pinang

Mengapa Projek Diteruskan Semasa Kes Dibicarakan Ngo Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 426 hits
GEORGE TOWN Sebuah pertubuhan bukan kerajaan mempersoalkan keputusan kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan projek Penambakan Selatan Pulau Pinang walaupun terdapat isu penilaian kesan persekitaran yang belum diselesaikan Pengerusi Pertubuh...
Pkp Di Kuala Lumpur Selangor Johor Dan Pulau Pinang Kekal Disambung Dua Minggu Lagi

Pkp Di Kuala Lumpur Selangor Johor Dan Pulau Pinang Kekal Disambung Dua Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 354 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021 bagi Wilayah Persekutuan Selangor Johor dan Pulau Pinang PKP
Maritim Pulau Pinang Tahan Bot Nelayan Yang Diusahakan Pelarian Rohingya

Maritim Pulau Pinang Tahan Bot Nelayan Yang Diusahakan Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 470 hits
GEORGETOWN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan yang diusahakan etnik Rohingya di kedudukan 7 3 batu nautika tenggara Pulau Rimau dekat sini petang semalam Menurut Pengarah Maritim Malaysia neger...
Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal

Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 400 hits
Akibat kesempitan hidup golongan B40 terutama pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran penularan wabak Covid 19 di Pulau Pinang dikatakan sanggup menjual motosikal milik mereka termasuk yang baharu dibeli dua...
Ternakan Babi Di Pulau Pinang Pada Tahap Industri

Ternakan Babi Di Pulau Pinang Pada Tahap Industri

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 453 hits
Ternakan babi di negeri ini telah mencapai tahap industri dengan sebahagian besar pengeluaran haiwan itu adalah untuk tujuan eksport berbanding menjadi keperluan makanan atau industri tempatan Pengerusi Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kre...
Empat Perusahaan Proses Fucuk Di Kawasan Bekas Kandang Babi

Empat Perusahaan Proses Fucuk Di Kawasan Bekas Kandang Babi

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 391 hits
Meloyakan apabila empat perusahaan memproses fucuk secara tradisional yang diusahakan sebuah keluarga di Valdor Sungai Bakap di sini mengabaikan tahap kebersihan dengan membiarkan pelbagai haiwan berkeliaran hingga mencemarkan produk makana...
Setelah Sertai Pn Gerakan Mula Berangan Nak Rampas Pulau Pinang

Setelah Sertai Pn Gerakan Mula Berangan Nak Rampas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 470 hits
GEORGETOWN Gerakan Pulau Pinang menyifatkan keputusan menyertai Perikatan Nasional mencerahkan lagi peluang untuk merampas negeri ini daripada DAP Pengerusinya Oh Tong Keong berkata keputusan itu memperkuatkan lagi usaha dan strategi Geraka...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh