Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal




Akibat kesempitan hidup, golongan B40 terutama pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 di Pulau Pinang dikatakan sanggup menjual motosikal milik mereka termasuk yang baharu dibeli dua bulan lalu.
Malah, ada antara mereka yang terpaksa memajak geran motosikal untuk tempoh enam hingga setahun dengan kadar faedah yang ditetapkan pemilik premis kurang daripada 10 peratus.
Pemilik motosikal dikatakan sanggup berbuat demikian untuk menggunakan wang bagi membeli barangan keperluan rumah, membayar hutang dan menampung kehidupan selepas diberhentikan kerja akibat pandemik.

Seorang kerani jualan sebuah kedai motosikal, Hana Ahmad, 30, memberitahu pihaknya menerima sebanyak 60 peratus penjualan semula motosikal. Kebanyakannya daripada model Honda EX5, Honda Wave, Modenas, Yamaha 135LC, 125Z dan Lagenda sejak Mei tahun lalu.
Majoriti pelanggan terdiri dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga, termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.


“Boleh dikatakan setiap hari mereka datang ke kedai untuk menolak atau menjual semula motosikal. Ada juga mahu menjual semula motosikal yang tidak sampai setahun dibeli termasuklah model Yamaha Y15 dan Yamaha Legenda baharu.
“Ada yang kami tolak untuk membelinya semula kerana perniagaan turut terjejas akibat pandemik Covid-19. Tidak kurang juga yang merayu supaya kami membelinya biarpun pada harga serendah kurang RM1,000.
“Tetapi, sebahagian besarnya kami akan membeli semula pada harga RM3,000 ke bawah, bergantung pada keadaan dan jenis motor tersebut,” katanya kepada Kosmo!.
Jelas Hana, dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada pemilik motosikal turut mencagarkan geran motosikal milik mereka.
“Mereka dikatakan terpaksa berbuat demikian disebabkan terlalu terdesak dan sayangkan motosikal yang dibeli secara tunai sejak enam bulan lalu menggunakan duit titik peluh bekerja sebagai operator kilang.
“Kami mampu membayar wang cagaran kepada mereka serendah RM2,000 ke bawah, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, seorang pengusaha kedai membaiki motosikal, Hirman Ahmad, 40, memberitahu, dianggarkan seramai 60 individu datang ke kedainya untuk menjual semula motosikal terpakai sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lalu.
“Saya terpaksa menolak untuk membeli semula motosikal tersebut disebabkan perniagaan saya juga turut terjejas ekoran perlaksanaan PKP sejak Mac tahun lalu,” jelasnya. – Kosmo! Online


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/akibat-terdesak-golongan-b40-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pulau Pinang Umum Rm5 Juta Besarkan Pejabat Exco

Kerajaan Pulau Pinang Umum Rm5 Juta Besarkan Pejabat Exco

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 304 hits
Sebulan selepas kontroversi membabitkan ketua menteri dan kereta baharunya yang berharga RM458 000 kerajaan Pulau Pinang mengumumkan projek mengubahsuai serta membesarkan pejabat exco kerajaan negeri di Komtar dengan kos hampir RM5 juta Ten...
Kasus Penjualan Pulau Lantigiang Ada Warga Ngaku Pemilik Jual Rp900 Juta

Kasus Penjualan Pulau Lantigiang Ada Warga Ngaku Pemilik Jual Rp900 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 211 hits
Menurut Temmangnganro pihaknya sudah mendapat laporan dari tim bahwa tanah tersebut dijual oleh warga yang mengaku bahwa pulau tersebut milik kakek neneknya
Pulau Pinang Mohon Kebenaran Kkm Untuk Program Saringan Berskala Besar

Pulau Pinang Mohon Kebenaran Kkm Untuk Program Saringan Berskala Besar

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 348 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap Jabatan Kesihatan akan mempertimbang untuk mempercepat kelulusan berhubung penganjuran programnya bagi mengadakan ujian saringan COVID 19 berskala besar susulan kadar kes positif yang tinggi di negeri i...
Pulau Pinang Benarkan Solat Jemaah Fardu Dan Jumaat Ikut Keluasan Masjid

Pulau Pinang Benarkan Solat Jemaah Fardu Dan Jumaat Ikut Keluasan Masjid

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 276 hits
Pulau Pinang membenarkan solat fardu dan solat Jumaat dengan kehadiran jemaah mengikut keluasan ruang masjid atau surau di negeri itu berkuat kuasa hari ini Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul R...
Golongan Risiko B40 Di Kawasan Padat Perlu Diutamakan Vaksinasi

Golongan Risiko B40 Di Kawasan Padat Perlu Diutamakan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 184 hits
Mereka tanggung risiko yang tinggi kerana berjiran dengan pendatang asing Gambar Hiasan KUALA LUMPUR Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat perlu dib...
Peniaga Bergerak Jual Ikan Segar Harga Murah Kepada Golongan Memerlukan

Peniaga Bergerak Jual Ikan Segar Harga Murah Kepada Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 328 hits
Golongan B40 di Lembah Klang boleh membeli ikan pada harga murah dengan Kiki Fish Market Penduduk sekitar Desa Melawati memilih ikan ikan segar yang ditawarkan Kiki Fish Market di Klang Gate Hulu Klang Jika dua dekad lalu ikan kembung diang...
Kerana Covid 19 Ramai Jual Motor Kerana Terdesak

Kerana Covid 19 Ramai Jual Motor Kerana Terdesak

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 505 hits
GEORGETOWN Ramai golongan B40 terutama pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid 19 di negeri ini bertindak nekad menjual semula motosikal di kedai termasuk yang baharu dibeli dua bulan bagi men...
Maritim Pulau Pinang Tahan Bot Nelayan Yang Diusahakan Pelarian Rohingya

Maritim Pulau Pinang Tahan Bot Nelayan Yang Diusahakan Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 424 hits
GEORGETOWN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan yang diusahakan etnik Rohingya di kedudukan 7 3 batu nautika tenggara Pulau Rimau dekat sini petang semalam Menurut Pengarah Maritim Malaysia neger...
Bukan Terdesak Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang I Sinar Untuk Pelaburan Dan Emas

Bukan Terdesak Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang I Sinar Untuk Pelaburan Dan Emas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 395 hits
Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID 19 kerajaan telah membenarkan pengeluaran i Sinar pada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Akan tetapi menurut satu kajian Pusat Penyelidikan UCSI segelintir golongan T20 telah men...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month