Jam 2 Petang Pelbagai Perasaan Silih Berganti Gadis Jepun Dedah Pengalaman Berpuasa


Pesona Ramadan menarik Wakana Katayama, 20, ke Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman dan suasana bulan puasa yang sebelum ini hanya didengari melalui kawan-kawan dan media sosial.
“Semasa saya belajar di Kyoto Sangyo University, Jepun, saya berkawan dengan pelajar Muslim dari Indonesia yang suka bercerita tentang Islam, bermula dari situ minat untuk mengenali Ramadan mula berputik,” ujarnya.
Pertama kali menyambut bulan yang penuh berkat di Sintok yang beribu-ribu batu jauhnya dari Negara Matahari Terbit, perasaan ingin tahu terus membuak-buak. Masa dan peluang yang ada tidak dilepaskan dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu baharu.
“Datang Malaysia terus rasa nak puasa sebaik sahaja rakan-rakan memberitahu Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Saya rasa teruja untuk menyambut Ramadan, kerana sebelum ini hanya dengar-dengar sahaja tetapi tidak pernah melaluinya,” luah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Kyoto Sangyo University, Jepun yang menjalani praktikum selama 4 bulan di UUM.

Bagi Wakana, pertama kali tidak makan dan minum di siang hari menjadi detik paling memeritkan kerana tidak pernah berpuasa seumur hidupnya.
“Selalunya boleh makan tetapi bila Ramadan saya tidak boleh makan setiap masa jadi, hari pertama berpuasa amat memeritkan dan sangat sukar kerana orang Jepun tidak biasa dengan keadaan ini.
“Saya mula berasa lapar jam 2 petang, rupanya begini rasanya puasa macam-macam perasaan datang silih berganti, dahaga, penat, teringin nak makan tetapi saya tahan dan sabar semata-mata ingin merasai bagaimana berpuasa.
“Ini disebabkan masih banyak perkara yang saya tidak tahu dan saya ingin meneroka lebih lagi kerana apabila semakin kenal Ramadan semakin mudah untuk menyesuaikan diri,” ujarnya.
Walaupun mengharungi hari yang mencabar, sokongan rakan-rakan yang beragama Islam membakar semangatnya untuk terus bertahan. Wakana bersyukur dengan keprihatinan rakan-rakan yang sentiasa bercerita tentang Ramadan dan berkongsi bahan bacaan disertakan info bergambar memberi kekuatan buatnya untuk terus tabah menghadapi cabaran berpuasa.
“Nikmatnya puasa apabila kita dapat menahan lapar dahaga dari pagi dan menjamah makanan bila terbenamnya matahari. Saat berbuka puasa memang seronok tidak terkata, bayangkan selepas penat seharian tidak makan apa-apa terutamanya hari pertama yang amat memeritkan, saya tidak sangka dapat melakukannya,” luahnya.
Mengulas lanjut pengalamannya pada hari pertama berpuasa, Wakana dan rakan sebilik tidak tahu tentang makan di awal pagi iaitu bersahur jadi mereka tidak bangun dan tidak makan apa-apa dan bertahan sehingga pukul 5.30 petang.
“Setelah diceritakan panjang lebar barulah saya tahu caranya untuk kekal sihat bertenaga dengan sahur jadi sebaik masuk sahaja hari kedua, kami bangun seawal 5 pagi, menyiapkan makanan untuk bersahur seperti roti, pisang dan air,” tambahnya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui banyak perkara yang dipelajari selain ibadah puasa antaranya selok belok pentadbiran di Malaysia, mengenali budaya dan masyarakat majmuk serta mengubah tanggapannya terhadap Islam.
Wakana tidak melepaskan peluang berbuka puasa di masjid yang sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk merasai suasana di bulan puasa.
“Ketika ke masjid mereka tersenyum kepada saya dan menyapa dengan senyuman mesra, saya teruja diterima oleh orang Malaysia dan berharap Islam memberi kebaikan untuk orang lain. Saya mengagumi Muslim kerana mereka dapat mengawal diri mereka apabila berpuasa, semua orang memahami antara satu sama lain dan mereka kelihatan seperti keluarga di masjid.
“Puasa sukar bagi saya kerana saya tidak pernah berpuasa namun puasa adalah perkara biasa bagi mereka. Apabila saya beritahu saya juga berpuasa mereka terkejut dan gembira, lalu kami berbuka bersama-sama dengan pelbagai jenis makanan yang sedap,” ujarnya.

Wakana menyifatkan momen ini merupakan suatu pengalaman luar biasa yang manis untuk dikenang apabila pulang semula ke tanah air.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/jam-2-petang-pelbagai-perasaan-silih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Michael Ang Kongsi Pengalaman Berpuasa Dan Akui Tidak Susah

Michael Ang Kongsi Pengalaman Berpuasa Dan Akui Tidak Susah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 419 hits
Pengarah Michael And yang sebelum ini mengumumkan dirinya telah memeluk Agama Islam sejak setahun yang lalu mengakui bahawa berpuasa tidaklah begitu sukar Michael yang berkongsi pengalamannya berpuasa kali pertama tahun lalu juga berkongsi ...
Elfira Loy Gagahkan Diri Berpuasa Sehingga Petang Hamil 3 Bulan

Elfira Loy Gagahkan Diri Berpuasa Sehingga Petang Hamil 3 Bulan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 549 hits
Pelakon Elfira Loy yang sebelum ini mengumumkan bahawa dia telah hamil turut tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalamanya berpuasa yang dilihat cukup berbeza dari tahun tahun sebelum ini Elfira mengakui bukan mudah baginya untuk berpuasa ...
Memang Seronok Berpuasa Setelah Gadis Nur Alia Masuk Islam

Memang Seronok Berpuasa Setelah Gadis Nur Alia Masuk Islam

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 458 hits
Nur Alia Natasha menerima sumbangan Gadis ini teruja menyambut Ramadan pertamanya selepas memeluk Islam malah dia mengucapkan dua kalimah syahadah kerana seronok mendengar laungan azan sejak kecil lagi Meskipun mengharungi hari memenatkan N...
Negara Dengan Waktu Berpuasa Paling Panjang Di Dunia Melebihi 18 Jam

Negara Dengan Waktu Berpuasa Paling Panjang Di Dunia Melebihi 18 Jam

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 374 hits
Tempoh berpuasa paling lama di dunia adalah di Greenland yang menunjukkan waktu puasa terpanjang adalah 21 jam 42 minit di wilayah autonomi Denmark itu yang terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik Penduduk Islam di negara pulau itu ...
Makan 3500 Kalori Dan Berpuasa 15 Jam Sehari 2 Selebriti Avengers Ini Sanggup Diseksa Untuk Endgame

Makan 3500 Kalori Dan Berpuasa 15 Jam Sehari 2 Selebriti Avengers Ini Sanggup Diseksa Untuk Endgame

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 330 hits
Seperti mana yang kita ketahui kesemua bintang bintang Avengers memiliki tubuh badan yang boleh dikategorikan sebagai impian buat semua orang Peranan memegang watak adiwira bukanlah sesuatu yang sukar kerana selain perlu pandai menjiwai wat...
Pengalaman Syamimi Berpuasa

Pengalaman Syamimi Berpuasa

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 312 hits
Assalammualaikum Salam 2 Ramadan alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu Ramadan yang sentiasa di rindu Ramadan kali ni merupakan kali pertama Syamimi mula belajar berpuasa Syamimi belajar berpuasa di usia 6 Tahun sama seperti abang dan kak...
Video Air Laut Dulu Jernih Sekarang Tinggal Dalam Sampah Gadis Dedah Realiti Kampung Atas Air Di Sabah

Video Air Laut Dulu Jernih Sekarang Tinggal Dalam Sampah Gadis Dedah Realiti Kampung Atas Air Di Sabah

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 507 hits
Air laut dulu jernih sekarang Tinggal dalam sampah gadis dedah realiti kampung atas air di Sabah Kebersihan di sesebuah kawasan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada tahap kesihatan dalam kalangan kelompok masyarakat Budaya membuang s...
Exco Terengganu Kongsi Pengalaman Hidup Dengan Penganut Syiah

Exco Terengganu Kongsi Pengalaman Hidup Dengan Penganut Syiah

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 613 hits
Oleh i Geger semula bab syiah sehari dua ni Kawan kawan sekelas saya di University Baghdad dulu dalam 25 orang semuanya Ada kurdi Arab Iraq Arab Palestin Arab Yaman dan Arab Jordan 5 orang saja sunni termasuk saya Bakinya syiah Kami belajar...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm