Exco Terengganu Kongsi Pengalaman Hidup Dengan Penganut Syiah


Oleh : Dr Azman Ibrahim
 
i) Geger semula bab syiah sehari dua ni.

Kawan-kawan sekelas saya di University Baghdad dulu dalam 25 orang semuanya. Ada kurdi, Arab Iraq, Arab Palestin, Arab Yaman dan Arab Jordan. 5 orang saja sunni termasuk saya! Bakinya syiah. Kami belajar bersama, mengulangkaji bersama, buat presentation bersama, latihan praktikal di hospital pun sama-sama. Bukannya sehari dua, tapi 6 tahun. Belum lagi dikira penganut syiah yang hidup bersama dalam masyarakat.

Alhamdulillah... Saya tetap teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah walaupun tak berjaya 'mengsunnikan' kawan-kawan syiah.

Terpesongnya amalan dan aqidah orang syiah bukan setakat saya baca di buku dan kitab, tetapi mampu dilihat dengan mata kepala sendiri. Musim peperiksaaan kawan-kawan syiah datang bermalam di rumah dua tiga hari untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran.


Bagaimana mereka solat, berapa kali mereka solat dalam sehari, macam mana puasa mereka, apa pandangan mereka tentang sahabat-sahabat Nabi, peristiwa pembunuhan Syaidina Hussin di Karbala', kitab 'Nahjul Balaghah' yang menjadi rujukan mereka, ta'asub mereka dengan imam-imam mereka, mudahnya kelayakkan imam-imam mereka mengeluarkan ijtihad dan fatwa baru dan pelbagai perkara lagi semuanya saya kaji dan lalui secara realiti.

Penganut-penganut syiah di Malaysia, berapa hari kamu semua hidup bersama orang syiah? Kalau syiah itu betul dan benar, saya akan jadi syiah lebih dulu sebelum kamu!

Islam ini agama mudah. Samada ibadat atau muamalat. Kenapa nak dipermudahkan lagi dengan solat yang boleh dijamak tanpa sebab? Apa faedah yang kamu boleh dengan mengutuk dan mencaci sahabat-sahabat Nabi s.a.w? Mana boleh bulan puasa pun hisap rokok atas alasan ia fatwa imam? Siapa yang ajar kamu al Quran ada 115 surah? Tambah satu lagi surah 'al Wilaayah' kononya surah yang menceritakan kelebihan Syaidina Ali. Kalau Syaidina Ali hidup semula, puak kamulah Syaidina Ali akan kerat kepala dulu! Siapa yang ajar kamu semua, Malaikat Jibril tersalah bagi wahyu kepada Muhammad, sedangkan sebenarnya nak bagi kepada Syaidina Ali? Kamu ingat Jibril tu macam kawan kamu?

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan...

ii) Biasa kawan-kawan syiah berkunjung ke rumah masa di Bahgdad dulu, mereka tak akan solat bersama kerana cara solat mereka berbeza. Paling penting kena ada batu berbentuk bulat bersaiz lebih kurang sebesar biskut marrie tebal dalam 1 cm yang kata mereka dibuat dari tanah suci Karbala’. Mereka sujud dengan dahi diletakkan di atas batu tersebut. 

Semakin tinggi martabat semakin tinggi lapisan batu. Biasanya di sejadah imam terdapat 2 atau 3 lapis batu. Makmun selapis saja. Sebab itu jangan tersalah masuk masjid.

Bila kawan-kawan mintak batu untuk solat, rumah saya mana ada batu. Saya guna sejadah saja. Kata mereka, “Ooo… sejadah boleh guna untuk solat tetapi kita tak boleh sujud ke atasnya sebab sejadah bukannya benda tabi’ie, ia telah diproses dan dikilangkan. Kita mesti sujud di atas benda tabi’ie”. 

Alternatifnya? Cari daun kayu. Nasib baik depan rumah ada pokok-pokok bunga. Daun dijadikan ganti batu. Mereka sujud di atas daun.

Sambil bergurau saya pernah menyatakan kepada mereka, kalau benda tabi’ie menjadi syarat, bagi saya batu dari tanah Karbala’ tersebut bukan lagi tabi’ie. 

Ianya telah diproses, dibentuk menjadi bulat, diukir gambar masjid. Kalau nak batu yang betul-betul tabi’ie jawabnya kena ambik batu kelikir tepi jalan! Boleh melelas dahi kamu! - 3 Mei 2019.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/exco-terengganu-kongsi-pengalaman-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Muda Ini Kongsi Tips Kewangan Dan Pengalaman Bersalin Di Avisena Specialist Hospital

Ibu Muda Ini Kongsi Tips Kewangan Dan Pengalaman Bersalin Di Avisena Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 978 hits
Setiap ibu yang bakal melahirkan anak pasti mengimpikan melalui proses itu di hospital yang selesa dan dibantu oleh doktor pakar dan jururawat yang mesra dan berkemahiran tinggi Paling penting suami tersayang sentiasa berada di sisi setiap ...
Michael Ang Kongsi Pengalaman Berpuasa Dan Akui Tidak Susah

Michael Ang Kongsi Pengalaman Berpuasa Dan Akui Tidak Susah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 419 hits
Pengarah Michael And yang sebelum ini mengumumkan dirinya telah memeluk Agama Islam sejak setahun yang lalu mengakui bahawa berpuasa tidaklah begitu sukar Michael yang berkongsi pengalamannya berpuasa kali pertama tahun lalu juga berkongsi ...
Tiap Kali Check Up Bacaan Darah Tinggi Hospital Rumah Kedua Ibu Kongsi Pengalaman Di Pa Matv

Tiap Kali Check Up Bacaan Darah Tinggi Hospital Rumah Kedua Ibu Kongsi Pengalaman Di Pa Matv

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 519 hits
Darah tinggi mencanak masa hamil situasi yang tidak normal dalam kehamilan Pengalaman ibu ini berkongsi pengalaman terpaksa bersalin pada 32 minggu akibat tekanan darah tinggi dalam Pa Ma TV Kehamilan sulung Puan Ain Diyana menyaksikan diri...
Sebaknya Ibu 3 Anak Derita Kanser Kongsi Pengalaman Komplikasi Pembedahan Tiroid

Sebaknya Ibu 3 Anak Derita Kanser Kongsi Pengalaman Komplikasi Pembedahan Tiroid

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 434 hits
Sebaknya mengikuti luahan ibu ini Tidak dapat digambarkan kesakitan yang terpaksa dilaluinya Perkongsian ibu kepada 3 orang anak Puan ini mendapat perhatian para netizen Dia yang menghidap kanser papillary thyroid carcinoma cancer stage 2 t...
15 Ciri Ciri Penganut Syiah

15 Ciri Ciri Penganut Syiah

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 560 hits
15 CIRI CIRI PENGANUT SYIAHPenganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam Padahal sebenarnya tidak Dalam istilah Syiah hal itu dis...
Pengalaman Jadi Mak Anak Ramai Banyak Mengajarku Tentang Hidup

Pengalaman Jadi Mak Anak Ramai Banyak Mengajarku Tentang Hidup

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 474 hits
Assalamualaikum para pembaca blog kesayanganku Alhamdulillah di ketika ini bulan Ramadhan sudah hampir Terasa bagai baru semalam menyambut Syawal lepas sedangkan kini bakal meraikan bulan puasa sekali lagi Bersempena dengan hari baik yang b...
Candat Sotong Pengalaman Pertama Di Perairan Terengganu

Candat Sotong Pengalaman Pertama Di Perairan Terengganu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 701 hits
Radiosenyap com Candat sotong adalah aktiviti yang pada asalnya menjadi mata pencarian bagi nelayan di Terengganu dan negeri negeri pantai Timur yang lain 1 May lepas saya telah merasai pengalaman Candat Sotong di Terengganu Terjebak Saya m...
Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2

Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 410 hits
Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2 Drama Nur 2 kian mendapat sambutan dari penonton dan ada segelintir pihak melenting apabila menyaksikan intipati Nur 2 adalah tidak sesuai untuk tontonan...
Pas Terengganu Mampu Tunai Janji Walau Royalti Dipotong Kata Exco

Pas Terengganu Mampu Tunai Janji Walau Royalti Dipotong Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 293 hits
PAS Terengganu mampu tunai janji walau royalti dipotong kata exco nbsp
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias