Makan 3500 Kalori Dan Berpuasa 15 Jam Sehari 2 Selebriti Avengers Ini Sanggup Diseksa Untuk Endgame


Seperti mana yang kita ketahui, kesemua bintang-bintang Avengers memiliki tubuh badan yang boleh dikategorikan sebagai impian buat semua orang. Peranan memegang watak adiwira bukanlah sesuatu yang sukar kerana selain perlu pandai menjiwai watak tersebut, mereka juga perlu mendapatkan tubuh badan yang perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti yang terdapat didalam komik.
Kesemua pelakon-pelakon Avengers perlu berkerja dengan lebih keras di belakang skrin bagi mengekalkan kekuatan serta kecergasan tubuh badan untuk mendapatkan tubuh badan yang diperlukan untuk melakonkan sesebuah watak adiwira itu.
Menurut jurulatih peribadi Scarlett Johansson, yang membintangi watak Black Widow di dalam filem tersebut, beliau telah dikehendaki berpuasa selama 15 jam sehari dan mengambil bahagian dalam latihan angkat berat yang dilakukan atlet Olimpik demi melakonkan watak tersebut.

Lain pula ceritanya untuk Chris Hemsworth,35, yang membintangi watak God of Thunder (Thor), kerana beliau perlu makan lima kali sehari yang bersamaan dengan pengambilan 3500 kalori dalam sehari bagi melakonkan salah satu watak yang penting serta adiwira yang terkuat didalam filem tersebut.
‘Kami diinspirasikan untuk mendapatkan tubuh badan yang serupa seperti Linda Hamilton di dalam filem Terminator 2 bagi diguna pakai oleh Black Widow. Beliau dilaporkan telah dilarang daripada menghisap rokok, lari sejauh beberapa batu dalam sehari dan perlu tidur lebih dari empat jam dalam satu malam bagi mendapatkan tubuh badan yang sesuai demi watak tersebut’, dedah Eric Johnson, jurulatih peribadi Scarlett Johansson.
Untuk mendapatkan rupa yang sama seperti ikon pada tahun 1990-an itu, Eric memastikan bahawa pengambilan makanan Scarlett yang berkarbohidrat perlu dicatu bagi memastikan jadual yang telah ditetapkan dalam mendapatkan tubuh badan yang diperlukan sebelum hari pengambaran filem tersebut dapat dicapai.

Kadang kala, beliau diperlukan untuk memakan makanan yang tinggi dengan karbohidrat dan rendah lemak, sementara ada yang perlu memfokuskan kepada makanan yang rendah karbohidrat dan kadar lemak yang tinggi.
Waktu makannya menjadi terhad, kerana dia perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari, namun ianya bergantung kepada jadual penggambarannya, ada hari beliau perlu dikerahkan untuk berpuasa selama 15 jam sehari.
Jurulatih itu juga menjelaskan bagaimana pelakon itu terpaksa mencabar badannya dan merangsang fikirannya apabila beliau perlu melakukan senaman yang begitu ekstrim seperti yang diguna pakai oleh kebanyakan atlet.
‘Kami menerapkan proses dan rutin yang digunakan oleh kebanyakan atlet yang sedang bersiap sedia untuk menyertai sesuatu pertandingan. Dengan memberi lebih banyak penekanan pada prestasinya, tubuhnya hanya akan mengikutinya sahaja,’ ujar Eric.

Sementara itu, Chris Hemsworth, yang melakonkan watak Thor di dalam Avengers, menurunkan berat badan dengan menjalani tiga sesi senaman dalam sehari dalam usahanya untuk membina otot bagi melakonkan watak yang sangat dinanti-nantikan didalam filem tersebut.
Lukas Zocchi, yang juga merupakan rakan dan jurulatih peribadi Hemsworth, mendedahkan bahawa dia menumpukan pada HIIT (High Intensity Interval Training) dan HIRT (High Intensity Resistance Training) untuk membantu Chris mendapatkan bentuk badan seperti Thor.
Beliau memberitahu kepada Daily Mail Australia: “Setiap kali dia berlatih bagi memegang watak Thor, kami akan mengangkat beban yang lebih berat, melakukan lebih banyak kerja secara berasingan dan akan mengambil masa yang banyak untuk berehat di antara set yang kami lakukan bersama.

Menurut Luke, senaman yang dilakukan untuk penggambaran filem terbaru ini berbeza dengan rutin harian yang dilakukan Chris, ianya kerana biasanya mereka akan bersenam menggunakan berat yang lebih ringan dan hanya memberikan fokus yang lebih kepada senaman yang ringan dan lebih pantas dalam membina otot.
‘Senaman yang dilakukan untuk Endgame biasanya dilakukan tidak lebih daripada sejam, hanya menyasarkan kepada dua bahagian otot untuk satu sesi,’ ujarnya. ‘Untuk satu otot, empat kaedah senaman menggunakan beban yang berat dibahagikan, dan untuk satu kaedah senaman tersebut, kami akan melakukannya sebanyak 12 set.
“Kami perlu melakukan sekurang-kurangnya tiga sesi,’ terang Luke. ‘Kadang-kadang kami menggandakan sesi dalam tempoh seminggu, walau bagaimanapun ianya tidaklah boleh melebihi enam hari dalam seminggu kerana baki satu hari itu digunakan untuk berehat.’
Sesi latihan Chris dilakukan dengan memfokuskan dua otot untuk satu sesi iaitu, dada dan bisep, otot belakang dan trisep akhir sekali kaki dan bahu.

‘Tidak kira sekuat atau bersemangat mana pun, selama satu hari dalam satu minggu diperlukan untuk kami bercuti dari melakukan rutin latihan kami bagi merehatkan otot, adiwira juga tidak terkecuali! Tambah Luke.
Luke yang merupakan jurulatih Chris yang berpengalaman itu telah membangunkan sebuah aplikasi rutin kecergasan, dia memberitahu bahawa, sesiapa sahaja boleh melakukan dan mengikuti rutin yang dilakukan oleh bintang Thor itu.
‘Latihan yang terdapat didalam applikasi tersebut adalah HIIT dan HIRT [high-intensity interval training and high-intensity resistance training], sama seperti yang dilakukan oleh Chris,’ katanya.
Chris melengkapkan rutin latihannya itu dengan diet yang memaksanya hanya mengambil makanan yang kaya dengan nutrien yang tinggi. Dia mengambil pelbagai jenis protein, bijirin, buah-buahan, kekacang dan lemak.
Chris mengambil sekurang-kurangnya 3,500 kalori dalam sehari, kadang-kadang lebih banyak dari itu demi membawakan watak sebagai adiwira didalam filem Avengers.
Sergio Perera yang merupakan seorang chef dan pakar dalam pemakanan memberitahu bahawa, Chris memperoleh dan mengekalkan ototnya dengan hanya memakan daging merah dan bijirin yang kompleks seperti nasi yang dikukus, barli, pasta wholegrain dan roti.
‘Biasanya dia akan mengambilnya semasa hari beliau melakukan latihan,’ jelasnya.
‘Kadang-kala, pengambilan kalori yang banyak boleh menjadi satu cabaran untuknya, jadi dia akan menambah satu atau dua snek yang mengandungi sayur-sayuran, lemak dan protein yang berasaskan tumbuhan.’
View this post on Instagram
How are you filling those empty minutes before the release of Avengers: Endgame? You could be getting into Thor shape with @ChrisHemsworth! Join Chris to #TrainCentr on Tour as he takes his epic new movie to the world. Be quick, because just like Thanos, Chris's tour can't last forever! Centr.com
A post shared by Centr (@centrfit) on Apr 23, 2019 at 8:39pm PDT

Sumber: Daily Mail
The post Makan 3500 Kalori Dan Berpuasa 15 Jam Sehari, 2 Selebriti Avengers Ini Sanggup ‘Diseksa’ Untuk Endgame appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/05/04/makan-3500-kalori-dan-berpuasa-15-jam-sehari-2-selebriti-avengers-ini-sanggup-diseksa-untuk-endgame/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Sampai Seminggu Avengers Endgame Dapat Rm4 96 Bilion Untuk Kutipan Global

Tidak Sampai Seminggu Avengers Endgame Dapat Rm4 96 Bilion Untuk Kutipan Global

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 311 hits
Tidak sampai seminggu filem Avengers Endgame ditayangkan kini ia telah berjaya memecah rekod tayangan pecah panggung dengan jualan tiket global sebanyak AS 1 2 bilion atau RM4 96 bilion yang diumumkan oleh Disney Co Jumlah ini juga sekaligu...
Avengers Endgame Pecah Rekod Kutipan Rm4 96 Bilion

Avengers Endgame Pecah Rekod Kutipan Rm4 96 Bilion

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 292 hits
Avengers Endgame pecah rekod kutipan RM4 96 bilion Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Apr 2019 8 34AM
Avengers Endgame Thanos Gauntlet

Avengers Endgame Thanos Gauntlet

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 436 hits
AVENGERS END GAME Avengers End Game merupakan filem dihasilkan oleh Marvel Studio Tapi aku takkan cerita banyak sebab takut kene label SPOILER haha Aku tengok filem ni pada hari kedua dikeluarkan Bagi aku boleh tahan cerita dia 10 bintang b...
Malaysian Creates Hilarious Avengers Endgame Ending Spoof Alert

Malaysian Creates Hilarious Avengers Endgame Ending Spoof Alert

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 339 hits
Is this really the end The latest Marvel Cinematic Universe movie Avengers Endgame is just starting to hit screens and already there are reports of viewers ending the movie with a titanic groan of disgust It s not because the movie is bad b...
Durasi Kemunculan Setiap Watak Superhero Dalam Filem Avengers Endgame

Durasi Kemunculan Setiap Watak Superhero Dalam Filem Avengers Endgame

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1759 hits
Avengers Endgame menghimpunkan banyak karakter daripada dunia Marvel Cinematic Universe Namun tidak semua watak mendapat penekanan sewajarnya Ada yang muncul sekejap sahaja dan ada yang diberi penekanan yang lebih Berikut ialah durasi masa ...
Raup Rp 17 07 Triliun Avengers Endgame Jadi Film Terlaris Sepanjang Masa

Raup Rp 17 07 Triliun Avengers Endgame Jadi Film Terlaris Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 245 hits
Berdasarkan data Box Office Mojo Avengers Endgame sedang berada di posisi 17 film terlaris sepanjang masa Pendapatannya sejauh ini adalah USD 1 2 miliar atau Rp 17 07 triliun Posisi ini pun masih sementara dan ada kemungkinan peringkat film...
Spoilers Avengers Endgame

Spoilers Avengers Endgame

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 459 hits
Spoilers Avengers Endgame Yang sudah mengikuti Avenger Infinity War tentu sudah tak asing dengan sosok Thanos makhluk yang mengumpulkan semua batu ajaib untuk menguasai dan menghancurkan universe alias alam semesta Dilanjutkan dengan adegan...
Dedah Spoiler Filem Avengers Endgame Lelaki Ini Dibelasah Teruk

Dedah Spoiler Filem Avengers Endgame Lelaki Ini Dibelasah Teruk

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 462 hits
Gara gara mendedahkan spoiler atau penamat filem Avengers Endgame yang hangat ditayangkan di pawagam sekarang seorang lelaki telah dibelasah teruk apabila mendedahkan spoiler filem tersebut kepada penonton yang masih menunggu giliran di lua...
Avengers Endgame

Avengers Endgame

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 376 hits
MOVIE Avengers Endgame Hari ni memang awal outing semata nak tengok movie Avengers Endgame Fuhh di website gsc cinema tau Nak murah katakan Ahaks Tepat jam 10 pagi kami seisi keluarga sampai di GSC Cinema yang berada di Megamall Kuantan Ter...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025