Maksud Sebenar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Atau Mahkamah


Maksud Sebenar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Atau Mahkamah
Kalau baca berita tentang mahkamah atau kes polis mesti perasan dengan ayat ‘bebas dengan jaminan polis atau mahkamah’.
Ramai yang tersalah erti dengan maksud ayat tersebut, di mana rata-rata menganggap tertuduh telah bebas sepenuhnya.
Jangan tak tahu, sebenarnya ada maksud di sebalik ayat tersebut dan ia telah diterangkan oleh peguam Nor Zabetha dan Izzat Nordin di Youtube Nextepisode Channel.
“Jaminan secara umum membawa maksud satu pelepasan sementara yang diberikan kepada orang kena tuduh (OKT) oleh mahkamah untuk menunggu hari perbicaraan.
“Sementara menunggu hari-hari perbicaraan, tertuduh dilepaskan sementara dengan satu jumlah yang dijadikan sebagai cagaran untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah,” kata Izzat.
Sudah semestinya dalam proses jaminan ini perlu ada penjamin dan disebabkan itu, kita selalu sangat lihat penjamin yang menghadirkan diri untuk membayar wang tersebut.
Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan jaminan polis dan mahkamah? Bagi yang belum tahu, jaminan tersebut adalah bergantung kepada keadaan individu pada ketika itu.
Jika individu tersebut masih dalam siasatan polis yang dipanggil sebagai suspek, mereka layak diberikan jaminan polis kerana kes masih di bawah siasatan.
Manakala, bagi jaminan mahkamah pula, ia terjadi selepas seseorang atau Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh di mahkamah yang memerlukan jaminan pihak mahkamah.
Jaminan polis Penerangan dalam konteks ini lebih kepada jaminan polis di mana, suspek layak diberi jaminan sekiranya kes masih lagi dalam siasatan dan tempoh reman juga telah habis.
“Sementara menunggu tarikh suspek dihadapkan ke mahkamah, pihak polis mempunyai hak untuk melepaskan suspek sementara dan apabila tiba hari perbicaraan, suspek wajar hadir untuk hadapi pertuduhan kerana telah ditetapkan dalam syarat,” jelas Izzat.
Syarat-syarat jaminan polis Kata Izzat, sekiranya polis memberikan jaminan kepada suspek, kebiasaannya polis memerlukan jaminan dari segi ‘aku janji’.
Suspek perlu mengemukakan seorang penjamin yang memastikan dirinya hadir ke balai polis ketika polis memerlukannya.
Yang kedua pula, pihak polis akan meminta suspek menyediakan wang jaminan sebagai cagaran.
“Sebagai contoh, suspek tidak hadir untuk membantu siasatan dan disebabkan itu wang cagaran tersebut boleh dilupuskan,” ujarnya.
Jaminan mahkamah Dalam konteks jaminan mahkamah pula, biasanya jaminan diberikan kepada OKT yang telah dihadapkan ke mahkamah kerana proses mahkamah mengambil masa yang terlalu panjang.
Oleh itu, sementara menunggu tarikh perbicaraan, mahkamah mempunyai hak untuk melepaskan tertuduh sementara dengan syarat-syarat jaminan.
Syarat-syarat jaminan di mahkamah Antara syarat biasa yang dikenakan ialah menyediakan wang jaminan yang bergantung kepada kesalahan suspek dan jika ia lebih serius maka lebih tinggi nilai jaminan.
Terdapat juga dalam kes-kes tertentu, di mana mahkamah meletakkan syarat-syarat tambahan iaitu menghendaki OKT untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu kes tamat.
Boleh jadi juga mahkamah memerintahkan tertuduh untuk pergi ke balai polis berhampiran untuk lapor diri dalam sebulan sekali atau dua kali.
Apa terjadi kalau suspek ingkar arahan mahkamah? Dalam kes-kes di mana tertuduh gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan, kebiasaannya mahkamah akan memberi surat amaran buat kali pertama dan kedua.
“Bagaimanapun sekiranya pada kali ketiga OKT gagal juga hadir maka mahkamah mempunyai hak untuk melupuskan wang jaminan.
“Ia juga diguna pakai jika OKT gagal mematuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan seperti melaporkan diri kepada balai polis,” kata Izzat.
Perkara itu akan membuatkan pelepasan sementara ditarik balik atau dibatalkan yang membolehkan OKT untuk ditahan reman semula sementara menunggu hari perbicaraan.
Adakah semua kesalahan boleh dijamin? Kita mesti tertanya-tanya, adakah semua kes boleh dijamin? Atau ia hanya bergantung kepada sesetengah kes yang dianggap ringan?
Kalau ikutkan dalam kanun prosedur jenayah terdapat dua kesalahan yang boleh diikat jamin dan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin, kata Izzat.
“Bagi kesalahan yang boleh diikat jamin, hukuman maksimum pemenjaraan mestilah selama tiga tahun dan dalam kes ini, mahkamah wajar memberikan jaminan kepada tertuduh memandangkan hak untuk dijamin itu adalah ‘as of right’.
“Kemudian, bagi kesalahan yang tidak boleh diikat jamin ialah hukuman pemenjaraan melebihi tiga tahun.
“Bagaimanapun, jika tertuduh bersedia dari segi wang dan penjamin, mahkamah biasanya akan memberikan jaminan dengan syarat-syarat tambahan,” tambahnya.
Penting untuk mengetahui bahawa mahkamah tidak akan memberikan jaminan sekiranya tertuduh melakukan kesalahan berat atau serius seperti membunuh, mengedar dadah dan memiliki senjata api.
Nilai jaminan Bagi nilai jaminan pula, tiada skala yang ditetapkan dalam mana-mana akta namun mahkamah akan menentukannya berdasarkan tiga perkara iaitu:
1. Keseriusan sesuatu kesalahan
2. Risiko tertuduh sama ada berisiko untuk melarikan diri atau tidak
3. Kelakuan tertuduh semasa proses siasatan
Siapa yang layak jadi penjamin? Secara dasarnya, syarat-syarat untuk menjadi penjamin mestilah sudah berumur 18 tahun, merupakan warganegara Malaysia, berkemampuan mengemukakan jumlah ikat jamin, berupaya untuk memahami syarat yang ditetapkan dan mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan mahkamah.
Kadang-kadang terdapat juga penjamin yang berubah hati di mana mereka mahu menarik diri untuk menjadi penjamin. Secara ringkasnya, penjamin mempunyai pilihan dan boleh menarik diri dengan memaklumkan kepada pihak mahkamah sendiri.
Pun begitu, OKT terpaksa menanggung akibat sekiranya tidak jumpa pengganti penjamin di mana OKT boleh ditahan reman semula.
Adalah wang jaminan akan dikembalikan jika tertuduh dilepaskan? “Dalam situasi di mana tertuduh dilepaskan dan dibebaskan ataupun dilepaskan tanpa dibebaskan, mahkamah akan membenarkan penjamin untuk mengambil wang jaminan setelah tertuduh dibebaskan.
“Situasi kedua pula, tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, dalam situasi tersebut sekiranya OKT mengambil keputusan untuk tidak merayu kepada keputusan yang ditetapkan penjamin boleh mengambil semula wang jaminan.
“Namun sekiranya OKT membuat keputusan untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi, kebiasaannya OKT perlu menambah sedikit wang jaminan,” jelasnya.
Sebagai contoh, wang jaminan pertama adalah RM10,000 dan kemudian didapati bersalah, mahkamah akan memohon kepada penjamin untuk menambah wang yang sedia ada.
Sudah jelaslah di sini bahawa individu yang dilepaskan dengan jaminan polis dan mahkamah tidaklah dibebaskan sepenuhnya.
Pelepasan sementara diberi kerana tempoh kes agak panjang dan mereka perlukan jaminan sebagai cagaran kerana masih diperlukan untuk memberi kerjasama susulan kes belum selesai.
Semoga bermanfaat buat semua.
BACA: Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir
Sumber: Nextepisode Channel/YouTube
The post Maksud Sebenar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Atau Mahkamah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/maksud-sebenar-dibebaskan-dengan-jaminan-polis-atau-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 197 hits
Jalur Gemilang Terbalik Pemilik Kedai Perkakasan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis GEORGE TOWN 11 Ogos Pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana Kepala Batas di sini dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan berhubung ...
Tiga Individu Disyaki Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Tiga Individu Disyaki Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 170 hits
Tiga Individu Disyaki Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis SEREMBAN 7 Ogos Tiga individu dipercayai terlibat dalam video tular yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan baru baru ...
Pelajar Tular Tumbuk Guru Mengaku Bersalah Mahkamah Benarkan Jaminan Rm1 000

Pelajar Tular Tumbuk Guru Mengaku Bersalah Mahkamah Benarkan Jaminan Rm1 000

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 142 hits
KAJANG Remaja lelaki berusia 14 tahun yang tular kerana menumbuk seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini kelmarin mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini Didakw...
Mahkamah Putuskan Polis Cuai Ibu Model Belanda Menang Saman Rm1 1 Juta

Mahkamah Putuskan Polis Cuai Ibu Model Belanda Menang Saman Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 146 hits
Bernama nbsp Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bayaran ganti rugi RM1 1 juta kepada ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium lapan tahun lepas C...
Laporan Polis Bukan Kerana Dendam Atau Gila Publisiti Sophia Albarakbah

Laporan Polis Bukan Kerana Dendam Atau Gila Publisiti Sophia Albarakbah

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR Pelakon popular Sophia Albarakbah tampil menjelaskan punca dirinya mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang dialaminya sejak kebelakangan ini Menerusi satu hantaran di Instagr...
Hiburan Tiada Bukti Didera Atau Diabaikan Pakar Psikologi Update Kes Zayn Rayyan Di Mahkamah

Hiburan Tiada Bukti Didera Atau Diabaikan Pakar Psikologi Update Kes Zayn Rayyan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 199 hits
Seorang doktor pakar psikologi kanak kanak Dr Noor Aishah Rosli memberitahu Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini bahawa tiada bukti dalam laporan perubatan yang menunjukkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin 6 didera atau diabaikan me...
Kematian Pegawai Kadet Palapes Utm Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

Kematian Pegawai Kadet Palapes Utm Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 183 hits
JOHOR BAHRU 1 Ogos Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kematian seorang Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Teknologi Malaysia di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat Ulu Tiram di sini Ketua Polis Dae...
Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 246 hits
TEMERLOH Enam lagi anggota polis termasuk seorang berpangkat Sub Inspektor bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM12 000 dari...
Mayat Di Tepi Landasan Kereta Api Dipercayai Dicampak Dari Jambatan 11 15m Polis

Mayat Di Tepi Landasan Kereta Api Dipercayai Dicampak Dari Jambatan 11 15m Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 136 hits
Mayat di tepi landasan kereta api dipercayai dicampak dari jambatan 11 15m Polis Berita disiarkan BH Online hari ini HULU SELANGOR Mayat seorang lelaki yang ditemui dengan di tepi landasan kereta api di sini hari ini dipercayai dicampak dar...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Has Mmc Ports Ipo Stalled As Investors Push Back On Sky High Valuation

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda

Boat Club House A Mid Century Modern Home Rooted In Chennai S Cultural Soul

Syafiq Kyle Officially Kicks Off His 12 Month Kopiko Journey With Fans

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Hariz Fayahet Lara Bertahan Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tutorial Cara Belanja Orang Di Negara Lain Guna Aplikasi Grab

Stretch Mark Makin Jelas Bila Perut Besar Ibu Boleh Ambil Langkah Awal Untuk Bersedia

Ensany Global Lancar Orphanssociety Platform Telus Pertama Untuk Menyantuni Anak Yatim Gaza

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Tercipta Sejarah Program Adoption K9 Pdrm Pertama Kali Dilaksanakan

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah Kurikulum Persekolahan 2027