Jalan Raja Azlan Shah Jadi Lembah Pakistan


RENCANA KHAS

Suasana kaki lima di restoran Pakistan di Jalan Ipoh.MULANYA kewujudan restoran Pakistan terletak di bangunan lama di Jalan Sultan Azlan Shah (dahulu dikenali Jalan Ipoh) berhampiran Chow Kit, tidak dipeduli oleh orang ramai malahan ada yang beranggapan ia sebagai restoran yang semacam menanti masa untuk tutup sahaja.


Ini kerana ia kelihatan lenggang, dan tidak salah kalau ada menyangka ia restoran terbiar. Apa lagi restoran itu terletak di bangunan rumah kedai usang, dan setengahnya menjadi rumah hantu ditambah pula dengan suasana yang suram temaram.

Melihat keadaan rumah kedai itu kemungkinan ia pernah dijadikan sarang atau habitat penagih dadah.

Antara pelbagai nasi masakan Pakistan disediakan.Ia juga seakan tempat asing apabila kebanyakan yang menyinggahi di restoran itu majoriti masyarakat Pakistan. Muka-muka yang bersantai di kerusi atau memasuki ke restoran itu semua berwajah Pakistan. Apa lagi bahasa pertuturan yang diminan juga bahasa Urdu

Jika tidak silap awalnya hanya ada dua buah restoran Pakistan sahaja di situ. Satu terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Chow Kit, dan satu lagi terletak di sebelah kanan jalan. Kedudukan kedua restoran tersebut seakan bertentangan.

Memandangkan ianya dikunjungi komuniti Pakistan yang ada di negara ini khasnya di Kuala Lumpur, menjadikan kawasan itu semacam medan atau pusat pertemuan mereka.

Suasana dan aroma masakan Pakistan yang menyucuk ke dalam lubang hidung setiap yang lalu di situ menjadikan ia persis berada di luar di Kerachi atau pun Lahore, Pakistan.

Bagaimana pun suasana keterasingan itu kini mula berubah apabila dari hanya dua buah buah restoran kini tumbuh pula beberapa yang lain. Pertambahan itu menjadikan kawasan itu mulai dikenali dan menjadi destinasi bukan sahaja komuniti Pakistan tetapi masyarakat Malaysia juga mampir untuk santai dan makan minum di situ. Tanpa disedari restoran Pakistan di situ menjadi antara restoran pilihan terbaharu penduduk tempatan.

Sesekali juga kelihatan ahli politik ikut sama bersantai atau makan minum disitu. Kebanyakan dahulu mereka sebagai ahli politik pembangkang, kini setengahnya ada yang sudah menjadi menteri dan timbalan menteri. Kehadiran mereka disaksikan sampai waktu ini.Bolehlah dikatakan merekalah yang turut popularkan restoran itu.

Roti dan cepatai asli Pakistan.Kini terdapat sembilan (9) buah restoran Pakistan terletak di kiri kanan sepanjang jalan berkenaan. Restoran tersebut; Azru, Ras Blouch, Pak Punjak, Mehran, Pakistan, Makarim, Pakeza, Lahore dan Ghareeb Nawaz.
Kueh mueh Pakistan.Keunikan di kawasan itu bukan kerana tumbuh banyak restoran tetapi ia menjadi kawasan tumpuan apabila turut sama tumbuh sekurang-kurang dua kedai runcit di situ menyediakan pelbagai rempah ratus Pakistan.

Sebuah kedai bunga (florist) juga terdapat disitu. Kewujudan florist ini menandakan kawasan itu ramai dikunjungi warga Pakistan.

Ayam panggang Pakistan.Melengkapkan kawasan itu sebagai "Lembah Pakistan" disediakan juga hotel bajet. Terdapat empat buah hotel bajet ditempatkan tingkat atas restoran. Penyediaan itu menjelaskan kawasan itu sudah menjadi tumpuan pelancong khasnya dari Pakistan.

Mengenai penyediaan makanan dan lauk pauk di restoran berkenaan semuanya citarasa Pakistan. Hampir 100 peratus tukang masak daripada Pakistan. Pelbagai jenis nasi disedia dengan dengan lauk pauk, masakan Pakistan. Ada berbagai jenis nasi beriani, kari kambing, ayam dan paling istimewa sop kaki kambing. Manakala minumannya susu lembu dan tea pala.

Selain itu disediakan juga kebab daging dan juga ayam panggang disamping pelbagai roti disediakan, capati, perata, roti tempang dan sebagainya.

Memandangkan kawasan itu semakin menjadi tumpuan ramai, elok kalau ia DBKL menaik tarafkan kawasan itu menjadikan ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.

Untuk itu sepanjang kaki lima di kiri kanan jalan itu boleh dipasang mozek atau pun dibina perhiaskan dengan neon. Mungkin tidak sepanjang jalan itu, tetapi cukup kalau sepanjang 500 meter di kiri kanan jalan itu sahaja.

Jika jalan ini dihiasai dengan neon ia akan lebih
menarik dan ceria.Pengindahan itu selain menarik perhatian ia secara tidak langsung juga dapat melindungi keadaan sesetengah rumah kedai yang sudah roboh dan dijadikan sarang penagihan dadah.

Kemeriahan di Lembah Pakistan.Sebenarnya juga kewujudan para peniaga restoran Pakistan itu dan kesanggupan warga Pakistan menyewakan bangunan kedai di situ telah membantu pihak DBKL mengatasi masalah yang timbul di sebalik rumah kedai robek dan terbiar itu. Jika ada pengindahan daripada DBKL atau pihak-pihak tertentu mungkin keadaan di sekitar itu yang dapat menghindarkan kegiatan yang tidak baik.

Dan untuk menyemarakkan lagi kawasan itu mungkin pihak berkuasa dapat jadikan ia sebagai satu lagi kawasan destinasi pelancongan malam di Kuala Lumpur khasnya untuk warga Pakistan dan juga masyarakat Malaysia yang berminat dengan masakan Pakistan. [wm.kl.11:34 pm 25/12/18]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/12/jalan-raja-azlan-shah-jadi-lembah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Cuti Sekolah Biasakan Anak Dengan Library Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

Program Cuti Sekolah Biasakan Anak Dengan Library Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1067 hits
PROGRAM CUTI SEKOLAH BIASAKAN ANAK DENGAN LIBRARY SEKSYEN 13 SHAH ALAM Lagi seminggu je anak anak nak kembali ke sekolah Depa dah mula bosan cuti lama sangat dok tanya bila nak sekolah Kang dah sekolah sibuk pulak bila nak cuti hahahaha Sam...
Gambar Cucu Almarhum Sultan Azlan Shah Yang Terlajak Cantik

Gambar Cucu Almarhum Sultan Azlan Shah Yang Terlajak Cantik

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 4206 hits
Baru baru ini gambar cucu kepada Almarhum Sultan Azlan Shah Y M Raja Eminah Alliyah dan Y M Raja Bainunisa Safia telah tersebar di laman sosial Facebook Rata rata melahirkan rasa kagum dengan kecomelan cucu Almarhum Azlan Shah Tetapi lebih ...
Pelakon Ruzzlan Shah Meninggal Dunia

Pelakon Ruzzlan Shah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 2275 hits
Pelakon yang dikenali sebagai detektif Wong dalam siri drama Gerak Khas Ruzzlan Shah Abdullah dilaporkan sudah meninggal dunia melalui Instagram pelakon kacak bertubuh sedap Sharnaaz Ahmad Selain Sharnaaz pelakon Sheera Iskandar dan Salima ...
Pengalaman Menyeronokkan Bermain Salji Di Icity Snowalk Shah Alam

Pengalaman Menyeronokkan Bermain Salji Di Icity Snowalk Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 1122 hits
hai assalammualaikumPengalaman Menyeronokkan Bermain Salji Di ICity Snowalk Shah Alam Siapa yang tak jeles bila tengok kawan kawan yang bercuti di luar negara yang dapat tengok sentuh salji yang betul tu Siapa yang teringin nak pegang salji...
Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1200 hits
Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam Sebelum lepas Fadzi sempat lagi buat declutter barang barang yang Fadzi dah tak pakai dekat rumah ni Sebab rumah kecil kan nak tambah lagi seorang dalam rumah ni kenalah kurangkan barang dekat rumah Bar...
Rumah Makan Terlajak Laris Di Setia Alam Shah Alam

Rumah Makan Terlajak Laris Di Setia Alam Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 1017 hits
Rumah Makan Terlajak Laris Setia AlamRupanya Dato Aliff Syukri Abang terlajak laris yang ada banyak duit berganda ganda tu rupanya ada bisnes restoran selain dari produk jamu yang hot dipasaran sekarang ni Dia tak namakan sebagai restoran t...
Jumpa Transformers Bumblebee Optimus Prime Dan Santa Claus Di Aeon Shah Alam

Jumpa Transformers Bumblebee Optimus Prime Dan Santa Claus Di Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 963 hits
JUMPA TRANSFORMERS BUMBLEBEE OPTIMUS PRIME DAN SANTA CLAUS DI AEON SHAH ALAM Cerita kisah cuti kami di Hari Natal Merry Christmas Kami beraya dalam shopping mall je Cuti 1 hari je kan Malas nak travel dan ambil cuti direct Cuti nak simpan u...
Anniversary Staycation Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Anniversary Staycation Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 357 hits
Hi Korang Citer pasal holiday ni mesti seronok kan heheheheYa ampun memang tak plan beria ria pun pasal anniversary ke 11 ni ek sebab malas nak travel dah hujung hujung tahun ni Bukan apa pun sebab mahal dan sana sini penuhlah so kitorang t...
Restoran Shah Alam Seafood Hatyai

Restoran Shah Alam Seafood Hatyai

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 504 hits
Restoran Shah Alam Seafood yang beroperasi di Jalan Chee Uthid merupakan salah satu Restoran HALAL terdapat di bandar Hatyai yang diusahakan oleh Tuan Haji Zulkifly yang berasal daripada Shah Alam Selangor Jangan lupa untuk singgah disini u...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri