Corak pada kulit sebatang pokok yang menarik perhatian saya. Orang datang sini cuci mata tengok barang jualan, tapi saya tertarik dengan pokok 😄
Kami keluar masuk beberapa buah kedai dan butik barangan berjenama, tengok-tengok je tak membeli
Kami tak ke Shibuya Scramble Crossing a.k.a. Shibuya Crossing, tapi merasa pengalaman melintasi jalan simpang empat di Jingumae Crossing. Sesak dengan orang ramai melintas jalan setiap kali lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau
Sementara tunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar warna hijau, saya sempat memotret sebuah pesawat yang sedang melintasi ruang udara di sini
Tangga eskalator di stesen tren yang membuat saya rasa gayat! Kalau naik atas, saya tak berani pandang belakang (bawah) dan kalau turun ke bawah begini, saya tak berani pandang hujung sekali
Kami sampai di stesen Shinjuku kira-kira pukul 4.40 petang. Kalau ikut itinerari, kami nak pergi ke Shinjuku Gyoen National Garden. Keluar dari stesen, kami cuba cari jalan ke sana tapi nampaknya gagal. Hari pun dah makin gelap, tak sesuai nak jalan-jalan di taman
Kami berjalan memerhati suasana malam di Shinjuku. Lorong di sini cerah dengan cahaya lampu dan meriah dengan pengunjung juga pekerja kedai yang sedang melakukan promosi. Nampaknya di sini banyak kafe/restoran, pusat karaoke dan pub.
Saya tertarik dengan keindahan bulan, lampu jalan gaya klasik dan bangunan dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni. Carian saya mendapati, bangunan tersebut merupakan NTT Docomo Yoyogi Building - bangunan pencakar langit dengan ketinggian 240 meter, ia merupakan bangunan ke-7 tertinggi di Tokyo
Suasana di depan pintu masuk Uniqlo. Meriah dengan pengunjung
Ada 12 tingkat semuanya. Saya dapati, walaupun ada 12 tingkat tetapi setiap tingkat tidaklah terlalu luas. Terdapat kafe Uniqlo Coffee di tingkat atas sekali. Tapi kami tak sempat nak mencuba kopi di sini, Uniqlo Coffee hanya beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja
Betul kata orang, produk Heattech di sini jauh lebih murah berbanding beli di Uniqlo Malaysia. Sebelum ini saya tak pernah ke luar negara pada musim sejuk, saya cuma ada beberapa helai baju Heattech yang dibeli di Malaysia sebagai persediaan ke Jepun. Bila jumpa harga lebih rendah begini, saya beli lagi beberapa helai t-shirt dan beli juga legging
Sudut produk dengan identiti Jepun, sesuai dijadikan cenderamata. Ni saya tunjuk sikit je, ada banyak lagi dengan motif yang menarik
Yang ni pun menarik juga, tapi tak beli pun. Saya dan Encik Suami masing-masing beli sehelai t-shirt sebagai oleh-oleh buat diri sendiri 😀
Dalam perjalanan ke stesen tren, saya nampak benda ni - tak pasti ini penutup manhole atau bukan. Yang pasti ia menarik perhatian saya. Sebelum ini saya dah jumpa penutup manhole yang cantik berwarna-warni berhampiran Masjid FujiKawaguchiko.
Kira-kira pukul 9 malam, kami tiba di Ueno Station. Sebuah stesen yang luas dan sibuk, kami jadi keliru semasa mencari pintu keluar.
Suasana di luar Ueno Station. Ramai sungguh orang. Uniknya kalau kita melintas jalan di sini, lampu pejalan kaki bertukar hijau berserta bunyi ‘piu-piu’. Comel je kan 😁. Bagus ada bunyi begini, kot kita tak nampak lampu hijau (sebab orang terlampau ramai) tapi kita masih boleh dengar bunyi ‘piu-piu’ tanda selamat untuk melintas
Sedang berlangsung Ueno Christmas Market di dataran berhampiran hotel penginapan kami
Kami perlu melintas jalan beberapa kali sebelum sampai hotel. Sempatlah saya merakam foto suasana meriah Ueno pada malam hari. Kebetulan ada sebuah teksi berhenti, saya lihat pemandu teksinya kemas mengenakan suit dan tali leher. Tak pastilah semua pemandu teksi berpakaian begini atau teksi tertentu sahaja|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |