Hay Cafe Sekincahan Tempat Santai Dengan Pemandangan Sawah Yang Memukau


 5 Apr 2025-7 April 2025(Sekinchan 3 hari 2 malam) Assalamualaikum 
Bersambung dari SINI, Sebelum check out pagi 7 April 2025, makcik macam biasa la, scroll TikTok dulu sambil baring-baring tarik selimut. Bukan apa, nak cari idea tempat makan best ke, port lawa ke, yelah dah nak balik Klang, mana tau boleh singgah mana-mana dulu. Tengah scroll-scroll, tiba-tiba keluar satu video pasal Hay Cafe—MasyaAllah, cozy gila! Dengan suasana ala-ala kampung moden, kayu-kayu, pokok-pokok hijau, terus rasa jatuh hati. Dalam hati makcik terus cakap, “Eh, tempat macam ni kena singgah ni… rugi kalau tak!”
Tak tunggu lama, makcik terus tunjuk kat Daus. “Ha, Daus tengok ni… lawa kan? Jom la singgah sebelum balik. Bukan selalu dapat port macam ni.” Daus pun angguk je, “On je makcik, jom try.” Ha, bila ada anak  yang satu kepala ni memang senang kerja.
Jadi, lepas siap-siap, kemas barang semua, kami pun gerak la ke Hay Cafe tu. Perjalanan tak jauh pun, sepanjang jalan rasa excited nak tengok sendiri tempat tu depan mata. Bila sampai je, perghhh… memang tak tipu TikTok tu. Lagi lawa dari dalam video! Tenang je suasana dia, siap ada angin sepoi-sepoi bahasa lagi. Orang pun tak terlalu ramai masa tu, memang feeling dia best gila.
Masuk je dalam, bau kopi semerbak satu cafe. Dekorasi dia simple tapi ada sentuhan rustic yang buat rasa macam nak duduk lama-lama. 
Makcik duduk situ sambil pandang sekeliling, dalam hati rasa syukur sangat dapat moment macam tu. Rasa damai, rasa tenang, macam semua stress hilang sekejap. Daus pun sempat ambik gambar makcik candid konon-konon aesthetic. Hahaha. Bila tengok jam, eh, dah lama rupanya duduk situ. Tapi serius, rasa tak puas langsung. Kalau tak sebab Daus masuk kerja kul 4 petang, kena  sampai Klang sebelum kul 4 , memang makcik sanggup lepak situ sampai senja nyah

Masa nak gerak tu pun makcik sempat cakap, “InsyaAllah, lain kali kita repeat datang sini lagi. Boleh ajak geng lain pulak.” Memang berbaloi sangat singgah Hay Cafe tu. Dari scroll TikTok je, terus jadi kenangan manis.




Bila masuk je ke dalam HayCafe, terus rasa tenang.  Kafe ni buka luas, boleh nampak sawah padi hijau yang terbentang depan mata. Memang cool! Dekorasi dalam kafe pun simple dan moden, tapi tetap ada vibe kampung yang buat rasa santai. Kalau korang suka ambil gambar, memang banyak spot cantik untuk ‘Instagramable’. Kalau datang petang, lagi syok sebab boleh tengok sunset dengan pemandangan sawah yang luas.
















Keliling Hay Cafe ni memang lawa gila, tenang je vibe dia. Dari luar lagi dah nampak macam port lepak yang rare—dikelilingi pokok-pokok hijau, rumput cantik terjaga, siap ada macam kawasan kebun mini gitu. Macam masuk tempat healing versi kampung moden






banyak jugak pilihan kek yang korang boleh cuba dekat Hay Cafe Sekincahan

Hay Cafe Sekincahan ni bukan setakat tempat minum kopi sambil makan kek je, tapi mereka juga ada menu main dish yang pastinya akan buat korang kenyang dan puas hati! Ada Teriyaki Chicken yang sedap gila, rasa manis-manis masin yang just nice, lepas tu ada Nasi Lemak Ayam Rempah yang . Kalau korang jenis suka pasta, jangan risau, diorang pun ada pasta yang lembut dan creamy, sesuai untuk semua selera

Sebelum datang sini, kami dah sarapan pagi berat, jadi kami order yg simple2 je  , Daus order matcha, kek onde2 ngan kacang edamame, makcik order mushroom soup ngan air suam je, tiber fefeling nak jaga kesihatan nyah 


Kat bahagian luar dia ada meja-meja kayu, boleh lepak bawah pokok sambil hirup kopi. Angin sepoi-sepoi pulak tu, memang rasa damai sangat. Kalau datang pagi atau petang, matahari pun tak terik sangat


















Yang bestnya, tempat duduk dia banyak pilihan—nak duduk dalam pun boleh, aircond sejuk je, tapi ramai suka duduk luar sebab feeling dia lain macam. Pendek kata, Hay Cafe ni bukan sekadar tempat minum kopi, tapi tempat tenangkan jiwa







Kek onde-onde ni lembut, dengan rasa kelapa manis dan pandan wangi, mengingatkan pada kuih onde-onde tradisional tapi dalam versi kek moden


lepak santai di Hay Cafe Sekincahan, sambil makan sup cendawan yang panas dan sedap. Rasa sup yang kaya dengan cendawan dan herba tu memang menyegarkan, ditambah dengan pemandangan sawah padi hijau yang luas. Angin sepoi-sepoi, – semua tu buat korang rasa tenang dan jauh dari kesibukan. Tempat ni memang perfect untuk recharge sambil menikmati makanan dan alam sekitar yang menenangkan.








Motor menjadi daya tarikan tambahan dekat hay cafe.he he he


Kalau korang suka ambil gambar, memang banyak spot cantik. Ada sudut dekat dengan pintu masuk yang dihiasi dengan pokok-pokok kecil, ada jugak kawasan yang boleh nampak terus sawah padi luas terbentang. Kiri kanan semua nampak hijau, dengan langit biru yang luas—memang gambar cantik terus keluar!




Ada jugak bahagian tepi yang dihias dengan tanaman gantung, pasu-pasu bunga, dan rak kayu—simple tapi sedap mata pandang. Ada vibe ala-ala santai Bali sikit pun ye jugak. Kalau datang dengan kawan-kawan, family, atau even sorang-sorang pun, memang sesuai. Tempat dia tak crowded, tak bising, memang sesuai kalau nak lari kejap dari hiruk pikuk bandar








Paling best pasal Hay Cafe ni, dia bukan duduk tengah bandar biasa-biasa tau, tapi dikelilingi sawah padi yang tengah menghijau cantik ya amat! Masa makcik sampai je, memang terpegun kejap. Kiri kanan cafe, penuh dengan pemandangan sawah padi terbentang luas, hijau dia lain macam segar dia. Rasa macam mata ni pun dapat terapi percuma.















Hay Cafe Sekinchan terletak di Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2025/04/hay-cafe-sekincahan-tempat-santai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Umah Santai

Kisah Umah Santai

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 143 hits
Norshidah Md Daud Umah 2 buah tapi katanya umah santai family hujung minggu Kalau umah santai ujung minggu sebuah je makcikKau angkut satu kampung ke smpai bina 2 buah Sahihla mmg berniat cari keuntungan Terletak d atas puncak bukit dikatak...
Selamat Datang Ke Chat Haus Ruang Kerja Santai Untuk Chatbot Ai

Selamat Datang Ke Chat Haus Ruang Kerja Santai Untuk Chatbot Ai

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 132 hits
Di antara sebuah sekolah rendah dan perpustakaan awam di kawasan Greenpoint di Brooklyn terdapat ruang kerja mewah yang unik Dikenali sebagai Chat Haus ruang ini mirip dengan pejabat coworking biasa orang sedang menaip di komputer ada yang ...
4 Destinasi Santai Untuk Weekend Lepas Hari Raya

4 Destinasi Santai Untuk Weekend Lepas Hari Raya

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 192 hits
Sure Here s a revised and more casual version of your article Raya season is a whirlwind of fasting family reunions and festive feasts it s a blast but also a bit hectic Once the celebrations wrap up why not sneak away for a quick weekend g...
Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 188 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI KETIGA JUMAAT 6 DISEMBER 2024 Sambungan entri terdahulu Selesai menunaikan solat Jumaat dan makan di Tokyo Camii kami meneruskan acara jalan jalan santai Dalam itinerari saya senaraikan beberapa tempat yang kami n...
Kenakan Caj Rm80 Tapi Kucing Dibiarkan Terabai Tempat Perlindungan Haiwan Di Gombak Ini Dikecam Ngo

Kenakan Caj Rm80 Tapi Kucing Dibiarkan Terabai Tempat Perlindungan Haiwan Di Gombak Ini Dikecam Ngo

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 125 hits
Sebuah organisasi bukan kerajaan Stray Free Foundation mendakwa sebuah tempat perlindungan kucing di Gombak telah mengabaikan kebajikan haiwan dengan membiarkan kucing dalam keadaan kotor tidak dijaga dan menyebabkan banyak kematian Dalam s...
Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 193 hits
sempena cuti hari pekerja mak ajak anak anak bersaparan di warung santai santai padu ahak lokasinya berhampiran di stesen keretapi lama klang kau google je kedainya memang betul di tepi jalan namun di bahagian depan kedai ada je parking kos...
Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 161 hits
Hi Korang Kafe 28 Studio KL Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian kafe 28 Studio KL Bertapak di 9 1 Jalan 24 6 Taman Setapak Indah kafe ini memperkena...
Tetamu Dari Melaka Dan Santai Bersama Drinkla My

Tetamu Dari Melaka Dan Santai Bersama Drinkla My

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 116 hits
lupa nak bagitahu blog aku jenis letak gambar tanpa edit jadi estetik minta maaf lah ya bukan pemalas tapi aku cuma edit basic sahaja asalkan cantik di mata aku pada bahagian preset kalau nak edit cantik bagi estetik memang bukan aku Tetamu...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meggy Z Terlanjur Basah Chord

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Bila Ketua Hanya Jawatan Bukan Peranan

How To Choose The Right Switch Cover

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened