Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi


Hi Korang,
Kafe 28 Studio KL Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi | Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian kafe 28 Studio KL


Bertapak di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu yang menggabungkan bukan sahaja suasana estetik, malah mereka menyediakan ruang komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri


Dibuka dari 12 tengah hari sehingga 1 pagi, kafe ini menawarkan tempat lepak yang chill, kopi berkualiti dan suasana mesra. Ini menjadikan 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe, malah ianya adalah ruang yang membangkitkan inspirasi serta mendukung interaksi yang bermakna

Diasaskan oleh Qistina Batrisyia Binti Ahmad Nizam, 28 Studio KL ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi sebuah kafe yang selesa dan menarik, untuk menikmati suasana, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan


"28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen, dan menikmati secawan kopi yang disediakan dengan penuh perhatian. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah, dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk" ujar Qistina

Menariknya, keseluruhan interior kafe ini direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa


Sempena pembukaan rasmi, 100 pelanggan pertama berpeluang memutar papan roda untuk memenangi hadiah misteri eksklusif, sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang hadir menyokong hari bersejarah ini.Turut kelihatan di acara ini adalah beberapa nama dikenali dalam dunia seni visual dan media sosial

Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil. yang karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL

Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. “Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat,” ujar Dzili



Sementara itu, menu minuman seperti Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) menjadi pilihan utama hari ini, dengan ramai pelanggan berkongsi ulasan positif di media sosial


28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif





Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan pelancaran rasmi hari ini, 28 Studio KL memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti; menjadikan setiap kunjungan sebagai pengalaman yang lebih daripada sekadar minum kopi

Untuk maklumat lanjut mengenai 28 Studio KL, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @28studioKL di Instagram dan TikTok




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/04/kafe-28-studio-kl-lokasi-lepak-santai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 127 hits
Kafe 28 Studio KL merupakan sebuah kafe yang tampil dengan konsep menarik iaitu menggabungkan seni kopi dan komuniti di bawah satu bumbung dengan ruang yang estetik dan penuh inspirasi Tanggal 20 April 2025 merupakan detik bersejarah bila K...
Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 159 hits
Kehidupan moden sering kali menimbulkan tekanan yang tinggi terutamanya dalam dunia kerja Namun penting untuk menguruskan tekanan tersebut agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera Berikut adalah beberapa tips santai yang boleh ...
Tips Mummy Power Cara Santai Tapi Berkesan Urus Anak Diri Sendiri

Tips Mummy Power Cara Santai Tapi Berkesan Urus Anak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 127 hits
Kadang kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah Mana taknya pagi pagi dah kena kejutkan anak sediakan sarapan sambung kerja rumah dan dalam masa yang sama urus emosi sendiri supaya tak meletup Tapi jangan risau mommies ada ca...
Selamat Datang Ke Chat Haus Ruang Kerja Santai Untuk Chatbot Ai

Selamat Datang Ke Chat Haus Ruang Kerja Santai Untuk Chatbot Ai

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 92 hits
Di antara sebuah sekolah rendah dan perpustakaan awam di kawasan Greenpoint di Brooklyn terdapat ruang kerja mewah yang unik Dikenali sebagai Chat Haus ruang ini mirip dengan pejabat coworking biasa orang sedang menaip di komputer ada yang ...
Dark Side Of Him Akaun Kedua Khairul Aming Curi Tumpuan Netizen Tampilkan Sisi Berbeza Dan Santai

Dark Side Of Him Akaun Kedua Khairul Aming Curi Tumpuan Netizen Tampilkan Sisi Berbeza Dan Santai

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 149 hits
Akaun Instagram kedua milik usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming iaitu khairulamingtoo kini menjadi tumpuan ramai apabila memaparkan sisi berbeza dirinya yang lebih santai dan menghiburkan Berbeza dengan akaun utama yang lebih fo...
Tetamu Dari Melaka Dan Santai Bersama Drinkla My

Tetamu Dari Melaka Dan Santai Bersama Drinkla My

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 86 hits
lupa nak bagitahu blog aku jenis letak gambar tanpa edit jadi estetik minta maaf lah ya bukan pemalas tapi aku cuma edit basic sahaja asalkan cantik di mata aku pada bahagian preset kalau nak edit cantik bagi estetik memang bukan aku Tetamu...
Kad Kahwin 20 Contoh Ucapan Inspirasi Design Kad

Kad Kahwin 20 Contoh Ucapan Inspirasi Design Kad

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 140 hits
Kad kahwin merupakan satu elemen penting dalam sesebuah majlis perkahwinan Lebih daripada sekadar sekeping kertas yang menyampaikan maklumat mengenai hari bahagia kad ini membawa bersamanya harapan kegembiraan dan menjadi simbol permulaan s...
Dari Kedai Mainan Ke Empayar Runcit Terbesar Kisah Inspirasi Mydin Yang Menggugah

Dari Kedai Mainan Ke Empayar Runcit Terbesar Kisah Inspirasi Mydin Yang Menggugah

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 121 hits
Dari Kedai Mainan ke Empayar Runcit Terbesar Inilah Kisah Inspirasi Mydin Ramai yang kenal nama Mydin hari ini pasaraya yang jadi tempat wajib singgah bila nak beli barang rumah cari promosi gempak atau shopping bajet Tapi tak ramai tahu ki...
Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

Tukar Nama Mrsm Tun Abdullah Badawi Beri Inspirasi Generasi Muda

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 108 hits
Pemuda Umno Pulau Pinang berkata usaha menjenamakan semula MRSM Kepala Batas itu menyuntik semangat baharu untuk melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang Semalam Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya bercadang menamakan MRSM ...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Masak Kicap Ikan Mackerel

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Dhuha Itu Rahsiaku Rezeki Itu Hadiah Untukmu Doa Isteri Jadi Pintu Rezeki Suami

Tiada Haid Walaupun Sudah Ambil Ubat Turun Haid

Cerita Tahun Lepas Cuti Cuti Di Tiara Desaru

Android And Wear Os Are Getting A Big Refresh

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti