Benarkah Pertemuan Bersatu Malam Esok Bertujuan Menukar Ketua Pembangkang











17 November 2025


Sebagaimana tular surat berkenaan di media sosial, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen parti itu malam esok.


Pertemuan akan diadakan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, jam 8.00 malam.


Semua Ahli Parlimen Bersatu dijemput menghadiri pertemuan tersebut dan diminta mengesahkan kehadiran sebelum 15 November (Sabtu).


Tiada agenda atau tujuan khusus Muhyiddin memanggil pertemuan itu, tetapi beberapa laman sosial dan peminat politik tanah air seolah-olah dapat menghidu tujuan pertemuan itu.


Mereka menyatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk Muhyiddin mendapat persetujuan daripada Ahli-Ahli Parlimen Bersatu bagi menukar Ketua Pembangkang daripada Hamzah Zainuddin kepada Radzi Jidin.


Setakat ini tiada sesiapa berani mengesahkan perkara itu, cuma mereka mengatakan – tunggu saja malam esok apa terjadi nanti.


Benarkah spekulasi yang berlegar itu dan sejauh mana ia akan menjadi kenyataan?


Isu pertama yang jadi persoalan, jika benar pertukaran itu yang dirancang dalam pertemuan malam esok, ia memang sesuatu yang tidak kena pada masanya.


Ini kerana ketika ini kempen PRN Sabah baru saja bermula dan pertukaran Ketua Pembangkang pastinya akan mencetuskan pertelingkahan yang tidak perlu dalam Bersatu.


Peluang calon Bersatu dan BN untuk beroleh kemenangan di Sabah akan ternafi dengan sendirinya akibat pertukaran itu.


Akhirnya, PN dan Bersatu sendiri yang akan rugi.


Yang kedua, berapa ramai Ahli Parlimen akan hadir dalam pertemuan itu nanti?


Jika tidak semua Ahli Parlimen dapat hadir atau kalau kem Hamzah tidak hadir, kalau pun persetujuan untuk menukar Ketua Pembangkang berjaya diperolehi daripada Ahli-Ahli Parlimen yang hadir, keadaan itu tidak mencerminkan keputusan yang benar-benar bulat.


Ia akan terus dipertikaikan dan sudahnya Bersatu akan jadi lebih berpecah.


Sekali lagi, Bersatu akan rugi disebabkan polemik dalam parti yang tiada hentinya.


Ketiga, jawatan Ketua Pembangkang adalah mewakili PN yang merupakan blok pembangkang ketika ini.


Dengan hanya cadangan Bersatu agar nama Hamzah digugurkan sebagai Ketua Pembangkang dan ditukar dengan nama lain, ia tidak semestinya menjadi kenyataan jika perkara itu tidak dipersetujui oleh PAS yang memiliki lebih banyak kerusi dalam gabungan itu.


Apa kata jika PAS nanti menolak pertukaran yang dicadangkan Bersatu itu?


Sediakah Bersatu hendak berbalah dengan PAS pula?


Sebaiknya, oleh kerana PRU16 pun hanya kira-kira dua tahun lagi daripada sekarang dan boleh jadi juga ia mungkin dipercepatkan jika keputusan PRN Sabah tidak memberangsangkan buat PH, adalah lebih baik kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang tidak dihadirkan apa-apa gangguan.


Lagi pun, beliau boleh dikata berperanan agak baik selama ini sebagai Ketua Pembangkang.


Jadikan saja pertemuan malam esok sebagai pertemuan makan-makan tajaan Presiden sambil sama-sama memikirkan bagaimana untuk mengorak langkah lebih  gagah memenangi PRU16, sesuai dengan sentimen rakyat yang memang tidak memihak kepada kerajaan ketika ini. – ShahbudinHusin 17November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/benarkah-pertemuan-bersatu-malam-esok-bertujuan-menukar-ketua-pembangkang/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/benarkah-pertemuan-bersatu-malam-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cubaan Tukar Hamzah Ketua Pembangkang Bunuh Pn

Cubaan Tukar Hamzah Ketua Pembangkang Bunuh Pn

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 163 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin dianggap aset paling stabil dalam Perikatan Nasional ketika ini yang menurut penganalisis cubaan menyingkirkannya sebagai ketua pembangkang hanya akan membunuh gabungan it...
Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 237 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menutup spekulasi mengenai pertukaran ketua pembangkang apabila menegaskan Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal memegang jawatan tersebut Hamzah masih ketua pembangkang Memetik laporan darip...
Krisis Bersatu Dua Lagi Ketua Bahagian Bersatu Jadi Korban

Krisis Bersatu Dua Lagi Ketua Bahagian Bersatu Jadi Korban

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 144 hits
K PRAGALATHSeramai dua ketua bahagian Bersatu di Selangor telah dikorbankan dengan pemecatan Ketua bahagian Bersatu Puchong Mohd Shukor Mustaffa dipecat serta merta kerana melanggar klausa 9 1 4 perlembagaan Bersatu Shukor dikatakan terliba...
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Kenapa Ewon Keluar Sabtu Malam Dan Upko Keluar Ph Malam Ni

Kenapa Ewon Keluar Sabtu Malam Dan Upko Keluar Ph Malam Ni

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 207 hits
Anwar Ibrahim fans Sebab Ewon tau dari mesyuarat kabinet Jumaat lalu apa pendirian PMX Kerajaan dalam isu 40 Dan Ewon tahu esok ada mesyuarat kabinet khas tentang isu 40 di mana Kerajaan akan putuskan langkah seterusnya Jadi segala perancan...
Doa Malam 9 Nov 2025

Doa Malam 9 Nov 2025

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 265 hits
Ya Allah lindungi aku dari gelapnya dendam
Lebih 60 Rumah Rosak 13 Kejadian Pokok Tumbang Berlaku Sekitar Bandaraya Kuantan Akibat Ribut Melanda Malam Tadi

Lebih 60 Rumah Rosak 13 Kejadian Pokok Tumbang Berlaku Sekitar Bandaraya Kuantan Akibat Ribut Melanda Malam Tadi

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 269 hits
KUANTAN Lebih 60 rumah rosak dan 13 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini susulan ribut yang melanda malam tadi Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Kuantan Mejar Zahidi Zainudin berkata ribut yang berlaku sekitar...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Ultimate Beef Zharkoye Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Semuanya Pinjaman Pesakit Endometriosis

Cannondale Caad10

55 Ucapan Selamat Natal Dan Tahun Baru Inspirasi Terindah Penuh Berkat Sukacita Damai Sejahtera Dan Harapan Baru

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2