Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya



Jalan-Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati. Alhamdulillah selepas je bercuti dekat Grand Lexis Port Dickson, seterusnya zaza dan family kakak ke Melaka pula. Memang dah lama zaza teringin jalan Melaka ni sebab last dulu pergi pun bertahun lalu masa zaman belajar.

Sampai je Melaka kami terus ke Pantai Klebang untuk makan tengahari. Tapi zaza tengok Pantai Klebang dah macam kurang meriahnya..

Selepas tu barulah kami bergerak menuju ke hotel yang telah ditempah. Kami memilih hotel OYO yang baru dibuka.

Besar dan luas juga hotel OYO terbaru ni. Harga satu malam zaza tak pasti sebab abang ipar yang bayarkan. Maklumlah percutian ditaja sepenuhnya darinya mehmeh..

Selepas siap solat, kami berehat sekejap dan selepas itu barulah keluar berjalan-jalan di Bandaraya Melaka. Tapi tak lama pun sebab cuaca hujan renyai-renyai so kami pulang semula ke hotel.







Keesokannya barulah kami berjalan semula. Alhamdulillah cuaca pun baik..jadi kami hanya jalan-jalan di Bandar Hilir saja memandangkan petang itu dalam pukul 3 petang adalah masa untuk check out dari hotel dan nak pulang semula ke KL.

Melihat keindahan Kota A Famosa yang cukup terkenal di negeri Melaka ini. Kota A Famosa adalah tinggalan sejarah semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Tanah Melayu.

Pada tahun 1511, Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menawan Melaka. Portugis telah menggunakan buruh paksa bagi membina kubu sementara untuk menghalang serangan dari orang Melayu manakala mereka membina kubu utama yang disebut A Famosa.

Kota A Famosa bermaksud "Yang Termasyur" dalam bahasa Portugis. Pembinaan Kota A Famosa ini mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan dan ramai yang mati akibat dari cuaca yang panas terik dan kekurangan makanan.

Pembinaan Kota A Famosa ini adalah dari arahan Alfonso de Albuquerque dan antara kubu yang kuat ketika itu.

Selepas berjalan dekat Kota A Famosa zaza seterusnya melawati kawasan sekitar Gereja St Paul. Penat juga nak naik tangga ke Gereja St Paul ini..memang lengguh kaki maklumlah zaza pun dah lama tak berjalan naik tangga yang banyak gila tu..

Tapi sorry tau..zaza tak banyak ambil gambar keindahan bangunan tu sebab leka sangat ambil gambar sendiri dan kakak dan melihat-lihat keindahan alam. Rasa menyesal pula..

Sekitar Gereja St Paul dengan pemandangan menara Taming Sari serta laut di belakang
Salah satu pintu Gereja St Paul
Gereja St Paul telah dibina pada tahun 1521 oleh seorang Kapten Portugis, Duarto Coelho. Pembinaan gereja ini merupakan tanda terima kasih mereka kerana terselamat dari serangan musuh

Asalnya ia bernama Nora Senhora tetapi setelah Belanda berjaya menawan Melaka pada 1641, ia ditukarkan kepada Gereja St Paul

Gereja St Paul. Kredit Foto Wikipedia
Kalau perasan ada patung lelaki putih tu..ia adalah tugu St Francis Xavier. Di dalam gereja itu pula boleh dilihat sktruktur bangunan lama dan juga papan konkrit yang mempunyai tulisan serta ukiran dimana ia dahulunya adalah penutup perkuburan pembesar Portugis

Sebenarnya banyak sangat tempat yang boleh dilawati kat Melaka ni tapi tak sempat nak berjalan kat semua tempat. Kononnya nak naik Melaka River Cruise dan Zoo tapi bila tengok harga tiket boleh tahan juga ya harga sekarang ni.

Antara senarai-senarai tempat yang boleh di lawati dekat Melaka :
Muzium Setem Melaka | Nyonya Memoirs |  Casa Baba Gallery |  Perigi Hang Tuah | Mahkota Parade | Jonker Walk | Villa Sentosa |  The Shore Sky Tower | The Pirate Adventure – Melaka Alive | Melaka Tropical Fruit Farm | Padang Kemunting Turtle Management Centre | Freeport A’famosa Outlet Village | The Orang Utan House | Encore Melaka | Rumah Terbalik Melaka | Masjid Kampung Hulu | Baba Nyonya Heritage Muzium |  Kampung Umbai |  Malaysia Prison Museum | Mamee Jonker House | The Shore Oceanarium | Muzium Cheng Ho | Masjid Kampung Kling | Melaka Wonderland Theme Park | Menara Taming Sari | Taman Rama–Rama Melaka | Taman Buaya | Muzium Kapal Selam | Muzium Kesultanan Melayu Melaka | Kolam Air Panas Jasin | Taman Burung Melaka | Melaka Skytrex | Bayoo Lagoon Park | Maritime Muzium | Zoo Melaka | Muzium Al-Quran Melaka |  Hutan Rekreasi Sungai Udang | Muzium Kastam Melaka | Muzium Islam Melaka | Mini Malaysia & Asean Cultural Park | Makam Hang Jebat | Galeri Cheng Ho | Hang Tuah Centre | Muzium Adat Istiadat | Muzium Sastera | Pantai Tanjung Bidara | Muzium Senibina Malaysia | Muzium Adat Istiadat
Untuk mengetahui tentang tempat-tempat ni bolehlah you all search mengikut nama-nama tu di google. Kalau nak ceritakan setiap tempat memang panjang la jawabnya mehmeh.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2020/01/jalan-jalan-melaka-dan-tempat-menarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda

5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 474 hits
5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda Adakah anda gemar untuk menjadikan pulau sebagai tempat percutian anda Mengapakah pulau yang menjadi pilihan anda Pasti anda akan berkata bahawa pulau akan memberikan suas...
Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 659 hits
Sempena menyahut seruan Kerajaan berkenaan Tahun Melawat Malaysia 2020 setiap negeri pasti memainkan peranan bagi menarik pelancong daripada dalam negeri dan khususnya dari luar negara untuk datang dan bercuti di dalam Malaysia Tidak kira d...
Nampak Cantik Warna Menarik Ini Kuasa Racun Boleh Bunuh Manusia Yang Ada Pada Katak Ini

Nampak Cantik Warna Menarik Ini Kuasa Racun Boleh Bunuh Manusia Yang Ada Pada Katak Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 536 hits
Katak merupakan adalah salah satu haiwan yang ada di atas muka bumi ini Ramai yang geli apabila melihat kehadiran katak ini kerana sifatnya yang lembik Namun begitu terdapat juga katak yang mempunyai warna yang mampu menarik perhatian orang...
40 Tempat Makan Best Breakfast Lunch Dinner Best Di Melaka

40 Tempat Makan Best Breakfast Lunch Dinner Best Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 1632 hits
Jom Trip geng Ada menu tempat makan sekali tu Sarapan Pagi Best Sekitar Melaka 1 Roti Canai Kayu Arang 2 Awang Roti Canai 3 Roti Canai Kompleks Niaga Limbongan 4 Mee Goreng Hassan 5 Perhentian Kuih Kampung6 Restoran Rashid Corner 7 Nasi Lem...
7 Tempat Wisata Kulon Progo Yang Menarik Dikunjungi

7 Tempat Wisata Kulon Progo Yang Menarik Dikunjungi

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 360 hits
Kulon Progo menjadi salah satu wilayah yang kerap menjadi tujuan wisatawan Berbagai destinasi wisata di Kulon Progo selalu mampu menarik minat para wisatawan
Puding Roti Tanpa Oven Guna Kuali Je Tak Sampai 10 Minit Anak Dah Boleh Makan

Puding Roti Tanpa Oven Guna Kuali Je Tak Sampai 10 Minit Anak Dah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 424 hits
Menyediakan menu berbakar seperti puding roti pastinya memerlukan ketuhar atau oven untuk membakar namun tidak pada resipi yang satu ini Resipi perkongsian menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini memang unik Puding roti untuk anaknya yan...
Pengguna Kini Boleh Mengukir Emoji Pada Airpods

Pengguna Kini Boleh Mengukir Emoji Pada Airpods

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 357 hits
Apple sekian lama sudah membenarkan pengguna mengukir nama atau apa jua teks pada beberapa produk mereka Di Malaysia pengguna perlu membuat tempahan secara atas talian dari laman web rasmi Apple untuk ukir teks yang diinginkan Terkini untuk...
Tak Elok Marah Marah Waktu Mengandung Baby Dalam Perut Pun Boleh Jadi Stres

Tak Elok Marah Marah Waktu Mengandung Baby Dalam Perut Pun Boleh Jadi Stres

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 641 hits
Perubahan hormon yang dialami semasa kehamilan secara tidak langsung turut memberi kesan kepada emosi si ibu hamil Gangguan emosi yang dialami membuatkan ibu mudah marah Berdasarkan pemerhatian ibu hamil lekas marah semasa berada di trimest...
Mak Nak Peluk Boleh Telemovie Lakonan Rita Rudaini Nasha Aziz

Mak Nak Peluk Boleh Telemovie Lakonan Rita Rudaini Nasha Aziz

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 2447 hits
Saksikan telefilem Mak Nak Peluk Boleh lakonan Rita Rudaini dan Nasha Aziz pada Sabtu ini 4 Januari 2020 pukul 10 malam di TV3 JUDUL MAK NAK PELUK BOLEHWAKTU SIARAN Sabtu 4 Januari 2020 10 00 malamSIARAN TV Slot Cerekarama TV3PENULIS SKRIP ...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban