Nampak Cantik Warna Menarik Ini Kuasa Racun Boleh Bunuh Manusia Yang Ada Pada Katak Ini


Katak merupakan adalah salah satu haiwan yang ada di atas muka bumi ini. Ramai yang geli apabila melihat kehadiran katak ini kerana sifatnya yang lembik.
Namun begitu terdapat juga katak yang mempunyai warna yang mampu menarik perhatian orang untuk melihatnya. Tapi cantik tak semestinya tidak berbahaya. Tahukah anda katak yang mempunyai warna yang menarik boleh memudaratkan kita?
Ketahui fakta mengenai katak tersebut.
SI CANTIK BERACUN
Katak… terbayang rupanya yang hijau lumut, warnanya kusam dan menggerutu. Namun, ada famili katak yang mempunyai warna gemilang, terang, bercorak menawan dan menarik.
Tapi awas!
Si cantik itu boleh membunuh.
KATAK ‘POISON-DART’
Katak ‘poison-dart’ digelar sedemikian rupa kerana toksin yang dirembes oleh katak ini digunakan untuk meracuni mata panah buruan oleh puak natif indian di Amerika Barat.
Katak tersebut adalah sebahagian dari famili Dendrobatidae.
Famili Dendrobatidae termasuk Genus: Colostethus, Epipedobates, Phyllobates, dan Minyobates steyermarki (satu-satunya spesis dari genus Minyobates). Katak Dendrobatidae adalah natif kawasan tropika di Amerika Tengah dan Barat.
APOSMATISM
Kredit Foto: wikipedia Katak Dendrobatids biasanya berwarna terang seperti merah saga, merah kuprum, kuning emas, hijau pucuk pisang, biru gemilang. Sebahagiannya juga mempunyai corak dengan warna yang begitu menonjol.
Ciri ini digelar ‘aposematism’ – apo (away), sema (sign). Warna terang dan corak yang menonjol menyebabkan pemangsa menjauhi katak tersebut.
Warna terang pada katak menunjukkan katak tersebut beracun dan menyakiti pemangsa yang cuba mengganggu mereka. Semakin terang warna katak, semakin poten tahap toksin katak tersebut.
Namun, sebenarnya kadang-kala ia hanyalah olok-olok saja. Katak yang berwarna terang tidaklah semestinya mempunyai toksin berbahaya, hanya menggunakan anggapan sahaja untuk mengekang pemangsa.
TOKSIN KATAK DENDROBATIDS
Katak Dendrobatids biasanya merembeskan toksin alkaloids lipofilik. Toksin ini dapat diserap oleh kulit kita dengan mudah.
Contoh toksin Dendrobatids adalah: allopumiliotoxin, batrachotoxin, epibatidine, histrionicotoxin, and pumiliotoxin.
Toksin-toksin tersebut adalah toksin yang akan meracuni saraf dan mengakibatkan kelumpuhan. Jika kelumpuhan melibatkan otot pernafasan dan otot jantung, sudah pastilah akan membawa maut.
Histrionicotoxin (HTX) contohnya, adalah perencat bagi reseptor nikotinik asetilkolin. Reseptor ini sebenarnya adalah sejenis lohong ion (ion channel) yang membenarkan interaksi impuls neuron-neuron dan neuron-otot.
Toksin HTX mampu menambat reseptor nikotinik asetilkolin pada tapak alosterik dan menstabilkan struktur asetilkolin yang menambat pada tapak aktifnya. Keadaan ini mengakibatkan asetilkolin tidak boleh diceraikan dari reseptor dengan pantas.
Reseptor lohong ion biasanya bertindak dalam masa tidak sampai sesaat, jika proses ini dilambatkan hanya setengah saat pun… pasti impuls neuron kita akan terjejas. Bayangkan jika impuls otak kita lambat sesaat memberi maklumat?
Epibatidine juga mempunyai mekanisma yang sama seperti HTX. Namun, epibatidine mempunyai afiniti yang sangat tinggi terhadap reseptor nikotinik asetilkolin, terutama pada subunit α4β2 reseptor tersebut.
Menariknya, varian subunit α4β2 adalah dominan di sistem saraf sentral (saraf tunjang dan otak). Dengan penambatan epibatidine, reseptor nikotinik asetilkolin akan terus menerus diaktifkan dan seterusnya merencat tindakbalas nociceptor (kesakitan) tubuh.
Epibatidine dikatakan 200 kali lebih poten merencat kesakitan berbanding morfin.
Malangnya, tindakan epibatidine tidak hanya spesifik terhadap tindakbalas reseptor nikotinik asetilkolin di otak. Aktiviti perencatan di otot periferi mengakibatkan kesan samping seperti gangguan tekanan darah, dan kelumpuhan otot kawalan pernafasan.
Pelbagai derivatif epibatidine disisntesis untuk aktiviti analgesik, sehingga kini masih tiada lagi yang berpotensi tanpa kesan samping yang berisiko tinggi.
Batrachotoxin adalah antara toksin yang paling poten dijumpai setakat ini. Mekanisma tindakan toksin ini agak berlainan, ia menambat pada lohong ion (ion channel) dan mengakibatkan lohong ini terus terusan terbuka. Jadi, impuls saraf akan terhenti dan ini akan mengakibatkan paralisis. Terutama pada otot jantung dan pernafasan.
Setakat ini, tiada antidot rawatan jika kita diracun oleh toksin-toksin katak ini.
KATAK GOLDEN POISON
Kredit Foto: poskupang Katak yang berwarna kuning terang bergelar ‘golden poison frog’ (nama saintifik: Phyllobates terribilis) mampu menghasilkan lebih 20 kali ganda batrachotoxin dan terbitannya berbanding dendrobatids lain.
Katak ini kecil sahaja, tetapi 1mg toksinnya mampu membunuh 10 orang dewasa. Syukurlah katak jenis ini hanya endemik di kawasan Pasifik di Colombia.
Tetapi ada juga katak Dendrobatids yang diseludup masuk kenegara kita kerana keunikan dan kecantikannya. Jika anda terjumpa katak ini… boleh lah masuk gear lima dan angkat kaki.
Jangan risau, katak ini tidak menggigit atau mencederakan kita, toksinnya hanya ada pada kulit. Selagi kita tidak bersentuhan dengannya, katak ini tidak akan membahayakan kita.
Toksah berangan si katak bertukar jadi putera raja pula…
#cisplatin
#SainsAlami
RUJUKAN
Lukowski AL, Narayan AR. Natural voltage‐gated sodium channel ligands: Biosynthesis and biology. ChemBioChem. 2019 May 15;20(10):1231-41.
Protti-Sánchez F, Quirós-Guerrero L, Vásquez V, Willink B, Pacheco M, León E, Pröhl H, Bolaños F. Toxicity and Alkaloid Profiling of the Skin of the Golfo Dulcean Poison Frog Phyllobates vittatus (Dendrobatidae). Journal of Chemical Ecology. 2019 Dec 5:1-2.
Wang IJ, Shaffer HB. Rapid color evolution in an aposematic species: a phylogenetic analysis of color variation in the strikingly polymorphic strawberry poison‐dart frog. Evolution: International Journal of Organic Evolution. 2008 Nov;62(11):2742-59.
Sumber: Ini Sains Beb
The post Nampak Cantik & Warna Menarik, Ini Kuasa Racun Boleh Bunuh Manusia Yang Ada Pada Katak Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/04/nampak-cantik-warna-menarik-ini-racun-boleh-bunuh-manusia-yang-ada-pada-katak-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untunglah Lelaki Ada Jambang Selain Awet Muda Anda Nampak Menarik Di Mata Wanita

Untunglah Lelaki Ada Jambang Selain Awet Muda Anda Nampak Menarik Di Mata Wanita

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 853 hits
Kini ramai lelaki yang suka menyimpan jambang Selain nampak lebih maskulin dan macho lelaki berjambang ini nampak menarik di mata wanita Lihat sahaja di kalangan selebriti tempatan atu luar negara lelaki berjambang seing mendapat perhatian ...
Nampak Je Senyum Manis Tak Sangka Nenek Ini Boleh Buat Korang Terciduk Dalam Call Of Duty

Nampak Je Senyum Manis Tak Sangka Nenek Ini Boleh Buat Korang Terciduk Dalam Call Of Duty

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 220 hits
Mori Hamako atau lebih dikenali sebagai Gamer Grandma di kalangan masyarakat di Jepun makin popular di negara matahari terbit tersebut Mesti anda tertanya tanya kenapa beliau digelar sebagai Gamer Grandma Hal ini adalah kerana kemampuan bel...
Kuasa Hukum Rizky Febian Sebut Ada Warna Biru Di Wajah Almarhumah Lina

Kuasa Hukum Rizky Febian Sebut Ada Warna Biru Di Wajah Almarhumah Lina

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 191 hits
Disinggung mengenai kejanggalan yang dimaksud ia mengaku tidak menyebutkan secara detail Berdasarkan keterangan Rizky yang ia terima ada semacam warna ungu dan biru di bagian wajah
5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda

5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 379 hits
5 Tempat Menarik Yang Ramai Tak Tahu Boleh Jadi Panduan Bercuti Anda Adakah anda gemar untuk menjadikan pulau sebagai tempat percutian anda Mengapakah pulau yang menjadi pilihan anda Pasti anda akan berkata bahawa pulau akan memberikan suas...
Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Sekitarnya

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 475 hits
Jalan Jalan Melaka Dan Tempat Menarik Boleh Dilawati Alhamdulillah selepas je bercuti dekat Grand Lexis Port Dickson seterusnya zaza dan family kakak ke Melaka pula Memang dah lama zaza teringin jalan Melaka ni sebab last dulu pergi pun ber...
Hanya Wanita Cantik Yang Boleh Makan Percuma

Hanya Wanita Cantik Yang Boleh Makan Percuma

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 372 hits
Makan percuma Wow siapapun pasti mahu menikmati makanan lazat tanpa keluar wang sesen pun Tapi sememangnya ada restoran yang memberi perkhimatan pada pelanggannya menikmati makanan dengan percuma Jawapannya ternyata ada Ada sebuah restoran ...
Netizen Undi Mati Boleh Dipenjara 20 Tahun Kerana Subahat Dan Beri Galakan Bunuh Diri

Netizen Undi Mati Boleh Dipenjara 20 Tahun Kerana Subahat Dan Beri Galakan Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 308 hits
Hati hati menggunakan media sosial Cover image via SAYS via Stock Pada 13 Mei 2019 lalu negara digemparkan dengan berita seorang gadis remaja membunuh diri selepas mendapat undi mati tertinggi di Instagram Remaja 16 tahun itu bertindak terj...
Nampak Sangat Orang Politik Tidak Boleh Ditegur Musa Hassan

Nampak Sangat Orang Politik Tidak Boleh Ditegur Musa Hassan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 337 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bercakap pada Program Bicara Isu Hukuman Mati di Wisma MCA Jalan Ampang Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak menolak kemungkinan wujud ras...
Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik Ketahui Apa Fungsi Putih Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik Ketahui Apa Fungsi Putih Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 475 hits
Buat golongan wanita yang pertama kali menjadi ibu pasti tertanya tanya lapisan putih yang ada pada tubuh bayi setelah dilahirkan Jangan risau kerana ianya adalah sesuatu yang mempunyai manfaatnya tersendiri kepada bayi anda Menurut perkong...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik