Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Apa khabar kawan-kawan semua lama dah Maha tak update penulisan di blog ni. Almaklumlah sekarang makin sibuk dengan tugasan hakiki. Tapi dalam sibuk-sibuk tu masih ada masa lagi untuk memastikan minda dan emosi sentiasa rehat. Macam mana tu orang kata kalau nak tenangkan minda serabut kita kena keluar dari kebiasaan yang dilakukan iaitu dengan cara bercutilah apa lagi



Tak perlu jauh-jauh kalau dapat ke negara jiran pun dah cukup untuk kita menghirup udara dan suasana baru. Kat situ kita baru rasa segar dan nikmatnya bercuti sekali sekala. Kali ini Maha nak kongsi bagaimana percutian ke negara jiran yang sedang tular sekarang ini. Mana lagi kalau bukan Hatyai. Ini kerana banyak tempat percutian menarik di Hatyai yang memukau. Nak lagi best ambil sahaja pakej daripada KOPETRO Travel. Tak perlu nak fikir nak naik apa, tempat tidur kat mana, nak makan kat mana semua disediakan. Itu semua nanti di hujung posting ni Maha kongsikan bagaimana. Tapi kali ni jom kita jalan-jalan makan angin style Maha ke Hatyai

Hari Pertama Di Hatyai
Macam Maha bagi tahu tadi yang percutian kali ni Maha menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas dari KOPETRO Travel. bertolak dari Kuala Lumpur menaiki bas yang selesa dan hanya tidur jer tanpa perlu fikir apa-apa pun. Maha dan beberapa kawan blogger lain pergi percutian 4 hari 2 malam. Kami bertolak dari KL malam dan sampai pagi kat Kedah. Kami masuk melalui CTC Durian Burung kerana kat situ tidak terlalu ramai orang dah tidak bersesak-sesak




Segala urusan berjalan lancar pagi tu sampai dalam pukul 8.00 pagi juga lah. Masuk sahaja sempadan Thailand pagi tu tempat pertama kami singgah mestilah tempat makan. Kalau kat Thailand ni ada satu kafe yang cukup popular di sana iaitu Cafe Amazon. Itu tempat pertama kami singgah nak ngopi-ngopi dan rehat buang apa yang patut. Kafe ni catik mewah dan harga juga berpatutan




Lepas sahaja perkena kopi dan juga makanan di kafe tu kami teruskan lagi perjalanan hari pertama ni untuk menikmati sepuasnya Selatan Thailand ni. Dalam perjalanan tu kami singgahlah satu butik exclusive. Kalau siapa kat sini nak cari sutera khas 100% buatan Thailand boleh singgah ke Rosecarre Gallery. Pemilik butik ni seorang muslim yang pandai bertutur bahasa Melayu dan juga semua pekerja mereka pandai berbahasa Melayu. 



Jadi tak perlu takut untuk bertanya apa sahaja hasil produk keluaran mereka. Paling popular di sini mestilah sutera dalam bentuk ukuran meter. Boleh digunakan untuk buat pakaian sangat lembut tidak panas. Juga ada pakaian yang siap jahit di sini. Maha pun beli juga dua helai tudung satu jenis selendang yang sangat mudah di gayakan sesuai untuk orang muda dan juga satu lagi tudung untuk mak-mak kalau nak pakai sarung sahaja. 



Pekerja mereka semua comel-comel dan yang lelakinya ganteng-ganteng yer hehehe. Tapi mereka cukup ramah tidak loket dengan senyumanlah. Sebab tu terbeli juga dua tudung ni. Tapi memang nak buat hadiah kat mak dan adik perempuan pun. Baju lelaki juga ada yer jangan tak percaya cantik-cantik baju kemeja dan juga jubah serta ada kurta yang menawan. 


Lepas tu teruskan lagi perjalanan menaiki bas senang tak perlu nak sewa kenderaa atau cari grab. Sebab kat Hatyai ni popular dengan tempat makanan Halal yang kena cuba. Jadi destinasi seterusnya kami singgah tempat makanlah sebab perut dah berkeroncong. Tempat makan Halal yang kami singgah iaitu Restoran Rusdee Boat Noodle. Konsep restoran dalam taman ada banyak pondok-pondok. Kami ramai jadi makan kat kawasan yang luas sikit. Kat sini walaupun nama Boat Noodle tapi kuantiti makanan ia sangat besar




Kalau hari tu Maha order Mix Beef and Chicken with Bihun. Menu lain yang ada kat sini banyak macam Beef Boat Noodle, Special Boat Noodle, Nasi Goreng Seafood dan Red Ruby Dessert. Makanan sup mereka sini tidak sama yang ada kat Malaysia. Kuah yang pekat dan terasa segala rempah ratus dalamnya dan bagi yang suka sup memang akan hirup habis kuah supnya. Harga makanan juga berpatutan tidak terlalu mahal berbaloi dengan kuantiti yang dihidangkan



Kat kawasan tepi-tepi restoran ni juga ada gerai jualan untuk beli macam kudap-kudapan seperti buah-buahan. Hari tu Maha beli buah Salak Thailand yang rupa unik, susah nak dapat kat Malaysia. Rasanya juga tidak masam memang Maha suka makan buah. Ada juga jualan buah potong dan juga ada buah Berangan kat situ murah-murah jer. Beli buat makan dalam bas untuk ke destinasi seterusnya



Tak habis lagi yer perjalanan hari pertama memang paling banyak tempat kami pergi. Yer lah semangat tengah berkobar-kobar nak jalan kat tempat orang yang jarang kita dapat pergi. Selepas tu kami singgah pula ke Kilang Gajus @ RANU KOHYO. Tempat ramai orang kata wajib singgah bila datang ke Hatyai ni. Kat sini boleh dapat pelbagai barang makan seperti kekacang, kerepek, jeruk, gula-gula dan juga makanan kering. Semua siap bungkus dan juga harga murah-murah sahaja. Orang Malaysia sendiri pun pun ramai kat sini penuh sesak berbaris nak bayar tapi cepat




Membuatkan kami lagi galak membeli makanan di sini untuk dibawa pulang jadikan cenderahati kerana ia sediakan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit. Jadi lagi mudah tak perlu nak berkira-kira berapa duit Bath tu hehehe. Kat situ sahaja Maha habis banyak beli barang makanan untuk bawa pulang. Mereka juga sediakan kotak untuk bungkusan bagi memudahkan untuk bawa pulang. Itu bestnya kalau travel dengan bas jadi nak beli seberapa banyak barang pun boleh ruangan luas. Jadi memang lupa dirilah kat situ beli barang-barang



Tapi masih waras lagi banyak tempat nak pergi. Lokasi seterusnya ini juga banyak cendermata yang boleh dibeli untuk bawa pulang kepada keluarga atau kawan-kawan di Malaysia. Walaupun mereka tak hulurkan duit tapi tetap ingat dalam hati gituwwww. Next kami singgah pula kat NORA Plaza. Sini diberitahu adalah plaza jualan cenderamata yang istimewa dibuat daripada kulit terutamanya kulit buaya original tau. 


Selain tu juga ada jualan macam-macam beg, baju, barang perhiasan dan macam-macam lagi lah. Jadi sebab ada baju tshirt yang murah-murah beli 5 percuma satu, Maha ambil untuk dihadiahkan kat keluarga. Kawan-kawan pejabat pula beli barang macam kincir, fridge magnet, beg kecil atau apa sahaja tanda kita masih ingat kat mereka hehehe. Sini pun habis banyak jugalah beli barang dan senang bungkus masuk sahaja dalam bas



Dah rasa penat dan juga melekit satu badan, masa untuk kami pergi check-in hari pertama di Hatyai. Kalau nak tahu pake ni juga selain ada pengangkutan mereka masukkan sekali penginapan yang mesra muslim. Jadi sangat mudah dan tidak perlu bimbang-bimbang lagi. Hotel yang kami duduk adalah River Grand Hotel Hatyai yang berada di tengah-tengah bandar juga lah. 


Hotel ni memang bertaraf 3 bintang dan juga paling bestnya kafe hotel ini Halal jadi tak perlu was-was nak makan di kafe hotel. Bilik hotel kami tidur Two Single Bed yang luas juga. Tersedia sekali dengan peti sejuk satu pintu yang besar, ada minuman mineral, wifi, tv, penyaman udara dan banyak lagi. Cuma iron kat sini kalau nak kena hubungi receptionist untuk mereka hantar iron ke bilik. Juga ada arah kiblat cuma tiada sediakan sejadah sahaja




Sinilah tempat penginapan kami untuk dua malam lagi dan juga tempat merebahkan kepenatan seharian berjalan. Nak cuci segala kelekitan yang ada pada tubuh ni agar segar untuk sambung lagi jalan-jalan. Hotel ni kalau nak jalan kaki ke Lee Garden iaitu kawasan meriah waktu malam pun dekat hanya 10 minit sahaja berjalan kaki. Kalau nak naik tuk-tuk pun boleh lagi syok. Itu nanti Maha ceritakan kemudian ok



Lepas menyucikan diri dan juga buat segala apa yang wajib kami pun berangkat lagi ke destinasi seterusnya iaitu nak makan malam lak. Waktu di Thailand ni lain sikit jangan keliru tau ia lewat 1 jam dengan waktu di Malaysia. Kalau contoh kat Thai pukul 6.00 petang tapi kat Malaysia sudah pukul 7.00 malam. Jadi kami hari pertama ni gerak awal untuk pergi tempat makan yang paling meriah dan wajib singgah datang makan dan pastinya Halal





Sampi juga kat Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai. Orang Malaysia dan juga orang tempatan memang cukup ramai makan kat sini. Kata mereka kalau sampai malam kat sini silap-silap tempat duduk penuh dan juga makanan dah banyak yang habis. Sebab kat sini boleh dikatakan ada lebih daripada 100 jenis makanan yang sedap-sedap. Terdiri daripada makanan laut segar, ikan bakar, daging dan ayam yang siap perap, juga makanan yang sudah siap masak pun banyak




Restoran ni boleh makan sepuas-puasnya tapi jangan membazir tak baik. Ambillah sebanyaknya makan selagi perut tak pecah dan juga makan seberapa banyak yang nak. Paling Maha suka kat sini adalah mereka sediakan makanan siap masak yang sedap-sedap. Susah nak cerita memang rambang mata jadinya. Makan punya makan tak sedar hari dah malam, tapi malam masih muda apa barang tidur awal



Selepas sahaja makan kat steamboat ini kami pergi pula satu lagi orang kata kalau sampai Hatyai tak singgah sini memang tidak sah. Mana lagi kalau bukan Khlong Hae Floating Market. Ia berdekatan dengan restoran steamboat tadi jer. Datang waktu malam memang sangat cantik pemandangan dengan diterangi lampu-lampu dan juga boat dan gerai jualan yang meriah. Seronok datang sini memang rasa terlalu mariah jauh daripada Malaysia wahhhh. 



Floating Market ini konsep yang cukup popular kat negara Gajah Putih ni. Setiap boat yang ada menjual pelbagai makanan boleh order sahaja dan terus buat bayar. Harga pun berpatutan memang rasa nak makan lagi dan makan lagi bila berada di sini. Mesti cuba mereka punya aiskrim kelapa dan juga minuman dalam buluh tu sangat unik. Floating Market ini hanya buka hari minggu sahaja iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebab tu ramai orang kalau datang hujung minggu



Lepas tu naik atas jambatan tu pula untuk bergambar dengan pemandangan belatar belakang floating boat dan sungai yang masih cantik. Kat atas ni pun banya juga gerai jualan baju-baju dan juga makanan. Nak makan situ boleh nak bungkus bawa balik pun boleh. Perkena meraka punya SomTam dan juga Pulut Mangga atau Pulut Durian perhhhh terangkat giler best weiiii. Jalan dalam kumpulan memang seronok ramai-ramai sambil sembang-sembang dan tak sedar hari makin lewat. Habis kat sini kami naik bas terus balik ke hotel nak rehat. Habis hari pertama dan belabuh malam yang dingin di Hatyai sambung hari kedua pula

Hari Kedua Di Hatyai
Bangun pagi tu dengan penuh kesegaran dan semangat lain macam kerana hari ni lagi banyak tempat kami nak pergi. Pagi tu macam biasa kerana pekej hotel ni sekali dengan sarapan kami hanya bersarapan di hotel sahaja sampai kenyang. Ini kerana hari kedua kami akan lebih adventure nak menjelajah Hatyai yang menjanjikan keseronokkan dan kegembiraan



Lepas sarapan terus berangkat naik bas senang tak perlu pening nak cari-cari lagi pengangkutan. Sebab lokasi seterusni agak jauh juga perjalanan kena masuk hutan untuk melihat haiwan liar hehehe. Pagi tu kami sampai ke Chang Pual Camp Hatyai iaitu kawasan konservasi gajah yang menjadi ikon kepada negara Thailand ini. Kat situ dapat lihat gajah real depan mata. Kalau siapa yang nak menunggang gajah pun disediakan. Serta siapa nak bergambar dan bagi makan kepada gajah pun ada



Sini gajah mereka terlatih dan juga tempatnya luas dan masih mengekalkan hutan semulajadi habitat gajah-gajah ini. Juga kat sini ada haiwan lain yang dipamerkan dan boleh bergambar seperti anak buaya, burung dan macam-macam lagi. Seronok kerana masih ada lokasi yang memelihara haiwan ini daripada mengalami kepupusan. Sini tempat nak bergambar sangat banyak sangat sesuai untuk instagramer atau nak OOTD. 


Dah puas main dengan gajah kami teruskan lagi jalan-jalan Thailand ni dengan berangkat pula ke rumah Allah yang menjadi lambang kepada keutuhan Islam di Hatyai. Walaupun kami berada di negara yang bukan majoriti Islam tetapi tetap utuh berdiri Songkhla Central Mosque, The Taj Mahal of Thailand. Begitu rasa indah Islam yang mula berkembang serata negara. Depan masjid ini ada tasik ikan yang besar luas dan reka bentuk seakan-akan Taj Mahal membuatkan orang tempatan memberi gelaran tersebut




Kami tidak masuk ke dalam masjid kerana waktu masih pagi dan juga hanya singgah untuk bergambar kenang-kenangan. Sini ambil masa lebih kurang 20 minit dari lokasi gajah tadi tak jauh pun senang sebab pengangkutan tersedia itu untuk ambil pakej ni. Lepas ni kami ke seberang jalan daripada Masjid ini iaitu satu tempat baru beroperasi dan sangat cantik unik diperbuat daripada buluh



Inilah lokasi setersnya kami singgah iaitu SeaVerse Cafe & Restaurant. Ia adalah sebuah kawasan jualan tapi masih belum beroperasi sepenuhnya. Kafe dan restoran ini dikelilingi tasik dan juga berada terapung atas permukaan tasik yang airnya menghijau. Ditengah-tengah kawasan ini ada ikonik kuda laut yang mejadi tanda kepada tempat ini. Direka bentuk untuk menjadi satu daya tarikan pelancongan terbaharu di Hatyai. Ia teletak di Lopburi Ramesuan Road jalan utama juga di ini. 



Sini mereka reka bentuk untuk mejadi lokasi yang suka bergambar dan juga berOOTD sangat cantik. Terdapat satu menara tinjau yang dibina bagi yang suka bergambar untuk nampak keseluruhan kawasan yang indah ini. Kalau kat Malaysia buat macam ni mesti bestkan tapi kena pada promosi dan juga kena dengan lokasilah. Baru dapat sambutan yang meriah. Kafe dalam ni pun menarik ada sediakan minuman kopi, teh dan jus seta juga desert kek dan pastri yang sedap-sedap




Naik lagi bas untuk destinasi seterusnya iaitu pantai yang berada di Songkla, alang-alang dah sampai Hatyai kan. Tapi sebelum tu singgah kat sebuah restoran untuk makan tengah hari. Ini salah satu restoran makanan Halal iaitu Restoran Islam Pai Daeng, Songkhla. Ia berada betul mengadap pantai restoran ni. Kalau datang sini kena cuba mereka punya hidangan istimewa iaitu Kaeng Som. Apa tu



Kalau kat Malaysia kita ada Asam Pedas, kat Thailand pun meraka ada juga Kaeng Som ini. Cuma warna ia lain juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis ikan. Rasa menu ni memang terangkat pedas ada, masam cukup, panas dan juga masin semua lengkap. Terbanglah bak kata orang kalau makan hidangan ni. Perkena pula menu masakan kampung yang lain seperti Udang Masak Petai, Ikan Goreng Garing, Telur Dadar, dan juga Sayur Kailan Ikan Masin. Perhhh berminyak mulut bohhh




Tu tandanya makanan sini memang sedap dan patut datang makan kat restoran ni. Tukang masak Islam dan pemiliknya pun orang Islam jadi tak perlu nak risau makan. Lepas sahaja Makan tengah hari perut dah kenyang hati dah senang, apa lagi kali ni teruskan perjalanan tapi tidak naik bas, kami naik Tram yang disediakan oleh Singora Tram Tour




Kali ni kami jalan-jalan mengenali bangunan dan tempat bersejarah sepanjang jalan dan pekan Songkla ni naik Tram. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa membuat nikmat sangat bercuti kat sini. Tram pun tak laju sangat sempat untuk ambil-ambil gambar dan video. Juga ada tour guide yang beri penerangan dalam Bahasa Inggeris dan bercampur dengan bahasa Thailand. Dapat melihat pelbagai bangunan dengan rekaan indah sepanjang perjalanan di sini





Ada macam-macam peninggalan sejarah sebab apa Thailand masih kekal akan reka bentuk bangunan yang asal kerana ia adalah antara negara yang tidak dijajah oleh penjajah dari barat. Kita dapat kenal sejarah dan juga lokasi yang menarik. Sampai satu tempat Tram akan berhenti untuk ambil gambar seperti kat pintu gerbang dan juga kat lorong yang ada pelbagai jenis kafe hipster. Walaupun pekan ni kecil sahaja tapi cukup banyak kafe hipster kat sini. Ada satu kafe yang kami singgah iaitu Mooon Cafe Coffee : Donuts. Ni satu kafe hispter yang Halal dan boleh singgah minum dan makan donut mereka, terbaikkkk..




Bila dah ada kat Songkla ni tak tenteram jiwa kalau tidak menyinggah kat Samila Beach, Songkhla. Kawasan pelancongan pantai popular di Songkla yang juga menjadi lokasi ikonik kepada pekan Songkla dan juga adanya patung ikan duyung tu. Hari kami datang tu hujung minggu memang ramai giler orang berbaris jadi kami batalkan hasrat nak bergambar dengan duyung tu. Ambil gambar dari jauh sahaja. 



Pantai inilah menjadi lokasi orang tempatan dan juga pelancong menghabiskan masa hujung minggu mereka beristirehat bersama keluarga. Ada banyak jualan sepanjang pantai ni jadi makin rambang mata nak beli. Tapi tetap beli juga kerana panas Maha beli aiskrim kelapa dan juga roti canai pisang atau orang Thai panggil pancake. 



Dah puas jalan-jalan kami naik bas untuk ke destinasi terakhir hari kedua ini iaitu ASEAN Night Bazaar Hatyai. Shopping lagi lah. Di sini kalau kat Malaysia macam uptown lah tapi mereka sini lebih sistematik dan gerai-gerai lebih tersusun serta kemas. Sebab tu orang suka datang sini untuk beli pelbagai barang seperti beg, baju, kasut, dan macam-macam lagi lah. 



Kalau lapar tak perlu pergi jauh naik tingkat atas ada pelbagai gerai makanan yang disediakan memang banyak dan sedap-sedap belaka. Bestnya sini harga murah-murah sahaja untuk minuman dan makanan mereka. Hari tu Maha order mereka punya minuman buah-buahan memang segar sedap. Orang tempatan sana juga ramai yang fasih berbahasa Melayu dan boleh kita fahami. Jadi tak ada masalah sangat komunikasi kat situ




Tup tup hari dah malam rupanya dah tubuh rasa penat nak direhatkan setelah seharian berjalan hari kedua di Hatyai dan Songkla ni. Jadi kami pun naik bas untuk pulang semula ke hotel memang senang dan mudah tak perlu susah-susah nak cari pengangkutan awam atau naik grab. Mata makin malap dan kami melabuhkan hari kedua dengan tenang di hotel

Hari Ketiga Di Hatyai
Selamat pagi hari ini sperti biasa semangat luar biasa untuk hari ketiga dan hari terakhir di Selatan Thailand ni. Jadi nak jalan puas-puas. Ada beberapa lokasi lagi kami akan singgah hari ketiga ni. Seperti biasa pagi kami penuhkan perut dengan makana sarapan di hotel. Juga siap terus bawa beg untuk pulang malam nanti. Sebab itu ambil pakej travel ini sangat mudah dan bebaloi. Tak perlu nak usung beg berat-berat nak jalan-jalan



Pagi ni kami singgah ker Big Bee Farm Hatyai. Sini adalah cawangan ladang lebah area selatan dan juga di sini mereka tiada ladang besar ternak lebah, tapi ada sarang lebah untuk bergambar. Juga di sini mereka menjual pelbagai produk yang dihasilkan daripada madu lebah. Penerangan daripada kakitangan di sini banyak membantu kami dalam mengenali madu telah matang atau tidak. Awasss yer madu pun ada yang matang dan tidak, kalau tidak matang diminum itu boleh menjadi gula yang mengakibatkan diabetis. 



Ladang ni pun tidak besar mana ada kawasan untuk bergambar. Kat sini terima debit dan kredit kad jadi boleh beli guna kad sahaja. Maha pun beli jugalah bila dah tengok kawan-kawan beli macam-macam kat sini. Harga masih berbaloi juga beli banyak dapat lagi barang percuma yang banyak tau




Ok habis kat ladang lebah kami akan ke detinasi terkahir di Selatan Thailand iaitu Dannok. Kami singgah kat pekan Dannok kerana kat sini kami akan keluar ke sempadan Malaysia. Pekan Dannok ni memang syurga makanan yang macam-macam orang tempatan datang beli-belah. Sebab itu orang yang duduk kat sempadan Malaysia - Thailand selalu berulang alik beli barang kat sini murah-murah



Makanan mereka juga sini sedap-sedap belaka memang kena cuba mereka punya Pulut Ayam dan juga Daging Panggang Dannok. Sedap doohhhh meleleh kalau makan sepinggan tak cukup tambah lagi hehehe. Sini pun kami singgah beli banyak lagi barang seperti serbuk untuk buat masakan, bahan masakan, ada beras siam, juga ada barang dapur lain. Sini juga orang datang beli Toto dan Narita Dannok yer hehehe. 



Buah-buahan pun banyak kat sini yer. Kalau nak dapatkan Harum Manis Thailand sini ada rasa lain sangat dari Perlis punya. Juga kat sini ada buah Laici Thailand memang sedap Maha yang hantu buah ni tak tahu mana nak beli bawa bekal dalam bas sepenjang nak balik ni. Perjalanan masih jauh lagi bila dah masuk Malaysia nanti. Kat sini juga kami habiskan duit Bath yang ada dengan beli makanan Halal kat 7Eleven mereka. Ramai orang kata kalau datang Thailand kena masuk mereka punya 7Eleven sangat lain. Kami semua serbu masuk 7Eleven dan beli mereka punya burger, pizza dan juga minuman jus susu sedap gilerrrr. Rugi tak beli banyak hari tu



Akhirnya habis perjalanan kami 4 hari 2 malam di Hatyai bersama KOPETRO Travel. Satu percuti yang sangat seronok dan menggembirakan kerana beramai-ramai dalam satu bas yang sekepala. Time bising semua bising dalam bas dan time senyap semua tidur hehehe. Happy seronok sangat perjalanan kami kali ini. Ok next trip kita nak ke mana pula yer

Jom Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel & Tours
Maha nak ucapkan terima kasih kepada KOPETRO Travel kerana merialisasikan percutian Maha kali ini. Dalam kesibukan kerja masih ada masa untuk bercuti lagi segala di uruskan oleh mereka. Sebab itu Maha suka gunakan khidmat dari mereka. Boleh lihat sendiri pakej yang ditawarkan memang sangat berpatutan, harga luar jangkaan. 


Sekarang ini KOPETRO Travel menyediakan 2 pakej percutian khas untuk ker Hatyai dan Songkla. 
RM379 (Pengangkutan + Penginapan)RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)



Pakej yang ditawarkan sesuai untuk percutian samada secara berkumpulan, berpasangan dan juga bersama keluarga. Setiap trip minimum adalah 35 peserta dan percutian adalah bersama dengan bas KOPETRO Travel. Boleh pilih tarikh yang disediakan kalau ada satu team yang cukup untuk satu trip boleh sahaja rojer mereka. Maha sendiri pun direkemen kawan menggunakan khidmat mereka sangat berpatutan dan mudah



Apa yang pasti, jika diizinkan lagi Maha ingin kembali bercuti bersama KOPETRO Travel untuk menerokai destinasi lain yang belum dijejaki lagi

Keterangan lanjut mengenai KOPETRO Travel boleh layari laman media sosial :-IG: https://www.instagram.com/kopetrotravel/  FB: https://www.facebook.com/kopetrotravel/  TT: https://www.tiktok.com/@kopetro.travel?lang=en Tel : 03-2164 1577 / 012-565 7709 #kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand







 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/06/jalan-jalan-makan-angin-di-hatyai-style.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama Kopetro Travel

Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama Kopetro Travel

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 313 hits
Hi Korang Lama benau tak citer pasal kak lily pi travel kan Bukan ape bile citer pasal travelling entrynyer akan jadi panjang berjela sebab seronok kan pi tempat orang tengok keindahan yang lain daripada tempat kita Itu yang jadik malas tuh...
Hatyai Pakej Cuti Sakan 4 Hari Bersama Kopetro Travel Tours

Hatyai Pakej Cuti Sakan 4 Hari Bersama Kopetro Travel Tours

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 205 hits
Hatyai destinasi yang cukup dekat di hati ramai rakyat Malaysia yang suka shopping dan sering disebut sebagai lokasi makan sedap dan murah Lagipun untuk ke Hatyai tak perlu naik flight boleh naik keretapi kereta sendiri atau naik bas persia...
4h2m Itinerari Trip Ke Hatyai Thailand Menaiki Bas Kopetro Travel And Tours

4h2m Itinerari Trip Ke Hatyai Thailand Menaiki Bas Kopetro Travel And Tours

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 255 hits
15 tahun yang lepas mummy pernah jejak ke Phuket Thailand dengan menaiki kapal terbang Lama juga rupanya tak travel ke Thailand Huhu Mohlah kita travel ke Thailand Dekat dekat pun jadiklah So kali ini mummy travel ke Thailand Hatyai ini mer...
Biar Tekak Depa Tak Cerewet Anak Tak Kisah Makan Apa Saja Waktu Travel Rupanya Ni Cara Cik Epal

Biar Tekak Depa Tak Cerewet Anak Tak Kisah Makan Apa Saja Waktu Travel Rupanya Ni Cara Cik Epal

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 161 hits
Siapa yang tidak kenal dengan pasangan infleuncer Cik Epal dan suaminya Jofliam Pasangan bergelar jutawan ini tidak lokek malah sanggup berhabis untuk keluarga tercinta Paling diakui baik Cik Epal mahupun suaminya kedua duanya tidak lokek u...
Makan Kuih Raya Bukan Di Hari Raya

Makan Kuih Raya Bukan Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 252 hits
Dulu kalau teringin makan kuih raya kena tunggu hari raya Sekarang tak payah dah Bukan musim raya pun boleh dapat kuih raya dengan mudah Teringin makan kuih apa order je Takpun beli yang ready stok Tiba tiba teringin kuih tart nanas Kuih ke...
Makan Sate Kajang Di Restoran D Putra Sate Kajang Klebang Ipoh Perak

Makan Sate Kajang Di Restoran D Putra Sate Kajang Klebang Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 249 hits
restoran D Putra Sate KajangKepada peminat sate kajang yang berada di area Chemor Klebang Ipoh boleh la cari restoran D Putra Sate Kajang Di restoran ni ada perlbagai jenis sate selain sate ayam dan sate daging Yang bestnya saiz satu di res...
Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa Tak Pernah Jemu

Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa Tak Pernah Jemu

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 301 hits
Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa Tak Pernah Jemu Siapa lagi penggemar siakap 3 rasa kalau tidak bujang bongsu ku itu Kami makan sikit je lebihnya bagi kat dia habiskan Bukan apa dah selalu makan jemu pulak tekak ni Kita orang minta saiz ika...
Makan Di Salai Waghih Den Td Point

Makan Di Salai Waghih Den Td Point

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM telah dikeluarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 Tahniah kepada anak anak yang telah mendapat keputusan Ini bermakna anda telah selangkah ke hadapan dan selangkah lagi bakal meninggalkan alam remaja...
Kenapa Selalunya Bila Kita Beli Jajan Kat Kedai Runcit Ada Lebih Banyak Angin Dari Isi Rupanya Ini Sebabnya

Kenapa Selalunya Bila Kita Beli Jajan Kat Kedai Runcit Ada Lebih Banyak Angin Dari Isi Rupanya Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 325 hits
Kenapa selalunya bila kita beli jajan kat kedai runcit ada lebih banyak angin dari isi Rupanya ini sebabnya alau tonton filem atau k drama mesti kena bertemankan dengan kudap kudap macam popcorn atau potato chips kan Baru la lebih syok nak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization